Tuesday, March 17, 2009

Sebelum ke Bukit Gantang,Siapa Berani Baca ni,Bacalah!!

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.
Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London.
Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.
Tawaran tersebut adalah:
a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 13 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen.
Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLCh.
Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:
a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS
Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:
1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini.
Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastika.
Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.d. Segala temujanji dan perjumpaan termasuk perjumpaan di London adalah atas usaha Mustafa Alie.
Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
f. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
g. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO.
Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR.
Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.
2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau
3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan.
Khabarnya, beliau dijanjikan jawatan exco sekiranya PAS masuk semula ke dalam BN. Oleh kerana itulah beliau adalah antara ang begitu kuat berusaha di dalam membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.
a. Beliau berjaya mempengaruhi Dewan Ulama PAS Pusat bagi menyokong usaha kerjasama ini.
b. Beliau juga berjaya mempengaruhi Dewan Muslimat PAS Pusat melalui isteri beliau yang menjadi Ketua Dewan Muslimat Terengganu.
Manakala antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:
1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.
a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.
2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali.
Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian.
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.

"This is an exposition by one of my internal PAS sources. I feel readers will need to know the real picture of the going-ons in PAS. I feel the readers should know that such story of PAS joining with UMNO has it's merits but it is the effort of a small portion of PAS leaders who are already on their way out. And they need to cut this deal to resurrect their dying career.This is a letter from my source name Ahli PAS Dalaman and i feel it should be shared with everyone. However, the accuracy of this report is solely the responsibility of the writer, and not this blog. TQ.

______________perunding.
Ada possibility ke Pas ganti Umno sebagai ketua BN?
Takde kan sebab parti Umno lagi besar,biarpun bukan paling kuat.
Pas biarpun tak besar tapi kukuh dan solid foundation dan fundalmental nya.
Sememangnya Pas boleh survive dalam apa situasi pun.
Tapi sanggupkah ke BN?
Logik akal memanglah Bn menjadi kuat dengan kemasukan striker handalan PAS,namun apakah itu aspirasi RAKYAT?
RAKYAT yang mengubah corak dan warna politik air semenjak PRU12, dalam PRU12 tiada sedikit pun sumbangan samada PAS,PKR,DAP dalam kemengan PR,semuanya adalah kehendak rakyat tanpa disuruh atau dipujuk sesiapa.
Rakyat mahukan perubahan dengan meninggalkan BN yg telah 50 tahun mengecewakan rakyat.
Rakyat perlukan alternatif,rakyat perlukan satu pasukan baru yang kuat,sama senario di US dan UK.
UK mempunyai Labour dan Konservatif yang sama kuat,silih berganti memerintah UK.
US mempunyai Republikan dan Demokratik yang sama kuat,silih berganti memerintah US.
___________________
Maklumat di atas tiada bertarikh diambil dari http://politikanjing.blogspot.com/.

28 comments:

  1. Ni Tulang Besi punya propaganda...

    ReplyDelete
  2. tolak mereka yang cuba mengkhianati dan menghancurkan perjuangan pas...
    Singkir.. singkir...singkir pengkhianat
    Hancur... hancur ... hancur pengkhianat

    Kami sayang PAS

    ReplyDelete
  3. abaikan jika ia tiada makna.
    tapi motif utama saya ialah jauhkan diri dari join umno bn.

    ReplyDelete
  4. semua ahli politik harus sedar kemenangan PR dalam PRU12 adalah kehendak dan kemahuan rakyat sebagai pengundi,bukan dipengaruhi oleh mana pihak.
    paspkrdap sendiri tidak menyangka nak menang.
    segala perubahan ini adalah dibawa oleh rakyat.
    rakyat akan sambung untuk membentuk corak akan datang didalam pru13,biarkan rakyat tentukan.
    ahli politik takyah memandai,ahli harus berTUGAS iaitu memberi khidmat kepada masyarakat,bukan sibuk mencipta falsafah politik canggih.

    (secara hakikat segalanya dari Allah)

    ReplyDelete
  5. ahli politik harus BERTUGAS sabgai ahli politik iaitu memberi khidmat kepada masyarakat, bukan sibuk mencipta falsafah politik canggih.

    ReplyDelete
  6. PAS sebuah parti berprinsip. Kenapa join satu parti yang penuh dgn korupsi? Tak masuk akal.

