Saturday, January 3, 2009

Mau tanya,kena Bambu.

Ketika saya menaiki bas dari rumah saya ke sekolah saya.
Saya tinggal di sebuah rumah flat murah atau nama lainnya council flat di New Kent Road,di sebelah South East kota London.
Sekolah saya bernama Sekolah Ekonomi London terletak di Houghton Street berdekatan Aldwych Station dan Holborn Station kira-kira 5 km dari rumah saya.
Saya lebih senang menaiki bas kerana memang kena dengan route dan tidak perlu bertukar bas.

Berbalik kepada cerita tadi,sebaik tiba di bus stop melepasi Waterloo Bridge,seorang lelaki menahan bas yang saya naiki itu.
Maka pemandu bas berhenti dan membuka pintu.
Lelaki itu melangkah anak tangga dan bertanyakan...
Encik pemandu bas,bus bernombor berapakah yang menuju ke tempat yang hendak saya pergi?
(saya tak ingat tempat dia nak tuju)
Dengan senang hati pemandu bas menjawab dan memberitahu nombor bas yang sepatutnya kepada lelaki tersebut.

Satu lagi cerita,
Ketika saya membantu menjaga gerai air di asrama PPP/ITM Seksyen 18 Shah Alam.
Di gerai air itu ada dijual air soya dan air tebu.
Datang seorang pelajar bertanya ,encik ada jual air kelapa tak?
Takde jawab tuan gerai.Sebaik saja pelajar berlalu pergi,tuan gerai menambah kata.
Bodoh punya budak,tak nampak ke air kelapa takde.

Gitu lah cerita.
Ada orang suka bertanya,ada orang malu bertanya,ada orang tanya untuk jawap yes je.

Kalau saya tanya,
Siapa sokong Umno?

Method of Manegement and Decision Making

Istisyarah dan Istikharah.

Istilah Istisyarah mungkin jarang sekali kita dengar.
Sebenarnya ianya adalah sangat lumrah dilakukan oleh masyarakat kita samada secara peribadi atau dalam syarikat.
Makna mudahnya ialah mesyuarat atau lebih glamer lagi `meeting`.
Tu je.Atau lebih santai lagi meminta pandangan daripada rakan-rakan.
Atau nak bunyi tahap tinggi sikit,meminta bantuan pandangan dan buah fikiran untuk menyelesaikan sesuatu daripada sesama manusia.

Istikharah pula memang dah sangat popular dikalangan masyarakat kita.
contoh,
Mamat A melakukan solat sunat Istikharah untuk membuat keputusan samada nak kahwin lagi satu atau tidak.
Minah S melakukan solat sunat Istikharah untuk membuat keputusan pinangan dari jejaka pilihan keluarga.
Lebih popular lagi dikaitkan pulak dengan mimpi lepas solat sunat tu.

Jadi Istikharah ini membawa makna mencari petunjuk untuk membuat keputusan dari Yang Maha Kuasa.
Takde kaitan dengan mimpi pun.
Allah akan memudahkan kita kepada jalan yang mendatangkan keputusan lebih baik.
Pilihan yang tak elok susah je nak menjadi kenyataan.
Kita terdorong kepada yang baik je.
Pulak tu,sekiranya ada side effect dari keputusan kita tadi,semua nya Allah bagi jalan penyelesaian.
Bermakna satu keputusan itu mampu melepaskan atau menyelesaikan banyak dan pelbagai rantaian kerumitan.
Dan juga keputusan itu menghindarkan pula banyak spekulasi keburukan dari betul2 berlaku.

Subhanallah.
Cantik sungguh lagi indah Islam itu.

Maka superior sungguh method decision making dalam Islam berbanding dengan yang didongengkan oleh Barat atau Jepun.

Kat mana ada guna method ni?
Tu Haji Hadi guna kat Prk P36 tu.

Red Indian,Eskimo,English,Jepun,China,India semua tutup Aurat

Mari kita perhatikan pakaian traditional Red Indian,Eskimo,Inggeris,Jepun,Cina dan India.
Iaitu pakaian asal yang dipakai wanita berketurunan tersebut.

Wanita Red Indian,pakaian menutup seluruh badan beserta selimut tebal lagi kerana sejuk.
Wanita Eskimo,pakaian menutup seluruh badan dengan tebal tanpa menunjukkan bentuk badan berserta topi yang menutup kepala menampakkan bahagian muka sahaja.
Wanita India melilit badan mereka dengan sari yang berapa meter pangjang berserta selendang.
Wanita Jepun dengan Kimono yang mengembang dan tidak menampakan bentuk badan.
Wanita Cina dengan CheongSam yang menutupi seluruh badan sampai ke leher.
Wanita Inggeris dengan gaun labuh dan kembang serta menutup kepala dengan topi.

Apa cerita ni perunding?

Islam itu fitrah.Segala yang disuruh Islam juga menepati fitrah.
Pakaian menutup aurat itu sesuai untuk semua bangsa,tempat,keturunan,suhu dan keadaan.

Minah orang putih pakai seksi?
Mampuih..kita semua kena tipu dek wayang!!
Mana ada.Negeri dia orang sejuk 9 bulan dalam setahun.
Sejuknya mereka terpaksa pakai kasut boot kulit paras betis,stoking pure wool,kain atau seluar panjang yang tebal,baju tebal,tambah lagi overcoat,sarung tangan leather,scarf pure wool dangan topi.
Nampak tak.
Bila masa nak berseksi.!

