Saturday, January 17, 2009

Karpal's Best Insurance Policy in PrkP36~ref Malaysiakini

Apabila Karpal telah menyatakan langkah mayat aku dulu mengenai hudud kepada orang Melayu itu menunjukkkan stand beliau mengenai hukum tersebut.
Apabila Karpal berkata bahawa beliau akan membawa DAP keluar dari Pakatan sekira hudud terlaksana kepada orang bukan Melayu,

Itulah 'Insurance Policy" yang paling baik dijual oleh beliau kepada pengundi atau penyokong atau pendokong bukan Melayu.
Inilah jaminan terbaik buat pengundi bukan Melayu.
Seperti juga hidup pasti menemui kematian,life insurance masih diperlukan.

Begitulah dalam politik memerlukan 'policy' jaminan ke atas sesuatu perkara.
Keunikan dan keajaiban politik Malaysia kini memang sebegitu,
air boleh dicampur dengan minyak.

Pendokong,penyokong dan juga pengundi Pas secara khususnya atau Melayu secara umumnya memerlukan penegasan pendirian terhadap isu tersebut seperti penegasan Tuan Guru Nik Aziz.
Begitu juga di pihak bukan Melayu,
mereka juga memerlukan penegasan seperti dari Karpal Singh.

Di antara keduanya semuanya memerlukan kata kata seperti dari Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan juga Lim Guen Eng.
Begitulah rumusan resipi politik tanahiar mutakhir ini.

Seperti juga cerita Ezam yang cuma menghidupkan kembali populariti Anwar,begitulah penegasan Karpal sekali lagi menyakinkan pengundi bukan Melayu kepada DAP dalam Pakatan Rakyat.

I am pretty sure,Prk P36 especially non Malays voters buy the policy!
Congratulation to Karpal.
Congratulation to all voters.

Tahniah kepada Pengundi Cina~ref Malaysiakini

Dun Bandar yang mempunyai 80% pengundi Cina yang menyaksikan satu satu kawasan Dun yang Pas kalah dalam Pru12 mac 2008 dengan majoriti 1000+ kini telah memberikan kemenangan undi kepada calon Pas.

Ini bukti kukuh menunjukkan pengundi Cina menerima calon Pas dari pilihan Pakatan Rakyat.
Ini membuktikan pengundi Cina menerima jaminan dan penerangan semua parti komponen di dalam PR mengenai Hudud.
Pengundi semua telah matang.
Dalam P44 pengundi Melayu telah menolak dengan jelasnya modal cerita liwat.
Kali ini pengundi Cina telah memahami sepenuhnya isu Hudud untuk orang Islam.
Pengundi Cina juga menyakini pakatan atau gabungan atau kerjasama dalam pakatan yang ada mempunyai pelbagai elemen,telah berjalan dengan baik,selesa dan diterima pakai.

Calon Pas Hj Mohd Abdul Wahid Endut dalam perbualan dengan Awani 501 sebentar tadi telah menyatakan bukan setakat pengundi Cina yang menyumbang kemenangan ini,malah semua pengundi bandar yang boleh akses kepada maklumat terkini,telah menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat.
Tahniah untuk semua.
Tahniah untuk demokrasi.

Wan Farid kalah,Bukti bukan PakLah Salah!!~ref Malaysiakini

Monday, January 5, 2009

Wan Farid kalah hilang semua.
Beliau perlu meletakan jawatan sebagai senator dan sekaligus melepaskan jawatan Timbalan Menteri dalam Negeri.
Sekiranya tewas,beliau tidak boleh dilantik senator semula,maka akan kehilangan jawatan nya.
Wan Farid menang hanya dapat semula.
Itu pun sebagai ahli parlimen terpulang kepada PakLah untuk melantik semula.

Bagi Najib pula ini adalah For Najib, KT is a do-or-die battle.
Apa tidaknya ,kekalahan akan dipersalahkan kepada beliau sebagai komander pilihanraya kecil .
Ia juga boleh diterjemahan sebagai penolakan rakyat umumnya dan ahli Umno khusus ke atas pakej peralihan kuasa kepada beliau.

Apa untung Pak Lah bagi kekalahan Wan Farid.
Ini membuktikan penolakan undi rakyat dalam Pru12 lepas bukan kerana rakyat bencikan Pak Lah.
PakLah hanya tidak disukai ahli Umno selepas Pru12.
Biarpun beliau selepas itu bersetuju untuk berundur akibat tekanan dari dalam BN.
Namun kemenangan Anwar di Permatang Pauh dikaitkan ahli Umno masih lagi tidak puas hati dengan jadual peralihan kuasa 2010.
Kini PakLah telah mengumumkan Mac 2009 sebagai tarikh peralihan kuasa kerana beliau tidak bertanding jawatan Presiden Umno.
Sekiranya Wan Farid masih kalah,jelaslah membukti kekalahan yang lepas bukan kerana salah PakLah.
Malah kekalahan Wan Farid kali ini lebih menunjukkan Najib tidak berupaya dan kurang diterima.
Kalah Wan Farid,peluang bagi PakLah.
Boleh buat Najib diketepikan.

Hari ini terbukti Wan Farid kalah.

Rai kan kemenangan dengan Syukur,Sabar dan Tenang~ref Malaysiakini

Kita telah berjaya melalui dan menjalankan satu proses pilihanraya demokrasi dengan jayanya.
Tahniah kepada pengundi Kuala Terengganu khususnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.
Kita telah menggunakan sepenuhnya masa,tenaga dan usaha kita untuk sebulan ini.
Inilah pengorbanan kita beri kepada usaha menegakkan sistem demokrasi itu sendiri.
Hormati keputusan ini.
Jangan sakiti hati yang kalah.
Rai kan kemenangan ini dengan syukur,sabar,tenang dan matang.

Hari ini kita semua pergi mengundi yakni melaksanakan tanggungjawab besar kita sebagai rakyat demokrasi.
Hari esok marilah kita semua kembali kepada kehidupan harian kita.
Nelayan ke laut.
Petani ke tanamannya.
Guru,polis,penjawat awam dan penjawat swasta kembali ke pejabat masing masing.