    ReplyDelete
  7. Perangai macam ni yang menyebabkan Korea Utara dan Selatan begitu susah untuk disatukan semula. PAS nampaknya hanya akan bersatu jika mereka yang menjadi PM dan majoriti di Parlimen. Sesuatu yang tak masuk akaiii. Sekali lagi istilah PERUNDING tak sesuai untuk kata samaran blog ini. Kalau PAS itu sebuah parti yang diminati majoriti rakyat, dari dulu lagi jadi pemerintah. INI dalam PR pun hanya merupakan serpihan semata.

    ReplyDelete
  8. pas adalah parti yang bakal memerintah negara, pas akan menjadi satu parti yang kuat dan akan mengantikan umno sebagai parti yang memerintah, marilah semua orang orang melayu tigallkan umno bn yang korupt dan tak bermoral, berilah sokongan kamu kepada pas untuk meminpin negara dengan adil,melayu kalau nak bersatu, bersatulah bawah payung pas. Tolak pemimpin yang korupt, tak bermoral dan tak berprinsip walau apa bangsa pun.
    kepada pimpinan pas ingin saya ingatkan kamu sekarang berada dalam jawatan kamu hanya denga sokongan rakyat, tanpa sokongan rakyat kamu tidak ada apa2 pun, jadi jangan kamu sekali2 menganyai kepercayaan rakyat. Sedarlah, jangan memperalatkan melayu untuk kepentingan kamu sendiri, untuk melayu bersatu tidak perlu untuk kita join mereka biarlah orang orang melayu bersatu bersama kita

    ReplyDelete
  9. Perunding,

    1. Aku baru balik dari Tabung Haji. Kat pintu tergantung tag masa operasi bermula jam 8:30AM.

    2. Tapi 8:40AM...baru terhegeh-hegeh nak buka.

    3. So aku langkah masuk Tabung Haji pagi ni dengan "belasah" staf LUTH. Panik dia orang...HAHA..

    [SUKJ]

    ReplyDelete
  10. Nur Muhd Nizam,
    Tak sedarkah betapa tidak berpengalamannya pemimpin PAS dalam permerintahan?
    Pemimpon PAS hanya pandai bertindak sebagai pembangkang sahaja. Itupun kritik yang lahir dari kepimpinan tersebut tidak membina dan kebanyakannya membawa keruntuhkan akhlak umat islam. Penyelewengan akidah dan tidak adil dalam menjalankan pemerintahan kepada rakyat jelata. Yang pasti rakyat yang menjadi penyokong UMNO akan menjadi mangsa dibawah perintah PAS. Seolah mereka bangsa lain yang berbeda dengan bangsa dalam UMNO.

    ReplyDelete
  11. Inilah satu-satunya tulisan yang paling mengarut yang aku pernah baca. Dalam Banyak-banyak tulisan mengapa suntingan daripada bloggers yang teruk ini diambil sebagai bahan tatapan. Tak ada propaganda lainkah yang hendak dibuat. Bakul sampahkan sahaja lain kali.Ahli PAS adalah pengikut yang berbaiah kepada parti untuk memperjuangkan Islam walau berapa susahpun rintangan yang dihadapi. Tiada jawatan atau imbuhan yang diminta. hanya keikhlasan dari hati yang diberikan dalam perjuangan ini.

    ReplyDelete
  12. Bungaraya,

    Cuba berikan satu contoh kritik yang lahir dari mulut pemimpin PAS mana yang membawa keruntuhan akhlah umat Islam. kalau kau beanr ayuh beri faktanya yang jelas dan lengkap supaya semua orang jelas dengan tuduhan kamu!
    Jangan hanya pandai menuduh pakai serkap jarang saja. Aku berani mengatakan ucapan para pemimpin umnolah yang membawa keruntuhan akhlak umat Islam hari ini. Ucapan DR Mahathir tentang hukum hudud adalah amat menyesatkan.."Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. "(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994).Kenyataan Mahathir inilah yang dipegang kebanyakan rakyat berfahaman UMNO yang merosakkan akidah mereka kerana membantah kenyataan AL Quran yang menyatakan hukum Hudud sesuai untuk semua zaman! Bukankah menidakkan walau satu huruf dari ayat Quran dah dikira murtad, wahai si bungaraya? Jawab!!

