Wednesday, October 7, 2009

Pas berjaya menangani Undi Pos di Bagan Pinang

Sallehuddin Ayub nampaknya begitu teknikal orangnya.
Bagus jugak.
Dalam masa yg sama, orang spt Chegu Bard jugak penting.
____________________________
Pas perlu gabungkan semua teknik dan taktik.
Taktik Sallehuddin yg teknikal.
Teknik Mustapa Ali yg pantas menangkis.
Teknik Mahfudz yg attacking.
Teknik ceramah berapi dan super kreatif Chegu Bard.
Teknik Anwar...
Teknik Nik Aziz..
Teknik perang saraf.
dll
__________________________
ini contoh kejayaan teknikal.

Misi PAS bertemu Suruhan Pilihan Raya (SPR) hari ini berjaya mencapai beberapa langkah dalam usahanya mengurangkan keraguan berhubung penjalanan dan kaedah undi pos di kalangan tentera.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, yang hadir dalam pertemuan tersebut di pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya petang ini, berkata SPR bersetuju melaksanakan langkah-langkah, antaranya:

Masa pengundian dilanjutkan satu hari lagi, 10 Oktober. Pada asalnya pengundian ditetapkan dua hari sahaja, esok dan Khamis untuk membolehkan lebih ramai anggota dari luar kawasan ke tempat membuang undi.

Semasa mengambil kertas undi pos, seseorang pemilih tentera hendaklah menunjukkan identiti mereka terlebih dahulu. Tidak seperti dahulu, kertas undi boleh diambil oleh wakil pemilih – tindakan yang diragui oleh parti-parti pembangkang.

Ejen calon boleh membuat kawalan keselamatan selama 24 jam diiringi anggota-anggota polis di pusat pengumpulan kertas undi pos di Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah dan Tanah, Port Dickson.

Wakil calon juga boleh mengiringi kenderaan yang membawa kertas undi pos dari kem ke pusat pengumpulan undi berkenaan.

SPR juga bersetuju menambah setiap ejen memantau lapan saluran di di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda). Sebelum ini seorang ejen sahaja dibenarkan berbuat demikian bagi mengawasi lebih 4,500 pemilih tentera.

Berhubung ejen calon ini, Suhaizan memberitahu Malaysiakini awal malam ini, SPR akan mendapatkan kebenaran pihak pentadbiran kem terbabit.

"Kalau SPR tidak dapat kuatkuasakan, (ini) bermakna SPR gagal untuk menekan kem. Sepatutnya SPR ada kuasa," katanya, yang juga ketua jawatankuasa undi pos Pemuda PAS.

PAS bagaimanapun gagal menyelesaikan masalah beratus-ratus nama pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali pada daftar pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mulai esok dan Ahad ini.

Suhaizan berkata, SPR berhujah ia berhak menggunakan daftar pemilih sedia ada tetapi PAS menganggap pendaftaran berulang itu bercanggah dengan peraturan pilihan raya.

Perbincangan PAS-SPR yang memakan masa lebih dua jam, diwakili Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusoff bersama sembilan pegawai kanannya mewakili suruhanjaya tersebut.

Suhaizan juga berkata, isu-isu lain yang tidak dapat diselesaikan, antaranya, proses mengirim kertas undi pos kepada pemilih-pemilih yang tidak berada di luar kawasan mengundi.

No comments:

Post a Comment