Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

Doa ku Mengiringi ke Bukit Gantang

Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah.
Bismillahi tawakkaltu 'alaillah.

Dengan nama Allah tiada suatu yang boleh memudaratkan datang dari bumi dan datang dari langit.
Sesungguhnya Allah maha Mendengar lagi maha Mengetahui.
Bismillahi lazhi la yadur ma asmiihi sai un fi ardi wa la fi samai wa huwa sami ul 'alim.

Ingatlah.
They plot,and Allah is the best Plotter...
Ya Allah gagalkanlah segala tipudaya mereka.

Ya Allah berilah kemenangan kepada kami, PR.
Amin.

Friday, March 6, 2009

Tangan Pukida Emno dan Tangan Unit Amal berSama Mb Nizar










Mampukah Umno men'tazkirah'kan kumpulan yang dikatakan menyokong nya.??
Atau mereka bakal mengkuburkan Umno??
Tak bermaruah kah lelaki yang dari kumpulan dikatakan ditaja menyokong Umno ini??
Professional kah kumpulan pengikut Umno itu??
Nampak samseng, brutal dan uncivilised(tak bertamadun) lelaki dari kumpulan penyokong Umno tu kan.!!
Nampak memalukan bangsa (melayu kot) dan Agama Islam kan!!
Di manakah pemimpin lelaki nampak kurang ajar dan tak beradab ini??
Zambry kah??
Umnokah?


___________nota.
semua gambar bersumber http://politikbanjar.blogspot.com/.


Thursday, February 5, 2009

Doa

Hasbunallahu wa ni'mal wakil.

Wa kaffa billahi wakila.
_________________
Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.

Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Wednesday, February 4, 2009

Ya Allah

Ya Allah
La Ilaaha Illallah,Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
Ya Malik,Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuasa,Yang Maha Memiliki Segala Kekuasaan,Raja Yang Maha Kuasa .
Ya Muhaimin, Yang Maha Menjaga.
Ya Aziz,Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuat.
Ya Jabbar,Yang Maha Gagah Perkasa.
Ya Qahhar,Yang Menakluki Segala Sesuatu.
Ya Basitt,Yang Maha Melapangkan.
Ya Khofidh,Yang Maha Merendahkan Martabat.(jatuhkan yang zalim)
Ya Rofi',Yang Maha Mengangkat Darjat.
Ya Hakam,Yang Maha Menghakimi.
Ya Hafiz,Yang Maha Memelihara dan Menjaga.
Ya Wakil,Yang Maha Mewakili segala urusan.
Ya Qawi, Yang Maha Kuat lagi Perkasa.
Ya Matin, Yang Maha Kuat lagi Sempurna kekuatannya.
Ya Wali, Yang Maha Melindungi,Menolong dan Membela.
Ya Somad,Yang Maha Mencukupi.
Ya Alim, Yang Maha Mengetahui.
Ya Ghaffar, Yang Maha Pengampun.

Ya Allah Yang Segala Nyawa di dalam genggaman Mu.
Aku bermohon dan berserah kepadamu segala urusan.
Ya Allah Ya Tuhanku,
kau berilah kuasa pemerintahan di dunia ini kepada yang hak dan yang adil.
Kau permudahkan dan selesaikan kesusahan yang ditimpa pimpinan kami.
Ya Allah Tuhanku yang mentadbir sekalian Alam.
Amin.Ya Rabbul alamin.

Friday, January 16, 2009

Teknik Menghadapi Hantu

Dapatlah semua tak kira pengundi,petugas dan semua yang terlibat atau juga sesiapa sahaja untuk mengamalkan teknik teknik ini bermula malam ini.

Membaca ayat Kursi,surah AlBaqarah ayat 255 sebelum tidur,bangun tidur,sebelum keluar rumah dan setiap kali teringat.