Inilah kehidupan dalam satu proses demokrasi.

Syukur,Sabar dan Tenang

AllahuAkbar.
Alhamdulillah.

Terimalah kemenangan yang adalah milik mutlak Allah yang dianugerahkan kepada kita semua.
Raikan kemenangan ini dengan syukur,sabar,matang dan tenang.

Amanah menunggu kita.
Expectaction menunggu kita.
Ganjaran kemenangan seterusnya juga menunggu kita.

Jangan sakiti hati yang kalah.

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar. maksud Al-Quran.

Pas Menang,AllahuAkbar

9.46
Awani 501 telah melaporkan Pas menang dengan Rasmi 32883.
Majoriti 2631.
Alhamdulillah.

Air Mata Menang

9.18
Air mata ini mula membasahi pipi.
Semakin banyak bloggers mengesahkan kemenangan tidak rasmi Pas dengan majoriti 2700+.
AllahuAkbar.
Alhamdulillah.
Ya Allah segala kemenangan ini adalah milik Mu.

Buletin Tv3 Penuh Etika

9.06
Buletin Tv3 langsung tidak melaporkan sebarang berita dan keputusan pengiraan undi tidak rasmi PrkP36.
Tahniah.

________
Dun Bandar Pas melebihi dengan 190 undi.
Dun Bandar 80% undi Cina,satu satu dun Pas kalah 1000+ undi dalam Pru12 Mac2008.
Membuktikan undi Cina beralih ke PR.
Tahniah.

Tv3

Qomat kedengaran. 8.47
Buletin Tv3 meneruskan cerita Gaza dan luar negara.

2000++

Setakat ini Pas sudah mendahului.
47580
Pas 24604
BN21884

Azan Isyak berkumandang.

Lori hantu!!!

Jam 8.35
Cerita hangat Bukit Botak Selayang Selangor.
Satu lagi,lori hantu di Kuang Selangor.
Anti klimax betul.
Orang tengah follow PrkP36.
Simpan esok je lah cita ni semua.
Apa makna nya tu?

Buletin Tv3

Saya sedang menonton Tv3.
Sedikit laporan ringkas PrkP36.
Pembuka jalan untuk isu Camry.
Sedikit ulangan berita Bukit AntaraBangsa.
Selebihnya cerita Gaza.
Tiada ulasan penganalisa politik PrkP36 melegakan saya.
Apa makna tu?

Prediction Perunding vs Lim Kit Siang~ref Malaysiakini

Petikan ini adalah dari blog Lim Kit Siang.

http://blog.limkitsiang.com/2009/01/17/pas-to-win-by-7000-majority/.

Menggunakan hujah yang sama,saya mengulangi tahap keyakinan saya pada seperti yang saya posting sebelum ini di sini.

Friday, January 9, 2009

Calon Pas Mendapat undi 38000
Hj Mohd Abdul Wahid Endut 38000
Wan Farid Wan Salleh 30000
Adam 300
Pada 12 December 2008 saya telah menulis bahawa keyakinan saya ialah Pas akan menang dengan majoriti 4000 undi.
Hari ini saya menaikkan tahap keyakinan saya kepada kemenangan calon Pas dengan mendapat 38000 undi.
Mari saya terangkan secara statistik.
Kita sudah maklum terdapat 80,000 pengundi.
Saya menjangkakan peratus keluar mengundi meningkat kepada 85%.
Undi Melayu Pas 58% bersamaan 35,500 undi.
Undi India Pas 55% bersamaan 220 undi.
Undi Cina Pas 45% bersamaan 2800 undi.
Margin of error 500 undi.
Jumlah 38000 undi.
Undi calon bebas saya letakkan 300 sahaja dan saya menjangkakan beliau akan menarik diri 3 hari sebelum hari pengundian.
Baki undi 30,000 lagi diperolehi oleh calon Umno.
Untuk menyaingi Pas,pihak lawannya perlu mencari 8000 undi .
Sekiranya mereka menggunakan khidmat tekong zombie,
8000 zombie diperlukan dan ini akan menyebabkan peratus keluar mengundi meningkat kepada 95%.
Mustahil!
85% keluar mengundi sudah cukup tinggi dengan peningkatan hanya 3% dari Pru12.
Mereka perlu membuat pujukan supaya ramai orang keluar mengundi.
Pengundi Pas lebih tegar,sebarang gertakan tidak menggerunkan pengundi Pas keluar mengundi.
Sebaliknya pengundi Umno menjadi keberatan keluar mengundi.
Dan zombie menjadi susah untuk menyelinap.
Namun,menghidupkan 8000 zombie bukanlah kerja senang.
Mungkin setakat nak cover malu supaya tak nampak kalah terlalu teruk.
Peningkatan undi Pas kepada 58% itu hanyalah peningkatan 2.75%.
Jika dapat diusahakan ke tahap 5%,mendapat 40,000 undi adalah satu bonus.
Tidak hairan kenapa mereka,Umno sudah mula memberikan penyataan penyedap hati.
Saya amat optimistik itulah laporan Malaysiakini pada 9.45 malam 17 January 2009 nanti.
InshaAllah.
Posted by perunding at 11:21:00 PM .

p/s Posting ini mendapat sambutan hangat di TKO sehari sebelum TKO diserang.

Berlumba mengerjakan Kebaikan,PkrP36


Wahid yang pertama mengundi bersama isteri dan 5 orang anak.
Lakukan solat dhuha di pagi hari ini supaya semua urusan kita menjadi mudah dengan izin Allah.
Semua digalakkan pergi mengundi awal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 90 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka.
Bermakna 72000 orang akan keluar mengundi.
Satu rekod yang menakjubkan.

Friday, January 16, 2009

Teknik Menghadapi Hantu

Dapatlah semua tak kira pengundi,petugas dan semua yang terlibat atau juga sesiapa sahaja untuk mengamalkan teknik teknik ini bermula malam ini.

