Showing posts with label Umno. Show all posts
Showing posts with label Umno. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

Apa jadi bila Nasha bawak PAS masuk BN??

aku dapat bayangkan bahawa Nasha akan jadi menteri penuh.
Aku juga bayangkan dia berpakaian segak kot penuh menjadi menteri sumber manusia.

konco dan group dia orang pun dapat sikit sorang (tahap kenyang jugak lah)

dan yang akan bermaharaja lela ialah kapla2 ngo pejuang melayu..

Pas memang akan bungkus lah..jadi tahap PPP dalam BN.
kumpulan yg sukakan dunia dan akhirat (dunia takleh tinggal,mesti sapu..akhirat mmm)pasti akan join sekaki dan sekepala.
kumpulan yg cinta akhirat semata-mata akan tersisih.jika bukak parti baru,akan bungkus dalam masa 2,3 tahun.
Umno akan jadi parti paling kuat dalam dunia mengalahkan parti Zanu-Pf.

so, apa remedy nya???
aku cadangkan DAP masuk BN jugak.
no,no,no..bukan DAP saje, PKR pun masuk BN...

kah kah kah..mari semua masuk BN...
jam tu..Umno takleh rampas Pinang..
cam dulu dulu..gerakan tuh pembangkang..bila menang di Penang tapi ada darurat lalu join BN..kemudian terus perintah Penang sampai march2008.

so bila pilihanraya camna??
teruskan cam biasa..tempat umno lawan pas teruskan jugak.
tempat dap lawan mca teruskan jugak..

sapa sapa menang pun...semua BN jugak.
Cantikkk!!!

Tuesday, September 15, 2009

Mic O Mic

Elok elok mulanya berita team Samy menang besar.

alih alih lepas tu ..riuh gaduh dengan Umno.

tak pasal gaduh ngan Mahathir.

isk isk tak habis habis kau orang ni berantakkan.

2 minggu lagi Subramaniam masuk Pkr.

Pkr jugak kenyang.

Tuesday, September 8, 2009

UMNO tak kisah pun

MIC berusaha menumpaskan Samy.
PPP ada PPP Murugiah, ada PPP Kayveas.
MCA ada MCA Ong Tee Keat, ada MCA Chua Soi Lek.
Supp Sabah dah cabut BN.
Gerakan semacam pembangkang dalam BN.
Berjela-jela nama pemimpin UMNO BN masuk Pakatan.
Beribu-ribu pengikut mereka masuk Pakatan dari hujung Perlis sampailah hujung Sabah.
Umno Terengganu, ada Umno Mat Said, ada Umno Mat Deris.
Adun Umno Penang ugut lucut jawatan.
Dan macam macam lagi lah.

Namun bila ada 5 ekor jerit memaki hamun kat s23,
najib kata rakyat sudah meragui Pakatan.

Umno,umno..najib..najib.
mari kita saksikan pemilihan MIC tak lama lagi.

Sunday, September 6, 2009

Lihat akhbar pencacai Umno hari ini

Sungguh celaka.
Tiada langsung unsur mencari penyelesaian.

Sama lah cerita polis serang pengdemo Anti-ISA, bila pengdemo lari bertempiaran, polis kata demo kecoh.

Samalah cerita di majlis dialog dengan manusia(5 ekor sahaja yg kecoh), yang langsung tidak menghormati orang lain, membuat kecoh.
apabila kecoh,akhbar melaporkan majlis kecoh, MB di boo, bla bla.

Saturday, September 5, 2009

19 orang berhimpun dengan lilin ditahan

Nampaknya Umno bersungguh menjauhkan diri dari pengundi bukan melayu.

No more komen.

Semakin ramai orang berazam memastikan Umno tidak pegang kuasa pusat lagi.

Pabila berazam bertawakkal lah kepada Allah.

Samseng S23 akan ke S19

Tengoklah lepas ni puak samseng S23 gi ke seksyen seksyen 19 pulak mengamuk macam lembu naik minyak suruh kuil tu dipindahkan segera.

Samseng Kg Dusun S23 1Malaysia


Eeeeeeeee Garangnya.
Orang seksyen 23 ke.
Muka samseng habisss.
Ehhhh topi 1Malaysia ke tu.
Jangan lupa lepas ni jangan tinggal solat jemaah kat masjid.
Jaga rumah Allah.
Makmurkan rumah Allah.

