Saturday, February 21, 2009

Perkembangan PKR di Sabah Sarawak Ramai yang Tak Endah!!~ref Malaysiakini

Saya tidak jumpa atau tidak tahu mana2 bloggers yang membuat liputan atau ulasan atau tulisan mengenai Sabah Sarawak melainkan satu.
Saya rasa laman Pkr sendiri tidak terlalu menghebohkannya, barangkali atas kepentingan strategi.
Namun sebenarnya PKR sedang berkembang pantas dan merebak keseluruhan kawasan di sana.
Saya meletakkan peratus momentum dan pencapaian Pkr di sana pada tahap 60% dengan halaju stabil dan sekali sekala membuat pecutan.

Satu satunya laman blog yang terbaik membuat liputan dan ulasan mengenai perkembangan PKR di Sabah Sarawak ialah http://audie61.wordpress.com/.
Penulisan beliau adalah sangat detail dan baik.
Saya rasa beliau ialah seorang penganalisa merangkap consultant politik professional.

Contoh posting beliau Jan2009 .
"Many have said PKR has made inroads in the rural bastion of BN. What really caught my eye this morning was at breakfast when a Senior member of SUPP branch said,” The people just want to change the colours and its virtually impossible to brainwash them back to BN.”

Terbaru " Over the last three months Dayak PKR leaders have been busy going on a campaign trail harping on the birth and a new beginning from Dayakism to Keadilanism."

Lagi "On November 2008, the Sibu crowd for Anwars arrival and dinner,”Friends of PKR” was overwhelming with turnout of over 3000 people. Then its was Kuchings turn in January which saw the crowds swell with estimates of 8000 and above by the SB. Today,in Bintulu the people await the arrival of Anwar and his PKR team to lead the charge for PKR in Sarawak"

Terkini "Anwar arrived safely in Kuching and he was busy with two functions before he flies off to Bintulu to be at the PKR Friends of PKR dinner. See Chee How the legal advisor for PKR Sarawak and Divisional Chief for Stampin in a telephone interview to audie61 said Anwar chaired his first committee meeting as the Chairman of PKR Sarawak at the Grand Continental Hotel."

____________perunding.

Saya yakin dengan kesungguhan "marketing" Pkr diumumkan semenjak 'Perhimpunan Agung PKR' tempoh hari, Sabah Sarawak bakal menjadi kubu kuat PKR.
Jangan lupa masukkan http://audie61.wordpress.com/ ke dalam blogroll tuan puan.

MB Nizar Pindah ke Kediaman Rasmi Baru~ref Malaysiakini

Pengumuman http://politikbanjar.blogspot.com/.

YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini esok.
Kata beliau kepada pemberita di sini Sempena majlis Kesyukuran dan majlis makan tengah hari bersama pemimpin dan penyokong PAS di sini, Nizar berkata, beliau akan berpindah ke satu lokasi yang berdekatan pagi esok.

Amran berkata, satu majlis khas akan diadakan 10 pagi esok bagi meraikan warga media yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas sejak 4 Februari lepas membuat liputan mengenai rampasan kuasa kerajaan negeri Perak. "Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga media yang bekerja siang dan malam melaporkan setiap kejadian dan pengumuman yang dibuat," katanya.

_______perunding.

Bab ini yang saya paling cemburu.
Jalinan media mereka sungguh canggih.
Kesungguhan bloggers PR Perak sungguh memukau, menakjubkan dan mengkagumkan.

Doakan jalinan sebegitu dan gerakkerja mantap begitu wujud di kalangan bloggers PR Selangor.
Mungkin dah ada, saya ni lone ranger, orang baru bertatih dalam dunia blogging ni.

Moga bloggers PR Selangor bangun mempertahankan MB Khalid Selangor sepertimana bloggers PR Perak memperjuangkan MB Nizar.

Ikhlas dari perunding.

Cun Tak Volvo Sabah ni??~ref Malaysiakini

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman says his government has switched from the Proton Perdana V6 Executive to new “black Volvo 2.5″ cars as the state’s new official cars. Once again as with Perak (Camry) and Terengganu (Mercedes-Benz E200K), the reason given was the high maintenance cars for the Perdanas.
He says the arrangement for the purchase is through a company called Angkatan Hebat Sdn Bhd (a company which the state government holds 70% of through its Warisan Harta Sabah Sdn Bhd investment arm), which will then lease the cars to the state.
The Perdana V6 is still in use as official cars for some senior officers including permanent secretaries and heads of departments. The new imported Volvos are for the 12 Sabah Ministers only. A 2.5 liter Volvo sedan would most likely point to the Volvo S80, the 2.5T model in particular, which offers an effortless drive thanks to its torquey 2.5 liter inline-5 turbocharged engine. The Volvo S80 2.5T has also been spotted being used by the PDRM as part of its police car fleet. But if it is not a sedan (New Sabah Times sources only revealed it was a “car”, did not specify any bodyshape), an XC90 would make sense.The only question right now is, how will the S80s be maintained well when according to the Volvo Cars Malaysia “Find A Dealer” page, there are no authorised dealers or service centers in Sabah? I hope Volvo Cars Malaysia will be able to provide training to Angkatan Hebat technicians or some other kind of arrangement, otherwise it might end up being “high maintenance” all over again. A quick check with Angkatan Hebat’s company profile (page 14) shows it already maintains a fleet of 38 Volvos and 14 service centers around Sabah so hopefully it should be sufficiently equipped.