Membaca ayat Kursi,surah AlBaqarah ayat 255 sebelum tidur,bangun tidur,sebelum keluar rumah dan setiap kali teringat.

Terasa runsing diapakan oleh musuh atau kesusahan,
Membaca Bismillahi lazi la yaduru ulmaasmihi sai un fil ardi wa la fi samai wa huwasamiul alim.
(maaf dirumikan)(sila cari ejaan tepat dalam Arab)
membawa maksud Dengan nama Allah,tiada suatu boleh memudaratkan samada dari bumi dan juga dari langit dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Jika risau dengan tipudaya musuh sentiasa ingat ayat Allah di dalam AlQuran surah Al-Anfal ayat 30.
yang membawa maksud ..they were plotting and Allah too was plotting; and Allah is the Best of those who plot.
membawa erti mereka merancang tipudaya,Allah juga merancang(tipudaya)dan Allah adalah sebaik perancang/mengalahkan/menggagalkan tipudaya.

Jika rasa buntu dalam menghadapi masalah atau kesulitan,
salawat keatas Rasullah sebanyak mungkin,
juga bacalah ayat seribu dinar dari surah AtTalaq ayat2 - ayat5.

Kemuncaknya sentiasa ingat,
Hasbunallahu wa ni'mal wakil..
surah Ali Imran ayat173
membawa maksud Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

Atau sekiranya sukar kerana kesibukan jangan lekang dibibir zikir
Subhanallah Alhamdulillah AllahuAkbar.
Juga Bismillahi tawakkal tu alai allah,la haula wala quwata illah billah,
bermaksud Dengan nama Allah aku bertawakkal dan tiada daya ku melainkan dengan kuasa Allah.
Banyakkan berdoa kepada Allah,ingat dan zikir kepada Allah,akhirnya berserahlah segalanya dan berharaplah sepenuhnya kepada Allah.

PakLah Final Pull,Najib Final Pushh

Saya menguatkan diri dengan sekeping kertas dan sebatang pen mengadap Buletin Tv3!
8.10 hingga 8.25 khas buat Paklah dan Najib demi PrkP36.

PakLah dalam ruang dewan meja makan yang sesak dek...sempit..kah,kah.
1 kerusi penting....semangat.
Kalau gitu betul lah tindakan PR bersungguh nak tambah dari 82 ke 83 biarpun tak jadi majoriti lagi,sebab 1 pun memang penting.
Tq PakLah.
Pergi Lah ke kubur...bagus.
Aik apasal 10 orang je...ikhlas takleh ramai ramai.
Tunjuk pulak orang Cina fasih bahasa Melayu,bagus sangat lah.
Kelantan pun macam tu..

Nah,giliran Najib pulak.
Live dari depan rumah kampung....syahdu plus romantik.
Cerita secara umum penerimaan penduduk...specific sikit bang...final day ni.
Menjawab pulak isu dari PR,Bn tak tunai janji di P44.
Awat tak hafal skrip betul betul...sepoi betul..ni live bang.

Macam saya tanya menyakat kawan tengah study malam esok nak periksa Add Math.
Kau boleh selesaikan log2A + logb2,gabra mamat tu..sure punye.

Lepas tu pegi cakap bukan pasal personaliti individu...apa ke hal nya.
tak kan kami nak undi sapa sapa je kot.
kurang kurang ada hansem ke..ada sedara ke..
untuk berbakti kepada rakyat katanya..
Ya lah nak cari yang boleh berbakti tu lah kena undi yang ada personaliti!!
kuang,kuang,kuang

Mat Said pun tumpang sekaki masuk tv,...cuma didepan 10 orang dalam rumah...syahdu.
Last sekali kata bukan isu nasional.
Patutlah tak masuk front page surat khabar,asyik lapor kat mukasurat 3 je.
Nak sorok kot.

Ceritaku

Sewaktu di alam persekolahan saya suka 'study' sebulan sebelum peperiksaan.
3 hari menjelang hari peperiksaan kebiasaannya saya sudah merehatkan diri.
Ataupun sebaik saja saya mendapat mencapai tahap keyakinan saya.
Maknanya apa yang dipelajari selama ini tentu dah ada dalam kepala 'somewhere'.
Takpun kalau nak menakal,masa tu lah boleh pergi kacau orang lain 'study'.

Begitu juga 3 hari sebelum peperiksaan besar PrkP36 ini,saya berniat untuk berehat dan tidak menulis semenjak hari Khamis.
Sebab utamanya ialah saya sudah mencapai keyakinan yang saya cari.
Saya menyakini pengundi telah membuat keputusan dihati dan fikiran mereka.
Namun,hari ini datang pulak rasa nak menakal, rasa seronok pulak nak menulis.

Saya pun pergi beli Berita Harian,tengok Utusan dan tengok Star.
Eh,eh..tergelak kecil saya.
Umno pun sama,macam saya jugak.
Dia orang dah 'wrap up' kempen.
bn peluang cerah katanya..
bn boleh menewaskan pas katanya..

Saya juga surf sana sini.
Cerita Karpal sahaja yang saya rasa perlu tulis sedikit.

Kemudian saya beli Harakah,
Wah!
Superb!

...bersambung

Karpal's Best Insurance Policy

Apabila Karpal telah menyatakan langkah mayat aku dulu mengenai hudud kepada orang Melayu itu menunjukkkan stand beliau mengenai hukum tersebut.
Apabila Karpal berkata bahawa beliau akan membawa DAP keluar dari Pakatan sekira hudud terlaksana kepada orang bukan Melayu,
Itulah 'Insurance Policy" yang paling baik dijual oleh beliau kepada pengundi atau penyokong atau pendokong bukan Melayu.
Inilah jaminan terbaik buat pengundi bukan Melayu.
Seperti juga hidup pasti menemui kematian,begitulah dalam politik memerlukan 'policy' jaminan ke atas sesuatu perkara.

