Wednesday, August 5, 2009

FRU Laut sekat rombongan ke Pelantar Minyak

KelabGreenboc melaporkan.


30 wartawan ditahan Polis Marin Pengkalan kubur ketika dalam perjalanan melawat tapak Pelantar Minyak Cakerawala, Bachok Kelantan.

Bot yang memuatkan jurukamera kami Fauzi Mohammad dan wartawan Suara Keadilan Rusnizam Mahat ini mengikuti jemputan kerajaan negeri kelantan melawat pelantar itu namun dihalang polis marin dari meneruskan perjalanan.

Namun setelah satu jam disoalsiasat, bot media ini dibenarkan untuk berlepas ke Laut China Selatan.

Pelantar Minyak Cakrawala mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia apabila gagasan Pakatan Rakyat mula menekan kerajaan persekutuan supaya menyerahkan hak rakyat kelantan hasil dari cari gali minyak di perairan negeri itu.

____________________________
Isk isk...tengah laut pun ada FRU.
Nasib baik depa tak kena sembur ngan ait laut.

11 comments:

  1. Pakat2 fikirla ye....jgn lebih2 provokasi..

    PAS tidak harus mempolitikkan isu royalti minyak dan gas. Dari sudut undang-undang dan moral, ia bukan hak kerajaan Kelantan. Apa lagi dari sudut politik Kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti itu seperti Terengganu, Sarawak atau Sabah.

    Kawasan operasi minyak dan gas di Teluk Siam terletak dalam zon tuntutan bertindih di bawah perjanjian perairan antarabangsa yang turut melibatkan Thailand dan Vietnam.

    Isu royalti minyak ini bukan perkara baru. Ianya pernah dibangkitkan di Parlimen oleh pemimpin PAS. Terbaru, ia dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa ketika Dewan Undangan Negeri bersidang pada akhir Jun 2009.

    Pemimpin PAS boleh mendakwa itu dan ini kepada penyokong taksub mereka tetapi mereka tidak boleh berbuat begitu kepada Kerajaan Malaysia. Apatah lagi kepada Kerajaan Thailand dan Vietnam.

    Pemimpin PAS Cuma tahu beberapa perkara berkenaan royalti tersebut tetapi mereka tidak mengetahui bahawa lokasi pelantar minyak di Teluk Siam tersebut sebenarnya tiada kaitan dengan Kerajaan Kelantan.

    Mereka seharusnya membuka peta Asia Tenggara yang menunjukkan kedudukan Teluk Siam dan mengukur jarak antara Kelantan, Thailand dan Vietnam. Siapa yang paling dekat?

    Mereka juga sebenarnya kurang arif dengan undang-undang laut antarabangsa. Mereka perlu tahu, zon maritim dibahagikan kepada tiga kategori:-

    Kategori Pertama: Dari jarak 0 batu hingga 3 batu nautika tertakluk di bawah bidang kuasa/hak kerajaan Kelantan. Tiada minyak dan gas disini.

    Kategori Kedua: Dari Jarak 3 batu hingga 200 batu nautika – tertakluk dibawah bidang kuasa/hak kerajaan Persekutuan. Ia dipanggil Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE).

    Kategori Ketiga: Jarak lebih daripada 200 batu nautika – dipanggil perairan antarabangsa yang menjadi milik bersama Malaysia, Thailand dan Vietnam. Kawasan ini terletak dalam kawasan tuntutan bertindih tiga Negara ini.

    Ternyata, pemimpin PAS tidak memahami atau buat-buat tidak faham tentang keadaan ini bagi membuat tohmahan kerajaan persekutuan menzalimi rakyat Kelantan.

    ReplyDelete
  2. Jawapan buat Adibeta,

    Sapa yg lebih arif? Engkau Adibeta atau Tengku Razaleigh Hamzah yg merupakan bekas PENGERUSI PETRONAS. hang nak kata apa? KULI tak tau pasal zon2 semua tu? Hang lagi pandai?

    Kalau dah bekas org atas PETRONAS sendiri mengatakan Kelantan memang berhak dapat royalti, hang ingat hujah2 engko to org nak pakai? Engko bekas pengerusi apa? PERSATUAN PECACAI2 UMNgok SEMALAYSIA??

