Wednesday, December 31, 2008

Coretan Cikgu Aisal

Umno ni tul2 tulen melayu ke kahwin campur ni.
cakap berdegang2 , cakap parti melayu tp dlm tu tengok ramai jugak mamak mendiliar ni..eh..eh..rizal mariccan, aziz baling, kadir kulim tu melayu tulen ke...india mari ek...

1. Jah, tokong besar di kelantan tu rasenya di bina pd zmn arwah merintah .
zmn pas x bina tokong besar tu mlh x diruntuhkn jugak..
sbb apa dlm islam ada ada hak org2 bukan islam.

2. kisah babi yg menyusahkan negara dan rakyatnya pun berasal dri negeri jijah.
ramai la rakyat negara ni tersiksa kerana pemimpin negeri jah..
.skrg dh selesai ke lum jijah.
Fru pun lari dek penternak babi di negeri jijah ni...
issy x kn lari kot, kot-kot ader yg call dri belakang..

3. Negeri jiran pun sama, nama jer negeri tapak warisan dunia, tp penuh dgn babi..

4. dulu2 selangor pun sama, abis tempat masa arwah umno hidup dulu diternak babi ni..
kerjaan pr hanya meneruskan legasi umno buat dulu.
tp dlm bentuk yg lebih tersusun..buat cara yg lebih moden...
nk nafi per lagi..
x kn gambar pemimpin umno ng jkkk terpampang di ladang babi luar negara kot...
dok tinjau teknologi konon..
tp yg cakaplah nk projek...

5. dok susah2 ng gereja lak...
yg umat islam di malaysia ni masuk kristian brapa ramai x kira.
Mufti Perak melahirkan perasaan yg kurang senang dan amat takut dgn perkembangan ni....
umno_BN buat pekak babi jer...

6. yg zaman umno merintah dulu x kira ke brapa umno dh beri kelulusan buat kuil, gereja, tokong
berbanding ng zmn pr buat ni....

7. Yg di batu cave tu besar tersegam menyeramkn tu saper bina...

8. yg ko bina kat trngganu , besar, hebat, banyak belanja guna
brapa org yg mengimarahknya..
ada 2 saf setiap kali solat.nk guna solat jumaat pun kena bayaq bot tambang nk solat situ..
buat apa..

9. dok sibuk2 pasal ketuanan melayu.
yg ko bagi bangsa asing belajar dekat MRSM tu apa pasal.

10. dok sibuk2 pasal ketuanan melayu..yg ko hapuskan biasiswa gantikn dgn pinjaman pesal..pastu nyusahkan penyokong umno gak...time anak nk masuk u, minta sedekah kiri dan kanan.

11. yg ko kater pas kerjasama ng kafir tu,
ko tak kerjasama ker, berbelas2 parti kafir dlm pakatan kau...
pr hanya brapa berbanding kau..

12..bela melayu konon...anak2 melayu dh ramai rosak binasa akhlaknya,
saper yg merintah...ko jugak...buat ratu cantik la,
sambutan keramain dgn konsep melalaikan la...saper buat..ko yg buat..
pas x buat pun konset2 gitu..

13.. bab kafir baca ayt2 suci al-quran , baik gak kafir ..ada gak semangat nk menganali islam, cuba blajar islam, bca sikit2 al-quran ..pastu insy..terbuka hatinya...
yg ko mengaku islam tu..faham ajaran islam, hukum Tuhan pun ko x nk pesal..
islam kepala hotak kau kalau gitu..

14. kuat bela islam konon...brapa ramai pemimpin ko songlap duit rakyat,
duit negara ni mcm duit mak bapak dia...,nk pertahankan negara la...
tp dlm masa yg sama dh ada plan nk komisyen..
x serik2 lg ng kapal selam..dh nk start ng heli lak..

15. Pemimpin nya baik la...berjiwa rakyat la...,
yg mat tahit tu bawa duit 2 14 kilo tu jujur..ke...
yg 2 wakil rakyat parlimen umno ..
satu bini org..satu laki org dok bromen dekat hotel tu..
pemimpin islam yg berjiwa rakyat la tu..