Keunikan dan keajaiban politik Malaysiakini memang sebegitu,air boleh bercampur dengan minyak.
Pendokong,penyokong dan juga pengundi Pas secara khususnya atau Melayu secara umumnya memerlukan penegasan pendirian terhadap isu tersebut seperti penegasan Tuan Guru Nik Aziz.
Begitu juga di pihak bukan Melayu,mereka juga memerlukan penegasan seperti dari Karpal Singh.
Di antara keduanya semuanya memerlukan kata kata seperti dari Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan juga Lim Guen Eng.
Begitulah rumusan resipi politik tanahiar mutakhir ini.

Seperti juga cerita Ezam yang cuma menghidupkan kembali populariti Anwar,begitulah penegasan Karpal sekali lagi menyakinkan pengundi bukan Melayu kepada Dap.

Wednesday, January 14, 2009

Kekejaman Yahudi yang Menyayat Hati

video

Air Mata Palestin

Dengan izin Allah saya akan membuat posting video memaparkan kekejaman Yahudi dan rintihan saudara kita di Palestin.
Tontonlah paparan ini biarpun dihati tuan puan hanya ada sekumit kasihan pada Palestin.
Tontonlah paparan ini jika belum ada sekumit perasaan kasihan dihati tuan puan pada Palestin.
Tontonlah paparan ini jika dihati tuan puan ada sekumit perasaan was was untuk menyokong Palestin.
Tontonlah paparan ini jika tuan puan belum pernah menitiskan setitik airmata kasihan kepada Palestin.
Tontonlah paparan ini dengan kekuatan iman dan kekuatan hati menyaksikan kekejaman Yahudi.
Tontonlah paparan ini dengan kekuatan iman dan kekuatan hati mendengar rintihan Palestin yang menyayat hati.

Tko,Alhamdulillah,OK!




Selepas di serang ... kini Tranungkite sudah boleh di layari.
AllahuAkbar.

Nasihat terakhir buat Umno


Saya telah beberapa kali menulis seperti 10 tips untuk pihak lawan di PkrP36 dalan ruangan
komen siasah.blogspot.
10 faktor yang boleh membuatkan Pas menang majoriti 4000 undi dalam ruangan komen Tuan Nobisha.
Juga beberapa topik di dalam laman saya sendiri,seperti Umno sudah kendur dan lain lain lagi.
Sememangnya tulisan saya tidak penting langsung kepada Umno,bahkan ada mereka mengatakan hanya layak dibuang ke tong sampah.
Saya tidak terkilan.
Saya juga banyak membaca cadangan dan nasihat yang ditulis cerdik pandai Umno seperti Tuan Nobisha dan Tuan Bungaraya.
Apakah Umno telah mengambil hal tentang itu,tiadalah saya ketahui.
Di PrkP36 khususnya,satu demi satu berita yang tidak membawa rating positif kepada Umno terus didengari.
Calon tidak diperkenan.
Karektor calon begini begini.
Kempen pulak banyak tertumpu dalam bilik gerakan sahaja.
Tak pun dalam dewan yang tersusun kerusi nya dengan cantik.
Tak pun dengan audience wanita yang berpakaian `seragam`cantik cantik.
Takpun kempen waktu kerja panggil penjawat awam seperti guru dan lain lain.
Ini menunjukkan audience itu telah di 'fix'.
Tak original,bukan datang dari khalayak ramai.
Tidak menggunakan peluang mengikut isu semasa.
Berapa banyak laman pro-umno yang menengahkan isu Palestine contohnya selepas sidang Parlimen kelmarin?
Ada tak sesiapa yang menjelaskan pakej dan huraian Najib yang penuh 'harakat' menyampaikan ucapan di kongress ekonomi Islam ke3 kelmarin di PWTC?
Nampak seperti orang Umno sendiri tidak faham dan tidak dapat mengambil kebaikan menerangkan kepada rakyat akan perkara berkaitan ekonomi Islam itu.
Saya sudah siap berkira untuk menghadapi tulisan mengenai hal tersebut,namun melihatkan tiada sahutan hangat dari pihak pro Umno saya pun diamkan jugak.
Saya langsung tak terkilan,
Bahkan saya siapkan satu sample ucapan buat pemimpin Umno di malam 17hb nanti.
Ucapan berbunyi begini...
Kita bersyukur kerana telah berjaya menjalankan satu proses demokrasi dengan jayanya.
Sudah menjadi adat pertandingan akan ada yang kalah dan akan ada yang menang.
Kepada rakyat amnya,kemenangan calon Pas tersebut tidak akan merubah kedudukan kerajaan BN.
Kepada semua calon,pengundi,petugas dll Umno saya ucapakan terimakasih atas usaha tuan tuan dan saya berharap semua menerima kekalahan ini dengan sabar dan fikiran terbuka.
bla bla...
Wassalam.

Hj Mohd Abdul Wahid Endut,kemenangan untuk Semua

Inilah calon pilihan rakyat Kuala Terengganu.
Beliau telah dipilih dan diterima oleh rakyat Kuala Terengganu untuk berkhidmat kepada semua tak kira bangsa dan agama,tak kira usia,kampung,pekan dan bandar untuk selama 5 penggal berturut turut di kawasan Adun.
Pilihan tuan puan untuk mengundi calon ini membolehkan beliau meningkatkan peluang untuk memberi khidmat kepada anda di peringkat yang lebih tinggi.
Beliau boleh membawa isu dan penyelesaian dan membawa suara tuan puan ke peringkat Parlimen.
Tuan puan telah memberi keyakinan kepada beliau diperingkat ADUN,sekarang tibalah masa untuk memberi mandat kepada beliau berkhidmat di peringkat lebih tinggi.

Undi Hj Mohd Abdul Wahid Endut,
Peluang untuk tuan puan,
Kemenangan untuk tuan puan Semua.

Wan Farid,Winning for himself

Beliau hendak menang untuk mendapatkan semula jawatan.
Jawatan itu ialah Timbalan Menteri ISA.
Jika anda undi calon ini beliau hanya ingin menyambungkan jawatan dari 3 tahun kepada 5 tahun.
Beliau meletakkan senatorship yang diberi tempoh 3 tahun, untuk bertanding semata mata dengan harapan dilantik semula jawatan bagi tempoh 5 tahun.
Beliau sedia boleh berkhidmat untuk rakyat sekiranya mahu, tanpa perlu bertanding.