    ReplyDelete
  13. bungaraya,
    penyelewengan akidah dan tidak adil apa yang saudara katakan ni, kalau kita bagi tanah kepada cina miskin kamu katakan pas boneka dap tapi kalau umno bagi tanat kepada tauke cina buat tempat judi boleh? cuba ke JB ni lihat kat zon bebas ini bagi lesen jual arak tanpa cukai, dengan murah,lihatlah bagaimana anak anak melayu muda minum arak, ini negeri kuat umno ni, adil kamu kata, ada kah apa yang dilakukan diperak adil? apakah media masa umno bn adil? adakah polis adil? sprm adil?,ingat linggam tape? apa keadilan yang rakyat dapat? kes anwar seluruh dunia menyaksikan keadilan bn corupt ini

    ReplyDelete
  14. Kepada anonymous 11.03 am danNur Mohd Nidzam,
    Memanglah yang nampak banyak melakukan kesilapan dalam pemerintahan ialah UMNO dan BN kerana mereka telah memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu. Sedang belum sekali PAS pernah memerintah negara. Pernah sekali dibawa dizaman Dato Asri dulu, tapi itupun kena bawa bersama demi survival melayu. Bukan survival UMNO. Oleh kerana itu dalam pemerintahan memang patut PAS belum melakukan kesilapan kerana ia sebuah parti yang belum pernah memerintah pun. Itu kita melihat kesilapan yang berlaku. Sebagai manusia dan bukan malaikat, sudah tentulah kadang-kadang kita melakukan kesilapan. Tapi bagaimana dengan kebaikan yang telah terserlah hasil kepimpinan UMNO????? Awak tahutak awak pandai menulis dalam blog inipun hasil pemerintahan UMNO. Ramai anak-anak melayu yang berjaya kini mulanya keadaan mereka sama atau lebih kuirang seperti Nur Madihah dan keluarga. Saya sendiri seperti suasana keluarga itu. Kini anak-anak itu telah bergelar profesor, Doktotr, lawyer, saintis dan sebagainya. Dan sedih terdapat dikalangan mereka mempertikaikan kerajaan UMNO yang selama ini menjadikan mereka manusia yang berjaya.
    Siapa kita yang nak mempertikaikan Video tape Linggam? Pemberikan tanah berstatus 999 kepada perkampongan tersusun Cina? Pembinaan Ladang Babi di Sepang Selangor.
    Seperti suasana di Johor Bharu spt yang sdr katakan, Ia adalah suasana biasa di Malaysia, sekalipun parti yang memerintah itu PKR spt di Selangor. Bahkan sangat menyedihkan ADUNnya pun suka berbogel. Dan dibelakang ADUN tersebut bertimbun muslimah PAS menunjukkan simpati diatas prilaku bogel beliau. Pak Lah sudah menubuhkan SPRM. Dan SPRM sudah menjalankan tugas sedayanya. Tapi PAS tak senang duduk dan hanya melihat mana yang silap semata. Kenapa tidak ubah minda. Lihat juga mana yang positif.
    Benarkah perjuangan UMNO itu Abbasiyah? hanya kerana perjuangan membangunkan umat melayu.? Sedarkah di Malaysia itu yang dikatakan melayu itu 100% islam? Oleh itu kenapa PAS masih berusaha setiap setika cuba untuk mengelirukan rakyat jelata tentang suasana itu.
    Yakin sangatkah jika PAS mengambil alih UMNO sebagai pemerintah, ia akan menjadi sebuah parti sepertimana PAS tahun 1970an? Tidak. PAS sekarang terlalu kebendaan. Mengata UMNO, mereka yang nampak sangat kemaruknya untuk berkuasa sehingga tidak kenal mana yang sebenarnya kaca dan mana dia intan? Kepada mereka Karpal Singh itu INtan dan Pak Lah itu Kaca. Dulu mereka memusuhi Anwar, kini mereka merupakan kawan setia anwar dan itu secara tak langsung bersetuju dengan liwat yang anwar lakukan. Sumpah Saifulpun dipertikaikan Nik Aziz.

    ReplyDelete
  15. Anonymous 11.03 am,
    Mengenai HUKUM HUDUD. Baru-baru ini ramai pemimpin utama PAS berkata bahawa belum ketika nya untuk melaksanakan hukum tersebut. Statement tersebut sangat mengelirukan termasukn saya pun jadi keruan. Bagaimana setelah bersama PKR dan DAP dalam asebuah Pakatan, PAS telah pandai bermain biasa dan tidak kenampakan tegas dalam memperjuangkan apa yang mereka rasakan benar.
    JUMNO tidak pernah tidak percaya kepada HUKUM HUDUD, namun jika semua insfruktur kearah pelaksanaan hukum tersebut belum dapat dipenuhi, UMNO merasakan jangan laksanakan dulu. Diperingkat awal ini banyak hukum islam telah terlaksana. Kini Kerajaan BN/UMNO, untuk menuju kearah itu insfruktur persediaan mestilah dibina terlebih dahulu.
    Jangan silap, UMNO bukan tidak percaya kepada hukum hudud.
    Perjuangan bagi menyemarakan islam seluruh dunia inipun adalah merupakan agenda perjuangan UMNO. Dan UMNO berdaya melakukannya sehingga Malaysia sangat terkenal sebagai sebuah negara islam dalam dunai ini.
    Mau apa lagi.
    Nak NaikKe Marikh?
    Kalau Kelantan punya pemerintah, minta maaflah, sampai kiamatpun melayu tidak akan merasa naik walau kepuncak everest.

