Saturday, May 2, 2009

Hadiah buat UMNO, Prk Kota Alam Shah hampir Pasti

 Manoharan, who is under ISA detention, has today confirmed that he is considering quitting his Selangor state seat of Kota Alam Shah.

Laporan terkini dari Malaysiakini.


Friday, May 1, 2009

Makluman

Blog ini menahan diri dari menulis sebarang perkara berkaitan pemilihan dan muktamar Pas.
Blog ini lebih berminat dengan perkembangan Penanti dan lain2 isu berkaitan policy maker.
Terima kasih.

Gempar!Bapa Altantuya akan berada di Penanti!!

Monggolian News Forum melaporkan bahawa Setev Shariibuu, bapa kepada wanita Monggolia yang dibunuh dengan zalim dan kejam di Malaysia pada tahun 2006 akan berada di kawasan pilihan raya kecil Penanti tiga hari sebelum hari pengundian.

Setev Shariibuu tidak akan berkempen tetapi akan berjalan-jalan sekitar kawasan Penanti dan tempat awam. Mr. Shariibuu akan terus berada di Penanti sehingga ke hari pengundian.

Gambar dan quote dari http://kerajaanrakyat.com/.


Muktamad PKR vs UMNO di PENANTI

"Ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR). Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku pilihan raya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

sumber gambar dan quote dari http://greenboc.blogspot.com/.
__________________________

Kepada sahabat dalam Pas di PP tu bawak bersabar lah.
Usahlah menggatal tangan cari pasal.

MUKTAMAD.TITIK.

1 Malaysia Najib UMNO

1 Malaysia aku nak pulun sorang.
1 Umno aku nak conquer sorang.
1 Bn aku control sorang.
1 Perak aku rembat sorang.
1 pilihanraya kecil pun aku sorang tak mau.

1 finance ministry aku budget sorang.
1 dunia media cerita aku dan altantuya sorang.
1 altantuya aku punya sorang.opsssssss razak..........

1 mei.
Selamat bercuti.
Janganlah sorang sorang.

Thursday, April 30, 2009

Mengenang Kemenangan UMNO di Perak Pru12

Umno Bn ada 28 kerusi.
27 Umno 1 MCA.

Majoriti kemenangan yang melebihi 2000 undi majoriti di 10 DUN.

1.Pengkalan Hulu 4645 undi.
2.Temenggor 4617 undi.
3. Kenering 2798 undi.
4.Kota Tampan 2335 undi.
5.Batu Kurau 2439 undi.
6.Hulu Kinta 5232 undi.
7.Bota 2068 undi.
8.Chenderiang 3392 undi.
9.Ayer Kuning 3252 undi.
10.Slim 3256 undi.

Huh.Umno Perak lebih hensem berbanding di Selangor.
So apasal takut bubar.
Bubar lah.
Lawan sekali lagi beb.
Baru jantan.

Mengenang Kemenangan UMNO di Selangor Pru12

Umno Bn dapat 20 kerusi.
9 kerusi dimenangi bawah 700 undi majoriti.

1.Sungai Air Tawar 123 undi.
2.Sabak 117 undi.
3.Kuala Kubu Baharu 448 undi.
4.Permatang 608 undi.
5.Kuang 517 undi.
6.Taman Templer 613 undi.
7.Seri Serdang 45 undi.
8.Paya Jaras 642 undi.
9. Morib 286 undi.

Senario sentiasa berubah.
Tapi sekurangnya jadikanlah statistik itu sebagai azam untuk bekerja ke arah Pru13.
Ayuh.

Giliran DAP pula lawan UMNO Bn!!

Pilihanraya kecil di Selangor.
Tahanan ISA yang dah tak tahan kena tahan.
Sapa boleh tahan?
Sapa boleh menahan?

Pilihanraya kecil lagi.
Pas vs Umno Pantai Timur sudah.
Pas vs Umno Pantai Barat sudah.
Pkr vs Mic sudah.
Pkr vs Umno menanti di Penanti.
Dap vs Gerakan menyusul.

ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan yang sedang ditahan di bawah ISA, dipercayai sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi tersebut, demikian Malaysiakini difahamkan.

Manoharan bertanding atas tiket DAP di DUN Kota Alam Shah, Selangor dalam pilihanraya umum tahun lalu, dan berjaya menewaskan calon BN dari Greakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

7184 majoriti.!!!
Apacam Umno.
Cari lah alasan awal2.hu hu.

Ex Mufti Asri tibai Islam Liberal Umno Liberal

Pandangan Dr Mohd Asri Mengenai Isu Agama Anak
Disiarkan pada Apr 29, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan
PANDANGAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN MENGENAI KEPUTUSAN KABINET YANG MENETAP AGAMA ANAK BERDASARKAN AGAMA ASAL KETIKA PERKAHWINAN
Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;
Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.
Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.
Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.
Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.
Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.
Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.
Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.
Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.
Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.
Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.
Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.
Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,29.4.09Lampeter, UK.

http://drmaza.com/home/.