Jadi perunding mana pakaian Muslim nya.?
Tadi tu kiasan,analogi.
Wanita Muslim kenalah pakaian ikut dalam Quran,Hadis yang disampaikan oleh ilmuan agama kita lah.
Buah terbaik macamana,mesti kena bungkus kan?
Tanya orang berladang pisang ke,betik ke,jambu ke,cempedak ke,macamana?

Dah tu perunding.Nak berbungkus lah wanita kita.?
Extreme nampak.

Makam 1,bungkus habis lah.Makam 2,nampak muka dan tapak tangan,ok lah.
Macam wuduk basuh kepala tu lah,power punye seluruh kepala,minimum punya tempat tumbuh 3 helai rambut.

Pemimpin kena masuk campur tak hal ni?

Seloka dijawab Seloka oleh Bungaraya

Juga puisi tetapi berbentuk sajak diberi.
Di "sini"
Ketua-ketua kita
Kerjanya kuat belaka,
Jarang yang cuma berseloka
seperti peliwat itu
Retorik sepanjang masa,

Ketua kita,Kuat bekerja,
Kurang berpoya-poya,
Lihatlah dengan minda anda,
Agama terjagaKesihatan juga perkara utama,
Pendidikkan tidak sekali dilupa
Keselamatan juga menjadi agenda,
Berkarya dan berniaga bebas dimana-mana,
Asal saja keamanan dijaga,
Tanpa noda oleh sesiapa,
sekalipun warganegara,
Kita maupun mereka.
Kenapa kita salahkan ketua?
Kalau harga minyak naik,?
Kalau harga runcit naik?,
Kalau harga tepong naik?
Bukankah kita guna sistem kapitalis?
Harga dikawal oleh pasaran dunia,
Pun ketua tetap berusaha jua,
Mempastikan peniaga tidak haloba,
Menguat untung tanpa peduli siapa,
Akhirnya rayat menderita,
Diserata Malaysia.
Saturday, January 3, 2009 12:07:00 PM MYT

Pantai Bogel di Kushadashi

Saya terpaksa melangkah-langkah untuk mengelak terpijak pelancong Minah orang putih berjemur bogel.
Yang lelaki tak berbogel pulak.!!

Kushadashi ialah sebuah bandar peranginan terletak di Turki yang terkenal kepada pelancong Eropah dari UK,German,France dan negara sekitarnya.


Pengunjung boleh sampai kesana melalui airport yang terdekat iaitu di bandar Izmet.
Kawasan pantai tersebut boleh digambarkan seperti di Teluk Cempedak Kuantan.
Jalanraya dibina sehingga ke tepi pantai dan sepanjang pantai.
Kawasan perniagaan dan penempatan pekan penginapan diwujudkan di sepanjang pantai.

Apabila saya menaiki bas mini yang melalui tepi pantai ,kita nampak ratusan pelancong barat berjemuran.
Ia bukan pantai tertutup dan tidak exclusive pun.
Dan hotel di sini pun pernah dibom oleh pihak yang bencikan maksiat yang berluasa tersebut.

Saya pergi ke Turki pada musim panas 1996 selama 2 minggu.
Ketika itu Turki dilanda pelbagai masalah terutama ekonomi dengan kejatuhan matawang Turkish Lira.
Kebab dijual dengan harga 250,000 Turkish Lira sebungkus.
Kini di bawah pemerintahan Raccip Tayyip Erdogan ,Turki kembali pulih dari segi ekonomi dan juga masalah sosial rakyatnya yang ultra sekular.
Raccip Tayyip Erdogan kini telah mendapat pengiktrafan dimata dunia terutama negara Eropah,Amerika dan rakyat Turki sendiri.
Boleh diumpamakan namanya gah di Eropah seperti gah nya Ahmanejab di sebelah sini.

Yang menarik mengenai masyarakat Turki tidak dilupakan oleh saya.
Apabila kita menaiki bas,kita cuma perlu menghulur duit tambang kepada orang di depan kita,dia akan menghulur kepada orang di depannya sehingga sampai kepada pemandu.!
Sekiranya ada baki,pemandu akan menghulurkan kepada orang di belakangnya sehingga sampai kepada kita.!

Apa moral of the story nya perunding?
Aaa...kita kena kembali kepada Islam seluruhnya.

p/s P.Ramlee dapat nama Izmet Ulam Raja dan Isketambola dari nama2 bandar di Turki kot?

Seloka Cikgu Aisal lagi.

Nakk berhujah x masuk akal,
alasan dangkal sentiasa diberi,
kalau kail panjang sejengkal,
ilmu di dada perlu diisi.

Tiada isi yang agak cemerlang,
Hanya simplistic sentiasa diberi,
Perkara sama terus diulang,
Angkat bakul ekor sendiri.

Bila bercakap perlu teliti,
Agar kredibiliti terus dihargai,
Bercakap kosong menjatuhkan diri,
Buat malu islam hadari.

Tengok umur dah agak malap,
Tapi idea amat berkarat,
Umpama merangkak dalam gelap,
Bagai berlari tersekat-sekat.

Dulu-dulu jatuhkan raja,
Sultan di”menate’kan bagai binatang,
Bagaimana hendak rakyat percaya,
Hilang penderhaka lahirlah petualang.

Bangsa melayu ciptaan Tuhan,
Begitu jugak bangsa yang lain,
Sedarilah saudara kalau menumpang,
Taatilah Allah dan firmannya yg lain.

Teras perjuangan bersemangatkan melayu,
Fahaman kebangsaan adalahideologi,
Nikmat dunia yg selalu diseru,
Bila mati hinanya diri.

Besarnya cakap bangganya diri,
Bagai negara dia yang punya,
Dasar manusia tak sedar diri,
Hukum Tuhan pun mereka hina.

