Showing posts with label Prk P36. Show all posts
Showing posts with label Prk P36. Show all posts

Wednesday, January 14, 2009

Hj Mohd Abdul Wahid Endut,kemenangan untuk Semua

Inilah calon pilihan rakyat Kuala Terengganu.
Beliau telah dipilih dan diterima oleh rakyat Kuala Terengganu untuk berkhidmat kepada semua tak kira bangsa dan agama,tak kira usia,kampung,pekan dan bandar untuk selama 5 penggal berturut turut di kawasan Adun.
Pilihan tuan puan untuk mengundi calon ini membolehkan beliau meningkatkan peluang untuk memberi khidmat kepada anda di peringkat yang lebih tinggi.
Beliau boleh membawa isu dan penyelesaian dan membawa suara tuan puan ke peringkat Parlimen.
Tuan puan telah memberi keyakinan kepada beliau diperingkat ADUN,sekarang tibalah masa untuk memberi mandat kepada beliau berkhidmat di peringkat lebih tinggi.

Undi Hj Mohd Abdul Wahid Endut,
Peluang untuk tuan puan,
Kemenangan untuk tuan puan Semua.

Sunday, January 11, 2009

Apa Pendapat Anda?

Apa pendapat anda?
Berita Minggu menyiarkan ruangan khas Fokus Kuala Terengganu sempena minggu kempen Prk P36.
Itu memang ok untuk jentera kempen Umno.

Tetapi yang musykil di hati saya ialah kenapa dicari gambar bertarikh 1 January 2008 ini.
Dengan jelas menunjukkan Bekas MB Mat Deris dengan keris..
MB Mat Said pulak kelihatan di belakang.
Anda yang arif dengan dunia media,apakah makna dan persepsi yang gambar ini boleh 'gambar'kan.
Manakala dalam artikel seterusnya menunjukan gambar Mat Said yang nampak tidak ber 'siap' .
Hanya bergotong royong 'tengok' longkang.
Apakah maknanya?
Apakah pendapat anda?

Saturday, January 10, 2009

Umno Calon Bebas Baru


Dalam Malaysiakini,
The BN candidate is not Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's man as alleged by certain quarters, says Najib.
____Perunding
Jadi,ini calon bebas lah ya.
Kuang,kuang,kuang.

Duhai Umno

Resah gelisah dan meragui pilihan calon mereka selepas 20 hari dipilih dan 3 hari berkempen.
PakLah! terpaksa menerangkan semula kenapa calon ini dipilih.

DrM terang terang memberikan 2 sanggahan tepat kepada calon.
Faktor karektor calon dan kaitan dengan Paklah menurut Che Det.
Dua perkara ini amat berat.

Tiada semangat di kalangan ahli Umno.
Berkempen dalam tempat sendiri(bilik gerakan) dan mengharap TV3 dan RTM je.
Lebih berminat dengan hal masing2 terutama pemilihan Mac depan.

Tidak jelas siapa yang mengetuai kempen.
Mat Taib,Mat Said,Najib,PakLah,entah.
Kisah tepi kain masih segar lagi.
Mat Said tak senang dengan Idris dan lain lain lagi.

Lebih bersikap defensive dan peluang menyerang tercari cari.
Asyik keluar penyataan penyedap hati.
Alasan bukan kayu ukur diri seawal awal diberi.
Takut diserang kemudian hari.
Terasa terngiang ngiang undi lari.

Sayap wanita mulut kata takde apa,
body language meronta ronta.
Sayap pemuda pecah tiga.
Aku ke dia.

Cuba lari dari isu nasional tapi isu tempatan sangat lemah.
Motif calon kembali tidak jelas kerana semata mata untuk mendapatkan jawatan sedia ada.
Persepsi tidak mesra rakyat,elitis memburukkan keadaan.
Rakyat kata boleh belah.
Ok.Tau takpe.

Cuba bawa isu international,tapi Pas nampak lebih bersungguh.
Malah Che Det tampak lebih gagah.

Calon Pas tampak lebih steady.
Sudah lama,mesra dan sebati dengan rakyat dan negeri.
Tak kira Cina,India atau puak sendiri.
Kesana kemari senyum semua terima sampai nampak gusi.

