Showing posts with label Prk P59. Show all posts
Showing posts with label Prk P59. Show all posts

Thursday, April 2, 2009

Awek Biru Bn di Kempen UMNO

Konsert gadis berseluar pendek hitam dan singlet biru muncul di kempen BN malam tadi di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampung nelayan di DUN Kuala Sepetang bawah kawasan parlimen itu.
Selain Ahmad Zahid, calon Umno Ismail Saffian turut menyampaikan ucapan.
-AdukaTaruna.
___________________
Biar betul Haji Z.
Biar betul Mail Kebo.

Wednesday, April 1, 2009

Bukit Gantang:2 makna Mohon Restu Rakyat

Satu makna Rakyat belum restu Umno di Perak.
Kalau sudah tentu tak perlu mohon.

Kedua maknanya kekalahan Umno membuktikan Rakyat tidak Restu Umno berkuasa di Perak.
Jika tak restu tentu tak sokong.
Tak sokong tentu tak undi.
Tak undi tentu tak menang.
Tak menang tentu tak RESTU.

Adakah Umno ikhlas dengan slogan dan permohonan tersebut?
Sedangkan perkataan referendum tidak mau pula diterima?
Bukankah referendum bermaksud menerima atau menolak sesuatu kedudukan tersebut?
Suatu referendum bermakna satu hypothesis hendak dibuktikan iaitu samaada Umno diterima atau tidak diterima.
___________________
Poster Besar BN mula di pasang dimerata tempat dalam Parlimen Bukit Gantang dengan tema "Mohon Restu Rakyat". Slogan itu di letakkan di tiga keping gambar utama, Najib, Zambry dan Ismailnanya kekalahan Umno membuktikan Rakyat tidak Restu Umno.-CinaIslam.

Bukit Gantang:Yang paling penting ialah...

Referendum.
Altantuya.
PPSMI.
Kerajaan Sah Perak.

Sumbangan Tabung Bloggers.
Bloggers.Harakah.Suara Keadilan.Jentera Pas.Jentera PR.
Kempen.Ceramah.Doa.

Yang Paling Penting ialah ....
Sumbangan Anda KELUAR MENGUNDI.

Paling tinggi peratus 72% 2008.
Paling rendah 50% 2004.
Kita perlukan sekitar 80% keluar mengundi.
Tanamkan Azam.InshaAllah.

KELUAR MENGUNDI IALAH SUMBANGAN ANDA YANG PALING BESAR,UTAMA DAN PENTING.

Tuesday, March 31, 2009

Kempen UMNO di Bukit Gantang

Muhyiddin.
Calon bebas bla bla.
Jangan undi calon bebas bla bla bla.
Calon bebas hanya bertanding kerana nafsu sendiri, takde berparti bla bla.
Thank you lah PakDin.
Apasal, calon bebas kacau U ka?
Biarlah dia orang nak bertanding, meriah apa, demokrasi beb.

Chua Soi Lek kata BN akan teruskan freehold 999 kepada kampung baru Cina.
Haaaaaaaaaa...........apaaaaaaaaaaaaaaaa...
Tiru lah tuuuuuuuuuuu.
Sapa nak makan umpan kau orang PakCik Kuat.
PR dah buat pung........korang kacau.

BEKAS Ketua Wanita Umno turut turun berkempen.
Saya nak pantau dan pastikan amanah yang diturunkan dari saya diteruskan oleh orang yang mengambilalih.
Not need to mention lah Nek Pidah.
Kuang kuang kuang..
orang ajar awak suruh berenti awak tak reti.
Ni nak ajar orang lak..isk isk..

Zambry lagi kelakar of the year.
Marah Nizar jadi Imam.
Marah Nizar bagi tazkirah....
Pe lah Zambry buat malu komponi betul lah.
Orang yang layak dan dihormati tentulah orang suruh Nizar jadi Imam dan bagi Tazkirah.

Azalina pulak tak nak berenti jadi menteri.
Terpulang pada Najib..
Bukan gitu kak...
PULANGlah akak.gini baru betul.
Jangan akak Tae Kwan Do depa dah lah akak ya.

Monday, March 30, 2009

Calon Bebas Orang UMNO rupanya

Seorang calon bebas sanggup menarik diri sekiranya benar Che Det pulang ke pangkuan Umno.
sah lah ni calon dari puak Umno.
Tak tau lah ahli ka apa ka..
Tapi ada kaitan Umno lah..