16.Perumahan rakyat..pue...habis dh lesap duit tu kat nuar musa..43 juta oiii..
bukan 43 sen..ulang suara 43 juta.......43 juta...

17. yg anak pemimpin kaya raya dh..sampai tiap2 kali projek besar scomi--scomi,
x dk nama len ka lagi..
yg bakal ganti lak..trus nk swasta ijn..awat hang ikut cakap nazir ker...

18.. fuh islam..hadari....slogan yg terbaik didengar selepas ISLAM drp nabi dan ALLAH.
dgn kerana hadari..ramailah puteri2 dn wanita umno yg fuh gantengnyer rambut..
dedah bodi sini sana........

19..Kuatnyer penyokong hadari ni bersemangat islam....
tp bila ada yg hina nabi..fuh kena didik la, kena bagi bimbingan la...kesian belas kat dia la..hebat2..x dak perasaan sensitiviti lansung bila hina nabi...

20..dok bising2 bab kereta exco...yg trg guna merc tu ko x nampak..
bkn sjer buta hati...mata pun dh mula buta depa ni..
yg pemimpin hadari ko tu beli Kapal Terbang baru lagi tau...wah..hebatnya.

.21.dok sibuk2 ng pr rakyat la....yg rumah tangga umno tunggang langgan x nampak..
PM pun nk dibuangnyer..

22.. masa dlm umno, semua org tu baik....puja mcm nk jilat,
tp bila x sokong depa, kritik jer depa..fuh ditendang kluaq...
tgk la yong tek lee tu..
masa bersama BN fuh hebat bukan main lagi pemerintahanya...orgnya berjiwa rakyat...
keluar hari ni jer drp BN.,,
tup-tup esokheboh makan rasuh sepuluh tahun dulu...
dh baik sgt umno ni..
nape x ambik tindakan sepuluh tahun dulu masa dia jadi KM sabah..

23...Buat malu negara jer, ader ke bekas menteri pusat OSU SUKAN,
di saman oleh kelab judi kat england nu
kerana x bayaq hutang judi...ingat ke ..g luaq negeri..
cari peluang perniaagaan utk negara..tp rupa-raupanya g ber SUKAN lain kat sana.

24.. kafir dap x der la pemimpinnyer jadi pemain filem lucah.
yg pemimpin kafir ko tu..siap beradegan lagi tu...

25.. Dok ready nk g sambut tahun baru yg lebih hebat daripada sambutan maalhijrah....
ada konsert lagi tau...campur aduk bebas laki perempuan..
wou syoknyer..pastu mlm ader lak adengan rempit dan berkepit,
minum2 smbil bcg2 camner nk dpt projek2.
25 percen kata p ramlee.

26. Bangun esok lak leh g tengok acara Raja bogel malaysia yg disokong oleh umno tu...RAMLAN...bila la kau nak berbogel ni...dok tunggu2 nk tengok. ajak semua anak bini ko, umno utk sma2 berbogel dgn kau..syok juga ni...GBOR kat malaysia ni...

nak tahu banyak lagi kena tunggu la....
tanya dgn Kiramankatibin nanti di akhirat

petikan dari hujah forumer Cikgu Aisal dalam siasah tajuk "Husam ziarahi jenazah Yang Dipertuan Besar".

Tuesday, December 30, 2008

Hudud di Somalia

Buruk2 Somalia,
Lekeh2 Somalia,
Pejuang Islam mereka berjaya menegak kan seketika Hukum Allah di Mogadishu.

Pihak Amerika bersama tentera negara jiran Ethopia bersatu mengeluarkan pejuang Islam ini.

Tuan2 nak tahu ,recently mereka hampir menguasai keseluruhan Somalia.

Ha,ha,tu lah bila negara cas(perasan) moden taknak hudud.

Allah pilih negara nun di Afrika di beri kemenangan dan menegakkan hukum Allah.