Fikirlah sebelum memilih.

Psychology War


To all my friends,
Seat back.
Fasten your seat belt.
This is a game of psychology.

Tian Chua,Perfect Marketeer!

Dengan raut wajah yang tenang dan senyuman yang ceria,Tian Chua mudah didekati dan disenangi semua orang.
Tidak terasa untuk 'gocoh-gocoh' bila berdepan dengan watak ini.
Kita terasa riang dengan sifat 'listening' beliau.
Ini memudahkan untuk beliau mendekati rakyat disemua peringkat dan lapisan tidak mengira bangsa atau usia.

Diberitakan Tian Chua berkampung di Kuala Terengganu sepanjang minggu kempen PrkP36.
Ini banyak membantu jentera parti PR memenangi hati rakyat dan terutamanya pengundi keturunan Cina.
Dengan ada dua figure iaitu saudara Tian Chua dan sekali sekala kedatangan Lim Guan Eng,satu lagi celebriti politik yang amat diyakini masyarakat Cina,saya yakin majoriti pengundi berbangsa Cina sudah menetapkan hati mengundi calon Pas.
InshaAllah.
Vote Pas.
Pas For All.
________
Petikan Malaysiakini.

PAS, BN rayu pengundi luar balik.
Selepas mulai yakin undi Cina akan memihak kepadanya, PAS kini bergelut untuk meraih pengundi Melayu bagi memastikan kemenangan calonnya di Kuala Terengganu.
Parti itu mengharapkan para penyokongnya di luar Terengganu pulang untuk memastikan kemenangan calonnya Mohd Abdul Wahid Endut pada Sabtu ini..

_________Perunding
Untuk memastikan kemenangan bergaya.InshaAllah.

Tuesday, January 13, 2009

Recep Tayyip Erdogan

Recep Tayyip Erdogan berumur 54 tahun adalah lulusan sekolah agama tinggi Imam Hatip dan kemudian menamatkan pengajian di universiti Marmara dalam bidang Ekonomi dan Sains Pentadbiran.
Identiti beliau yang paling menyerlah sebagai pemimpin tertinggi Turki ialah isterinya bertudung.
Antara kejayaan beliau sebaik dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2003 ialah menarik balik pengharaman pemakaian tudung di pejabat kerajaan dan juga universiti.
Perlu kita difahami politik Turki telah diracuni oleh golongan ultra sekular dan didokongi oleh pihak tentera yang berpengaruh.
Parti beliau pernah cuba diharamkan mahkamah pada tahun lepas hanya dengan tuduhan AKP cuba menjadikan Turki negara cenderung kepada Islam dan juga cuba menghapuskan ideologi sekularisma.
Namun beliau telah berjaya mengharungi semua kesukaran tersebut.
Beliau juga berjaya membawa keluar Turki dari kemelut kegagalan ekonomi sejak 15 tahun lalu.
Beliau juga berusaha mendapatkan sokongan negara Eropah untuk mendapatkan Turki diterima menjadi anggota Nato.
Dalam ertikata lain Recep Tayyip Erdogan telah mencapai kejayaan yang memuaskan biarpun berada dalam senario politik yang paling sukar.

Sekiranya ada pihak yang menyatakan Pas di pengaruhi oleh kumpulan pemimpin yang berkarisma dan berkebolehan seperti Recep Tayyip Erdogan,saya amat mengalukan,bukan setakat satu orang,jika semua pemimpin Pas begitu pun tiada masalah.
Namun saya yakin cerita ini adalah fotokopi kepada cerita 10 tahun lepas apabila ramai golongan professional membanjiri barisan kepimpinan Pas.
Phenomena tersebut telah memberikan impak yang sangat positif kepada perjuangan Pas keseluruhannya.
Malah untuk hal Erdogan, sekiranya ada orang seperti Recep Tayyip Erdogan dapat menggantikan PakLah Mac2009 ini,saya amat setuju.

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun

TKO diserang.

MAKLUMAN TERKINI: Laman Web TKO telah ddos attack pada jam 12 tgh tadi (13 Januari 2009) dengan nilaian yang amat tinggi menyebabkan laman tersebut terhenti operasi. Serangan datang daripada pelbagai server termasuk Brazil, China dll. Anda boleh mendapatkan berita buat semnetara waktu daripada laman UO atau Detikdaily.Awas - TKO hanya mempunyai e-mel tranung2006@yahoo.com sahaja. Sebarang laman baru atau e-mel baru adalah perancangan penceroboh untuk mengesan forumer TKO.- Cybershot.

_____Perunding

Apabila ditimpa sebarang musibah kita ucapkan,
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun.
Ya Allah berikan sabar dan pahala kepadaku atas kehilangan ini.
Ya Allah gantikan ku dengan yang lebih baik lagi dari yang hilang ini.
Amin.

Kenali Zanu-Pf ,Kenali Umno

Robert Mugabe dinafikan berada di Kuala Lumpur ketika ini.
Beliau dikatakan rapat dengan PM yang terdahulu.
Kerajaan Malaysia dikatakan ada menghadiahkan kayu bermutu tinggi untuk membina mahligai beliau di negara beliau tidak lama dahulu.
Beliau juga dikatakan mempunyai mahligai di Country Homes Sri Kembangan.