Sources:Paultan.org

_________________perunding.

Apa macam.
Berkenan??

p/s sedikit alih bahasa dlm komen.

Rasuah Korban vs Politik Wang~ref Malaysiakini

Dunia dah nak kiamat ke apa?
Ke politik yang nak kiamat?
Kenal ke mana satu batil mana satu hak?
Mana satu ibadah mana satu rasuah?
Mana satu halal mana haram?

Perbuatan berluasa pemberian wang dalam pemilihan parti yang terang tak perlu bersuluh adalah suatu amalan rasuah.
Namun diperindahkan nama dipanggil politik wang.

Apa perbelanjaan kewangan untuk amalan korban untuk dinikmati rakyat, bukan satu ibadah?
Mana mufti yang tak mau campur politik??
Campurlah urusan agama ini!!
Campurlah urusan hukum feqah ini.!!
Celaka lah orang yang berilmu tetapi membiarkan masyarakat tenggelam dalam kejahilan.!!!

Bandar Tun Razak adalah kawasan bersempadan Selangor dan Kuala Lumpur!!!
Surau dan masjid dan taman bercampur dan bertindan sempadan di kawasan ini.
Penduduknya bercampur 'overlapping', rumah terletak dalam kawasan Selangor tetapi masjid di dalam kawasan Wilayah Persekutuan.

Saya CABAR sesiapa boleh membezakan Taman Midah, Taman Mulia, taman Bandar Tun Razak, Bandar Tasik Selatan, Bandar Sri Permaisuri, Jalan Tenteram, Taman Tenaga, Flat Sri Labuan, Pekan Sungai Besi,Desa Tun Razak MANA SATU DALAM SELANGOR DAN MANA SATU DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN.???
Mana satu dalam Parlimen BTR mana satu bukan.??
Semuanya dalam 10km in radius.

Merah Sungguh Rafidah, Marah ke~ref Malaysiakini

Merah betul Kak Pidah.
Jam merah, baju merah, corak batik merah, kerongsang merah,gelang, cincin, subang wah, gincu merah, ada marah ka?
eh eh bakul dan buku atas meja pun merah.

Tak marahlah.Relaxlah.Seumur hidup bertanding baru sekali kalah kat Kak Zaharah.

Bertanding kan bagus, energise, charge semangat.
Kan nampak muda menyerlah tu.Nek Pidah, Makcik Pidah ehh Kak Pidah.

Ahli sukan kalau takut bertanding jadi boroi dan boyak.
Orang politik macam Umno Bn Perak takut pilihanraya jadi punah ranah.

Good Luck kak Pidah ekk.
Press Conference Rafidah tanpa Sharizat on, Sharizat confirmed lawan Rafidah.

Friday, February 20, 2009

Wanita Melayu ini mengaku Murtad,Ada Siapa nak Komen~ref Malaysiakini

Katharina Sri (former: Noor Aza Othman) Says: February 18, 2009 at 5:51 pm.
Such hypocrisy from that twisted mind Khir Toyo! What a pervert; probably secretly lusting and ogling after other women besides his poor wife! Elizabeth Wong is not a Muslim for goodness sake! And besides, even Muslims can do whatever they want in the privacy of their home; this Khir Toyo thinks he’s God? Let me tell you Khir Toyo, only God can judge, and that’s the beauty I find in the my true religion, in Christ, as mentioned in the Gospel! By the way, I lived BLISSFULLY outside marriage, for TWO YEARS, with my American ex-husband, before our marriage that is, when still a Muslim, what do you say to that Khir Toyo? Call the religious police after me now and packed me off to the Ulu Yam Islamic Concentration Camp for “immoral” Muslims? Pathetic! That’s why, I got out fast from this religion! I bet this man as many UMNO politicians are **** GROs in lounges! By the way, the unfortunate Altantuya was forced to go naked before murdered so brutally by the Special Branch Malay gangsters! The chances are she was probably brutally raped by these evil monsters, who call themselves Muslims - one had supposedly just “buka puasa!”! No one is bringing this up during the trials or investigation! And yet, Elizabeth Wong private picture is being used to criminalize her, and she was the one who sexually violated, as Altantuya probably was too! Such hypocrisy and sadism of these Umno Malay politicians is unbelievable, and yet they keep claiming how pious they are to the kampung pakciks and makciks!! (oh yes, looks like the Umno hypocrites are wearing songkoks nowadays to show off how “alim” they are!)
Katharina Sri (former: Noor Aza Othman)Germany.