Penyambung perjuangan orang yang begini,
tanda awal ideologinya kan musnah,
kelihatan bercakap mcm x bervisi,
layak berbicara di sekolah rendah.

kalau mat xx diambil rujukan,
jelaslah ceteknya yg empunya fikiran,
org begitu dah ketinggalan zaman,
sesuai menjadi orang utan.

Pada saudara bersabarlah diri,
Tiada istilah kita teranayai,
kita takkan selalu begini,
datangnya rahmat hilanglah batilnya.

January 2,2009

Saya petik dari komen Aisal dalam siasah posting bertajuk "PAS akan umumkan calonnya malam ini".

Friday, January 2, 2009

PPSMI,dari mana asal Sains?

Teringat saya pada guru muzik ketika di MRSM Kuantan.
Beliau kata,
kau orang belajar Ilmu Hisab, pandai hisap rokok.
kau orang belajar Ilmu Sains ,pandai tiru sain(tandatangan) cikgu.
kau orang belajar Dalil(Ilmu Islam) ,pandai buat dalih.
kau orang belajar Pendidikan Jasmani ,pandai lompat pagar.

Isu kita hari ini ialah mahukan Pembelajaran dan Pendidikan Matematik dan Sains di dalam bahasa Melayu.
Takde lah saya bincang isu tu.
Cuma nak cerita dari mana asal perkataan sains.
Hai dah tentu dari perkataan English iaitu Science,sebab itu kita nak belajar dalam bahasa tu.
Kita nak belajar dalam bahasa asal Science tu sendiri.
Biar banyak kita boleh faham.

Eh sabar dulu.
Dari mana orang putih belajar Science?
Depa pandai sains pun sekitar tahun 1700 Masihi.
Sebelum tu,mangkuk bang orang puith ni.
Pandai lah kau perunding,dah tu sapa lagi pandai sebelum tu?
Orang Islam la bang,cakap Arab pulak tu.
Orang Islam tu ada bangsa Spainish(Andalusia)spt Ibnu Sina,ada bangsa Russia(Samarkand)ada bangsa Parsi dan macam lagi lah.
Semua cakap Arab.
Dah tu nak ajar Sains dan Matematik dalam bahasa Arab?
Biar betul kau perunding.

Balik semula kepada perkataan Science.Ia adalah kata nama kepada Sign .
Ia boleh juga menjadi kata nama seperti signboard,signature.
Asal sign ialah kata kerja seperti please sign this letter.
Kata nama sign yang paling sesuai ialah Science.

Kenapa ia dipanggil Science yang bermaksud TANDA.
Dari mana datang perkataan TANDA ini apabila merujuk kepada ilmu tersebut?

Mari kita perhatikan,
Ketika sekumpulan orang putih yang cerdik menghidupkan budaya berfikir dan mula berkumpul untuk berfikir mengenai ilmu kejadian alam yang berlaku disekeliling mereka.
Sumber rujukan utama mereka tentulah daripada sumber rujukan ahli cerdik pandai sebelum mereka iaitu orang Islam yang berkomunikasi di dalam bahasa Arab.
Sumber rujukan itu tentulah AlQuran.
Tak caya?
Ilmu Science adalah nama umum kepada ilmu secara keseluruhan.Yang lebih tepat ialah ilmu fizik,ilmu biologi,ilmu astronomi,ilmu botani,ilmu mekanik dan sebagainya.
Sebagai contoh sila lihat surah ArRuum ayat 20,21,22,23,24,25.
Setiap cabang ilmu sains tadi dipanggil TANDA atau SIGN.
Maka setiap kali ahli fikir orang putih berbincang mengenai kejadian alam,mereka merujuk kepada jom kita bincang pasal Tanda,Jom kita bincang pasal Sign tu.
Lama kelamaan lekat nama science tu,dan mereka pun dipanggil lah ahli sains atau scientist.
Scientist kerja fikir signs,dentist kerja fikir dental problem.

Dah tu macammana?
Kan orang putih dah maju.kita ikut je lah.Tak kan nak reinventing the wheels.
Orang putih tu lanjutkan kajian pada penemuan yang sedia ada je.
Banyak lagi penemuan belum diterokai.
Tak caya?
Internet power,tapi sapa boleh transfer objek macam dlm Quran cerita tu.?
Scientist Yahudi sibuk cari jalan nak time travel,dalamQuran banyak cerita pasal tu.
Pasal bom,atom,nuklear,sound bom,lightning bom,nano tech,ada yop.
Dan ingat, Ahli cerdik Islam yang mahsyur tu ,Ibnu Sina ke,AlFarabi ke,sapa je lah,semua hafal Quran dulu sebelum hafal sifir matematik tau.
Tak caya?
Dah lah perunding,merepek tengah malam ni,gi layan politik baik punya.

Kesimpulannya,boleh belajar dalam bahasa Melayu.
Tetapi kalau nak jumpa benda baru,jangan tinggalkan kaji Quran.
Ajar dalam bahasa Inggeris? Mengalah je lah kalau satu Tanah Melayu tak setuju.

Hilang sudah suara Pembangkang

Semenjak dua menjak ini sudah tiada lagi kedengaran panggilan atau gelaran pembangkang.
Tak tau lah dalam media cetak berita dah tak hairan atau utusan dah tak mau.
Tetapi yang pasti di dalam dunia maya memang sudah tidak disebut lagi.
Ya lah kalau nak kata pembangkang tu gini,pembangkang tu gitu.
Siapa pembangkang?
Di negeri ni parti ni,dinegeri tu parti lain pulak jadi pembangkang.