Friday, September 4, 2009

Kepala Lembu lagi


1Malaysia BolehLand kelakar.
Video kelakar di atas tidak boleh disiarkan.
Denda rm50,000 dan penjara.

Kepala2 macam lembu tu tak kena apa2 pulak.

Home Minister Dulu Kini dan Altantuya

Home Minister yang dulu apa nama entah..cepat betul aku lupa nama menteri Umno nih kata..
Wartawan wanita berbangsa Cina tu kita tahan ISA demi menjangga keselamatan beliau.
Sedangkan yg bergaduh sakan ialah Ketua Bahagian Umno dengan Koh Tsu Koon.
Apabila ditekan public,dibebaskan wartawan tu.

Home Minister H1 kini kata yg berarak kepala lembu tu tak bersalah malah hanya meluahkan perasaan.
Yg salah kuil tu.
Apabila ditekan public, ari ni tukar balik statement dia.

Kapal selam baru layak diberi nama Altantuya sempena mengenang dan menghormati mendiang yang telah mempertaruhkan nyawa bersusah payah menyelesaikan kekusutan 'dealing' di Perancis dan beberapa negara Eropah.

sedap jugak nama tu kan.

Thursday, September 3, 2009

Lagi Taktik UMNO,Saya ubah Fikiran

Saya sebelum ini berpendirian dan berfikiran adalah memadai untuk Pakatan Rakyat memerintah setakat di peringkat negeri, sekadar selangor,kedah,perak,penang,kelantan,terengganu.

Manakala biarlah Umno Bn menguasai Pusat dan beberapa negeri.

Hari ini saya sungguh meleset.
Hari ini saya mengubah pendirian dan pemikiran sepenuhnya.
saya berazam dan berfikiran serious bahawa Pakatan Rakyat wajib diberikan oleh rakyat untuk memerintah Pusat.
Biarlah peringkat negeri hanya sekadar selangor,perak,penang,kedah,kelantan dan terengganu.
Negeri lain tu biarlah bersama Umno atau Bn.

apa yang mendorong perubahan saya ialah berdasarkan tindakan Umno kebelakangan ini.
Umno seolah tidak mahu menunggu Pru13.
Umno seolah ingin merampas kuasa.
Umno mengganggu kerajaan negeri Pakatan.

Modus operandi nya hampir sama.
Di kg Buah Pala.
Terbaru kes kuil,kepala lembu di Shah alam.

Semua ini masalah tersedia ada semenjak Umno Bn perintah.
Kerajaan Pakatan akan cuba selesaikan.
Umno akan lakukan semacam perkara untuk PASTIKAN IA TIDAK DAPAT DISELESAIKAN.
Umno akan gunakan semua elemen seperti penduduk dan juga NGO rekaan.
Kemudian Umno akan tekan kerajaan pakatan supaya selesaikan isu atau masalah tersebut.
dalam masa yg sama akan sekat dan sukarkan urusan penyelesaian tersebut.

Terkini Umno cuba kaitkan istana untuk susahkan keadaan di Selangor.
Begitu juga sebelum ini di perak.
Hishamuddin hanya masuk campur utk tambah merumitkan keadaan.

Pusat perlu di beri oleh rakyat kepada Pakatan.
Andai tidak, Umno terus menggunakan senjata ampuhnya...PDRM,peguam negara,spr,sprm,mahkamah.

Saya yakin, ramai akan menetapkan fikiran,azam dan tekad untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat.
Atau lebih tepat lagi, mesti menggantikan UMNO dari kuasa Pusat.
Saya berkeyakin seperti saya pernah posting di awal dahulu,
I sometimes represent everybody.
Contohnya, jika anda suatu hari membuat keputusan membuang sampah ke dalam longkang,anda fikir anda seorang buat kerja mudah begitu,akan tetapi anda pasti akan menemui sampah juga telah dibuang di situ lebih awal dari anda,dan pasti selepas anda akan ada juga orang membuang lagi sampah di situ.

Selamat tinggal UMNO.

Wednesday, September 2, 2009

Sambungan Istimewa Arak Kepala Lembu

Menteri H1 sokong dan pertahankan mereka.
Mereka memang hebat.

_______________
Secara terus terang saya mengaku tidak dapat memahami taktik Umno terkini.

Propaganda saraf 1Malaysia tampak menggerunkan.
Pengundi Cina seolah-olah merestuinya.
Namun beberapa siri pilihanraya kecil menunjukkan sebaliknya.