Pas pulak tengah nampak berseri seri.
Isu hudud menaikkan rating populariti.
Kerajaan PR 5+1 memberi living example kepada pengundi.
Pengundi Cina bakal mengikuti trend di sebelah sini.
Pengundi muda berumur bawah 38 mewakili 60% pengundi.

Apa lagi.Ada lagi.
Pasti Malaysiakini ada berita lagi terkini.
Atau dari PRK P036 Kuala Terengganu.... Kami nak Monsoon Drain, Bukan Monsoon Cup.sini.
Dari http://al-brangi.blogspot.com/. al-brangi.

Juga calon bebas apa cerita lagu ni.
Yang diharap kacau daun cabut lari.
Isytihar diri terbuka sokong musuh sendiri.
Mak oi Umno aku dah tergigit jari.

Cepat cepat 2 minit lagi..
Pengganti dapat dicari.
Aiseh mang..orang aku sendiri.
Nape mung dok kabo dari tadi.
Ini boleh makan diri.
Pas juga untung kanan kiri.

Friday, January 9, 2009

Calon Pas Mendapat undi 38000

Hj Mohd Abdul Wahid Endut 38000
Wan Farid Wan Salleh 30000
Adam 300


Pada 12 December 2008 saya telah menulis bahawa keyakinan saya ialah pas akan menang dengan majoriti 4000 undi.

Hari ini saya menaikkan tahap keyakinan saya kepada kemenangan calon Pas dengan mendapat 38000 undi.

Mari saya terangkan secara statistik.

Kita sudah maklum terdapat 80,000 pengundi.

Saya menjangkakan peratus keluar mengundi meningkat kepada 85%.

Undi Melayu Pas 58% bersamaan 35,500 undi.

Undi India Pas 55% bersamaan 220 undi.

Undi Cina Pas 45% bersamaan 2800 undi.

Margin of error 500 undi.

Jumlah 38000 undi.

Undi calon bebas saya letakkan 300 sahaja dan saya menjangkakan beliau akan menarik diri 3 hari sebelum hari pengundian.

Baki undi 30,000 lagi diperolehi oleh calon Umno.

Untuk menyaingi Pas,pihak lawannya perlu mencari 8000 undi .

Sekiranya mereka menggunakan khidmat tekong zombie,

8000 zombie diperlukan dan ini akan menyebabkan peratus keluar mengundi meningkat kepada 95%.

Mustahil!

85% keluar mengundi sudah cukup tinggi dengan peningkatan hanya 3% dari Pru12.

Mereka perlu membuat pujukan supaya ramai orang keluar mengundi.

Pengundi Pas lebih tegar,sebarang gertakan tidak menggerunkan pengundi Pas keluar mengundi.

Sebaliknya pengundi Umno menjadi keberatan keluar mengundi.

Dan zombie menjadi susah untuk menyelinap.

Namun,menghidupkan 8000 zombie bukanlah kerja senang.

Mungkin setakat nak cover malu supaya tak nampak kalah terlalu teruk.

Peningkatan undi Pas kepada 58% itu hanyalah peningkatan 2.75%.

Jika dapat diusahakan ke tahap 5%,mendapat 40,000 undi adalah satu bonus.

Tidak hairan kenapa mereka,Umno sudah mula memberikan penyataan penyedap hati.

Saya amat optimistik itulah laporan Malaysiakini pada 9.45 malam 17 January 2009 nanti.

InshaAllah.

Pengundi Muda

Teringat saya 10 tahun lepas ketika saya berumur 25 tahun menjadi tutor di UPM.
Di dalam 2 kelas yang di gabungkan kira-kira 50 pelajar telah ditanya saya pendapat mereka tentang isu semasa itu.

Saya menunjukkan tajuk akhbar muka depan PM tuduh Anwar begitu begini begini.
Saya tanyakan siapa percaya tuduhan ini.

Riuh rendah kelas tersebut mereka menjawab bahawa mereka tidak percaya sama sekali!
Saya tegaskan tidak mungkin PM berani membuat tuduhan palsu.
Saya ibaratkan beranikah seorang perompak mengacukan pistol betul berisi peluru palsu untuk merompak pegawai polis?
Mereka tetap beramai ramai menegaskan pendirian dan keyakinan mereka.

Akhirnya mungkin kesian kat saya,seorang dari mereka mengatakan saya rasa mungkin PM benar kalau tidak tak kan dia berani.
Hanya seorang.!

