PPSMI Kenapa Policy Maker Taknak Mengalah
Kenapa policy maker yang bersungguh mempertahankan PPSMI tidak mahu mempertimbangkan beberapa fakta ini.
Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan berasal dari orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan dipelopori oleh orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Sumber rujukan dan sumber penemuan Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan berasal dari orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Istilah/terminology dalam Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan berasal dari orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Penemuan terkini, penyelidikan terkini, pakar terkini Ilmu Sains dan Ilmu Hisab bukan orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Negara termaju Ilmu Sains dan Imu Hisab bukan orang berbangsa Inggeris berbahasa Inggeris.
Kenapa policy maker bersungguh mempertahankan PPSMI sedangkan.
Hampir keseluruhan masyarakat dari pelbagai kaum, bangsa, bahasa menentang policy ini.
Hampir semua cendiakawan Ilmu Bahasa menentang policy ini.
Hampir semua ilmuan Ilmu Sains dan Ilmu Hisab menentang policy ini.
Hampir semua orang dari semua peringkat usia, tua, muda, menetang policy ini.
Hampir semua persatuan dan individu menentang policy ini.
Hampir semua parti politik menentang policy ini.
Apakah policy maker nak bagi peluang kepada segelintir ahli politik untuk menjadi hero di saat akhir seperti dalam movie.
Apabila penentangan rakyat sampai kepada kemuncaknya nanti, akan muncul seorang hero politik dan menyatakan kami akan menarik balik policy ini untuk kepentingan rakyat kerana kami prihatin kepada rakyat.
Ya lah macam cerita batu blok kat Bandar Mahkota Cheras tu.
Okay hero but piraaaaaaaaaaah.
No comments:
Post a Comment