Kemungkinan Umno cuba beralih taktik.

1.Taktik talam 2 muka.
Sebelah push 1Malaysia utk curi sokongan pengundi bukan melayu.
Sebelah push perkauman utk curi sokongan pengundi melayu.

atau
2.Taktik gamble cari sokongan extreme melayu.
(Apabila menyedari sokongan pengundi Cina dah zero.)
Tak tau sejauh mana dapat curi sokongan melayu.
Memandangkan Pas sudah tentu ada hardcore sekurang2 30% pengundi Melayu.
PKR juga tentu ada peminat tersendiri.

Katakan maximum Umno dapat curi 60% pengundi melayu.
Umno perlukan kerusi yg ada 80% ke atas pengundi melayu utk chance 50-50 menang.
Persoalannya ada berapa kerusi sebegitu di Pantai Barat??
Jika di Pantai Timur (kecuali Pahang) polar kecenderungan melayu mengundi lebih kpd Pas kerana dilihat lebih ustaz/haji/Islamik.

Taktik perkauman yang digunakan Umno boleh diibaratkan sepertimana dulu Umno mempromote Pas sebagai terlalu extreme agama sehingga ditakuti pengundi bukan melayu.
kaedah ini sangat berjaya di'potray'kan oleh Umno.

Peliknya, Umno kini dengan sendiri menakutkan pengundi bukan melayu dengan kaedah promotekan dirinya sendiri sebagai extreme juara perkauman.

Jadi kesimpulan saya,
Umno gamble meninggalkan pengundi bukan melayu dengan harapan dapat menawan pengundi melayu dengan taktik perkauman.
Jika berdasarkan pilihanraya,saya jangka Umno hanya akan menang di Pahang.

Lainlah kalau ada perancangan lain dalam kepala otak Umno.

Saturday, August 29, 2009

Ketika Najib bergelut nyawa dengan kemelut MCA BN

Apakah ini cubaan paling extreme mereka?
Melagakan antara kaum di Selangor?

Nyaris sekali menjadi tajuk berita hari ini.

Sekumpulan orang Melayu BerSONGKOK menjerit berdemo membawa kepala lembu bertembung dengan kumpulan satu kaum lain...lalu..bla...bla

Hari ini saya (Najib) terpaksa mengumumkan D..A..R..U..R...di Selangor...

Di mana polis?
Kenapa dibiarkan demo?
Kalau benarkan demo, kenapa tak dirampas kepala lembu itu?
Kepala lembu itu adalah makanan halal orang Islam.
Otak lembu itu juga halal dan sedap dimakan.
Kenapa dibiarkan mereka memijakmijak rezeki Allah itu?

Mana FRU?
Mana bom asap?
Mana SB?
Mana plaincloth police officer?
Mana Bukit Aman?
Mana unit semburan air asid FRU?
Mana NGO membantu peniaga penjual air soya di sekeliling Masjid?
Mana NGO nak saman demo?
Mana PPIM?
Mana Pewaris?

beberapa hari lepas kata2 seorang pesara pangkat besar tentera berusia 58 di sebuah surau selepas berbuka amat menakutkan saya..
beliau berkata...kita perlukan 13mei..dengan hujah...
beliau berkata..kita hanya perlukan sedikit 'touch' untuk spark...


______________________
They plot,Allah is the best Plotter...

Hasbunallahi wa ni'kmal wakil.

Perkataan Take Beer sedikit pun tidak menghina Pas

Perkataan Take Beer dilencongkan dari perkataan Takbir.

Saya cukup risau kebelakangan ini ada puak dan pihak yang dipercayai pencacai,talibarut atau kepala bodoh Umno yang mempopularkan perkataan Take Beer menggantikan perkataan takbir dengan tujuan menghina atau memperlekehkan Pas.

Sedarlah tuan puan.
Insaflah tuan puan.
Mengucaplah syahadah semula tuan puan.

Perkataan takbir bukan milik Pas.
Perkataan Take Beer tidak mengesankan kepada Pas.

Perkataan Takbir adalah perkataan membesarkan Allah oleh orang yang ada iman tentang kebesaran Tuhan sekalian alam.
Ungkapan perkataan takbir ialah AllahuAkbar.
Sepertimana ucapan salam ialah Assalamualaikum.
Sebagaimana ucapan takziah ialah bersabarlah atau Innalillah...
Ucapan AllahuAkbar wajib disebut(keluar bunyi) oleh orang yang ada iman ketika melakukan solat fardu 5 waktu.