Ketika itu pelajar subjek perakaunan saya itu berumur sekitar 20 tahun.
Kini mereka mewakili kumpulan pengundi muda berusia sekitar 30 tahun.

Maka terjawablah persoalan yang bermain difikiran saya kenapa lanskap politik Malaysiakini begitu diluar jangkaan ahli politik lama.
Ehmm.Baru saya faham.

Pelik

PM pelik orang Umno cakap tak elok tentang Wan Farid.
Petikan Malaysiakini.
Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Sikap Wan Farid yang didakwa sombong dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai, menjadi buah mulut di kalangan orang ramai.Bukan sahaja orang ramai, malah ada juga sebilangan penyokong Umno yang dikatakan merungut kerana sukar untuk bertemu dengan Wan Ahmad Farid.
Juga petikan dari.
(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´).
Pak Lah pelik dgn Farid...aku lagi pelik tengok Pak Lah..!!

PaKLah juga kata Wan Farid telah mengorbankan senator dan jawatan demi untuk bertanding untuk berkhidmat kepada rakyat.

Yang ini saya lagi pelik!!!

Kenapa menjadi calon yang memerlukan meletak senator dan jawatan hanya untuk bertanding supaya boleh dilantik jawatan semula,itu pun kalau menang,untuk berkhidmat kepada rakyat?

Kenapa sekarang tak berkhidmat?
Saya ulang.
Sekarang tak boleh berkhidmat kepada rakyat?
Senatorship hanya untuk 3 tahun,menang MP untuk 5 tahun?
Semata-mata untuk itu?
Atau untuk kepentingan atau keperluan siapa lagi?

Lagi pelik.
Dinamakan calon terawal pada 20 December 2008.
Masuk hari ke 3 berkempen selepas penamaan calon,PakLah terpaksa buat round semula ke Kuala Terengganu hanya untuk terangkan kenapa Wan Farid yang telah dipilih menjadi calon 20 hari lepas.

Pelik.Pelik.

Kenapa?
Hari tu tak bincang?
Hari tu tak terang?

Tak istisyarah dan tak istikharah kot??

Najib pulak janjikan jawatan yang sama je.
Bagilah naik pangkat ke,naik gaji ke.

Thursday, January 8, 2009

Najib Tukar Rentak Tari~Malaysiakini

Kenapa tiba-tiba di hari pertama bermulanya kempen 11 hari Najib menukar gendang tarian kepada rentak perlahan.
Najib menyatakan pilihanraya kecil ini bukan kayu ukur kepada kepimpinan PM,Beliau,MB,atau sesiapa yang lain.
Umno ialah penyandang kerusi dan juga yang pertama mengistiharkan nama calon.
Dalam istilah catur anda adalah pemain `white pieces`.
White pieces akan memulakan `move` dan sentiasa advantage untuk memilih attacking move.

Berada dalam keadaan defensive mode adalah menhairankan saya.
Kenapa?
Tempoh hari Najib juga mengendurkan isu hudud yang panas menyerang Pas dengan berkata itu hanya Slogan Pas!

Siapakah perunding taktikal Najib yang membawa rentak yang berbeza ini?
Adakah untuk mengendurkan pressure atas expectation keatas kemenangan yang terlalu tinggi?
Adakah ini satu langkah playsafe berdasarkan maklumat tertentu?

Atau adakah ini seperti signal yang diberi PakLah 3 hari sebelum P44?
Keputusan di P44 tidak akan mengubah kerajaan...dilaporkan beliau berkata.
Atau seperti Rais Yatim 3 hari sebelum keputusan Batu `berputih` Mata jatuh ke Singapura?
Rakyat perlu bertenang dan menerima sebarang keputusan dengan fikiran terbuka...beliau dilaporkan berkata.

Namun saya yakin strategist PR lebih hebat untuk menyaingi dan membaca strategi Umno.
Mereka sudah memulakan kempen menyeluruh semua parti dan pemimpin besar mereka.
PAS mengingatkan para petugasnya agar tidak mudah terperangkap dengan sebarang usaha provokasi 'musuh' yang boleh merugikan parti...
Harus berhati -hati.
Offensive mode mesti dikekalkan.
Bertahan segala tenaga dan resources untuk 11 hari untuk teruskan attacking move.

