Showing posts with label PPSMI. Show all posts
Showing posts with label PPSMI. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

PPSMI Tipah tertipu lagi!!


HANYA AKAN TERMANSUH SEPENUHNYA 8 TAHUN LAGI!!!!!

IT IS NOT SOFT LANDING.
IT IS SOFT LIES.

Wednesday, July 8, 2009

Tuah Manek Urai PPSMI 2012

Tuah ayam di kaki.
Tuah rakyat di undi.

Cuba perhatikan :
1.Betapa ignorantnya PM sebelum ini.
2.Betapa degilnya Menteri Pelajaran sebelum ini.
3.Betapa berkuasanya kompeni yang dapat tender buku.
4.Betapa besarnya bisnes tender buku.
5.Betapa berkerasnya Che Det dengan policy ini.

Kenapa 2012?
1.Inilah kepandaian Muhyiddin.
Dah mansuh tapi belum mansuh.
2.Notis tokey tender buku 3 tahun.

Umum nak mansuh 7 hari sebelum Manek Urai.
Nak mula mansuh mungkin 7 bulan sebelum Pru13.

Tuesday, March 10, 2009

PPSMI Confirmed Berarak ke Bukit Gantang!!

Posting yang lepas PPSMI Persoalan2??Bawalah Berarak ke Bukit Gantang!! .

Hari ini Kempen anti-PPSMI ke Bkt Gantang, Bkt Selambau.

Setelah berjaya mengadakan demonstrasi besar, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan melebarkan kempennya bagi menjelaskan pendiriannya membantah dasar kontroversi itu di dua pilihanraya kecil bermula hujung bulan ini.
Setiausaha gabungan itu Hasni Abas berkata ia akan turut serta dalam kempen di kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah bagi terus menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Monday, March 9, 2009

PPSMI Persoalan2??Bawalah Berarak ke Bukit Gantang!!


Gambar diambil dari AdukaTaruna semasa perlancaran The Terminators Cronicles 4: Terminates the PPSMI.
Persoalan PPSMI.
Berbaloikah Umno mempertahankan polisi PPSMI?
Semua pihak tak setuju.
Rakyat, parti politik,pro-kerajaan, pro-pembangkang, komponen Bn, komponen PR, NGO, pejuang bangsa, pejuang bahasa, orang tua, orang muda, guru, pelajar, pensyarah, penuntut, cikgu, ibubapa, Melayu, India, Cina, Persatuan Bahasa, Persatuan guru, persatuan ibubapa.
Kenapa Umno masih berdegil?
Sedangkan jambatan bengkok ke Singapura pun mereka sanggup patahkan.
Kenapa polisi Che Det ni mereka sayang sangat??
Ada orang nak jadi hero tak lama lagi??
PakLah nak stay dan hapuskan PPSMI sebagai hadiah?
Najib nak jadi PM kemudian hapuskan PPSMI sebagai hadiah??
Umno nak berhimpun dulu kemudian hapuskan PPSMI supaya Umno jadi hero Melayu???
Bukankah Umno tu nama Melayunya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Baru??
Perjuangkan bangsa Melayu?
Perjuangkan BANGSA tetapi kenapa tak perjuangkan BAHASA bangsa tersebut???
Umno tak cukup musuh politik?
Nak tambah musuh bahasa pulak??
Keanapa 124 orang ditahan?
Lebih ramai dari yang ditahan di Kuala Kangsar,
Lebih ramai dari yang ditahan ketika isu Kugan.
Malah lebih ramai dari yang ditahan ketika Bersih.!
Polis semakin ganas?
Orang sangat ramai datang demo?
Perarakan tidak kemas?
PPSMI lebih mengancam?
Dimana pemimpin Umno?
PakLah?
Najib?
Hishamudin?
Kepada rakyat semua, kepada pejuang PPSMI semua.
Beraraklah ke BUKIT GANTANG.
Beraraklah membawa UNDI anda ke BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU.
Bawalah UNDI anda menyeberangi lautan ke BATANG AI.

Saturday, March 7, 2009

PPSMI 100,000 di Masjid Negara,Muat ke?Polis Ok?

Pukul 2pm sekejap lagi di Masjid Negara.
Kalau semua tu solat jemaah Zuhur, bagusnya lah.

Polis bagi permit.
Musykil.

100,000.
Muat ke?
Fru ada ke?
Boleh jual air mineral ni.
Kalau zaman reformasi dulu, ada satu brader jual aiskrim dengan motorsikal (walls tu).
Mesti dapat jual dekat spot best punya.
Musykil.

Ada udang goreng sebalik batu ke.
Masjid Negara je.
Sogo tak leh shopping.
CM tak leh lepak.
Istana Negara takleh berarak.

Wednesday, February 25, 2009

Ketua Pemuda Pas Debat BAKAL Ketua Pemuda Umno~ref Malaysiakini

Ketua Pemuda Pas Debat BAKAL Ketua Pemuda Umno

Tajuk yang akan diperdebatkan ialah PPSMI.
Nak ajar dengan bahasa apa nanti pelajaran anak anak kita.
Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab, Melayu.
Bantai lah kau orang.

Cari hujah yang membawa kepada hasil yang baik untuk rakyat.
Guna semangat kau orang muda untuk memperjuangkan harapan rakyat.
Guna kebijaksanaan otak orang muda hangpa berdua untuk membuktikan kepada Policy Maker bahasa apa yang terbaik untuk digunapakai untuk kebaikan pembelajaran anak bangsa.
Sampaikan mesej kepada Policy Maker apa yang rakyat Malaysia mahukan.

Tuesday, February 17, 2009

PPSMI Kenapa Policy Maker Taknak Mengalah?~ref Malaysiakini

PPSMI Kenapa Policy Maker Taknak Mengalah

Kenapa policy maker yang bersungguh mempertahankan PPSMI tidak mahu mempertimbangkan beberapa fakta ini.

Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan berasal dari orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan dipelopori oleh orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Sumber rujukan dan sumber penemuan Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan berasal dari orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Istilah/terminology dalam Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan berasal dari orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Penemuan terkini, penyelidikan terkini, pakar terkini Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Negara termaju Ilmu Sains dan Imu Hisab bukan orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.

Kenapa policy maker bersungguh mempertahankan PPSMI sedangkan.

Hampir keseluruhan masyarakat dari pelbagai kaum, bangsa, bahasa menentang policy ini.
Hampir semua cendiakawan Ilmu Bahasa menentang policy ini.
Hampir semua ilmuan Ilmu Sains dan Ilmu Hisab menentang policy ini.
Hampir semua orang dari semua peringkat usia, tua, muda, menetang policy ini.
Hampir semua persatuan dan individu menentang policy ini.
Hampir semua parti politik menentang policy ini.

Apakah policy maker nak bagi peluang kepada segelintir ahli politik untuk menjadi hero di saat akhir seperti dalam movie.
Apabila penentangan rakyat sampai kepada kemuncaknya nanti, akan muncul seorang hero politik dan menyatakan kami akan menarik balik policy ini untuk kepentingan rakyat kerana kami prihatin kepada rakyat.
Ya lah macam cerita batu blok kat Bandar Mahkota Cheras tu.
Okay hero but piraaaaaaaaaaah.