Aku copy je dari laman Che Det.
Kau orang boleh masuk laman Che Det sendiri.
Tapi aku tak kira, aku copy jugak.
Dan aku nak tolong jawab soalan Che Det tu.
1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya.
Tetapi tidak ada yang
lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat
laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai
satu jenayah, apa akan jadi jika
Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab?
Dan ini kerap berlaku.
Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis?Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.
3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.
4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah
pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan.
Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?
5. Dimana pula
tempat duduk YAB Zambry?
Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.
6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.
__________perunding tumpang menambah.
1. Lucu memang lucu.Dah lama kami tergelak berguling guling.kah kah kah.
Pelawak utamanya Najib bukan PakLah.
2.Itulah bukti hidup, Speaker memang power sungguh untuk menggantung sesiapa kah kah kah.
3.Polis tak leh tangkap Speaker. Suh polis tangkap Zambry lah.kah kah kah.
4. Pegawai tu tak keluarkan, panggil
Unit Amal lah. kah kah kah.
5. Kongsi duduk lah.Tak tak Zambry duduk bawah kerusi. kah kah kah.
6.Jangan tenguk je. Gelak sekali hah hah hah.
___________________
Aku bukan gelak kat Che Det tau.
Ingat tak Che Det komen Wan Farid, aku terhutang budi kat Che Det.
Aku gelak kat Umno keseluruhannya.
Bila tokeh Umno (Che Det) dah bukak mulut, kau orang tengoklah semua puak meno berteriak nanti.
Dulu kisah Perak ni sedih buat aku, la ni dah semakin kelakar pulak.
Che Det, Najib tu aku lagi nyampah tau.
Che Det tu anti PakLah je.
Aku anti semua tau.