Ini adala satu petanda baik kepada pemahaman erti demokrasi.
Mari kita lihat demokrasi di negeri `maju?`seperti Amerika dan United Kingdom.
Ada Labour dan Conservative di UK dan ada Republican dan Democratic di USA.
Di Uk sekarang Labour yang jadi ruling parti,di USA bakal Obama dari Democratic akan menjadi ruling parti.
Mereka tidak lagi memanggil yang parti yang kalah sebagai pembangkang,malah parti yang kalah akan membentuk kabinet bayangan.

Di sini kini sudah terbentuk dua parti yang dikenali Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Semua pihak samada penyokong ,pendokong dan yang berkaitan dengannya di klasifikasi atau dirujuk sebagai pro-PR atau Pro-BN.
Kan senang gitu.

Maka faham lah rakyat apa itu Ruling Party.
Maka faham lah ruling parti bahawa negara ini bukan ana yang punye..

Calon Bebas,kacau daun Umno,kacau daun Pas?

Hj Abdul Wahid Endut calon Pas yang dinantikan.

Sebaik menerima panggilan dari sahabat malam tadi memberitahu pengumuman calon Pas yang dinanti-nanti,perasaan saya sungguh lega,aman,tenteram dan penuh keyakinan.
I feel good.... macam tv tu lah.

Tahniah kepada Hj Abdul Wahid Endut dipilih oleh pimpinan untuk menggalas tanggungjawab bertanding dalam pilihanraya kecil PrkP36 ini.
Beliau akan bertemu lawan dari Umno,Wan Farid yang jika kalah, hilang semua,jika menang dapat semula.
Hj Wahid juga akan berdepan dengan beberapa calon bebas yang `kacau daun` Umno dan `kacau daun`Pas.

Hj Wahid adalah anak tempatan yang datang dari keluarga besar yang dikenali dan dihormati di Terengganu.
Faktor keluarga yg dikenali dan dihormati adalah amat penting dalam senario politik masyarakat di sana.
Beliau juga telah dipilih oleh rakyat Terengganu,khusus penduduk Dun Wakaf Mempelam bagi mewakili Dun mereka untuk 5 penggal berturut-turut.
Fakta menunjukkan beliau disenangi dan diterima masyarakat tempatan.
Ini juga dibuktikan dengan nyata dengan majoriti kemenangan terbesar sebanyak 2193 pada Pru12 yang lepas berbanding dengan 3 Dun yang lain.

Analisa yang menunjukkan 1800 undi lari dari calon Pas diperingkat Parlimen dalam Pru12 yang lepas dengan sendiri nya terlerai dan diselesaikan dengan pemilihan anak tempatan ini.

Dalam ertikata lain Pas sudah mempunyai lebihan undi sebanyak sekitar 2000 dengan pemilihan calon anak tempatan.Inshaallah.
Faktor anak tempatan adalah amat perlu dan penting untuk strategi pilihan raya kecil dan juga senario politik Terengganu khususnya.

Dengan itu mari kita dan saya juga mendoakan kepada Allah memberikan kemenangan kepada beliau Hj Abdul Wahid Endut khususnya dan pihak Pakatan Rakyat amnya.
Mohon Allah memberikan kemenangan dalam bentuk
1.memenangi hati rakyat.
2.memenangi sokongan rakyat.
3.memenangi undi rakyat.
4.memenangi dengan majoriti undi yang baik.
5.memenangi dalam bentuk gerakkerja jentera parti.

Moga Allah memudahkan semua urusan kita.
Amin.Ya Allah Ya Tuhan Sekalian Alam.

Saya juga telah menulis lebih awal Friday December 12,2008 di Nobisha.blogspot.
klik di sini
PAS MENANG P36 KUALA TERENGGANU 4,000 UNDI?

Thursday, January 1, 2009

Taman Syurga Palestin

GAZA CITY, Gaza Strip – Hamas says one of its top figures has been killed in an Israeli airstrike. Associated Press.

Nama shuhada itu Nizar Rayyan.

Sedih,pilu,geram mengenangkan keadaan saudara Islam kita di Palestin.

Tetapi wajib kita terus mengharap,bergantung dan berdoa kepada Allah untuk memberi keselematan,kesabaran dan kemenangan kepada pejuang dan rakyat Palestin.
Kita doakan juga semua yang terkorban adalah para shuhada di sisi Allah.

Dan kita terus berdoa Allah memusnah dan menghancurkan tentera dan Yahudi keseluruhan di atas kekejaman mereka.

Apabila semua harapan sesama mahkluk sudah terputus,memandangkan tiada negara Islam dapat atau mampu membantu maka seluruh hati yang beriman akan meletakkan segala (seratus peratus)harapan dan pergantungan kepada Allah.
Nescaya pertolongan Allah pasti untuk Muslimin Palestin.
Ya Allah Ya Muhaimin,pelihara lah saudara kami ,hamba hamba mu Ya Allah di Palestin.
Amin.

Umno Bn pencen umur 55.

Umno Bn adalah ruling party yg dilantik rakyat Malaysia semenjak 1957.
Tempoh Rakyat melantik mereka menjadi Pengurus kerajaan sudah menjangkau 51 tahun.
Sebagai pengurus mereka telah diberikan Job Scope tertentu.

Seperti lumrah mereka dah nak pencen apabila umur mencecah 55 tahun.
Mereka juga telah mula ambil pilihan pencen awal di peringkat pengurusan negeri seperti
di Kelantan 1990,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor 2008.
Mereka juga beransur melepaskan MP di peringkat Wilayah Perseketuan 2008.