________Perunding.sedikit terjemahan.

Hipokrit sebegini dari Khir Toyo yang terpesong fikirannya.Apa jenis ‘gila seks’, mungkin secara rahsia menggoda dan berskandal dengan perempuan lain selain dari isterinya yang tak tau apa apa,Elizabeth Wong bukan orang Islam pun.Orang Islam pun boleh buat apa saja di rumah secara privasi, Khir Toyo ingat dia Tuhan?Khir Toyo,Tuhan saja boleh menghukum,itulah kecantikan agama ku yang sebenar (benar), Christ, disebut dalam kitab Injil Gospel.Saya juga tinggal(hidup)amandamai diluarnikah dengan bekas suami saya(berbangsa) Amerika ketika saya masih Islam,apa kau nak kata Khir Toyo?Panggil polis agama, cari saya dan hantar ke pusat tahanan Ulu Yam CC untuk orang Islam tak bermoral?Sungguh menyedihkan!(memualkan).Itulah sebab saya cepat keluar dari agama ini.!....

__________perunding.

Sila ambil perhatian point2 lain.
1.Tak suka Khir Toyo.
2. Pertahankan hak Elizabeth Wong.
3. Menaruh syak sesuatu sangat buruk telah dilakukan ke atas Altantuya.

Liga Professional Pemilihan Parti Sudah berMula,Yes!!~ref Malaysiakini

Sori ekk, masuk urusan rumahtangga orang.
Tapi mesti best punya.
Tan Sri Onn Ismail Pengerusi Tetap Umno dah kuar statement gitu gini..
Suruh 3 orang calon timbalan kompromi.
huh..janganlah.Tak best lah.
(betul ke nama tu..sori ya kalau tersalah)

Pemuda dah mula lebih awal dengan program Hujah kat Tv9 ari tu.
3 orang berentap.
bekas MB (Mat Broom), Kj and MM.
Saya sokong Kj lah...menyibuk pulak kita ni.sebabnya ada..
Khir Toyo kalau menang, nanti dok kacau Selangor.
MM la macam hero hindustan je..

Lagi best wanita.
Konpem Sharizat lawan Pidah.
Sure heboh Sharizat menang.
Tapi saya sokong kak Kamila tu.
Sharizat ni satu semester boleh tahan lah.

Takat ni dulu lah.
Cepat lah kempennya orang ameno.

PakLah Peluang di Depan Mata, Bubar!!~ref Malaysiakini

PakLah Peluang di Depan Mata, Bubar.

Pembubaran Dun Perak membolehkan semua rakyat Perak yang layak, mengundi.
Bukan seorang rakyat, semua rakyat.
Tak kira rakyat ahli Pas, ahli Pkr, ahli Dap, ahli Umno, ahli Mca, ahli Mic, ahli Gerakan, semua yang layak boleh mengundi.
Semua rakyat dapat memilih parti mana mereka nak menangkan.
Semua rakyat boleh pilih parti mana nak dijadikan kerajaan.
Semua rakyat boleh pilih wakil rakyat mana mereka nak jadi MB.
Semua parti boleh pilih calon mana mereka nak letak.

Masalah pun selesai.
MB selesai.
Speaker selesai.
Umno Bn selesai.
Pakatan Rakyat selesai.
Sultan dan istana selesai.
Undang undang selesai.
Mahkamah selesai.
Lompat parti selesai.

PakLah inilah peluang.
Peluang di depan mata PakLah.
Semua orang tau yang mulakan semua ni bukan PakLah tapi Najib.
Semua orang tau hujung Mac ni ada liga professional pemilihan parti.
Semua orang tau PakLah nak kena berhenti.
Semua orang tau Mac ni PakLah kena mengadap Majlis Raja Raja.
Hah masa tu lah PakLah.
Tak kan saya nak ajar.
Serampang 2 mata.
Bukak mata PakLah.
Nasihat Bubar Dun, buat sibuk, panggil MT Umno meeting, panggil MT Bn meeting.
Timing betul betul.
Adjust betul betul.
Nah siap.Najib masak.