    ReplyDelete
  16. bungaraya,
    memang betul pas tak ada pengalaman untuk mentadbir dengan zalim, tak ada pengalaman korupt,negara kita banyak hasil bumi seperti petrol, bijih, getah,sawit,gas,dan sebagainya, sepatutnya kita dah jauh kedepan barangkali ke marikh, kita sepatutnya sudah boleh bersaing dengan jepun, korea dll negara maju tetapi sebabkan sikap korupt umno maka kita ketinggalan, kalau dengan pas tanpa korupsi kami percaya bangsa melayu akan jauh kedepan, melayu yang jadi doktor,lawyer, saintis dengan kebolehan mereka sendiri, di negara mundur tanpa apa apa hasil bumi pun rakyatnya boleh jadi begitu,dinegara ini ramai anak melayu juga yang menganggur. sprm pak lah cuma untuk show sahaja selective procecution yang diamalkan untuk melindungi pihak2 tertentu, takkanlah kamu tak tahu? soal intan dengan kaca sama sahaja, kedua dua nya kaca umno, pkr dan dap sebab itu saya menyeru semua orang melayu bersatu dengan pas, kenapa tak boleh, kalu betul nak majukan bahsa, bangsa dan negara jom bersatu dengan pas

    ReplyDelete
  17. Salam.

    Memang mudah nak buat macam2 tuduhan terutama di alam maya. Kalau tak ada bukti yang kukuh (setakat dapat info 'dari orang PAS' aje), saya rasa tak cukup. Dah jadi fitnah. Ingat ayat Qur'an yg maksud bila ada berita dari orang fasik, hendaklah kamu pastikan dulu .....

    WaALLAHu a'lam.

    ReplyDelete
  18. mmg nasa kaki penipu, dulu kata dok pernah jumpa, lepas poklah kata ada jumpa terhegeh2 ubah statement, hassan ali mmg giler nok jd mb dari dulu lagi, tu hakikat semer org tau.. awasss

    ReplyDelete
  19. jika pas serti bn maka rakyat juga akan tolak pas. bukan bermakna ahli pas akan tetap bersama pas kalau sertai bn. pilihan masih ada ahli pas akan pergi kepada PKR. pas jangan silap dalam hal ini.

    ReplyDelete
  20. semasa saya mengikuti kes pericaraan saman malu mustafa ali diterengganu dulu, saksi2 dari defendan yang merupakan orang Pas di Besut telah memberi keterangan mengenai p erjuangan mereka didalam Pas dan rata2 mereka ini menjawab dengan jelas dan jitu matlamat perjuangan Pas dan apa yang mereka faham dengan perjuangan Pas itu. Mereka berkata kerana Allah dan untuk Allah iaitu menegakkan keadilan dan meletakkan yang hak kepada tempatnya. dan perjuangan politik mereka adalah ikhlas bukan atas sebab dunia. Ini adalah orang kampung yang bercakap yang istiqamah dengan kehadiran diri untuk program2 dalam parti.

    saya, sebagai orang dari bandar yang tinggal dikuala lumpur sangat kagum apabila mendengar jawapan dari ahli2 pas ini. sungguh yakin dan tegas mereka dengan jawapan mereka walaupun disoal banyak kali oleh peguam sulaiman abdullah tentang diri serta motif mereka dalam politik.

    saya menilai sendiri bahawa jatidiri orang Pas dan tunggak dasar Pas sangat kukuh yang mana tidak ada kualiti yang sama didalam parti umno.
    dan saya memang berhak mengomen pasal perkara ini kerana saya tahu dan lihat sendiri malah, didalam umno pun saya telah bergaul.

    rata2 orang Pas sangat kukuh nilai perjuangannya.

    dari itu, apa yang dipaparkan didalam entri ini, mungkin ada kebenarannya, tetapi, saya percaya apa yang dirancang ini tidak akan berlaku kerana parti pas ini mepunyai kekuatan sendiri dan buat masa ini saya percaya terlalu ramai pemimpin pas yang berilmu dan celik mata tentang permainan politik clandestine ini.