_________________________________
ada kartun kutuk konon parti Cina kat Malaysia ni ada kaitan komunis.
Cuba lah tuan tuan renungkan.
bersihkan otak tuan tuan dari dakyah penjajah orang outih dan Umno.
Sejak bila komunis tu jahat???
Haram dari segi agama Islam ye .
Tapi negara Russia,Poland,Yugoslavia,Jerman timur, China, Korea utara semua tu negara komunis.
Takde sapa kata jahat pun????
Jepun jajah Tanah Melayu dengan kejam!!!!Tapi tak kata Jepun jahat pun!!!!!!!!!!!

Bersihkan OTAK ANDA DARI DAKYAH PENJAJAH ORANG PUTIH DAN UMNO.

IDEOLOGI KOMUNIS DITOLAK.
TAPI RAKYAT CHINA, RUSSIA,JERMAN TIMUR(DULU) BUKAN JAHAT.
ADA FAHAM KA...ADA BACA POLITIK KA UMNO???

___________________
AMERIKA PUN BUKAN ISLAM.
UNITED KINGDOM PUN BUKAN ISLAM.
KAPITALIS PUN BUKAN ISLAM.
SEKULAR PUN BUKAN ISLAM.
UMNO PUN BUKAN PARTI..........
ORANG UMNO ISLAM OK.
_____________________
JANGAT PUTAR BELIT DAN TERBELIT OK.


p/s Umno pun bukan parti....
jawapan:bukan parti komunis.

Sunday, March 29, 2009

Belon Altantuya lawan Sepanduk Amanat HjHadi

Mana satu relevan.
Kes terbaru,isu terbaru , berita terbaru tersiar seantaro dunia dan media.
Iaitu isu kapal selam, RazakB dan Najib Altantuya.
Berbanding dengan isu amanat HjHadi tahun 1981.

Gitulah yang termampu dek puak perangsaraf Umno.
Ni zaman rakyat dah faham politik.
Ni zaman rakyat boleh berkerjasama dengan harmoni antara semua kaum.
Di Perak masih ada 27 kerusi kawasan Melayu yang masih boleh beralih ke Adun Melayu PKR dan PAS.
Tunggulah PRU13.
Sedangkan kerusi maximum dimiliki oleh DAP hanya 19.
Ada baca politik ka UMNO.
_____________________
Kejutan terkini ...
belon berbentuk kapal selam baru saja dinaikkan di kawasan penyokong PR.

Orang ramai kelihatan tersenyum dengan
belon simbolik 'Scorpene' Najib-Razak Baginda-Altantunya.


http://perisik-rakyat.com/.

______________________lawannya pula.

sepanduk amanat HjHadi.

dari albanjari.

7 Golongan diNaungi di Bukit Gantang

Penyokong BN masuk ke padang.
Jumlah yang hadir kira-kira 7000 orang.
Cuaca cerah menyebabkan kawasan penyokong BN agak kurang selesa kerana terdedah terus kepada pancaran matahari.

Sebaliknya sebahagian besar daripada 20000 penyokong PR masih terlindung daripada pancaran terus cahaya matahari kerana berada berdekatan dengan kawasan berbukit di sebelah Taman Tasik.
Selain daripada memenuhi semua ruang padang, penyokong PR juga turut memenuhi bukit redup berdekatan.

http://perisik-rakyat.com/.

_____________________perunding.
Bayangkan di Mahsyar kelak manusia semenjak zaman Adam as berkumpul dan terhimpun.
7 golongan akan mendapat naugan Arash Allah.
MashaAllah.

AlAqsa bebas bila Jemaah Subuh di Bukit Gantang Seramai Jemaah Jumaat

Petanda besar sudah datang.
InshaAllah.
Apabila jemaah Subuh sudah menyamai jemaah Jumaat.
Positif lah.
Optimistik lah.

________________________CinaIslam.

Solat Hajat yang di imamkan oleh Presiden PAS, DS. Hj. Abdul Hadi Awang baru berakhir tadi dan sekarang ini Rombongan Pimpinan bersama Calon mula bergerak menuju ke Majlis Perbandaran Taiping tempat penamaan calon pada pagi ini.Sementara itu keadaan jalan penuh sesak dengan kenderaan sejak awal pagi. Kenderaan masih boleh bergerak perlahan, namun yang menjadi tandatanya kemanakah ribuan polis yang sepatut nya membantu kelicinan perjalan kenderaan pada pagi ini.Calon PAS, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di temani oleh Isteri dengan persalinan baju Melayu lengkap berwarna kehijauan.

__________________________CinaIslam

Terkini 7.00 pagi : Mesjid dan bandar Taiping dipenuhi manusia.