Usia mereka akan genap 55 tahun pada PRU 13 nanti.
Waktu terbaik untuk menyerahkan tugas sepenuhnya kepada Pengurus baru dilantik Rakyat.
Kita tunggu ya.

Berbondong masuk PasPkrDap

Clarendon Walk Theory
Apabila kita pergi ke 2 gerai berdekatan,kita cenderung untuk masuk ke gerai yang lebih ramai orang(pelanggan).
Fikiran kita kata yang ini lebih baik sebab tu dah ramai pelanggan pilih.
Bila kita pergi kaunter pertanyaan,kita cenderung tanya orang yang sedang menjawab soalan berbanding dengan seorang lagi termenung termangu.

Gitu lah dalam politik.
Sebaik lepas PRU12,
Riuh rendah orang parti masuk Dap.
Tapi sekarang,Dap buat diam-diam ubi berisi.

Berduyun jugak masuk PKR,
boleh panggil mass selling pulak.
seberang sini,seberang sana,pakat ramai-ramai.

Pas pulak buat intensif marketing.
100,000 dalam 5 bulan untuk seluruh negara dan semua bangsa.

Barisan satu lagi,
Takde orang sambut direct membership.
Sini keluar parti,sana keluar,
sini nak keluar,sana kena keluar(pecat)
seberang sana,parti yang keluar!!
jawapan nya,kami dah ada juta-juta. (ya lah tu dulu,kami sekarang!)
seberang sana jawap.,takde apa tu leceh punya hal.
cepat2 lah keluar produk baru yg ada umphh bila rival parti dah nak masuk.

parti lawan kaw kaw buat marketing,kau orang buat tak reti.

Tengok bola,sokong pasukan kuat je.

Fenomena ini juga lumrah di kalangan kita.
Tentu ada penyokong tetap,penyokong fanatik ,
sokong pasukan A,sokong pasukan B.

Dalam pada tu ada juga jenis yang sokong mana yang kuat je,
takpun mana yang nak menang je.

Ha,ha perkara sama berlaku juga dalam tingkahlaku manusia dalam politik.
Bila nampak Pakatan tertentu menyerlah,maka ramai lah cenderung ke situ.

Kebelakangan ni berita banyak melaporkan aliran sokongan kepada Pakatan tu.
Barisan tu macam terbalik je aliran nya.

Siapa suruh Rakyat undi PR dalam PRU12?

I ,sometimes represent everybody.
Ada ketika kita buang puntung rokok kat longkang,alih-alih mesti ada puntung rokok sedia ada kat situ.
Bila kita campak sampah kat tepi jalan,alih2 ada sampah sedia ada kat situ.
Satu hari seorang kawan kita pergi Solat Jumaat walaupun jarang sekali pergi,alih2 ramai betul orang kat masjid hari tu.

Balik ke PRU12.
Nak kata DAP kempen habisan,tak juga.
Ada calon dia siap merajuk lagi.
Nak kata PKR bersiap sedia,tak juga.
5 hari lagi nak mengundi,tak siap pasang poster lagi.
Nak kata Pas bergerak diam-diam,tak juga.
Pemimpin dan rakyat bermunajat kepada Allah diKelantan untuk `Devine Intervention`.
(orang putih kata,kita kata doa lah supaya Allah bantu).
Nak kata Umno sobataj,tak juga.!
Orang Umno bengang kat PM depa lepas kalah je.

Dah tu,sapa?
Nak kata rakyat berpakat,tak juga.
Mana ada rakyat semua buat meeting.

Dah tu,apa?
Tu lah,macam cerita kat atas lah.
Setiap hati Rakyat berazam untuk buat perubahan.
Tak yah berpakat pun.

Kenapa hati tergerak gitu.?
Sendiri mahu postmortem lah.
Siapa ignorant dan terus in the state of denial,nasib lah.

p/s
aaa..siapa gerak kan hati gitu?
sendiri tengok Al-Anfal surah ke8 ayat 63.

Wednesday, December 31, 2008

Coretan Cikgu Aisal

Umno ni tul2 tulen melayu ke kahwin campur ni.
cakap berdegang2 , cakap parti melayu tp dlm tu tengok ramai jugak mamak mendiliar ni..eh..eh..rizal mariccan, aziz baling, kadir kulim tu melayu tulen ke...india mari ek...

1. Jah, tokong besar di kelantan tu rasenya di bina pd zmn arwah merintah .
zmn pas x bina tokong besar tu mlh x diruntuhkn jugak..
sbb apa dlm islam ada ada hak org2 bukan islam.

2. kisah babi yg menyusahkan negara dan rakyatnya pun berasal dri negeri jijah.
ramai la rakyat negara ni tersiksa kerana pemimpin negeri jah..
.skrg dh selesai ke lum jijah.
Fru pun lari dek penternak babi di negeri jijah ni...
issy x kn lari kot, kot-kot ader yg call dri belakang..

3. Negeri jiran pun sama, nama jer negeri tapak warisan dunia, tp penuh dgn babi..

4. dulu2 selangor pun sama, abis tempat masa arwah umno hidup dulu diternak babi ni..
kerjaan pr hanya meneruskan legasi umno buat dulu.
tp dlm bentuk yg lebih tersusun..buat cara yg lebih moden...
nk nafi per lagi..
x kn gambar pemimpin umno ng jkkk terpampang di ladang babi luar negara kot...
dok tinjau teknologi konon..
tp yg cakaplah nk projek...

5. dok susah2 ng gereja lak...
yg umat islam di malaysia ni masuk kristian brapa ramai x kira.
Mufti Perak melahirkan perasaan yg kurang senang dan amat takut dgn perkembangan ni....
umno_BN buat pekak babi jer...