Allahu Akbar.AllahuAkbar.AllahuAkbar

Monday, December 29, 2008

Dialog terbuka dengan Jemaah Tabligh

Dialog dengan Jemaah Tabligh

Sebolehnya saya ingin mengelak dari berhujah secara terbuka .
Namun,moga keterbukaan ini membawa kebaikan bersama.
Saya yakin saudara datang dari jemaah yg ingin melihat syiar agama Allah dilaksanakan diatas mukabumi milik Allah ini.
Perbincangan perlu lebih mendalam dan mungkin disalah ertikan seolah dua kumpulan Islam bertelagah akan KAEDAH mereka.
Minta yang baik diterima,yang salah dan kurang Allah ampunkan saya,yang aib Allah lindungi saya.

Saudara,
Perkara 1.
Tidak menerima perlembagaan sekarang.
Kami juga begitu ingin tukarkan kepada perlembagaan bersumberkan Quran dan Sunnah sepenuhnya.
Perkara 2.
Tidak menerima kaedah demokrasi,kerana ,
Sebagai contoh 10 orang mengundi samada hendak memakai tudung tidak.
Sekiranya 6 orang undi tidak,maka tidak bertudung mereka hari itu.

Saudara mempunyai beberapa pilihan:
1.Raja atau Sultan yang sepenuhnya memerintah negara dengan undang2 Islam seperti Arab Saudi.
2.Kaedah seperti di Somalia dan Afghanistan(saudara faham).
Kedua kaedah ini tidak salah.

Akan tetapi saya yakin kaedah saudara adalah yang ketiga iaitu.
Mengajak semua kembali kepada Allah dengan solat di rumah Allah.
Kerana dengan solat maka tertegahlah manusia dari melakukan fahsa' dan mungkar.
Kaedah ini adalah yg terbaik...(preventive/forward measure/preemptive measure)
Tetapi untuk melaksanakannya bukankah saudara sering kata seru dan suruh kepada kebaikan dan TEGAH yang mungkar.
Saudara pasti arif dengan susunan tegah dengan hati,mulut dan tangan.
Di mana menegah dengan hati itu selemah iman
Dengan tangan itu bukan kah memerlukan kuasa.
Bukankah feqah itu datang dengan HUKUMAN juga selain daripada HUKUMnya.
Tegahan dan perlaksanaan hukuman memerlukan undang2 Allah dan kuasa pemerintahan.

Perkara 3.
Benar saudara meminta kita dahulukan diri kita,keluarga dan masyarakat.
Tetapi siapakah yang hendak memastikan suasana diluar yang sentiasa menghulurkan madu dirangkaian 1,racun di rangkaian 2.
Pilih yang mana satu.
Bukankah pihak pemerintahan wajib memastikan seluruh environment adalah ber roh kan Islam,berajakan hukum Allah.

Perkara 4.
Barangkali saudara tidak senang kerana kami sentiasa 'menentang' kerajaan pusat.
Saudara harus sedar,bukankah Nabi Allah Musa a.s dan Nabi Allah Ibrahim a.s diutuskan untuk menentang Raja,Ketua Negara,Kerajaan yang menguasai seluruh dunia.
Iaitu Namrud 2000 tahun,Firaun-firaun 5000 tahun..bukan 51 tahun!

Perkara 5.
Kita sangat bersyukur kerana saya "andaikan" ABIM dan JIM telah bersama perjuangan kami.
(mereka boleh nafikan jika sebaliknya)
Mereka adalah organisasi yang organised,displin,systematik dan berpengaruh.
Kehadiran mereka adalah rahmat dari Allah.
Sekiranya jemaah saudara yang juga sangat effektif,displin,organized dan systematik bersama kami..alangkah indahnya.

Kaedah boleh berbeza,bila tiba kepada kesamaan,kita boleh berkerjasama.
Wahai saudaraku saya tidak bermaksud untuk bertelagah dengan pihak saudara,kesudian pihak saudara dalam berbincang amatlah dialukan.
Kerjasama kita akan membawa kepada kesempurnaan pejuangan yang akan "complement each other".