Tiga Masjid yang ada di sekitar bandar Taiping, iaitu mesjid Daerah, mesjid Lama dan mesjid India dipenuhi oleh jamaah semasa solat Subuh pagi ini. Demikian berita yang diterima dari Ajijoi yang berada disana pagi ini.Menurutnya juga keadaan di Bandar Taiping juga sudah sesak dengan kenderaan sejak awal pagi.Katanya lagi di Masjid Daerah oleh kerana ramainya jamaah menyebabkan ada sedikit gangguan bekalan air.Inilah suasana awal pagi di bandar bersejarah ini dalam keadaan semua pihak bersiap untuk perarakan dan penamaan calon yang akan diadakan di Majlis Perbandaran Taiping pada jam 9.00 pagi ini.Menurut Setiausaha Operasi Jentera PAS PRK Bukit Gantang, Sdr. Salman Salleh semasa di hubungi, satu solat hajat untuk pimpinan akan diadakan di Markaz Ayer Kuning pada jam 7.30. Konvoi pimpinan bersama calon ke tempat penamaan akan bermula pada jam 8.00pagi ini.Malam tadi suasana di Markaz Ayer Kuning yang merupakan Bilik Operasi Induk terus menerus hingga lewat malam menerima kunjungan dari penyokong luar daerah bagi mendapatkan maklumat perarakan calon dan penempatan masing-masing.Semasa saya dihubungi beberapa warta akhbar utama bertanyakan berapa jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang kana hadir, saya katakan melebihi 30,000 orang.
_________________________CinaIslam.

(2) LIVE @ Bukit Gantang - 3 ribu bersolat Subuh di Masjid Taiping
6.08am
Hampir lebih 3 ribu jemaah mengerjakan solat Subuh berjemaah di Masjid Jamek Taiping, pagi ini. Ini satu pandangan luar biasa. Kehadiran jemaah daripada penyokong Barisan Rakyat begitu mengujakan kepada sesiapa sahaja. Keadaan bandar Taiping semakin sesak.Kesemua 3 masjid besar di sini, keseluruhannya dipenuhi oleh jemaah. Kenderaan telah mula memenuhi bandar kecil ini.
______________________________AlBanjari.

AllahuAkbar.AllahuAkbar.AllahuAkbar

Saturday, March 14, 2009

Calon Umno Bukit Gantang Species Zambry Jugak!!


Konpem Zambry rekomen dan endorse ni.
Hansem lol.
Pan Asian gak.
Sedara sepupu belah nenek Zambry kot...kuang kuang kuang..
Ni lah calon Umno..pehhhhhhhhhhh
Bos SOLID WASTE.

Tuesday, March 10, 2009

Liwat di P44,Hudud di KT P36,DERHAKA di Bukit Gantang P59!!

Tajuk kempen di Bukit Gantang akan keluar tak lama lagi.
Pas dah hulurkan umpan tarikh untuk umumkan nama calon yang dipilih.
Umno Negeri dah sibuk lobi calon masing masing.
Nak calon tempatan harapnya.


Di PP44 Umno mempertaruhkan kempen LIWAT dengan harapan menggegar dan menggoncangkan sokongan pengundi Melayu PKR.
Dengan harapan menjauhkan pengundi Pas dari Anwar Ibrahim.
Dan memberi 10 seposen harga minyak turun pada minggu itu untuk pujuk pengundi Cina.
Akan tetapi hasilnya semua sudah tahu.

Di KT P36 Umno mempertaruhkan HUDUD untuk menjauhkan dan menakutkan pengundi bukan Melayu yang hanya berjumlah 12%.
Silap kira matematik lah tu. Kira ikut bahasa orang putih kot.
Dah tentu 88% pengundi Melayu cenderung ke Pas dengan isu agama.
Apa ke hal Umno.

Sekarang topik terbaru paling hangat, panas, sensetif dan sensasi.
DERHAKA!!!
Yes topik yang akan dijaja oleh Umno di Bukit Gantang barangkali terlanjak sampai ke Bukit Selambau dan juga Batang Ai.
Topik bogel boleh simpan dulu. he he hu hu.
Cari yang lagi seksi.
Harapan untuk mengjauhkan pengundi Melayu di Perak.
Pengundi bukan Melayu nak bagi topik apa ekk.??
Hamid Albar...eee tak leh..pantang nampak muka ni ..nanti ingat Kugan.
PPSMI dalam bahasa Mongolia ehh..lagi tak boleh..nanti nampak ..ayu.