Calon Bebas Hidden Agenda

Azharudin Mamat @ Adam.
Saya rapat dengan Umno.
Bukan kecewa kerana bapa dipinggir.
Cuma ada orang yang takut saya memecahkan undi calon Umno.
Ada orang fikir sesiapa tak suka calon Umno,boleh undi saudara ni.
Itu boleh pakai untuk ahli Umno je.
Teori nya undi Pas tak bertambah dek undi ahli Umno yang lari.
Fikir semula wahai perunding strategi Najib.
Orang Pas dah Pas.
Tak tambah undi Pas dari puak 'Umno lari'tak mengapa.
Sebalik lebih ramai orang Umno boleh buat undi protes.
Orang atas pagar tak akan membuang masa undi calon bebas.
Orang atas pagar ialah pengundi yang belum menetapkan pilihan bukan TIADA pilihan.
Kesimpulan,
Atas pagar lompat ke PAS.
Lari Umno,cabut ke Bebas dan Pas.
Umno tinggal apa?

Jauhi diri Anda dari ISA


Jauhi diri anda ISA.
Jauhi diri anda dari undi ISA.
Say No to ISA.

Wednesday, January 7, 2009

Doa

Divine Aspirations.Allah's Redha.




sumber gambar http://nuraflah.blogspot.com/

Menang Kalah






Menang payah,

Kalah aku susah.

Majoriti Undi Pas


Kepada pengundi Melayu Kuala Terengganu undilah calon anda.
Undilah calon majoriti diterima pengundi Melayu.
Lihat statistik P36 Pru12.
26000 pengundi Melayu mengundi Umno.
32000 pengundi Melayu mengundi Pas.
55% pengundi Melayu mengundi Calon Pas.
45% sahaja pengundi Melayu mengundi Umno.!!
Mari kita semua undi calon pilihan rakyat Kuala Terengganu terutama pengundi Melayu.
Jangan ikut kumpulan melawan arus.
Undi lah Pas.
Mari bersama majoriti pilihan orang Melayu.
Ayuh undi Calon Pas.

Calon For All


Kepada semua pengundi Cina dan India di Kuala Terengganu undilah calon yang diterima semua kaum.
Calon Pas adalah calon pilihan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat telah diterima semua kaum.
Ramai masuk Pkr dari MCA dan Sabah Sarawak.
Ramai masuk DAP secara diam dan terang terang.
Ramai masuk Pas dari semua kaum,peringkat dan orang dari Umno juga.
Tinggalkan BN.
Semua parti MCA,MIC,PPP,Gerakan dan lain lain telah kerapkali menyuarakan tidak senang dengan gabungan parti BN.
Ayuh undi calon Pas.
Calon For All.
p/s gambar sumber Siasah.

Takut Sunat.


Tak sakit,rasa macam gigit semut je.
p/s gambar sumber Malaysiakini.

Monday, January 5, 2009

Wan Farid kalah,Bukti bukan PakLah Salah!~Malaysiakini

Wan Farid kalah hilang semua.
Klik sini BN candidate resigns as deputy minister, senator dari Malaysiakini.

Beliau perlu meletakan jawatan sebagai senator dan sekaligus melepaskan jawatan Timbalan Menteri dalam Negeri klik sini Calon PRK K.Terengganu,WAN AHMAD FARID IALAH TIMBALAN MENTERI Internal Security Act(ISA).Malaysiakini.
Inilah timbalan menteri ISA untuk pengundi Kuala Terengganu kenali.

Sekiranya tewas,beliau tidak boleh dilantik senator semula,maka akan kehilangan jawatan nya.
Wan Farid menang hanya dapat semula.
Itu pun sebagai ahli parlimen terpulang kepada PakLah untuk melantik semula.

Bagi Najib pula ini adalah For Najib, KT is a do-or-die battle.
Apa tidaknya ,kekalahan akan dipersalahkan kepada beliau sebagai komander pilihanraya kecil .
Ia juga boleh diterjemahan sebagai penolakan rakyat umumnya dan ahli Umno khusus ke atas pakej peralihan kuasa kepada beliau.

Apa untung Pak Lah bagi kekalahan Wan Farid.
Ini membuktikan penolakan undi rakyat dalam Pru12 lepas bukan kerana rakyat bencikan Pak Lah.
PakLah hanya tidak disukai ahli Umno selepas Pru12.