Untuk bekerjasama saudara tidak perlu menukar jemaah anda kepada kami,cukup sekadar memberikan sokongan.
Ruling Parti sekarang sememangnya tidak risau kepada saudara kerana saudara tidak mengundi.
Mereka lebih senang jika saudara kekal sebegini.
Seandainya saudara mengundi saya yakin saudara akan memihak kepada yang mahukan Islam memerintah.
Dengan itu saya menyeru pihak saudara marilah kita berkerjasama.

Wassalam.

Ruling Parti adalah Pengurus

Apa itu demokrasi , tanahair, kampung, daerah, negeri, negara, kerajaan
dan ruling parti.
Jawapan mudahnya,
Sesebuah tempat dihuni manusia akan dipanggil kampung, daerah, negeri dan akhirnya dipanggil negara.
Negara yg berstruktur pemerintahan akan mewujudkan kerajaan:-
Mungkin beraja (raja berpelembagaan), berparlimen atau di terajui presiden .
Sekiranya kita memilih sistem demokrasi berparlimen dan pemimpin dipilih melaui pilihanraya,
maka kita akan ada Ruling Parti iaitu parti yg menang praya melalui pilihan rakyat.

Yg kalah bertanding pula takdelah kita suruh pindah negara.
Begitu juga pengikut, penyokong, pengundi pihak(parti) tersebut, tiadalah boleh kita suruh pindah negara.
Parti yg berjaya itu ditugaskan utk memerintah/mengurus/mentadbir negara / hasilbumi / operasi / rakyat mengikut SCOPE yg ditetapkan.
Dlm ertikata lain Ruling Party adalah PENGURUS yg dilantik oleh RAKYAT.
Ia mestilah tidak korup,mesti efficient,effective,accountability dan sebagainya.

Sekiranya mereka BERJAYA ,kita ucapkan TAHNIAH
Sekira melakukan keSALAHan mestilah diHUKUM.
Sekiranya GAGAL mestilah diperTANGGUNGjawabkan.

Disamping itu , kerajaan juga perlu menyediakan pekerjaan kpd rakyat.
Dan rakyat bebas utk bekerja dgn kerajaan atau tidak.

ABOVE all,
RAKYAT sentiasa BERHAK utk mengantikan/menukarkan PENGURUS mereka apabila rakyat hendak/perlu/suka mengikut lunas demokrasi iaitu PILIHANRAYA.

Dalam demokrasi anda boleh kekal dgn PENDAPAT anda dan orang lain juga BOLEH kekal dgn pendapat mereka.
Kita terima hukum matematik dlm demokrasi 2>1 dan 6>5

Yang disukai akan MENANG!
Yang majoriti MEMERINTAH.!

Balasan Hanya dari Allah

Pesanan buat pejuang tulen

Hayati Asy-Syu`araa` (surah 26)
ayat 109, ayat 127, ayat 145, ayat 164 dan ayat 180.

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku);
balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam."

Lima Rasul iaitu Nabi Nuh as,Nabi Hud as,Nabi Shaleh as,Nabi Luth as,Nabi Syu`ib as
menegaskan perkara tersebut.

Banyakan bersabar dalam menempuhi kesukaran perjuangan.

Wassalam.

Nasi Putih Siap Masak

Andaikan tuan2 semua adalah tokeh2 restoren yg besar2.
Satu hari saya saya datang membawa satu proposal/cadangan yg besar lagi baik.
Kata saya,mulai hari ini tuan2 tumpukan kpd urusan memasak laukpauk dan servis pelanggan sahaja.
Saya pula akan membina kilang/big kitchen/plant utk membekalkan kepada pihak tuan2 (without fail) nasi putih yg dah siap masak.!!
Kita buat perjanjian ini untuk tempoh 5,20,25,30 tahun.
Tuan2 cuma perlu bayar saya sejumlah setiap tahun dan dinaikan setiap 3 tahun sahaja.
Bayarannya cuma sbg contoh RM3 billion setahun.
Sekiranya nasi tu tuan2 tak habis jual/makan tuan2 tetap kena bayar saya.

opps..Jan2009 satu lagi kilang saya siap,tuan2 kena bayar lagi RM500juta.
Biarpun nasi yg saya bekalkan tu tak habis 40% ya..isk..isk.