Beliau adalah boss ruling party Zimbabwe Zanu-Pf, menjadikan beliau Presiden Zimbabwe semenjak merdeka 1980 dari jajahan Brittish.
Pada pilihanraya 2008 yang lepas,party beliau hanya memenangi 94 kerusi parlimen dari 210 kerusi dipertandingkan.
Beliau pula hanya memperolehi 43% undi dan kalah kepada Morgan Tsvangirai 48% dari MDC bagi kerusi Presiden.
Parti MDC mendakwa pemerhatian mereka disetiap peti undi,telah dikira,mendapati sebenarnya mereka telah menang dengan 53%.
Robert Mugabe dilaporkan telah memunapulasi undi menjadikan keputusan rasmi Morgan Tsvangirai hanya mendapt 48% menyebabkan pilanraya pusingan kedua perlu diadakan untuk menentukan bakal Presiden.
Undi 50% perlu diperolehi untuk dilantik Presiden.(absolute majority)
Zanu-Pf terkenal dengan taktik menggunakan SPR mereka.
Zanu-Pf terkenal dengan taktik menggunakan Polis mereka untuk menakutkan pengundi.
Zanu-Pf terkenal menggunakan mahkamah,media dan segala kepunyaan kerajaan untuk menekan parti lawan utamanya iaitu MDC.
Dilaporkan terdapat lebih 500 kematian disebelah pihak penyokong MDC di dalam undian pusingan kedua menyebabkan Morgan Tsvangirai menarik diri.
Sekaligus menyaksikan Robert Mugabe merampas balik jawatan Presiden tanpa pertandingan.

Manakala ruling parti di Malaysia,dikenali sebagai Umno.
Selebihnya anda semua dah tahu.

Undi Pos,Undi Pusat Serenti mana lebih Manupulatif?

SPR izin ejen calon hadir di tempat mengundi pos.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya membenarkan ejen calon yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ditempatkan di tempat mengundi undi pos.
Petikan Berita Harian Online.
Perkembangan menarik.
Kepada semua waktu sampai tong undi pos ke pusat pengiraan undi bukanlah kepentingan utama.
Sampai awal atau lewat sekiranya sudah dimanupulasi terlebih awal sudah tidak bererti lagi.
Yang penting ialah proses pengundian itu mesti dipantau.
Pemerhati mesti dibenarkan memerhatikan kepastian semua pengundi itu hadir.
Semua pengundi itu mendapat kertas undi yang 'fresh', yang belum dipangkah lagi.
Dimasukkan ke dalam `peti' undi dan kekal rahsia undi mereka.
Dipastikan juga tiada unsur ugut atau bermaksud ugut seperti kehadiran seseorang 'superior' yang boleh menakutkan pengundi itu.
Dan akhirnya kertas undi yang itu juga mesti dijamin selamat sampai ke pusat kiraan undi tanpa di'tampered'.

Ops terlupa,siapa nak pastikan penghuni pusat serenti mengundi atau tidak?
Siapa boleh pastikan 'IC' mereka tidak pergi mengundi?
Dikatakan terdapat lebih kurang 80,000 penghuni pusat serenti di seluruh negara.

Barangkali Pusat Kajian Strategik Pilihanraya,
No1,Persiaran Rahsia,
off Jalan Peace Hill,
Poskod 007,Kuala Lumpur.
ada maklumatnya.

Strategi BN hadapi Pas di PkrP36,Bocor

Petikan TKO.
Kertas ini bertujuan bagi mengemukakan cadangan pendekatan dan strategi kempen bagi membantu kemenangan calon BN di Parlimen Kuala Terengganu.
Selain daripada proses pengenalan calon dan harus difokus kepada pemuafakatan dalaman kerana BN harus ditonjolkan sebagai parti yang mempunyai kekuatan yang solid/ bersatu dlm menghadapi pembangkang. Strategi dibahagikan kepada tiga fasa, iaitui. Tiga hari pertama - Influential defensive
ii. Tiga hari kedua - Semi offensive
iii Tiga hari ketiga - Real offensive
Fasa PertamaDicadangkan tiga hari pertama diambil pendekatan yang memujuk, iaitu memfokuskan di sebalik beberapa kelemahan, rakyat tetap memberikan mandat kepada BN. Dan dalam konteks Terengganu BN berjaya mengambilalih dari PAS pada tahun 2004.Ini bermakna rakyat Terengganu memberikan sokongan dan keyakinan yang tinggi kepada BN. Mengambil pendekatan yang defensive, mengakui wujud beberapa kelemahan, mendekati rakyat dengan pendekatan yang
apologetik akan menjadi amat influential dalam menghasilkan sokongan.
Fasa KeduaTiga hari kedua dicadangkan supaya dibawa idea perpaduan. Memperkukuhkan perpaduan rakyat dari kalangan berbilang bangsa tetap menjadi keutamaan.Namun dalam PR Kecil KT ini harus difokuskan kepada perpaduan Melayu.
Ini adalah strategi serampang dua mata. Pertama, apabila memperkatakan soal keutamaan perpaduan Melayu adalah pendekatan terbaik untuk mendapatkan undi orang Melayu. Orang Melayu sifatnya lemah lembut, pemaaf dan suka kepada pendekatan ke arah kebaikan.Kedua, ditekankan soal bagaimana UMNO dan PAS sudah mula berbaik-baik. Beberapa pertemuan telah dibuat, sehingga menemui PM dan Presiden UMNO. Strategi kedua ini, gunanya untuk mencetuskan confius di kalangan PAS, di mana parti berpecah dua sama ada menyokong Anwar atau berbaik dengan UMNO.Strategi ini juga harus di spin kan betul-betul kerana ia akan menjauhkan pengundi PKR daripada menyokong PAS, malah golongan bukan Melayu juga akan ragu untuk mengundi PAS.Ada pandangan mengatakan di KT, Melayu pecah dua. Undi penentu adalah kaum Cina. Jika trend yang ada seolah-olahnya Cina cenderung kepada pembangkang, maka pendekatan ini boleh diambil untuk menjauhkan mereka daripada PAS, dan seterusnya abstain daripada mengundi.Fasa KetigaPendekatan psikologi amat penting dalam fasa ini. Offensive membuat serangan kepada Pakatan Rakyat, tanpa menggunakan senjata atau peluru BN. Gunakan peluru yang ditembak sesama sendiri oleh mereka. Contoh-contoh serangan offensive disertakan (Sila lihat attachment).Strategi ini dijangka berkesan untuk mewujudkan ketidakselesaan dan mungkin perpecahan di kalangan Pakatan. Aset utama Pakatan ialah Anwar. Bagaimanapun PAS Terengganu, khususnya Haji Hadi & Mustafa Ali memang jelas tidak menyenangi Anwar.Dicadangkan aspek serangan offensive difokuskan hanya kepada Anwar dan PKR sahaja. Dengan menggunakan serangan PAS terhadap PKR, bukan serangan BN terhadap PKR. Jika BN menyerang Anwar & PKR dengan peluru BN, ini hanya akan menimbulkan simpati dan perpaduan di kalangan Pakatan.Jika diprovok serangan PAS terhadap PKR. Dalam konteks ini bukan serangan yang diexaggerate, malahan fakta, ianya akan mencetuskan konflik di kalangan mereka.Yang lebih penting, sasaran risalah, kempen dalam isu ini difokuskan kepada pengundi tegar PAS & PKR sahaja.Latarbelakang KTAsasnya, Kuala Terengganu adalah crowd Melayu/ Islam. Mengambil pendekatan yang apologetik, humble dan down to earth. Jgn sesekali meninggi diri atau bercakap dengan nada keangkuhan. Org Melayu tidak gemar pemimpin atau calon yang dilihat sombong.Memperakui kelemahan Jika perlu diperjelaskan, kekalahan BN di empat negeri selain Kelantan, bukannya penolakan total atau kelemahan UMNO secara mutlak. Malah parti komponen juga ada kelemahannya.Namun sebagai parti tonggak BN atau parti 'abang', UMNO mengambil ttgjawab untuk memperakui terdapat beberapa kelemahan tertentu yang sedang di atasi dan diperbaiki.Kesinambungan mandatBagaimanapun BN bersyukur kerana walaupun tewas di lima negeri. namun rakyat tetap memberikan mandat kepada BN untuk menguasai Kerajaan Persekutuan. Mandat ini merupakan hasil kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kesinambungan pemerintahan Perikatan dan BN sejak zaman pra merdeka. POINTS untuk ucapan
Matang membuat perubahan
Peralihan kuasa
Idea perpaduan
Mengetepikan perbezaan politik
Mempertahankan kemuliaan agama, institusi Raja, ketuanan Melayu
Mempunyai pendirian yang sama
Perpaduan Melayu sebagai keutamaan, bukan kerana racist tetapi sebagai kaum yang majoriti, harus ada persefahaman erat
bagi memastikan jaminan kestabilan politik
Rapat dengan PAS, beberapa kali bertemu dengan PM
Meragui 16 september
Tiada jaminan persefahaman kerana tekanan PKR dan DAP
PAS tidak solid* Pls dont waste ur time answering all issues highlighted by opposition........
Subject: KT Paper
Sender: mat kedah abdullah matkedah@gmail.com
Petikan dari TKO artikel bertajuk Pendedahan Cadangan Pendekatan dan Strategi Kempen Kuala Terengganu.