Biarpun beliau selepas itu bersetuju untuk berundur akibat tekanan dari dalam BN.
Namun kemenangan Anwar di Permatang Pauh dikaitkan ahli Umno masih lagi tidak puas hati dengan jadual peralihan kuasa 2010.
Kini PakLah telah mengumumkan Mac 2009 sebagai tarikh peralihan kuasa kerana beliau tidak bertanding jawatan Presiden Umno.

Sekiranya Wan Farid masih kalah,jelaslah membukti kekalahan yang lepas bukan kerana salah PakLah.
Malah kekalahan Wan Farid kali ini lebih menunjukkan Najib tidak berupaya dan kurang diterima.

Kalah Wan Farid,peluang bagi PakLah.

Tambahan lagi,sumber Malaysiakini.

Klik Dr M: Wan Farid a proxy for Pak Lah .

Former premier Dr Mahathir Mohamad expressed disappointment with the selection of Wan Ahmad Farid as the Barisan Nasional candidate in the Kuala Terengganu by-election.

DrM kata,
Menang Wan Farid,insuran masa depan PakLah.
Suruh tolak Wan Farid maksud tersiratnya.

Amanat Hj Hadi di Prk P36 terbaru!

Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Jan 04, 09

"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT.
PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas.
PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"

Petikan dari Harakah Dialy klik sini Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu .

Tambahan dari perunding ,Balasan Hanya dari Allah .

Pesanan buat pejuang tulen.
Hayati Asy-Syu`araa` (surah 26)ayat 109, ayat 127, ayat 145, ayat 164 dan ayat 180.
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku);balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam."

Lima Rasul iaitu Nabi Nuh as,Nabi Hud as,Nabi Shaleh as,Nabi Luth as dan Nabi Syuib as menegaskan perkara tersebut.

Sunday, January 4, 2009

Usaha,Doa,Tawakkal,Prk P36

Betul lah.Itu lah kita dibiasakan.
Lakukan usaha,berdoa kemudian bertawakkal kepada Allah akan hasilnya.

Mari kita tengok contoh benar di Prk P36.

Kedua pihak telah mengumumkan calon untuk bertanding.
Lakukan usaha dalam aktiviti kempen sehingga 16 hb nanti.
Dikuti dengan doa dan dipagi 17hb nanti bertawakkal kepada Allah akan keputusan rakyat.
Menang disyukuri,kalah perlu bersabar.

Apa kata saya tunjukkan satu lagi option.

Dimulakan Istisyarah dan Istikharah memilih calon dikuti terus dengan tawakkal seperti maksud
"..Kemudian apabila kamu berazam,maka bertawakkal lah kepada Allah.."
ayat 159 surah Ali `Imran.
Seterusnya dengan azam itu kita berusaha bersungguh menjalankan aktiviti kempen,berserta dengan doa setiap masa,dan dibuktikan kesungguhan itu dengan puasa .
Saranan di sini SAYA AJAK ANDA SAMA SAMA PUASA SUNAT .

Setiap perbuatan dan langkah dimulakan dengan Bismillahi tawakkaltu `alallah.
Ini berterusan hinggalah ke malam 16hb diilakukan kemuncak doa dan solat hajat.
Saranan solat hajat di sini Solat hajat mohon kemenangan calon PAS.

Di pagi hari 17hb sekali lagi bertawakkal kepada Allah akan keputusannya.
Menang disyukuri disertai amanah yang dipikul yang bakal dipertanggungjawab di depan Ilahi..
Kalah disabari dengan ujian yang diterima.

Maka susunan nya adalah istisyarah,istikharah,azam,tawakkal,usaha,tawakkal,doa,tawakkal,redha dan akhirnya kembali semula kepada Allah.

Begitu indah kehidupan itu apabila semuanya meliputi perjalanan Islam dan akhirnya menuju kepada Penciptanya.

Subhanallah.

Saturday, January 3, 2009

Method of Manegement and Decision Making

Istisyarah dan Istikharah.

Istilah Istisyarah mungkin jarang sekali kita dengar.
Sebenarnya ianya adalah sangat lumrah dilakukan oleh masyarakat kita samada secara peribadi atau dalam syarikat.
Makna mudahnya ialah mesyuarat atau lebih glamer lagi `meeting`.
Tu je.Atau lebih santai lagi meminta pandangan daripada rakan-rakan.
Atau nak bunyi tahap tinggi sikit,meminta bantuan pandangan dan buah fikiran untuk menyelesaikan sesuatu daripada sesama manusia.