Selamat menjalankan perniagaan.
Jaga hati pelanggan baik2 tau.

Rasanya tuan2 fikir pengundi Melayu,Cina,India tahu/faham tak mengenai..
Anak2 kat sekolah,kolej,universiti tahu/faham tak mengenai..

1.perjanjian konsesi lebuhraya.
2.perjanjian konsesi Independent Power Plant.
3.petrol price mechanism

1430 Empayar Islam

Hari ini genaplah 1430 tahun peristiwa hijrah Rasullah.
Sepanjang 1430 tahun ini sejarah telah menyaksikan pemerintahan Rasullah sendiri,
Khalifah Abu Bakar,Umar,Othman,Ali,Empayar Umaiyah,Empayar Abbassiyah,
Empayar Islam China,Empayar Islam India,Empayar Islam Eropah,
Empayar Islam di Russia,Empayar Islam di Parsi,Afghanistan,
Empayar Champa,Empayar Melaka ,yang saya tak tahu,semua bersinambungan
dan yang terakhir ialah Empire Ottoman Turkey.

Empayar Uthmaniah Turki hanya jatuh ke tangan kolonial Brittish pada 1923 masihi.
kira2 85 tahun dahulu.

Semua Empayar ini adalah KUASA DUNIA di zaman masing2 dan
tersangat berkuasa dan tersangat KAYA dan
juga menjalankan pemerintahan dan undang2 Allah
(nama lain yg terkenal ialah hukum hudud).

Dalam ertikata lain

1. hukum Allah hanya hilang dipemerintahan dunia ini sekadar 85 tahun dalam sejarah 1430 tahun ini.
2.Kuasa dunia polically dan kententeraan hanya jatuh dari pemerintahan Islam untuk 85 tahun shj dalam sejarah 1430 tahun ini.
3.Kekayaan dunia termasuk senarai manusia terkaya dunia hanya terlepas dari pemerintahan dan orang Islam untuk 85 tahun sahaja dalam sejarah 1430 tahun ini.

Kemewahan mereka dipuncak kejayaan empayar mereka adalah tersangat menakjubkan,
lihatlah peninggalan di Turkey dan India.

Akan tetapi perlu lah kita balik ke perjuangan basic dahulu untuk meraih kemuncak itu.
Basic itu ialah tegak dan hidupkan syiar cara hidup berlandaskan Hukum Allah seluruhnya.

Wassalam.

Saturday, December 27, 2008

Nak Hudud nisbah Taknak Hudud

Mahu Hudud nisbah Tak Nak Hudud


Terdapat 72,000 pengundi Islam berbanding 8000 bukan Islam di KT Prk P36.
Bermakna 9 nisbah 1.
Setiap 9 orang pengundi Islam boleh mendekati dan menerangkan kepada 1 orang bukan Islam mengenai Hudud.

Terangkan apakah keadilan hudud.
Secara praktikal dan pilot projek ,
1.ia boleh dilaksanakan dinegeri yg 80% adalah Islam.
2.orang bukan Islam diberi jaminan perlembagaan utk dikecualikan hudud dan boleh memilih civil law.

Hudud adalah hukum fitrah yg adil lagi mencegah segala kemungkaran.Tak kenal maka tak cinta.
Pilihanraya kecil kali ini adalah pertembungan antara nak hudud dengan tak nak hudud.
Jangan lah kita masuk didalam golongan yg menyatakan hudud tidak sesuai.
Hendak seribu daya,tak nak seribu dalih.

Ingat ayat AlTalaq (ayat seribu dinar tu).
Allah akan bagi jalan yg tak disangka2 bila kita bertakwa dan bertawakkal kepadanya.
Buktikan sebagai orang Islam yg majoriti di KT kita menerima hudud dan bukan menolaknya.

Siapa lagi yg boleh mempertahankan jika bukan kita orang Islam.
Kalah kah orang Islam seramai 72,000 orang memperjelaskan kepada hanya 8,000 orang bukan Islam.?

Tepuk dada,tanya iman.
Banyak kan istghifar.