6. yg zaman umno merintah dulu x kira ke brapa umno dh beri kelulusan buat kuil, gereja, tokong
berbanding ng zmn pr buat ni....

7. Yg di batu cave tu besar tersegam menyeramkn tu saper bina...

8. yg ko bina kat trngganu , besar, hebat, banyak belanja guna
brapa org yg mengimarahknya..
ada 2 saf setiap kali solat.nk guna solat jumaat pun kena bayaq bot tambang nk solat situ..
buat apa..

9. dok sibuk2 pasal ketuanan melayu.
yg ko bagi bangsa asing belajar dekat MRSM tu apa pasal.

10. dok sibuk2 pasal ketuanan melayu..yg ko hapuskan biasiswa gantikn dgn pinjaman pesal..pastu nyusahkan penyokong umno gak...time anak nk masuk u, minta sedekah kiri dan kanan.

11. yg ko kater pas kerjasama ng kafir tu,
ko tak kerjasama ker, berbelas2 parti kafir dlm pakatan kau...
pr hanya brapa berbanding kau..

12..bela melayu konon...anak2 melayu dh ramai rosak binasa akhlaknya,
saper yg merintah...ko jugak...buat ratu cantik la,
sambutan keramain dgn konsep melalaikan la...saper buat..ko yg buat..
pas x buat pun konset2 gitu..

13.. bab kafir baca ayt2 suci al-quran , baik gak kafir ..ada gak semangat nk menganali islam, cuba blajar islam, bca sikit2 al-quran ..pastu insy..terbuka hatinya...
yg ko mengaku islam tu..faham ajaran islam, hukum Tuhan pun ko x nk pesal..
islam kepala hotak kau kalau gitu..

14. kuat bela islam konon...brapa ramai pemimpin ko songlap duit rakyat,
duit negara ni mcm duit mak bapak dia...,nk pertahankan negara la...
tp dlm masa yg sama dh ada plan nk komisyen..
x serik2 lg ng kapal selam..dh nk start ng heli lak..

15. Pemimpin nya baik la...berjiwa rakyat la...,
yg mat tahit tu bawa duit 2 14 kilo tu jujur..ke...
yg 2 wakil rakyat parlimen umno ..
satu bini org..satu laki org dok bromen dekat hotel tu..
pemimpin islam yg berjiwa rakyat la tu..

16.Perumahan rakyat..pue...habis dh lesap duit tu kat nuar musa..43 juta oiii..
bukan 43 sen..ulang suara 43 juta.......43 juta...

17. yg anak pemimpin kaya raya dh..sampai tiap2 kali projek besar scomi--scomi,
x dk nama len ka lagi..
yg bakal ganti lak..trus nk swasta ijn..awat hang ikut cakap nazir ker...

18.. fuh islam..hadari....slogan yg terbaik didengar selepas ISLAM drp nabi dan ALLAH.
dgn kerana hadari..ramailah puteri2 dn wanita umno yg fuh gantengnyer rambut..
dedah bodi sini sana........

19..Kuatnyer penyokong hadari ni bersemangat islam....
tp bila ada yg hina nabi..fuh kena didik la, kena bagi bimbingan la...kesian belas kat dia la..hebat2..x dak perasaan sensitiviti lansung bila hina nabi...

20..dok bising2 bab kereta exco...yg trg guna merc tu ko x nampak..
bkn sjer buta hati...mata pun dh mula buta depa ni..
yg pemimpin hadari ko tu beli Kapal Terbang baru lagi tau...wah..hebatnya.

.21.dok sibuk2 ng pr rakyat la....yg rumah tangga umno tunggang langgan x nampak..
PM pun nk dibuangnyer..

22.. masa dlm umno, semua org tu baik....puja mcm nk jilat,
tp bila x sokong depa, kritik jer depa..fuh ditendang kluaq...
tgk la yong tek lee tu..
masa bersama BN fuh hebat bukan main lagi pemerintahanya...orgnya berjiwa rakyat...
keluar hari ni jer drp BN.,,
tup-tup esokheboh makan rasuh sepuluh tahun dulu...
dh baik sgt umno ni..
nape x ambik tindakan sepuluh tahun dulu masa dia jadi KM sabah..

23...Buat malu negara jer, ader ke bekas menteri pusat OSU SUKAN,
di saman oleh kelab judi kat england nu
kerana x bayaq hutang judi...ingat ke ..g luaq negeri..
cari peluang perniaagaan utk negara..tp rupa-raupanya g ber SUKAN lain kat sana.

24.. kafir dap x der la pemimpinnyer jadi pemain filem lucah.
yg pemimpin kafir ko tu..siap beradegan lagi tu...

25.. Dok ready nk g sambut tahun baru yg lebih hebat daripada sambutan maalhijrah....
ada konsert lagi tau...campur aduk bebas laki perempuan..
wou syoknyer..pastu mlm ader lak adengan rempit dan berkepit,
minum2 smbil bcg2 camner nk dpt projek2.
25 percen kata p ramlee.

26. Bangun esok lak leh g tengok acara Raja bogel malaysia yg disokong oleh umno tu...RAMLAN...bila la kau nak berbogel ni...dok tunggu2 nk tengok. ajak semua anak bini ko, umno utk sma2 berbogel dgn kau..syok juga ni...GBOR kat malaysia ni...

nak tahu banyak lagi kena tunggu la....
tanya dgn Kiramankatibin nanti di akhirat

petikan dari hujah forumer Cikgu Aisal dalam siasah tajuk "Husam ziarahi jenazah Yang Dipertuan Besar".