Istikharah pula memang dah sangat popular dikalangan masyarakat kita.
contoh,
Mamat A melakukan solat sunat Istikharah untuk membuat keputusan samada nak kahwin lagi satu atau tidak.
Minah S melakukan solat sunat Istikharah untuk membuat keputusan pinangan dari jejaka pilihan keluarga.
Lebih popular lagi dikaitkan pulak dengan mimpi lepas solat sunat tu.

Jadi Istikharah ini membawa makna mencari petunjuk untuk membuat keputusan dari Yang Maha Kuasa.
Takde kaitan dengan mimpi pun.
Allah akan memudahkan kita kepada jalan yang mendatangkan keputusan lebih baik.
Pilihan yang tak elok susah je nak menjadi kenyataan.
Kita terdorong kepada yang baik je.
Pulak tu,sekiranya ada side effect dari keputusan kita tadi,semua nya Allah bagi jalan penyelesaian.
Bermakna satu keputusan itu mampu melepaskan atau menyelesaikan banyak dan pelbagai rantaian kerumitan.
Dan juga keputusan itu menghindarkan pula banyak spekulasi keburukan dari betul2 berlaku.

Subhanallah.
Cantik sungguh lagi indah Islam itu.

Maka superior sungguh method decision making dalam Islam berbanding dengan yang didongengkan oleh Barat atau Jepun.

Kat mana ada guna method ni?
Tu Haji Hadi guna kat Prk P36 tu.

Friday, January 2, 2009

Calon Bebas,kacau daun Umno,kacau daun Pas?

Hj Abdul Wahid Endut calon Pas yang dinantikan.

Sebaik menerima panggilan dari sahabat malam tadi memberitahu pengumuman calon Pas yang dinanti-nanti,perasaan saya sungguh lega,aman,tenteram dan penuh keyakinan.
I feel good.... macam tv tu lah.

Tahniah kepada Hj Abdul Wahid Endut dipilih oleh pimpinan untuk menggalas tanggungjawab bertanding dalam pilihanraya kecil PrkP36 ini.
Beliau akan bertemu lawan dari Umno,Wan Farid yang jika kalah, hilang semua,jika menang dapat semula.
Hj Wahid juga akan berdepan dengan beberapa calon bebas yang `kacau daun` Umno dan `kacau daun`Pas.

Hj Wahid adalah anak tempatan yang datang dari keluarga besar yang dikenali dan dihormati di Terengganu.
Faktor keluarga yg dikenali dan dihormati adalah amat penting dalam senario politik masyarakat di sana.
Beliau juga telah dipilih oleh rakyat Terengganu,khusus penduduk Dun Wakaf Mempelam bagi mewakili Dun mereka untuk 5 penggal berturut-turut.
Fakta menunjukkan beliau disenangi dan diterima masyarakat tempatan.
Ini juga dibuktikan dengan nyata dengan majoriti kemenangan terbesar sebanyak 2193 pada Pru12 yang lepas berbanding dengan 3 Dun yang lain.

Analisa yang menunjukkan 1800 undi lari dari calon Pas diperingkat Parlimen dalam Pru12 yang lepas dengan sendiri nya terlerai dan diselesaikan dengan pemilihan anak tempatan ini.

Dalam ertikata lain Pas sudah mempunyai lebihan undi sebanyak sekitar 2000 dengan pemilihan calon anak tempatan.Inshaallah.
Faktor anak tempatan adalah amat perlu dan penting untuk strategi pilihan raya kecil dan juga senario politik Terengganu khususnya.

Dengan itu mari kita dan saya juga mendoakan kepada Allah memberikan kemenangan kepada beliau Hj Abdul Wahid Endut khususnya dan pihak Pakatan Rakyat amnya.
Mohon Allah memberikan kemenangan dalam bentuk
1.memenangi hati rakyat.
2.memenangi sokongan rakyat.
3.memenangi undi rakyat.
4.memenangi dengan majoriti undi yang baik.
5.memenangi dalam bentuk gerakkerja jentera parti.

Moga Allah memudahkan semua urusan kita.
Amin.Ya Allah Ya Tuhan Sekalian Alam.

Saya juga telah menulis lebih awal Friday December 12,2008 di Nobisha.blogspot.
klik di sini
PAS MENANG P36 KUALA TERENGGANU 4,000 UNDI?