    Lagipun hang ingat pemimpin PAS akan bangkitkan ke isu ini kalau takde bukti kukuh? Diorang pun cerdik gak Tu yg UMNgok tak dapat tawan Kelantan sampai la ni. Tentu lah ada bukti yg Kelantan berhak untuk royalti, sebab tu lah depa tuntut.

    Hang tu bukannya apa. Mcm pemimpin2 1Malaysia hang tu jugak, dah mcm cacing kepanasan. Kalau betul Kelantan dpt royalti tu, tentu ianya akan digunakan sebaiknya oleh pemimpin PAS Kelantan tanpa penyelewengan. Nanti 1Malaysia tgk kejayaan PAS, hang ngan pemimpin hang tu akan go down as a history sekali...

    ReplyDelete
  3. saya sokong durian kampung seratus peratus. adibeta adalah contoh pencacai yang berfikir memelalui kepala lututnya.

    ReplyDelete
  4. kalaulah negeri kelantan itu bukan sebahagian daripada malaysia..agak2 minyak tu malaysia dapat ke tidak???oleh kerana ada negeri kelantanlah petronas mendapat hak menggali minyak tu,,,,bersama2 dgn thailand,,,itu ikut logik akal org kg mcm aku ni lah,,

    ReplyDelete
  5. bernas sungguh adibeta...
    ayatnya macam cerdik benar...
    bagitau laa macam tu kat kaum2 ngko...
    lagipun ayat2 ngko tu dah keraP benar kuar dalam tv...tak perlu pun ngko cakap...

    ReplyDelete
  6. sapa yang nak detail punya proof sila layari banyak blog yg bagi hujah dari sudut undang2,peta,sejarah,surat perjanjian dan lain2.

    setakat saya bagi analogi..
    berani tak Pas tuntut jika bukti tak kukuh?
    kenapa Umno Bn tak dapat jelaskan ketika Manik Urai?
    kenapa Petronas tak ke depan untuk jelaskan?

    secara analoginya..
    seorang perompak bank membawa pistol tetapi berisi perlu kapur.
    ada faedah tak?
    ambik risiko tinggi tetapi peluru tu tak boleh pakai.

    pempimpin Pas tuntut suatu yang besar tapi pakai bukti yang tak kukuh?

    logik akal kata..
    tentulah perompak tu isi peluru betul kalau dah alang2 bawak pistol betul.

    samalah dengan pemimpin Pas, tentulah ada bukti kukuh baru berani menuntut!!

    ReplyDelete
  7. Hahahaii kelakar bacaa ccomment adibetta, nampak sgt kecerdikannya. Kalau dia jd pemimpin kat pulau, tentu sekali pulau tu di hanyut harus . kih kih kih, mcm2 manusia ni, ada otak tak pakai.

    ReplyDelete
  8. ..pada gua, TGNA punyai kempipinan yang hebat!
    Beliau boleh bersabar dengan kerajaan pusat dalam isu ni.
    Dah melampaui 3 tahun, kes ni puak UMNgOk buat dekkk je..tak bayar HAK KERAJAAN NEGERI!
    TGNA mula kumpul segala maklumat untuk membawa isu ini ke tengah gelanggang!

    Amat NGOK lah bagi mana-mana pakatan yang mahu menyerang tanpa membawa kelengkapan untuk memusnahkan bala pihak lawan.

    Syabas! Tok Guru!

    Allahuakbar!

    ReplyDelete
  9. ok katakan tempat tu terpaksa kongsi Malaysia,Thailand,vietnam..

    seperti kawan kita kata..disebabkan oleh kelantan lah malaysia ada bahagian...

    ok disebabkan kongsi dengan negara jiran..
    andaikan bahagian malaysia 33%..maka bayarlah royalti berdasarkan pengeluaran 33% tu..

    dan 5% dari 33% tu lah yang telah dikira bernialai rm1.7billion adalah bahagian royalti utk kelantan over the years..

    maka kesimpulannya...kalau pelantar minyak tu kongsi dengan amerika pun..bahagian kelantan tetap ada.

    perunding.

    ReplyDelete
  10. adillah anda wahai pemerintah. jgnlah nafikan hak rakyat kelantan. jaganlah kerana kelantan diperintah oleh pembangkang, segala haknya dirampas....

    ReplyDelete