Sidang Media Sivakumar dalam Bahasa Mudah~ref Malaysiakini

Saya adalah speaker dewan yang sah.
Saya adalah ketua dewan yang sah.
Saya adalah guru displin yang sah.
Jika Adun yang me'nakal' saya boleh panggil mereka menjawab di depan lembaga displin dewan.
Saya boleh gantung mereka dari menghadiri sidang dewan jika kes mereka 'benar' salah.

Saya boleh bagi contoh di Parlimen, speaker dewan boleh gantung Karpal Singh.
Saya boleh bagi tau, PM atau PakLah tak boleh gantung Karpal Singh, tapi Pandikar Amin boleh.

Ada faham ka?

PakLah kalau itu hari anak Zambry masa tadika kat Al-Huda Gombak, ada rebut gula gula lalu tarik telinga kawan dia, PakLah boleh kata, Zambry anak you tarik telinga anak orang.
Orang itu semua berasal dari Nabi Adam as.
So Zambry anak you sudah derhaka dengan Nabi Adam as.
Jangan meleret.

Thursday, February 19, 2009

KesiaN Zambry takde Siapa Boleh Tolong dia~ref Malaysiakini

PakLah dah masuk campur.
Ke tepi kau Najib, pandai buat taik je.
"disrespecting the sultan's decision"
"disrespecting the sultan's wishes" kata PakLah memaksa diri buat muka confident.
Alahai..setakat tak hormat ....
Itu bidang kuasa dia, dia telah panggil Zambry and the geng untuk bagi penjelesan.
Dia dah keluarkan keputusan jawatankuasa untuk menggantung Zambry.

Memang Umno Bn tak leh buat apa dan tak boleh kata apa.
Setakat suruh budak suruhan Umno pergi buat laporan polis dan buat laporan SPRM.
Tu je..mengaku je lah.
Moh kita pilihanraya.

Manakala tindakan Speaker Sivakumar dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.
Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.
Speaker ialah ketua Dewan..jelas Profesor Dr Aziz Bari.
Di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap "tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya" tambah Prof Aziz Bari lagi.

Mamp.. kau Najib.

Daulat Tuanku Masih ada Peluang~ref Malaysiakini

Tuanku punya keputusan ok pada pandangan tuanku pada ketika itu.
Bersandarkan dengan nasihat Najib.
Keputusan Tuanku akan lebih okay sekiranya Tuanku dapat reconsider berdasarkan isu,respon rakyat dan senario terkini.

Tuanku masih boleh mendapat nasihat lanjut selain daripada Najib.
Keputusan tidak ternoktah di situ.
Kebijaksanaan adalah ongoing processing of information and experiences.
Keputusan juga adalah ongoing processing of information.
Dapatkan second opinion.

Bagilah peluang kepada rakyat untuk menetapkan kerajaan pilihan mereka.
Bubarkanlah DUN.

Umno Bn Tunjang Paksi Kebatilan Politik~ref Malaysiakini

Jebat Moden Derhaka, Umno Tuah Langsung Takleh Percaya.

Kepada sesiapa merasakan dirinya Jebat moden,
Berhati hatilah dan fokuslah menghentam musuh politik yang nyata.

Jika musuh politik anda ialah Umno, pastikan anda dapat mengetuk kepalanya,
Umno ni berbentengkan SB,FRU,Polis,SPR dan istana.
Jebat jangan bazirkan tenaga di‘lihat’ menentang benteng Umno.
Pastikan dapat ketuk kepala Umno tu sendiri.

Juga pesanan kepada Jebat moden.
Jangan sesekali percaya pada Tuah.
Buat baik berpada pada, Tuah langsung takleh percaya.
Biar manis macam mana mulut dia memujuk.
Jangan bagi keris Taming Sari kat dia.
Habis ditikamnya Jebat semula.

Para pengundi jangan sesekali bagi undi kat Umno.
Dapat kuasa habis dirobeknya rakyat semula.
Kita beri kuasa kepada Umno Bn melalui pilihanraya demokrasi,
Tetapi dirobeknya demokrasi di Perak,
Di rembat nya harta rakyat melalui kroni dan rasuah..
Di perkosa hak keadilan rakyat melaului Isa.
Ditutup mata dan fikiran rakyat melalui akta kawalan media.
Ditutup minda pelajar universiti dengan auku.

Kepada pejuang semua,
fokus kepada menentang tunjang paksi kebatilan politik Umno Bn.
Tumbang yang ni..InshaAllah yang lain boleh dielokkan.