    -pemerhati-

    ReplyDelete
  21. terimakasih kepada semua,saya cuba jawab satu persatu perlahan lahan,
    yang pertama terimakasih kepada anon 8.59, manan dan anon 1.30.
    pertama mengatakan ini adalah propaganda Tulang Besi(musuh),kedua menyatakan entri hanya layak ke bakul sampah,ketiga mengingatkan wajib menyiasat punca berita menurut al-quran.
    Ya Allah ampunkan dosa saya.
    Harap semua juga mengambil peringatan ini.
    _______________________
    saya juga mengharapkan pemimpin Pas mengambil inisiatif memadamkan 'khabar angin' hitam mengenai kerajaan campuran.
    keluarkan statement rasmi parti dan juga kenyataan peribadi pemimpin tertinggi pas seperti Nik Aziz dah buat.

    ReplyDelete
  22. kedua kepada tuan bungaraya,
    perkara yg saya respek sungguh mengenai tuan bungaraya ialah walaupun beliau ialah orang umno tulen,beliau sentiasa mengalukan penggabungan UmnoPas.
    bungaraya ialah lambang malaysia.
    memang nama beliau amat klasik.
    blog beliau ialah chilliriver,juga salah satu blog pilihan saya.
    ___________________
    tuan bungaraya merasakan nama saya(perunding) tidak sesuai dengan tingkah laku saya yang amat tidak setuju dengan pergabungan UmnoPas.
    untuk berbaik tidak semestinya bersatu.
    bergabung tidak semesti menjadi elok dan bagus.
    saya adalah perunding kedamaian,
    bukan perunding penyatuan.
    lihat contoh apa perlu guthrie,I&P,golden Hope dan sime darby bergabung apabila kesannya hanyalah semuanya dingap oleh satu tokeh yang akhirnya dinamakan semula Sime Darby.
    contoh2
    pernahkah anda baca atau tengok dalam blog ke,aljazeera ke,CNN ke,Bloomberg ke, astro ke, KFC nak bergabung dengan McDonald.
    KFC bergaduh dengan McDonald.
    tak pernah kan.
    Maknanya kita boleh bekerjasama,kita boleh hidup harmoni,kita boleh meneruskan kerja kita dengan aman damai,tanpa bergabung dan TANPA BERGADUH.
    ___________________
    semua parti politik ada niche masing masing.
    semua parti politik ada produk masing2.
    produk pas tak laku jual kat dap.
    produk umno tak laku jaul kat pas.
    semua orang concentrate bidang masing masing,tumpukan service masing masing,serve your pengundi well. itu je..tak susah kan.

    ReplyDelete
  23. kepada cerita panjang tuan bungaraya,
    saya simpulakan begini,
    RULING PARTY adalah PENGURUS kepada sesuatu kerajaan(negara)yang dipilih/dilantik rakyat melalui pilihanraya(dalam konteks malaysia).
    maka RAKYAT berhak dan bebas memecat,menukar,mengganti dsb atas sebarang sebab melalui pilihanraya.
    contoh.
    Ning Baizura telah memecat pengurusnya kerana bla bla bla..

    ReplyDelete
  24. terimakasih secara keseluruhan kepada semua yang lain terutama Nur Mohd nidzam kerana membantu saya yang serba kekurangan.

    ReplyDelete
  25. tabung haji tu tempat aku lepak hari hari jugak, sedap tidur kat surau yg hari2 ada kuliah tu.

    ReplyDelete
  26. "Hai orang-orang yang beriman,jika datang kepadamu orang fasik (orang yang melakukan dosa besar dan mengekalkan dosa-dosa kecil)membawa satu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"
    - maksud Surah Al Hujurat: 6

    Justeru, tolonglah periksa dulu siapa yang menjadi sumber berita ini. Adakah dia jenis orang yang taatkan Allah, kaki botol atau bagaimana. Benarkah Najib bertemu Ustaz Nasaruddin dan Cikgu Pa di London dan membuat tawaran (a) hingga (f) itu?

    Kalau dipandang sekali imbas sajapun, nampak sangat mengarutnya tawaran-tawaran yang dikatakan dibuat oleh Najib itu. Jadi, kecuali kalau sumbernya boleh dipertanggungjawabkan, usahlah menambah dosa yang sedia ada dengan memanjang-manjangkan cerita ini.

    ReplyDelete
  27. anon 7.08
    Terimakasih.
    May Allah gives you Rahmah.

    ReplyDelete