Tuesday, December 30, 2008

Hudud di Somalia

Buruk2 Somalia,
Lekeh2 Somalia,
Pejuang Islam mereka berjaya menegak kan seketika Hukum Allah di Mogadishu.

Pihak Amerika bersama tentera negara jiran Ethopia bersatu mengeluarkan pejuang Islam ini.

Tuan2 nak tahu ,recently mereka hampir menguasai keseluruhan Somalia.

Ha,ha,tu lah bila negara cas(perasan) moden taknak hudud.

Allah pilih negara nun di Afrika di beri kemenangan dan menegakkan hukum Allah.

Allahu Akbar.AllahuAkbar.AllahuAkbar

Monday, December 29, 2008

Dialog terbuka dengan Jemaah Tabligh

Dialog dengan Jemaah Tabligh

Sebolehnya saya ingin mengelak dari berhujah secara terbuka .
Namun,moga keterbukaan ini membawa kebaikan bersama.
Saya yakin saudara datang dari jemaah yg ingin melihat syiar agama Allah dilaksanakan diatas mukabumi milik Allah ini.
Perbincangan perlu lebih mendalam dan mungkin disalah ertikan seolah dua kumpulan Islam bertelagah akan KAEDAH mereka.
Minta yang baik diterima,yang salah dan kurang Allah ampunkan saya,yang aib Allah lindungi saya.

Saudara,
Perkara 1.
Tidak menerima perlembagaan sekarang.
Kami juga begitu ingin tukarkan kepada perlembagaan bersumberkan Quran dan Sunnah sepenuhnya.
Perkara 2.
Tidak menerima kaedah demokrasi,kerana ,
Sebagai contoh 10 orang mengundi samada hendak memakai tudung tidak.
Sekiranya 6 orang undi tidak,maka tidak bertudung mereka hari itu.

Saudara mempunyai beberapa pilihan:
1.Raja atau Sultan yang sepenuhnya memerintah negara dengan undang2 Islam seperti Arab Saudi.
2.Kaedah seperti di Somalia dan Afghanistan(saudara faham).
Kedua kaedah ini tidak salah.

Akan tetapi saya yakin kaedah saudara adalah yang ketiga iaitu.
Mengajak semua kembali kepada Allah dengan solat di rumah Allah.
Kerana dengan solat maka tertegahlah manusia dari melakukan fahsa' dan mungkar.
Kaedah ini adalah yg terbaik...(preventive/forward measure/preemptive measure)
Tetapi untuk melaksanakannya bukankah saudara sering kata seru dan suruh kepada kebaikan dan TEGAH yang mungkar.
Saudara pasti arif dengan susunan tegah dengan hati,mulut dan tangan.
Di mana menegah dengan hati itu selemah iman
Dengan tangan itu bukan kah memerlukan kuasa.
Bukankah feqah itu datang dengan HUKUMAN juga selain daripada HUKUMnya.
Tegahan dan perlaksanaan hukuman memerlukan undang2 Allah dan kuasa pemerintahan.

Perkara 3.
Benar saudara meminta kita dahulukan diri kita,keluarga dan masyarakat.
Tetapi siapakah yang hendak memastikan suasana diluar yang sentiasa menghulurkan madu dirangkaian 1,racun di rangkaian 2.
Pilih yang mana satu.
Bukankah pihak pemerintahan wajib memastikan seluruh environment adalah ber roh kan Islam,berajakan hukum Allah.

Perkara 4.
Barangkali saudara tidak senang kerana kami sentiasa 'menentang' kerajaan pusat.
Saudara harus sedar,bukankah Nabi Allah Musa a.s dan Nabi Allah Ibrahim a.s diutuskan untuk menentang Raja,Ketua Negara,Kerajaan yang menguasai seluruh dunia.
Iaitu Namrud 2000 tahun,Firaun-firaun 5000 tahun..bukan 51 tahun!

Perkara 5.
Kita sangat bersyukur kerana saya "andaikan" ABIM dan JIM telah bersama perjuangan kami.
(mereka boleh nafikan jika sebaliknya)
Mereka adalah organisasi yang organised,displin,systematik dan berpengaruh.
Kehadiran mereka adalah rahmat dari Allah.
Sekiranya jemaah saudara yang juga sangat effektif,displin,organized dan systematik bersama kami..alangkah indahnya.

Kaedah boleh berbeza,bila tiba kepada kesamaan,kita boleh berkerjasama.
Wahai saudaraku saya tidak bermaksud untuk bertelagah dengan pihak saudara,kesudian pihak saudara dalam berbincang amatlah dialukan.
Kerjasama kita akan membawa kepada kesempurnaan pejuangan yang akan "complement each other".

Untuk bekerjasama saudara tidak perlu menukar jemaah anda kepada kami,cukup sekadar memberikan sokongan.
Ruling Parti sekarang sememangnya tidak risau kepada saudara kerana saudara tidak mengundi.
Mereka lebih senang jika saudara kekal sebegini.
Seandainya saudara mengundi saya yakin saudara akan memihak kepada yang mahukan Islam memerintah.
Dengan itu saya menyeru pihak saudara marilah kita berkerjasama.

Wassalam.

Ruling Parti adalah Pengurus

Apa itu demokrasi , tanahair, kampung, daerah, negeri, negara, kerajaan
dan ruling parti.
Jawapan mudahnya,
Sesebuah tempat dihuni manusia akan dipanggil kampung, daerah, negeri dan akhirnya dipanggil negara.
Negara yg berstruktur pemerintahan akan mewujudkan kerajaan:-
Mungkin beraja (raja berpelembagaan), berparlimen atau di terajui presiden .
Sekiranya kita memilih sistem demokrasi berparlimen dan pemimpin dipilih melaui pilihanraya,
maka kita akan ada Ruling Parti iaitu parti yg menang praya melalui pilihan rakyat.