Gambar Ex-Boyfriend tak Bogel di sini, Tapi dia Hilang!!!~ref Malaysiakini


Inilah gambar lelaki yang dikaitkan dengan gambar bogel Eli.
Tapi takde lah pulak gambar bogel dia ni ekk..
Maday maday....suspek hilang..roger.
"It was further reported that the police have started questioning the Malay Mail daily newspaper reporters on the photos but it was revealed that Hilmi is on the run and unable to be contacted."
On the RUN and UNABLE to be contacted.
Hilang lagi.Layan..
Siapa pulak sorok???
Mat Ghaib mana pulak expert sangat ni..
Jom pakat solat mayat ghaib je lah...
David Cooperfield ada kat Malaysia ke??

Pakatan Antara Confident atau Overconfident~ref Malaysiakini

Antara confident dan overconfident sudah melanda Pakatan Rakyat.
Bawean Termenung begitu serius membawa hujah teguran dan pesanan ini.
Pesanan yang baik dan berniat baik pada pandangan firasat saya.

"Awaslah pakatan jangan terlalu yakin sehingga sebahagian yang keterlaluan yakinnya itu melupakan gerak kerja yang kuat sehingga sunnah Tuhan dalam berusaha itu dilalaikan, karena dengan demikian kebenaran akan terbalik dan tumbang karena kurangnya perancangan."
" Umno yang pengecut itu terkadang masih boleh memukul ala secara curi curi yang boleh membuatkan pukulan itu adalah pukulan maut."
Tegasnya dipetik http://suwaritimur.blogspot.com/.

Begitulah kita perlu mengingati sirah Badar dan Bukit Uhud.
Badar boleh diibaratkan sebagai Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, manakala Bukit Uhud boleh diibaratkan sebagai Bt Gantang, Bt Selembau, Bt Lanjan dan mana mana Prk yang bakal kita hadapi.
Berhati hatilah dan ambiklah iktibar sebaik mungkin.

Namun kita PERLU memikir dan mengambil kira faktor keyakinan yang mustahak juga dalam perjuangan.

1. Antara takut dan harap.
Kita sentiasa diajar untuk sentiasa takut doa kita tidak dimakbulkan, tapi dalam masa yang sama kita perlu mengharap sepenuhnya Allah akan memakbulkan doa kita.
Allah memakbul seperti kita sangka...rujuk hadis untuk ketepatan.

2. Di dalam sukan, kemenangan dan kekalahan sentiasa mempengaruhi motivasi keyakinan.
Semua perlu sentiasa diingatkan.

3. Reverse psychology.
Ketika terlalu confident kita perlu kurangkan dengan peringatan kemungkinan expect the worst.

4.. Di dalam Matematik dan Statistik.
Kita sentiasa perlu mengkaji senario apabila x goes to zero dan juga apabila x goes to infiniti.
Maka kita dapat melihat 'kejadian' paling logikal.
Kita juga memerhatikan antara mode dan average dalam Statistik, antara yang paling kerap mungkin berlaku dengan yang paling tinggi kekerapan berlaku.

5. Antara realistik dan idealistic.
Idealistic tentang sokongan padu dan sentimen rakyat menyokong PR.
Realistic Umno Bn mampu dan sanggup melakukan apa saja by hook or by crook untuk men'cedera'kan perjuangan kita.

6. Sejarah.
Ketika Prk36 ramai diperingkat awal menyatakan 50-50, ketika itu saya cuba menghujah kemenangan majoriti 4000 undi diikuti tulisan analisa mendapat undi 38000, semata mata untuk menanamkan keyakinan padu dan jelas kepada penyokong PR.

7. Think positve.
Bila kau kata kau boleh, kau pasti boleh melakukannya..
Malaysia boleh!!

8. Always says InshaAllah dan tiada dayaku melainkan dengan keizinan kuasa Allah.

9. Sentiasa merancang, mesyuarah, berdoa, bertawakkal, dan berusaha dalam jemaah.

Wallahuallam.

Zambry kau bodoh ke apa?~ref Malaysiakini

Zambry Perak berkata Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan telah GAGAL dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi.

Bila kau amik periksa UPSR,
1. biar kertas jawapan kosong, gagal lah namanya.
2. jawap penuh tapi semua salah, gagal lah namanya.
3. jawap tapi markah bawah dari markah lulus, gagal la namanya tu..

See u in court lah..

Wednesday, February 18, 2009

Murphy's Law says Dun Perak Bubar, Najib Tak Jadi PM~ref Malaysiakini

Domino effects membawa maksud apabila satu jatuh yang lain dalam susunan akan turut jatuh.
Kita telah lihat fenomena ini terjadi kepada Umno Bn dengan kekalahan demi kekalahan.

Manakala Murphy's Law pula kata sesuatu akan menjadi serba tak kena atau serba tak menjadi akan terdorong kepada tidak menjadi.
Murphy's law is an adage in Western culture that broadly states, "Anything that can go wrong, will go wrong." It is also cited as: "Anything that can go wrong, will", "Whatever can go wrong, will go wrong"."Whatever can go wrong, will go wrong at the worst possible time, in the worst possible way".

