Thursday, September 10, 2009

Percaturan Hebat di Bagan Pinang

Bagan Pinang: Salahudin pengarah, Pakatan serah PAS pilih calon

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Selepas PAS melantik Naib Presidennya, Salahudin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Telok Kemang, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pula memutuskan PAS akan bertanding di kerusi itu.

Keputusan melantik Salahudin dibuat oleh Lajnah Politik PAS yang bersidang di sini Isnin lepas. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Di Seremban, keputusan memberi mandat kepada PAS untuk meletakkan calon di situ dibuat dalam mesyuarat bersama PAS, PKR dan DAP.

____________________
Tahniah.
Giliran Salahudin selepas Mahfuz di Permatang Pasir.

Pas PR mesti bermain sebaik mungkin.
Atur segala taktik dan rancangan sekemas mungkin.
Do it step by step..macam team Najib dah mulakan sekarang.
Jangan mengeluh mengenai undi pos...take it as cabaran.
Ada satu musim ari tu rasanya 1999, tentera ramai menyokong Pas.
Maximum kat undi dari pengundi Cina dan India.
Pas dan Pkr tunjukan pengaruh anda di kawasan Melayu.
Gunakan suatu cara untuk mendekati tentera...pandai pandai lah.
____________________
Najib dah mula step by step.good move.
Tapi halangan utama Umno ialah Calon!!.
Jangan ambil risiko letak ISA.
Mahukah menghidupkan competition di peringkat Naib Presiden dan Timbalan Presiden Umno???
Hidup balik ISA, hiduplah saingan diperingkat itu...kan Zahid?kan Hisham dll?
Jangan juga letak anak dia...proxy begini dalam pertandingan sengit...usahlah.

Selamat berentap.
2 Pasukan terbaik yang ada.
Umno Vs Pas.

No comments:

Post a Comment