Mega Projek ni UMNO atau PAS??

Wow.
Kedah dan Kelantan.
USD300billion!!!=RM1 trillion!!!

I'DA World Group has proposed to build a highway and an oil and gas pipeline, an integrated development in Tumpat and a resort city in Pasir Mas, Kelantan
I'DA World Group Sdn Bhd, controlled by Kedah-born businessman Abdul Rahim Abdul Wahab, has proposed three mega projects in the northern states of Peninsular Malaysia, which it hopes to undertake as a Private Finance Initiative (PFI).Under the PFI, the private sector undertakes implementation and financing of a project and assumes the risks. The project's revenue must come mainly from the private sector and not from government sources.Abdul Rahim, who is also I'DA executive chairman, said the proposed projects are a highway and an oil and gas pipeline, each over 300km long, stretching from Tumpat in Kelantan to Kuala Perlis and Kuala Kedah respectively; Pantai Sri Tujuh (PS7) integrated development in Tumpat; and a resort city in Pasir Mas, Kelantan.The PS7 project, involving reclaimed land, will feature an international trade and finance centre, education and science centre, and a city port, among other things.

The resort city, meanwhile, is envisaged to have an administration centre akin to Putrajaya, resorts and hotels, and a water themepark.
The total investment for the projects is estimated at US$300 billion (RM1 trillion) over a period of 30-35 years, Abdul Rahim told Business Times in Seri Kembangan, Selangor, last week, after presenting a video on the projects to the company's consortium members, key officials from Majlis Daerah Pasir Mas and members of the Kelantan royal family.Under I'DA's proposal, an initial amount of US$50 billion (RM181 billion) will be divided into three packages: US$35 billion (RM127 billion) for PS7, US$10 billion (RM36 billion) for the six-lane East-West Link highway and pipeline, and US$5 billion (RM18 billion) for the Pasir Mas project.Abdul Rahim expects the projects to create more than a million jobs and generate spin-off opportunities for small- and medium-scale industries."My aim is to create opportunities. The world economy is in turmoil so it would be a good time to initiate these projects and help people. It is a private initiative and has nothing to do with the Northern and Eastern Corridors," he said.Abdul Rahim said he has been involved in infrastructure and building works overseas for more than 40 years. He returned to Malaysia 10 years ago.I'DA, a general contractor with a paid-up capital of RM1 million, was set up in April 2007.On funding for the projects, Abdul Rahim claimed that some will come from the wealth generated by various associate companies linked to him. The group also has other assets to finance the projects, he added."We are confident as we have the funds and people. I have built a strong base of high net worth individuals from the Middle East, Europe, South Africa and the US. These are the millionaires whom we are targeting for the properties," he said.

Sumber Busines Time by Sharen Kaur.

Wednesday, April 29, 2009

Apa Helah Umno pandang ENTENG Penanti

Mula mula Najib perlekehkan keperluan mengosongkan kerusi.
Kemudian SPR melengahkan pengumuman kekosongan kerusi.
Sekarang Umno melengahkan keputusan samada bertanding atau tidak.

Apa helahnya?
Barangkali.

1.Melemahkan semangat pasukan lawan.
2.Membuat rakyat memandang negatif terhadap pilihanraya.
3.Menjauhkan pengundi atas pagar.
4.Mengelirukan pengundi.
5.Mencari alasan awal untuk menghadapi kekalahan.
6.Mengurangkan tekanan psychology phobia kekalahan.
7.Berhasrat menyerang saat akhir.

Siapa lawan UMNO di Penanti

PAS tolak tanding di Penanti

PAS Pusat mengambil ketetapan untuk tidak meletakkan calonnya di Penanti dan akan menyokong penuh calon dari PKR dalam pilihan raya kecil itu.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.
_______________________________________
Kan senang gitu.

Kepada sahabat2 Pas di Penanti, amiklah nasihat ikhlas Angkasanuri.blogspot.


DUN PENANTI: INGATAN BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN DI PULAU PINANG
Pas Kawasan Permatang Pauh dan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang berhasrat untuk meletakkan calon Pas di Penanti.Dalam Pas, segala pandangan dan cadangan adalah amat dialu-alukan dalam konsep musyawarah. Tetapi sebagai ahli dan pimpinan di peringkat kawasan dan negeri apa-apa keputusan dan cadangan wajar dirujuk kepada pimpinan tertinggi di peringkat pusat.

