Monday, May 4, 2009

Ketegasan Pemimpin PAS Yang ingin kita Lihat menanti Umno di Penanti

Mustapa Ali telah tegaskan beberapa hari lepas atas kapasiti pengarah pilihanraya Pas.

Haji Hadi telah tegaskan semalam atas kapasiti Presiden Pas.

TG Nik Aziz tegaskan sekali lagi hari ini.

Allahu Akbar.

___________________________

Mursyidul am PAS berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihanraya kecil DUN Penanti.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar Kelantan, berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan PKR berhubung pengagihan kerusi pilihanraya yang dibuat sebelum ini, lapor Bernama."Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna."Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," beliau dipetik berkata di kediaman beliau di Pulau Melaka hari ini.

____________________________
Yang kat penang tu bawa2 bertenang.

2 comments:

  1. dah tu awat ade yg masih ketegaq lagiii??

    ReplyDelete
  2. ikut jawapan mat sabu lah,ari tu kat bt selambau puak umno merengek nak kerusi tu gak..

    ni geng pas penang ni berjangkit la kot..

    perunding

    ReplyDelete