Melainkan kita sentiasa menahan ia dari terjadi kepada tak menjadi atau jadi serba tak kena.
Namun apa yang terjadi ke atas Umno Bn sentiasa tak menjadi sehingga tak dapat nak ditahan tahan lagi.
Senang cerita dan bahasa, nampak gayanya ada orang kempunan jadi PM.
Dan pembubaran Dun Perak looks inevitable.

Umno Bn Desparado for Peguam Handalan!!~ref Malaysiakini

Perkembangan terkini sudah sampai ke peringkat perundangan tertinggi.
Isu isu semasa sudah menjadi kes mahkamah berprofile tinggi.
Asalnya boleh diselesaikan tanpa dibawa ke mahkamah,
namun tindakan Umno Bn telah memaksa PR mencari penyelesaian mahkamah.

1. Nizar tiba di Mahkamah Tinggi kira-kira jam 10.45 pagi bersama dengan beberapa ahli exco Pakatan Rakyat Perak, termasuk setiausha DAP negeri itu, Nga Kor Ming serta sepasukan 10 orang peguam, yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.
Pasukan ini menghantar saman mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.

2. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengumumkan penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, selama 18 bulan dan enam enam Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dewan berkuatkuasa serta merta pada jam 7.00 tadi di sini.
Ini juga memerlukan penyelesaian melalui mahkamah.

3. Kes pengesahan perletakkan jawatan 2 Adun Behrang dan Changkat Jering juga dibawa ke mahkamah.

4. Satu laporan Rasuah terhadap ADUN Jelapang, Hee Yit Fong, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Md. Radzi akan dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Ipoh.

5. Kes perbicaraan pembunuhan Altantuya dibawa ke Mahkamah Antarabangsa.

Umno memang perlukan pasukan peguam handalan.
Bersiaplah.

Tiga Bukit Mana Jelapangnya??~ref Malaysiakini

2 Bukit sudah pasti adakan pilihanraya kecil iaitu Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
1 Bukit menyusul pasti iaitu Bukit Lanjan.

Dah ada 3 bukit mestilah dipadankan dengan lembah atau jelapang.
Nah ura-ura sudah tersebar, Adun Jelapang berkemungkinan meletak jawatan.
Membuka satu lagi lembaran pilihanraya kecil.

Tunggu lah.

April Fulls!!!~ref Malaysiakini

Menjelang April Najib dah jadi Presiden Umno.
1 April PakLah dah 'patut' letak jawatan.
1 April Najib dah 'patut' jadi PM Malaysia.
Awal April Cabinet Reshuffle sudah pasti menjadi agenda.

7 April pilihanraya kecil Bt Selambau dan Bt Gantang, serta kemungkinan Bt Lanjan, juga Pensiangan dalam penantian.
9 April keputusan perbicaraan Sirul dan Azilah dalam kes Altantuya.
April juga Proton Exora dilancar.

Mana satu nak jadi April Fool??

BerSejarah buat Abdul Wahid, Dah jadi Sejarah Wan Farid~ref Malaysiakini

Sudah termeterai dengan rasmi dalam sejarah,
Mohd Abdul Wahid Endut telah mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen,
mewakili rakyat yakni pengundi Kuala Terengganu.

Manakala lawannya Wan Farid sudah menjadi sejarah dan tiada saya tahu alkisahnya lagi.
Wallahuallam.

Tuesday, February 17, 2009

Gambar Bogel Eli Letak jawatan, Mati Kugan Siapa patut Letak Jawatan?~ref Malaysiakini

Elizabeth dengan penuh bermaruah meletak jawatan.
"I have decided to make a stand, in the interest of the party and its struggle for the people.."

V Arumugam juga meletak jawatan dengan bermaruah di Bt Selambau untuk kepentingan parti, pengundi dan demokrasi.

Roslan Saharum, pilihanraya kecil yang bermaruah kerana takdir menentukan beliau kembali ke Rahmatullah.
3 kekosongan kerusi dengan secara bermaruah.

Bagaimana 3 lagi kerusi yang belum dikosongkan, tetapi dikekalkan dengan tidak bermaruah.
Jelapang, Changkat Jering dan Behrang.???
Di manakah maruah 3 Adun ini?
Tunjukkan maruah anda.

oppss..Mati Kugan ada siapa tak nak amik tanggungjawab dan isytihar letak jawatan?

Heroin Bukit Lanjan SeGunung Maruah~ref Malaysiakini

Adun Bt Lanjan Elizabeth Wong meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor dan Adun Bt Lanjan.

