Showing posts with label Liwat. Show all posts
Showing posts with label Liwat. Show all posts

Saturday, January 17, 2009

Tahniah kepada Pengundi Cina~ref Malaysiakini

Dun Bandar yang mempunyai 80% pengundi Cina yang menyaksikan satu satu kawasan Dun yang Pas kalah dalam Pru12 mac 2008 dengan majoriti 1000+ kini telah memberikan kemenangan undi kepada calon Pas.

Ini bukti kukuh menunjukkan pengundi Cina menerima calon Pas dari pilihan Pakatan Rakyat.
Ini membuktikan pengundi Cina menerima jaminan dan penerangan semua parti komponen di dalam PR mengenai Hudud.
Pengundi semua telah matang.
Dalam P44 pengundi Melayu telah menolak dengan jelasnya modal cerita liwat.
Kali ini pengundi Cina telah memahami sepenuhnya isu Hudud untuk orang Islam.
Pengundi Cina juga menyakini pakatan atau gabungan atau kerjasama dalam pakatan yang ada mempunyai pelbagai elemen,telah berjalan dengan baik,selesa dan diterima pakai.

Calon Pas Hj Mohd Abdul Wahid Endut dalam perbualan dengan Awani 501 sebentar tadi telah menyatakan bukan setakat pengundi Cina yang menyumbang kemenangan ini,malah semua pengundi bandar yang boleh akses kepada maklumat terkini,telah menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat.
Tahniah untuk semua.
Tahniah untuk demokrasi.