Saturday, May 30, 2009

Pas mesti berhati-hati dengan Umno di Manek Urai

Statement Tok Pa dalam BeritaOnline.

Jangan pandang rendah kekuatan BN di Manek Urai: Mustapa

KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) akur akan berhadapan saingan sengit daripada parti pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Julai ini, namun kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah. Pengarah pilihan raya BN bagi DUN itu, Datuk Mustapa Mohamed, berkata walaupun BN turun selaku ‘underdog’ (bukan pilihan) pada pilihan raya kecil kali ini, ia tidak langsung menjejaskan semangat BN dan Umno untuk merampas kerusi itu. "Kita tahu sebelum ini mereka (Pas) menang di sini, itu menjadikan kita underdog...BN mampu memberi saingan sengit pada pilihan raya kecil kali ini," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN DUN Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai, di sini, semalam.
Beliau berkata, kemenangan pembangkang di DUN itu pada pilihan raya sebelum ini sering kali disebabkan masalah dalaman BN dan bukannya atas kekuatan pihak lawan. "Yang penting sekarang kita (BN) bersatu, yang penting kita akan ubah nasib rakyat di sini...kita yakin rakyat akan beri peluang untuk kita buktikan BN boleh ubah nasib mereka," katanya. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dilantik sebagai timbalan pengarah pilihan raya BN bagi DUN Manek Urai.

_____________________
Pas kena extra hati-hati, kali suasana di sebelah Umno Kelantan ada perbezaan.
Tok Pa tu saya doakan satu hari nanti masuk PR. Amin.

No comments:

Post a Comment