Usul yang dibentangkan oleh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menggantung ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh selama setahun, diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.
Usul tersebut diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai membantah.
Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Pandikar Amin Mulia.
Pembentangan usul tersebut dibantah keras oleh pembangkang, sehingga menimbulkan kebuntuan hampir satu jam.
Pandikar hanya dapat mengawal keadaan pada kira-kira 12.30 tengahari dan membenarkan ahli Parlimen membahaskan usul tersebut.
Usul dibentangkan terhadap Gobind kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap timbalan perdana ment
Minggu lalu, wakil rakyat Puchong itu digantung sehari daripada menghadiri Dewan Rakyat selepas mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
_________________
tak tau nak kata apa lah.
dibicara tak mau.
disiasat polis tak .
dibahas di parlimen pun tak leh.
entahlah labu.
Salam Perunding,
ReplyDeleteKenapa MP PR keluar dewan? bukankah kalau undi tak cukup 2/3 maknanya usul tersebut tidak diterima..atau MP PR keluar dewan kerana tak ramai MP PR yang hadir dan menyebabkan jika diundi pun usul tersebut akan berjaya? jika begitu, sepatutnya MP PR mesti diwajibkan hadir bagi setiap sidang parlimen supaya puak MP BN ni tidak bertindak sewenang2nya...
Saya cukup hairan dgn MP PR, selalu sangat nak bantah dgn cara keluar dewan, akhirnya PR jugak yg menjadi mangsa akibat usul yg dibahas pasti akan menguntungkan BN..wahai MP PR tolong jgn bertindak bodoh, cara pengecut ini yg anda buat utk m'bantah usul tersebut mengakibatkan Gobind tak dpt menghadiri sidang parlimen selama setahun..geram sungguh saya baca berita ni...
*komen yg sama saya ajukan di blog cinaislam
2/3 untuk ubah policy,
ReplyDeleteundi usul macam ni tak perlu 2/3,
Perunding,
ReplyDeleteTerima kasih atas info tersebut, apapun saya tetap salahkan MP PR yang bodoh keluar dewan, sepatutnya buat undian dulu baru tahu berapa banyak yg menyokong dan membantah. Selalu sangat MP PR bertindak bodoh keluar dewan ni, akhirnya BN yg dapat kebaikan.
Saya tak nampak kebaikan pun setakat nak membantah keluar dewan ni..mungkin bagi MP PR hanya itu cara mereka bertindak membantah, tapi mereka perlu juga berfikir dengan rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan jangan hingga menjejaskan peranan mereka di parlimen.
ye benar sebagaimana yang dinyatakan oleh sdr perunding,sebenarnya usul yang dibentangkan tidak membenarkan undi angkat tangan dijalankan,tetapi ianya dilaksanakan secara undi mulut iaitu diberikan masa kepada pihak kerajaan dan pembangkang untuk membentangkan hujah kemudian dibuat keputusan yang pastinya memihak kepada pihak pembentang....
ReplyDeleteItulah yang yang menyebabkan Pakatan Rakyat tidak membentangkan usul undi tidak percaya kepada PM pada 16/9 dahulu.Kalu dilihat pada artikel 18 dan artikel 27 perlembangaan negara secara jelas bahawa usul tersebut tidak akan berjaya dibentangkan.
lebih kurang Artikel 18 menyatakan bahawa usul undi tidak percaya boleh dikemukakan dengan notis 24 jam tetapi pihak YDP Dewan berhak menerima atau menolak usul tersebut.Sekiranya dibahaskan usul tersebut tidak akan dijalankan undian ankat tangan tetapi diadakan undian mulut yang mana masa diberikan sebanyak 30 minit setiap pihak.
Manakala artikel 27 pula menyatakan bahawa usul boleh dikemukakan dengan notis 1 minggu dan pihak YDP Dewan tidak berhak menolak tetapi sekiranya ada usul yang melibatkan kepentingan negara,maka usul yang melibatkan kepentingan negara akan didahulu,sudah pasti akan banyak usul pihak kerajaan yang akan masuk untuk menghalang usul tersebut dari dibacaandan akibatnya sampai bila pun usul tersebut tidak dapat dibaca atau dibentangkan...mengikut apa yang saya tau serba sedikit......kalu silap tolong betulkan......wallahuaklam