Thursday, December 25, 2008

Erdogan,Professional,Pas

Dulu dia orang sibuk cakap Pas ada kumpulan Professional.
Ulama lawan proffessional konon.
Sebenarnya kumpulan proffessional telah mengangkat darjat imej Pas yg lebih tinggi .
Sehinggakan majoriti calon Pas samada golongan ustaz atau tidak adalah berpendidikan tinggi dalam dan luar negara.
Gelaran Ir,Dr,Tuan Guru ,Ustaz adalah sinonim dgn keperibadian imej Pas.

Sekarang timbul kumpulan Erdogan pulak...
Perlu diingat Raccip Tayyip Erdogan telah/sedang berjaya membawa Turki keluar dari kemelut ULTRA SEKULAR.
Pendekatan mereka adalah bagus!!!
Saya mengalukan sekiranya ada pemimpin Pas cenderung kpd kaedah ini.
Dalam Pas ada pendekatan DAKWAH,NGO,KORPORAT,ABIM,JIM,TABLIGH,PROFEESIONAL,ULAMA.

KEPELBAGAIAN adala RAHMAH.
BberHEMAH adalah HIKMAH.

Kenapalah Spin Doktor parti lawan sekarang bo... sangat.
Pergi repot kat bos kau orang.
Erdogan adalah slogan positif dan baik untuk pejuang politik dalam dunia Islam.
Mengaitkan Pas dengan kumpulan ini adalah satu kredit besar .
Juga pengiktrafan besar buat parti PAS.
Lihat lah kejayaan besar yg dicapai oleh Raccip Tayyip Erdogan
di mata rakyat Turki,Eropah,Amerika dan dunia seluruhnya.

Mahu ke tak Mahu Hudud

Analogi kepada hal hudud.

Katakan saya menemui seorang pemuda berumur 25 tahun.

Adakah anda mahu pergi haji?
Ya,saya MAHU.

Ya,Itu sudah mencukupi sebagai seorang Muslim.

Biarpun,bila anda mahu pergi.?
Entah.
Mungkin umur 35,45,55,65,75,85.

Kenapa?
Saya malas.Takde duit.nak enjoy dulu.takde ilmu lagi.
Malu.segan.takde kawan.takde masa.

Tak kisah.
Yang penting anda katakan mahu dulu.

Susah sangat kah nak kata saya MAHU.


p/s yg terbaik ialah mahu kemudian tanamkan azam,iltizam,usahakan cari ilmu dan wang,dan banyakan doa.

Gossip negatif menaikan rating

Cuba amati betul-betul.

Anggapkan Kj telah memerangkap Husam dengan jayanya.
Kenapa Kj tidak disorak jaguh oleh puaknya...
Andaikan Husam telah tersalah langkah..
Kenapa mentornya bersungguh menyokongnya...

Hudud adalah sinonim dengan Pas.
Menghangatkan hal hudud hanya menaikan rating populariti Pas.

Bayangkan syarikat Pas pengeluar tongkat ali.Apabila tongkat ali digemburkan negara,meningkatlah populariti syarikat Pas.

Rating Husam mungkin turun.
Rating Kj tidak berubah.
Rating Pas melambung tinggi.

Tak caya?

Perhatikan apa kata DPM.
Hudud hanya Slogan Pas.cerita lama,semata2 utk PRK P36.
Ini bertujuan utk mengendurkan isu yg dihangatkan Kj.

Tetapi secara tak sengaja.
Kenyataan dari DPM ini melegakan kumpulan bukan Islam yg takutkan hukum tersebut.
Jadi tak serious lah rupa nya Pas.Dia nak pancing undi Melayu je.
Ok lah,tak perlu risau,tak kacau kita pun.

Kenyataan dari DPM ini melapangkan dada kumpulan penyokong dan pendokong Pas kerana inilah slogan dan matlamat kita masuk bertanding dan berkempen!!.

Selamat kita...,DPM dah jelaskan untuk semua.

Gitu lah.
Gossip positif mahupun negatif sentiasa menaikan populariti artis juga ahli politik.!!