Sunday, May 3, 2009

Pyschology Umno di Penanti

Rasa pelik untuk difahami.
Fikir 2 kali, taktik nya hampir sama kat Kuala Terengganu tempoh hari.
Dulu perkecilkan kepentingan prk KT dengan alasan ia hanya isu lokal dan bukan nasional.
Maka berita mengenai hanya di muka surat 3 akhbar.

Kali ini, kononnya prk Penanti lansung tidak perlu.
Malah tidak mahu menyertai.
Namun diperhati masa yang ada, penamaan calon hanya pada 23 Mei dengan hari mengundi pada 31 Mei.
Jadi hakikatnya Umno boleh membuat keputusan untuk menyertai prk ini pada 22 Mei nanti.

Sementara itu, mereka boleh melengahkan hasrat dari diketahui umum.
Sambil itu mereka terus memadamkan semangat rakyat(pengundi) dari terus bercakap mengenai prk tersebut.
Mereka akan cuba memadamkan terus berita mengenainya.
PR mungkin akan jadi leka.
Rakyat (pengundi) mungkin jadi lupa, lalu tidak merancang dan tidak keluar mengundi nanti.

__________________________________________
Di Pihak PR, perkembangan prk mesti senantiasa dihidupkan.

Calon PKR kata Umno main perang psychology.

Perang psikologi Umno di Penanti.

Anwar pula menerangkan......
PAS tidak cabar PKR di Penanti

Anwar berkata adalah sesuatu yang baik apabila pemimpin-pemimpin akar umbi daripada Pakatan Rakyat untuk membuat cadangan bagi mewakili pimpinan parti masing-masing.
"DAP dan PAS mempunyai hak untuk bertanya kepimpinan Pakatan Rakyat agar mempertimbangkan cadangan-cadangan mereka bagi memilih calon.
“Dalam perkara ini, pucuk pimpinan PAS bersetuju bagi membenarkan PKR untuk membuat keputusan itu.
“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat bahawa mereka bukan sahaja bersetuju, tetapi menyokong sepenuhnya pilihan PKR, Mansor Othman untuk bertanding di Penanti," katanya selepas merasmikan bilik gerakan Wanita PKR Permatang Pauh di Sungai Semambu semalam.
Tambah Anwar, beliau telah menemui Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman petang semalam.

No comments:

Post a Comment