Terasa runsing diapakan oleh musuh atau kesusahan,
Membaca Bismillahi lazi la yaduru ulmaasmihi sai un fil ardi wa la fi samai wa huwasamiul alim.
(maaf dirumikan)(sila cari ejaan tepat dalam Arab)
membawa maksud Dengan nama Allah,tiada suatu boleh memudaratkan samada dari bumi dan juga dari langit dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Jika risau dengan tipudaya musuh sentiasa ingat ayat Allah di dalam AlQuran surah Al-Anfal ayat 30.
yang membawa maksud ..they were plotting and Allah too was plotting; and Allah is the Best of those who plot.
membawa erti mereka merancang tipudaya,Allah juga merancang(tipudaya)dan Allah adalah sebaik perancang/mengalahkan/menggagalkan tipudaya.

Jika rasa buntu dalam menghadapi masalah atau kesulitan,
salawat keatas Rasullah sebanyak mungkin,
juga bacalah ayat seribu dinar dari surah AtTalaq ayat2 - ayat5.

Kemuncaknya sentiasa ingat,
Hasbunallahu wa ni'mal wakil..
surah Ali Imran ayat173
membawa maksud Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

Atau sekiranya sukar kerana kesibukan jangan lekang dibibir zikir
Subhanallah Alhamdulillah AllahuAkbar.
Juga Bismillahi tawakkal tu alai allah,la haula wala quwata illah billah,
bermaksud Dengan nama Allah aku bertawakkal dan tiada daya ku melainkan dengan kuasa Allah.
Banyakkan berdoa kepada Allah,ingat dan zikir kepada Allah,akhirnya berserahlah segalanya dan berharaplah sepenuhnya kepada Allah.

Saturday, January 10, 2009

Qunut Nazilah

QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.
اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
6 Januari 2009
UK.

Wednesday, January 7, 2009

Doa

Divine Aspirations.Allah's Redha.




sumber gambar http://nuraflah.blogspot.com/

Sunday, January 4, 2009

Usaha,Doa,Tawakkal,Prk P36

Betul lah.Itu lah kita dibiasakan.
Lakukan usaha,berdoa kemudian bertawakkal kepada Allah akan hasilnya.

Mari kita tengok contoh benar di Prk P36.

Kedua pihak telah mengumumkan calon untuk bertanding.
Lakukan usaha dalam aktiviti kempen sehingga 16 hb nanti.
Dikuti dengan doa dan dipagi 17hb nanti bertawakkal kepada Allah akan keputusan rakyat.
Menang disyukuri,kalah perlu bersabar.

Apa kata saya tunjukkan satu lagi option.

Dimulakan Istisyarah dan Istikharah memilih calon dikuti terus dengan tawakkal seperti maksud
"..Kemudian apabila kamu berazam,maka bertawakkal lah kepada Allah.."
ayat 159 surah Ali `Imran.
Seterusnya dengan azam itu kita berusaha bersungguh menjalankan aktiviti kempen,berserta dengan doa setiap masa,dan dibuktikan kesungguhan itu dengan puasa .
Saranan di sini SAYA AJAK ANDA SAMA SAMA PUASA SUNAT .

Setiap perbuatan dan langkah dimulakan dengan Bismillahi tawakkaltu `alallah.
Ini berterusan hinggalah ke malam 16hb diilakukan kemuncak doa dan solat hajat.
Saranan solat hajat di sini Solat hajat mohon kemenangan calon PAS.

Di pagi hari 17hb sekali lagi bertawakkal kepada Allah akan keputusannya.
Menang disyukuri disertai amanah yang dipikul yang bakal dipertanggungjawab di depan Ilahi..
Kalah disabari dengan ujian yang diterima.

Maka susunan nya adalah istisyarah,istikharah,azam,tawakkal,usaha,tawakkal,doa,tawakkal,redha dan akhirnya kembali semula kepada Allah.

Begitu indah kehidupan itu apabila semuanya meliputi perjalanan Islam dan akhirnya menuju kepada Penciptanya.

Subhanallah.