Nah seorang heroin politik demokrasi, ekoran mangsa pendedahan gambar peribadi bogel di rumah, menyerahkan kepada pengundi untuk menunjukkan pendirian rakyat.

Nah apa lagi,
Selamat Menyambut HariRaya ehh..Pilihanraya.
Satu lagi bukit pilihanraya.
3 Bukit pilihanraya...serentak!!

Racial Tak Harmoni Hanya Mitos~ref Malaysiakini

Racial Tak Harmoni hanya mitos
Hanya satu kes ketegangan antara 2 orang dari 2 kaum berlainan yang saya dengar dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.
Iaitu kekecohan seorang Melayu yang menjadi Ketua Bahagian parti Melayu di Bukit Bendera “bertengkar mulut jarak jauh” dengan seorang ketua parti Gerakan berbangsa Cina.

Selain daripada kes itu saya tak pernah dengar.
Setiap hari saya tengok semua orang semua bangsa makan se kedai Mamak pagi petang siang malam.
Semua orang pergi pasar malam ,semua bangsa berniaga dan membeli belah.
Semua orang pergi kedai, pasar, runcit, pasaraya , semua bangsa bekerja dan membeli belah.
Semua orang pergi pejabat dan bank , semua bangsa bekerja dan berurusan.

Jiran saya, wanita Cina berumur 80 tahun lebih, hampir setiap 6 pagi menegur saya.
Mau pegi semayang ka?
Ya popo (nenek) , popo sudah semayang ka? Tanya saya balik.

Rakyat semua sudah boleh hidup harmoni.
No worry.

PPSMI Kenapa Policy Maker Taknak Mengalah?~ref Malaysiakini

PPSMI Kenapa Policy Maker Taknak Mengalah

Kenapa policy maker yang bersungguh mempertahankan PPSMI tidak mahu mempertimbangkan beberapa fakta ini.

Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan berasal dari orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan dipelopori oleh orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Sumber rujukan dan sumber penemuan Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan berasal dari orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Istilah/terminology dalam Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan berasal dari orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Penemuan terkini, penyelidikan terkini, pakar terkini Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Negara termaju Ilmu Sains dan Imu Hisab bukan orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.

Kenapa policy maker bersungguh mempertahankan PPSMI sedangkan.

Hampir keseluruhan masyarakat dari pelbagai kaum, bangsa, bahasa menentang policy ini.
Hampir semua cendiakawan Ilmu Bahasa menentang policy ini.
Hampir semua ilmuan Ilmu Sains dan Ilmu Hisab menentang policy ini.
Hampir semua orang dari semua peringkat usia, tua, muda, menetang policy ini.
Hampir semua persatuan dan individu menentang policy ini.
Hampir semua parti politik menentang policy ini.

Apakah policy maker nak bagi peluang kepada segelintir ahli politik untuk menjadi hero di saat akhir seperti dalam movie.
Apabila penentangan rakyat sampai kepada kemuncaknya nanti, akan muncul seorang hero politik dan menyatakan kami akan menarik balik policy ini untuk kepentingan rakyat kerana kami prihatin kepada rakyat.
Ya lah macam cerita batu blok kat Bandar Mahkota Cheras tu.
Okay hero but piraaaaaaaaaaah.

Fatwa Harus Harussani~ref Malaysiakini

Harussani harus menerangkan apa maksud taat kepada ulul amri.
Dari ayat Taat kepada Allah, Taat kepada Rasul, dan kepada Ulul Amri.

Taat kepada ulul amri yang taat kepada Rasul dan Allah.
Taat kepada ulul amri yang mana ketaatan itu subjek kepada ketaatan perintah Rasul dan Allah.


Harussani harus menyatakan hukum undang undang ISA.
Harussani harus menjadi hero rakyat jika berani menyatakan ISA haram.
Harussani harus memberitahu orang awam solat Jumaat boleh dilakukan tanpa cukup 40 jemaah berdasarkan hukum feqah.
Harussani harus memberitahu orang ramai bahawa tidak harus meninggalkan solat Jumaat kerana mereka telah harus ditahan pemerintah secara harus.

Harussani harus menegakkan hukum yang wajib.

Monday, February 16, 2009

Berapa RMjuta nilai gambar bogel Elizabeth?~ref Malaysiakini

Jika anda ada gambar bogel pemimpin politik, mana mana pemimpin politik,
anda mungkin boleh jadi jutawan segera.

Berapa juta ringgit agaknya nilai gambar bogel Elizabeth?
Jadi kaya tak orang yang punyai gambar tu?
Kenapa baru kini bawak keluar?
Sapa punye idea tu??

Kenapa tak buat tawaran kat dia, siar atau apa-apa?
Ada kaitan atau sambungan dari Perak ke?