Tidak salah untuk menyuarakan pandangan dan pendapat tetapi setiap pandangan itu perlu disampaikan melalui saluran yang betul. Tidak disalurkan melalui media yang bukan menjadi lidah rasmi parti. Sekaligus memberi peluang kepada musuh untuk melaga-lagakan kerjasama erat yang wujud dalam Pakatan Rakyat selama ini.

dan seterusnya..............
_____________________________________________
Berlapang dada lah semua.InshaAllah.
bawak bertenang.
banyakkan beristighfar.

Zambry UMNO hantar USUL lucut speaker Perak dengan POS LAJU

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini.
Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.


Usul lucut jawatan Sivakumar sebagai Speaker.malaysiakini


p/s pos laju dalam tajuk bukan bermaksud produk Pos Malaysia Bhd.
harap maklum.

Apahal mamat Pas ni..teringin nak lawan UMNO ke?

PAS Permatang Pauh beku jentera p'raya.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.

______________________
Buang tabiat ke.?
Takde kerja cari kerja.
Takde pasal cari pasal ke?

PKR Anwar bersiap sedia strategi lawan UMNO Najib

Anwar prepares PKR for long battle with Najib’s Umno.


KUALA LUMPUR, April 28 — Datuk Seri Anwar Ibrahim has made sweeping changes to PKR as Pakatan Rakyat (PR) prepares to face off with the resurgent Umno and Barisan Nasional (BN) of Datuk Seri Najib Razak.
PKR insiders say there is an urgent need to hunker down for a long, tough battle with a Umno united under Najib and Anwar’s old nemesis Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib has been working simultaneously on several fronts — economic, financial and political — to consolidate his power base, mow down his political enemies and recoup the losses suffered by BN in the 2008 general elections.
“PKR is the main target as PKR is the glue that holds the Pakatan Rakyat together and it is we who will take the full brunt,” a PKR insider said of Najib’s strategy.
Anwar’s decision to give a bigger role as party spokesperson to Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail is significant because it was she, as the aggrieved wife and symbol of resistance, who had held the PKR together during the six-long years when Anwar was in prison.
Dr Azizah stepped back after Anwar’s 2004 release but remained as nominal party president.
She gave up her Permatang Pauh seat for Anwar in July 2008 at a time of great stress for Anwar and the PKR, with her husband again accused of committing sodomy with his former aide Saiful Bukhari Azlan.
Anwar’s sterling victory in the Permatang Pauh by-election and his subsequent appointment as opposition leader in parliament helped considerably to overshadow the public fallout from the sodomy allegations.
The allegations however are set to reappear again and dominate the headlines with the opening of the sodomy trial soon and naturally the PKR is concerned about the political fallout of another trial.
It is felt that neither deputy president Dr Syed Husin Ali nor the senior vice-presidents of PKR are able to handle a major crisis as well as Dr Wan Azizah who is experienced and enjoys a unique public appeal of her own unlike other PKR leaders.
Besides, she is also well known to and has developed a network of sympathetic editors and senior writers among the international media during the years in the political wilderness.
Such a network can be a powerful positive factor in times of crisis.
Considering the circumstances Dr Azizah is expected to play a prominent public role again as PKR leader even as Anwar battles his political enemies in court and in parliament — a role that only she can carry as the symbol of resistance.
Other changes involve the ever resolute vice-president Azmin Ali who has been taken-off as election campaign director and is expected to be given a major role in the PKR in a second round of changes the PKR is expected to undertake soon.
Azmin is expected to head a key state where PKR presence is dominant.
Another key PKR leader and Anwar-ally — the information chief Tian Chua has been made strategic director and his post given to human rights lawyer Latheefa Koya.
PKR sources said she is more “level headed” then Tian Chua who had several time angered top PKR leaders with his “theatrics” and “rash” media statements.
Like Tian Chua and troubled PKR lawmaker Elizabeth Wong, Latheefa is a well known human rights activist and a fixture in numerous demonstrations for justice.
Azmin is replaced as election director by Saiffudin Nasution, a former Umno youth leader who has shown his skills and organisational abilities in recent by-election battles.
“Saifuddin’s star is shining in the PKR…he is also close to PAS and well liked by the DAP,” PKR sources said.

____________________sumber http://www.anwaribrahimclub.com/.

Perancangan strategi jangka sederhana dan panjang yang amat baik.
InshaAllah mampu mengekang dan menghadapi lawan UMNO.

Menanti UMNO di PENANTI


Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.

Tuesday, April 28, 2009

UMNO!!!Fairus ada di PENANTI bersama ANWAR!!

Saya tak dapat menyelami apa taktik Najib buat malu malu kucing tak nak bertanding di Penanti.
Sapa boleh bagi cerita kat saya, tulislah kat komen sini.