Yg kalah bertanding pula takdelah kita suruh pindah negara.
Begitu juga pengikut, penyokong, pengundi pihak(parti) tersebut, tiadalah boleh kita suruh pindah negara.
Parti yg berjaya itu ditugaskan utk memerintah/mengurus/mentadbir negara / hasilbumi / operasi / rakyat mengikut SCOPE yg ditetapkan.
Dlm ertikata lain Ruling Party adalah PENGURUS yg dilantik oleh RAKYAT.
Ia mestilah tidak korup,mesti efficient,effective,accountability dan sebagainya.

Sekiranya mereka BERJAYA ,kita ucapkan TAHNIAH
Sekira melakukan keSALAHan mestilah diHUKUM.
Sekiranya GAGAL mestilah diperTANGGUNGjawabkan.

Disamping itu , kerajaan juga perlu menyediakan pekerjaan kpd rakyat.
Dan rakyat bebas utk bekerja dgn kerajaan atau tidak.

ABOVE all,
RAKYAT sentiasa BERHAK utk mengantikan/menukarkan PENGURUS mereka apabila rakyat hendak/perlu/suka mengikut lunas demokrasi iaitu PILIHANRAYA.

Dalam demokrasi anda boleh kekal dgn PENDAPAT anda dan orang lain juga BOLEH kekal dgn pendapat mereka.
Kita terima hukum matematik dlm demokrasi 2>1 dan 6>5

Yang disukai akan MENANG!
Yang majoriti MEMERINTAH.!

Balasan Hanya dari Allah

Pesanan buat pejuang tulen

Hayati Asy-Syu`araa` (surah 26)
ayat 109, ayat 127, ayat 145, ayat 164 dan ayat 180.

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku);
balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam."

Lima Rasul iaitu Nabi Nuh as,Nabi Hud as,Nabi Shaleh as,Nabi Luth as,Nabi Syu`ib as
menegaskan perkara tersebut.

Banyakan bersabar dalam menempuhi kesukaran perjuangan.

Wassalam.

Nasi Putih Siap Masak

Andaikan tuan2 semua adalah tokeh2 restoren yg besar2.
Satu hari saya saya datang membawa satu proposal/cadangan yg besar lagi baik.
Kata saya,mulai hari ini tuan2 tumpukan kpd urusan memasak laukpauk dan servis pelanggan sahaja.
Saya pula akan membina kilang/big kitchen/plant utk membekalkan kepada pihak tuan2 (without fail) nasi putih yg dah siap masak.!!
Kita buat perjanjian ini untuk tempoh 5,20,25,30 tahun.
Tuan2 cuma perlu bayar saya sejumlah setiap tahun dan dinaikan setiap 3 tahun sahaja.
Bayarannya cuma sbg contoh RM3 billion setahun.
Sekiranya nasi tu tuan2 tak habis jual/makan tuan2 tetap kena bayar saya.

opps..Jan2009 satu lagi kilang saya siap,tuan2 kena bayar lagi RM500juta.
Biarpun nasi yg saya bekalkan tu tak habis 40% ya..isk..isk.

Selamat menjalankan perniagaan.
Jaga hati pelanggan baik2 tau.

Rasanya tuan2 fikir pengundi Melayu,Cina,India tahu/faham tak mengenai..
Anak2 kat sekolah,kolej,universiti tahu/faham tak mengenai..

1.perjanjian konsesi lebuhraya.
2.perjanjian konsesi Independent Power Plant.
3.petrol price mechanism

1430 Empayar Islam

Hari ini genaplah 1430 tahun peristiwa hijrah Rasullah.
Sepanjang 1430 tahun ini sejarah telah menyaksikan pemerintahan Rasullah sendiri,
Khalifah Abu Bakar,Umar,Othman,Ali,Empayar Umaiyah,Empayar Abbassiyah,
Empayar Islam China,Empayar Islam India,Empayar Islam Eropah,
Empayar Islam di Russia,Empayar Islam di Parsi,Afghanistan,
Empayar Champa,Empayar Melaka ,yang saya tak tahu,semua bersinambungan
dan yang terakhir ialah Empire Ottoman Turkey.

Empayar Uthmaniah Turki hanya jatuh ke tangan kolonial Brittish pada 1923 masihi.
kira2 85 tahun dahulu.

Semua Empayar ini adalah KUASA DUNIA di zaman masing2 dan
tersangat berkuasa dan tersangat KAYA dan
juga menjalankan pemerintahan dan undang2 Allah
(nama lain yg terkenal ialah hukum hudud).

Dalam ertikata lain

1. hukum Allah hanya hilang dipemerintahan dunia ini sekadar 85 tahun dalam sejarah 1430 tahun ini.
2.Kuasa dunia polically dan kententeraan hanya jatuh dari pemerintahan Islam untuk 85 tahun shj dalam sejarah 1430 tahun ini.
3.Kekayaan dunia termasuk senarai manusia terkaya dunia hanya terlepas dari pemerintahan dan orang Islam untuk 85 tahun sahaja dalam sejarah 1430 tahun ini.

Kemewahan mereka dipuncak kejayaan empayar mereka adalah tersangat menakjubkan,
lihatlah peninggalan di Turkey dan India.

Akan tetapi perlu lah kita balik ke perjuangan basic dahulu untuk meraih kemuncak itu.
Basic itu ialah tegak dan hidupkan syiar cara hidup berlandaskan Hukum Allah seluruhnya.

Wassalam.