Ada kaitan dengan Kedah ke?
Kat Kedah tu kahwin satu lagi di luar budaya/agama orang itu.
Yang ini morally salah tak?

Kenapa berturut dengan DrHalimah?
Oo nak tunjukkan, kita kata buruk pada mulanya.
Kemudian kita cuba kata ok bila kena kat Elizabeth.
Maksudnya macam mana kita nak selamatkan Eli bilamana kita kata perbuatan begitu sangat buruk bila orang tuduh palsu kat DrHalimah.

Ada kaitan dengan Prk 2 Bt tak?
Lambat lagi??
Ooo supaya orang tak kata ini rekaan untuk pilihanraya.
Belajar dari kesilapan timing, kes rasuah sebelum P44.

Tak dirancang? Tak sengaja?? oppurtunist?

Kalau saya siarkan Gambar Bogel Elizabeth, Kena Tahan Tak?~ref Malaysiakini

Sengaja taknak join the bands menulis pasal cerita hot hot ni.
Sekarang Suhu Politik tanah air sudah naik tahap Hot Hot Hot.
Tetapi sengaja jugak bertanya soalan bodoh di atas?
Siapa rajin jawablah.

Sebagai rujukan bandingan "polis menahan dua lelaki dan dua wanita berusia 40an kerana mengedar risalah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peralihan kuasa politik di Perak, di pasar tani berhampiran Arena Square, Kuala Kangsar, semalam."
Mereka tu bloggers katanya.

Berbalik kepada isu Elizabeth Wong,
Untuk orang Islam segala kaitan 'bersekedudukan' adalah haram, tak kira suami dengan isteri orang, isteri dengan suami orang, janda dengan duda, janda dengan teruna, duda dengan anak dara, anak dara dengan teruna atau apa saja pasangannya.
Manakala orang bukan Islam pula akan dikategorikan skandal atau bukan skandal.
Berstatus kahwin akan membawa kepada dilabelkan Skandal.!!

Untuk kes Elizabeth beliau dilaporkan diambil gambar bogel oleh pasangan secara tanpa rela.
Siapakah yang harus ditahan di sini.??
Pengambil gambar, orang dalam gambar, atau penyebar gambar???

Siapakah agaknya pengambil gambar??
1.Boyfriend lama yang memang boyfriend.
2.Boyfriend satu malam (1 night stand).
3.Boyfriend..my name is BoNd...James BoNd...hansem macam Daniel Craig kerja macam Alias.
I work for dot dot dot Intelligent Services.

What's next?
Adakah Elizabeth akan berpeluh atau bertambah populariti?????

Sunday, February 15, 2009

DYMM Agong Tolak Perletakkan Jawatan PM PakLah~ref Malaysiakini

DYMM Agong tolak perletakkan jawatan PM PakLah.

PakLah perlu hantar surat letak jawatan PM pada 1April2009 nanti.
Apa kata sekiranya DYMM Agong tolak.
Apa kata ini terjadi, baru padan muka Najib.

Atau pun melalui PakLah,
DYMM kata kita bubar parlimen.
Adakan snap election.
Apa rasa jam itu Umno Bn.


Raya sakan lah kita.
Tak dapat bubar Dun Perak.
Dapat bubar satu Malaysia.
Jam itu apa Umno nak derhaka.??

Pru13 sudah menjelang tiba..
Mari kita bersediaaaa….

Derhaka!! Tajuk Kempen Prk 2 Bukit~ref Malaysiakini

Derhaka Tajuk kempen Prk 2 Bukit.

Cikgu saya mohon untuk tidak dapat menghadirkan diri pada kelas tambahan Sabtu ini, kata Ahmad Nizar ketua kelas.
Ponteng! Ponteng! Jerit ¼ murid yang duduk di barisan belakang.

Tidak cikgu , jawab ¾ murid lain di dalam kelas tersebut.
Dia cuma mohon untuk tidak menghadirkan diri cikgu, terang mereka.

Pecat! Pecat dia jerit ¼ murid duduk di barisan belakang.
Kelas ini milik kami bangun ¼ murid duduk di barisan belakang.
Ini Ahmad Zambry ketua baru kami, mula menuju ke depan ¼ murid duduk di barisan belakang.

Mana boleh, pintas ¾ murid di dalam kelas tersebut.
Kita adakan undi semula siapa ketua dan bila kelas tambahan patut diadakan.

Tidak! Tidak! Tegas ¼ murid di barisan belakang sudah mula menyusun kerusi di baris hadapan.
Demokrasi kelas ini milik kami semenjak mak bapak kami, rungus mereka, sambil bertelingkah menyusun kerusi dan meja sesama mereka.

Cikgu yang adil masih boleh mencari penyelesaian terbaik.