PKR semakin mengancam Umno di kacamata saya,
Fairus dan Anwar bersama2 berkempen di Penati sekarang.

Tak caya klik live di http://anilnetto.com/.


LIVE: Fairus shows up with Anwar in Penanti
2148: Anwar is now addressing the crowd. The other speakers are Wan Azizah, Guan Eng, Zahrain, Fairus, and Balik Pulau MP Yusmadi
2144: Manikumar, the victorious PKR candidate in the Bukit Selambau by-election has just walked in.
2136: Former Penang Deputy Chief Minister Mohammad Fairus Khairuddin has made a surprise appearance in Penanti in a ceramah that is now in progress, says my contact at the scene.

__________________________________
Anwar masih punyai sentuhan umphhhhhhhh.
Najib takleh lawan bab ni.

Federal Court kata NIZAR Mb SAH Perak

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah.
Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim.
Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.

Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana.
Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah.
Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak.
Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.

Sumber Misbahul Munir.

Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:

1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009.
Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

UMNO Liberal semakin liberal!!

Bank Islam mega
PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mempelawa pelabur asing menubuhkan dua bank Islam mega di negara ini dengan modal berbayar lebih AS$1 bilion (RM3.59 bilion) setiap satu bagi mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam utama antarabangsa. Berita Online.

The Government will issue up to nine new banking and insurance licences until 2011 and allow foreigners to own up to 70% equity in the country’s Islamic banks, investment banks and insurance companies. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the liberalisation package, comprising six thrusts, was aimed at enhancing Malaysia’s linkages with international economies. The Star.

_______________
Tuan tuan ingat tak bila Mb Kedah Azizan nak ubah kuota rumah di Kedah.

Selsema Babi?Kerajaan negeri Umno Liberal mau ladang bersepadu di Negeri Sembilan

Kenapa tak dipanggil selsema khinzir?
Kenapa Swine Flu?
Kenapa tak Pork Flu?
Kenapa tak Pig Flu?
Kenapa tak Hog Flu?

Adakah ada kaitan dengan domestic pig?
Ada jugak babi hutan.
Adakah ada kaitan dengan domestically reared pig?
Di Mexico ada babi dipelihara di sekeliling rumah barangkali?

Adakah ladang berselerak meningkatkan risiko tercetus wabak?
Adakah ladang bersepadu dan berteknologi tinggi yang terkawal mengurangkan risiko wabak tercetus?

Kerajaan Negeri Negeri Senbilan dilaporkan di Radio Bernama tidak mengeluarkan lagi lesen penternakan babi berselerak, sebaliknya mahu ladang dilakukan secara bersepadu dan berteknologi tinggi.

Macam familiar je ayat tu..mana ekkk...Kedah ? Selangor?

Tahu kah anda wahai manusia sejagat.
God of all mankind, God of all universe iaitu Allah telah meletakkan satu hukum melalui Messenger Muhammad bahawa babi itu haram dimakan kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

Tahukah anda wahai manusia sejagat.
Islam telah menetapkan satu peraturan mengikut kaedah peraturan Imam Syafiee bahawa sesiapa yang tersentuh (fizikal contact) babi perlu membersihkan diri dengan basuhan menggunakan tanah, elemen di dalam tanah dapat mencegah sebarang virus dan bacteria dari berjangkit kepada manusia.

Sunday, April 26, 2009

Modus operandi Parasit ~ produk UMNO?

Menyertai parti sasaran.
Aktif di dalam parti sasaran.
Berusaha mendapat tempat setinggi mungkin di dalam parti sasaran.

Sentiasa ada exit point.
Apabila terancam seperti dikesan oleh parti sasaran, cepat bertindak dengan sobotaj parti sasaran dari dalam.
Seterusnya jika dikesan juga sobotaj dari dalam, cepat2 keluar dan isytihar keburukan parti sasaran dengan 'ayat standard' " saya dah tengok keburukan dari dalam".

Ada motif tertentu terhadap parti sasaran.
Barangkali membawa seluruh parti sasaran kepada taklukan parti induk lain.
Jika dikesan, cepat2 menukar motif, dengan meragukan kumpulan dalam parti sasaran.
Atau dengan memecahkan parti sasaran kepada 2 kumpulan.

Berhatilah dengan parasit.
Sangat sukar dikesan.

Jangkamasa mencapai motif.
Ada banyak parasit hinggap di dalam Pkr terutama untuk motif jangkapendek.
Ada parasit menyelinap ke dalam Pas terutama unuk motif jangkamasa panjang.
Ada tak parasit dalam Umno?
Takde.Depa tu semuanya parasit.

Dari mana datang parasit.
Yang ni kena tengok filem Bond.