Monday, March 16, 2009

Haji Hadi nak saya Undi Umno ke Pas kat Bukit Gantang?

Sudahlah Haji Hadi jangan disebut lagi kerajaan campuran tu.
Atau sesiapa yang di sekeliling beliau seperti Ustaz Nasharuddin.
Nan campur macam mana?
Macam air batu campur?
Macam Lai Ce Kang? hah.
Bila ditanya lebih, kata kerjasama ekonomi sahaja.
Untuk kerjasama ekonomi, join MTEN je lah.CUKUP lah.

Prk Bukit Gantang dah dekat.
Fokus lah.
Isu kan dah banyak, PPSMI, rampasan kerajaan Perak.
2 isu ni dah cukup kuat.
Jangan buat pengundi konpius (confused).
Bila bawak isu kerajaan campuran, orang Pas sendiri terbahagi dua.
Barangkali orang Pas tetap akan undi calon Pas.
Namun tetap menurunkan semangat pekerja parti, sekarang mereka berada dalam keadaan 'peak performance'. Jangan matikan fokus mereka.
Bagaimana pula rakan lain seperti PKR.
Barangkali Pkr masih mudah untuk kita berbicara.
Begitu juga dengan DAP.
Mungkin ahli parti politik mudah untuk kita beri penerangan,
TETAPI YANG LEBIH PENTING IALAH BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN PENGUNDI SALAH FAHAM.
Jangan biarkan pengundi dalam keadaan tertanya tanya.
Pengundi tak mau menang Pas, pergi masuk Umno.

Apasal gatal sangat 2,3 kerat pemimpin Pas ni dok sibuk meracun Hj Hadi.
Sapalah agaknya talibarut Yahudi ni.
Join Pas sampai jadi pemimpin tinggi, kemudian cuba hancurkan Pas dari dalam.
Nyahkan orang dalam muktamar Jun ini.
Orang Pas jangan reluctant (teragak-agak) untuk menyingkirkan puak ni.
Biar mereka sahaja yang pergi berambus masuk Umno tu.
(kalau dia talibarut Umno dia akan lari ke Umno selepas disingkirkan)
(kalau dia talibarut Yahudi dia akan stay dalam Pas sebagai parasit)
Pas takde sebarang masalah.Tak usah ditempah masalah.
Tumpukan kepada urusan harian biarpun perlahan memberi khidmat kepada masyarakat.
Tumpukan kepada 'mission' untuk memenangi kawasan yang dimenangi Umno sekarang.

Tidak perlu terburu nakkan jawatan dalam kerajaan sekarang .
Kuatkan dan kuasai seluruh aktiviti masyarakat di negeri yang sudah dimenangi sekarang.
Pru13 sudah tinggal lagi 3,4 tahun sahaja.
InshaAllah PR akan memenangi lebih banyak negeri dan kerajaan Pusat.
Kerusi kemenangan akan lebih seimbang.
Kita susun betul betul kerusi yang bakal dimenangi Dap, kerusi dimenangi Pkr dan kerusi dimenangi Pas.
Kita berbahagi negeri yang diketuai Dap,Pkr dan Pas.
Begitu juga di peringkat kerajaan Pusat, PM,DPM, menteri menteri boleh dibahagikan dengan adil dan disepakati oleh semua komponen PR dan rakyat Malaysia.

__________________

Sekarang apa yang Pas perlu buat ialah keluarkan satu kenyatan rasmi dengan TEGAS bahawa tiada sebarang usaha untuk membentuk kerajaan campuran dengan Umno Bn.
Semua pemimpin Pas mesti mengeluarkan kenyatan peribadi denagn tegas seperti dilakukan Nik Aziz.
Akhir kata kepada pemimpin Pas rezeki kuasa sudah ada di dalam mulut, janganlah dimuntahkan keluar.
Kemenangan sudah tinggal sejengkal lagi untuk dinikmati.
Banyakkan istighfar.

9 comments:

  1. Agaknya Pak Hadi nampak pergeseran antara UMNO/PAS masa ini sangat banyak membawa keburukan kepada umat islam dalam Malaysia ini. Kenapa U tak menjadi PERUNDING kepada penyatuan kedua parti melayu/islam tersebut?
    Sebalinya menambahkan lagi kerancakan perpecahan dan pergeseran yang berlaku?.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju....samada PAS, PKR dan DAP jangan bagi kompromi kepada UBN. Ikut macam DAP tu, tetapkan prinsip...''SAY NO TO BN''. Sudah jauh kita melangkah dalam PR, banyak dah kerjasama yang terbentuk. Bukan tak boleh buat, dah terbukti sekarang, Selangor dah stabil, begitu juga Perak (walaupun 11 bulan), Kedah, Pulau Pinang begitu juga Kelantan. Rakyat sekarang sudah dapat menerima kehadiran kerajaan PR. Tak perlu nak kompromi dengan UBN dalam apa bidang sekali. Untuk PAS, walaupun duduk dalam kerajaan negeri DAP tetapi semua aktiviti dapat dijalankan dengan licin. Ini yang kita hendak tiada gangguan. Kita dapat menjalankan aktiviti untuk memakmurkan rakyat tanpa sekatan.

    ReplyDelete
  3. evolusi politik Malaysia masih berterusan.
    kedudukan sekarang ialah rakyat mendapat satu alternatif baru kepada kerajaan perpaduan antara kaum dalam Bn selama 50+tahun.
    alternatif terbaru sekarang juga kerajaan perpaduan antara kaum di malaysia.
    PR=PkrDapPas
    BN=UmnoMcaMic dll

    hubungan peribadi Umno Pas masih boleh diteruskan dalam keadaan harmoni.
    contoh ada McDonald ada KFC.
    tak semestinya perlu KFC join McD

    ReplyDelete
  4. cadangan yang paling tak munasabah sakali. saya akan pastikan undi umno jika ini terjadi.

    ReplyDelete
  5. salam bt semua pejuang...klu anda semua tahu bagaimn kt di tipu di perdaya oleh umno suatu masa dulu pastiny tiada rundingan,haruskh kt belajar&melakukn kesilapan yg brulang2?brlajarlh dr ksilapan knp bl kt nk brjaya ada rundingn knp tidak mrk bl umno brkuasa sepenuhya?..sia2 prjuangn selama ini..takbir!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. buduh nak mampus....PAS buat tak per...BN buat haram...HARAM JADAH PUNYA PR

    ReplyDelete
  7. momentum tengah bagus,
    semangat tengah tinggi menggunung,
    harapan tengah cerah,
    sokongan melimpah,
    teruskan berjuang PR

    ReplyDelete
  8. entahlah...... sesak dada dan pening kepala dibuatnya.... tapi saya yakin apa yg hj hadi cakap tu adalah satu strategy dari seorang yg pakar tentang sepak terajang politik.tidak terlintas dihati saya bahawa hj hadi akan melunturkan semangat perjuangan ahli2 pas yg berada dikemuncak disaat ini....

    ReplyDelete