Monday, January 12, 2009

Tolong saya Terjemah

Gaza City, 12 Jan 2009 .An Israeli military spokesman said army reservists had been thrown into the offensive that Israel launched 17 days ago..Reuters.
klik sini
Israel sends army reservists into Gaza battle.

Polis tambah 2,000 anggota lagi di Kuala Terengganu .
KUALA TERENGGANU, 12 Jan 2009 - Polis dipercayai telah menambahkan keanggotaan dari pelbagai unit dalam kawasan pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu seramai 2,000 anggota lagi ..Harakahdaily.

Betul ke terjemahan saya tu?

Pas For All


Jom Masuk Pas


Pas For All

Racism Sucks!

Takde eh.!

Racial unity essential for stability, says Najib from nst.com.

Oh yeah.
You are bloody right Mr Najib.

PakLah opened up direct memberships to BN but to no response from the rakyat.
You have MCA for the ‘pure’ Chinese in the BN.
You have MIC for the ‘pure’ Indian in the BN.
You have UMNO for the ‘pure’ Malay in the BN.
You have tens of parties for the ‘pure’ ethnics in Sabah Sarawak BN.

Well.
We have ‘multi races’ memberships in DAP in the PR.
We have ‘multi races’ memberships in PKR in the PR.
We have ‘multi religions’ memberships in PAS in the PR.
We have 'mass entries' of memberships for Sabah Sarawak PR.

So, who is practising racial divides politics here?

BN, you are ‘Multi Racist’ political parties.

And, we (PR) are the genuine Multi Racial parties.

To the rakyat and to the voters of KT by-election, speak up your minds and make up your stands loud and clear once and for all by, please vote the PR candidate.
To the voters of PrkP36,the power is in your hands, please vote the Pas candidate.
Vote Pas for All.

Sunday, January 11, 2009

Apa Pendapat Anda?

Apa pendapat anda?
Berita Minggu menyiarkan ruangan khas Fokus Kuala Terengganu sempena minggu kempen Prk P36.
Itu memang ok untuk jentera kempen Umno.

Tetapi yang musykil di hati saya ialah kenapa dicari gambar bertarikh 1 January 2008 ini.
Dengan jelas menunjukkan Bekas MB Mat Deris dengan keris..
MB Mat Said pulak kelihatan di belakang.
Anda yang arif dengan dunia media,apakah makna dan persepsi yang gambar ini boleh 'gambar'kan.
Manakala dalam artikel seterusnya menunjukan gambar Mat Said yang nampak tidak ber 'siap' .
Hanya bergotong royong 'tengok' longkang.
Apakah maknanya?
Apakah pendapat anda?

Hebatnya Hukum Allah

Mari kita perhatikan hukum mencuri .
Yang telah terbukti mencuri dan diputuskan mahkamah Islam.

