Friday, July 3, 2009

Sejuk hati pengundi Manek Urai


Calon Pas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, menyifatkan pemilihannya sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul bagi meneruskan perjuangan menegakkan Islam.

Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abe Je’ dalam kalangan masyarakat setempat berkata, kerana itu beliau berasa ‘gerun dan takut’ apabila dipilih untuk memikul amanah tersebut yang kelak pasti akan ditanya sama ada ia dilaksanakan dengan baik di akhirat nanti.

Berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) katanya, mereka yang dipilih sebagai calon parti itu sebaliknya berasa gembira kerana memikirkan ‘projek’ dan peruntukan yang bakal diterima terutama jika menang pada pilihan raya.

“Sebagai orang Pas, saya dan kita semua tahu, bila diminta bertanding, ia merupakan satu amanah yang amat berat.

“Sebut sahaja amanah, kita orang Islam takut dan gerun kerana di akhirat nanti, kita akan ditanya adakah tanggungjawab dan amanah ini telah dilaksanakan dengan sempurna,” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Belia Kampung Peria, dekat sini, kelmarin.

Sumber kelabGreenboc.

_________________
Sejuk hati pengundi Manek Urai.
Bertuah orang Manek Urai dapat calon begini.

2 comments:

  1. '...tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul bagi meneruskan perjuangan menegakkan Islam.'

    nak tegakkan islam?

    islam dah lama tertegak kat malaysia nih...tu ayat pancing undi je tu...

    ayat nak membodohkan pakcik makcik kat manek urai.

    janji semua orang boleh janji...

    macam kat pasir mas...dijanjikan dengan pasar baru tapi sampai sekarang...dah jadi sarang tikus dah tempat tu.

    jijiknya!

    ReplyDelete
  2. zali yang ngaji setakat tahu solat, puasa, pi haji... tu je.

    Zali-zali...

    Jahil betul ko ni?

    Islam banyak lagi tak buat zali. Ko Suruh PM ko tu, cakap kat bini dia suruh pakai tudung dulu.

    Tudung Tu Wajib tu. UMNO ada bicara pasal tudung?

    Ada?

    ReplyDelete