Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai Keyakinan Pas 2000 Majoriti InshaAllah

Jangan tinggal sebut InshaAllah.
Jangan tinggal Istighfar sepanjang masa.
Jangan lekang berdoa sehingga saat akhir keputusan keluar.
___________________________________

PAS: Kita menang 2,000 undi
Jul 14, 09 3:48pm
Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

fauzi abdullah manek urai by election 260609Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.

Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.

2 comments:

  1. Salam encik prunding...

    Aku ada skang ni di manik urai...

    Kalau nak kira dari segi penyokong yang tinggal..penyokong umno dah pulang dah...

    Insya Allah ..pas menang..

    ReplyDelete
  2. ihya,
    segalanya milik Allah walaupun di saat akhir

    takut nanti gigit jari

    teruskan berdoa

    ReplyDelete