Pergelangan tangan akan dipotong.
Lihat hanya dengan kata pencuri akan dipotong tangan,maka satu dunia alert!
Yang tak pernah mencuri takut.
Yang pernah mencuri,taubat tak buat lagi.
Yang ada harta tak takut kena curi.!
Satu orang dihukum,seribu orang takut mencuri,25juta orang selamat tak kena curi.
Subhanallah.
Yang kena potong tangan tutup akaun dosa.
Dosa mencuri terus dipadamkan.
Bukan kah itu adil untuk yang mencuri,adil untuk yang nak pergi mencuri,adil untuk yang tak pernah berniat nak mencuri ,adil untuk orang yang banyak harta dan adil juga untuk 25 juta rakyat melata.!!
Begitu juga dengan hukum zina,rogol,bunuh dan lain lain.
Ia akan memberi keadilan kepada semua pihak,rakyat keseluruhan hatta kepada yang bersalah itu sendiri.
Lihat kaedah alternatif ciptaan manusia kafir,penjara.
Berapa kos kepada duit rakyat dalam menanggung perbelanjaan penjara dan makan free banduan.
Kemuncaknya seperti berlaku di England beberapa ratus tahun sudah,apabila kaedah penjara sudah terlalu menyusahkan ,mereka menghantar banduan mereka selatan Afrika dan ke benua Australia.
Kita nak hantar ke Pulau Tioman?
Hukum Allah adil untuk semua.
Hukum Allah mencegah,Hukum Allah adalah pre-emptive measure,Hukum Allah adalah preventive measure.
Hukum Allah itu fitrah.
Ia akan memberi keyakinan 100% keselamatan,kesejahteraan dan keamanan kepada masyarakat yang baik,yang taknak melakukan kesalahan.
Dalam masa yang sama,Hukum Allah menggerunkan setiap hati yang baru terlintas nak buat kesalahan.
AllahuAkbar.
Lihat Hukum Jihad.Ia wajib takkira diwaktu aman sehingga ke hari kiamat.
Dengan hanya mengatakan kita sanggup berJihad,sudah cukup untuk menggentarkan musuh kita,musuh Allah,orang munafik dan orang kafir.
Sehingga sanggup mereka mengelirukan kita tentang sepatutnya berjihad ekonomi,ilmu dan lain lain.
Sedangkan mereka tidak pernah gentar dengan ilmu dan ekonomi kita.
Akan tetapi dengan Jihad oleh sekumpulan pejuang Islam yang tinggi iman nya,biar sekadar seketul batu di tangan,biar sekadar lilitan bom di pinggang,ia telah cukup untuk mengecutkan Yahudi Laknatullah.
Ayuh saudara ku kembali kepada Hukum Allah yang Fitrah.
Memakai tudung itu fitrah. klik sini
Red Indian,Eskimo,English,Jepun,China,India semua tutup Aurat .
Berjihad itu fitrah.
Hukuman jenayah Islam itu fitrah.
Solat itu fitrah.
Zakat itu fitrah.
Zero interest (no riba) itu fitrah.
Lihat Jepun sekarang laksanakan policy 0 interest bila berlaku kegawatan ekonomi.

Memberi alasan juga fitrah.
Astargfirullah al`azim.

Diam! Renungkan

Hudud adalah perkara yang besar.
Hudud adalah perkara yang sukar dilaksanakan.
Yahudi Israel adalah sangat zalim.
Yahudi Israel adalah sangat berkuasa tentera dan ekonomi.
Boikot adalah sangat sukar dilaksanakan.

Aduh!
Kerdilnya kita.

Renungkan.
Burung pipit berusaha memunggah air dengan paruh nya yang 'cute' untuk memadamkan api yang dinyalakan setinggi bukit untuk membakar Nabi Allah Ibrahim.
Dari Anas bahwa Nabi Saw bersabda:
"Berjihadlah melawan kaum musyrikin dengan hartamu, jiwamu dan lidahmu." Riwayat Ahmad dan Nasa'i.
Hadits shahih menurut Hakim.
Mencegah dengan hati,lidah dan tangan.Juga semua telah faham.
Sebaik saja bersetuju selepas bermesyuarat untuk melakukan sesuatu kita perlu letakkan keazaman.
Sebaik saja ada keazaman kita terus bertawakkal kepada Allah.
Sebaik saja kita kata hendak melakukan sesuatu terus kita bertawakkal kepada Allah dan menyebut InshaAllah..
Sebaik saja kita memulakan melakukan sesuatu terus kita kata dengan nama Allah aku bertawakkal.
Amalan itu bermula dengan hajat dihati,diikuti dengan melakukan diperingkat berkata atau menulis atau merancang kemudian akhirnya baru dilaksanakan.
Biarpun masih jauh boleh dilaksanankan kita tidak boleh tinggalkan prosedur awal,
kita tetap kena beriltizam untuk melakukannya dan,
kita nyatakan dengan kata kata,seminar,penulisan,perbincangan dan segalanya yang termampu.

Jangan pandang enteng usaha yang kecil.
Jika kita mampu sekadar berkata sahaja,maka itu yang kita laksanakan terlebih dahulu.
Jika kita mampu sekadar boikot sahaja,maka itu yang kita laksanakan terlebih dahulu.

Bab kata pipit,
Aku risau ditanyakan Allah akan apa sumbangan usaha aku bukan akan apa kejayaan aku.

Jangan merapu,Ayuh laksanakan sekadar termampu.

Elok sangat PR tak sama BN

Elok lah PR tak sama dengan BN.

Buat apa nak sama.
Pemilihan parti banyak politik wang.
5 negeri dah jatuh ke tangan PR.
Wilayah Perseketuan 10 di PR,hanya 1 untuk BN.
Sabah Sarawak pun dah ready nak ke PR.
Prestasi pengurusan dan kepopulariti sangat menurun.
Pengundi muda, kumpulan intelektual dan rakyat biasa semua cenderung ke PR.
Sapa nak sokong ISA.
Parti komponen mereka sendiri dah tak selesa.
Pendekata semua tak kena dan tak menjadi.

Buat apa nak sama.
Pi lah awak sorang sorang.
Teruskan perasaan 'ignorant' dan 'denial' tu.
Elok sangat tak sama.

klik sini Najib: Pakatan Rakyat tak mampu menyamai BN
dari http://malaysia-baru.blogspot.com/.