Tuan puan mungkin berniat ingin menghina Pas.
Tanpa tuan puan sedari tuan puan telah menghina Allah.
Bukan kah Allah itu Tuhan tuan puan?

Thursday, August 13, 2009

2 Kenapa untuk UMNO

1.Kenapa Muhyiddin perlu serang Anwar tiba2?
tajuknya pulak 'pengkhianat' tanpa ada peristiwa berkaitan atau hujah berkaitan.
sememangnya out of nowhere.

2.Kenapa sejak kebelakangan ni UMNO ada banyak betul sokongan NGO??
Kenapa tak ahli sendiri.
Kenapa semua hal ada 100-500 NGO .

Jawablah sapa rajin.

Kalau saya jawab.

Muhyiddin 'perlu' jadi popular.
Ramai pulak pengampu baru ahli UMNO.
Cuma amik tajuk 'pengkhianat' tu macam tak relevan dengan zaman je.

Hal NGO tu memang nampak cerdik lah Umno kalau pakai 1 , 2 NGO je.
contoh pakai PPIM dgn Pewaris je.
tapi kalau dakwa sampai ada 100, 200 hingga 500 NGO sokong dan demo untuk dia dalam setiap isu, nampak sangat merapu nya.
yg datang demo halal umno tu pun tak sampai 50 orang.

Sunday, July 26, 2009

Aiman tak kisah, UMNO BN lagi tak kisah

Chua Jui Meng masuk PKR-tak kesah.
PPP masa bt selambau masuk Pkr -tak kesah.
Zaid Ibrahim masuk Pkr-tak kisah.
Datuk kat PJ tu masuk Pas-tak kesah.
Yong Teck Lee Sabah -tak kesah.
SS Subramaniam MIC masuk Pkr-tak kesah.

Kalah PP-tak kesah
KT-tak kesah.
Bt Gantang-tak kesah.
Bt Selambau tak kesah.
Penanti-tak kesah.
Manek Urai-gembira.

rasa nya banyak lagi kes..tak teringat dek saya.

Sunday, June 28, 2009

Nizar vs zambry:Umno bunuh diri di Perak

Perak BN gov't scorches Pakatan policies

It looks like the Perak BN government is bent on destroying all people-friendly policies implemented by the previous Pakatan Rakyat administration.
-Conversion of 3,000 land titles cancelled
-No one-coupon parking system

umno mentaruhkan nasib dengan bergantung kepada undi Ultra Melayu.

Thursday, June 25, 2009

Giliran Umno pula he!he!

1Malaysia.
Unity Islam.

mula2 buat diam.
lepas tu puji Pas.
1jam selepas PR tolak,Najib kata tak kesah.
24jam kemudian,Pas jahat bla,bla.

48 jam, Umno Najib jadi warak.
Jom Unity Islam.

PM: 'A religious duty to have unity talks'


Najib completely off the mark


Kit Siang: Unity talk IS against 1Malaysia

Friday, May 15, 2009

Busuknya Tahi UMNO !!!

Catatan:

http://lubokkawah.blogspot.com/


Pembangkang cukup dihinakan oleh UMNO ketika itu. Saya masih ingat bersama Pak Sako yang bertanding di Parlimen Temerloh. Kami naik boat dari Kuala Semantan ke Kg Sanggang. Jalanraya belum ada. Sesampai di Sanggang kami mahu naik tebing, tiba-tiba habis baju, seluar dan badan kami dibaling dengan najis manusia.
Kami turun semula ke Boat. Terus terjun ke Sg Pahang. Basuh baju seluar dan badan serta merta,

busuk betul tahi orang UMNO tu.

Tapi kami degil, apabila baju kami dah kering, kami naik juga tebing itu dan terus ke kedai makan diatas tebing. Kami pinta beli minuman, dengan keras tuan kedai itu berkata: "Tak Jual" dan kami dihalau macam anjing.

Suatu hari Cikgu Ali dan Abang Tan pergi ke Kg Belengu kerana ada temu janji ceramah. Menurun dari Bukit Kelulut, pemuda-pemuda UMNO telah tunggu dengan parang, penggali dan cangkul. Abang Tan kena undur kereta, bukan senang, jalan kampong yang kecil. Pemuda UMNO itu kejar dan pukul kereka dan pukul tingkap kereta kena kepada tepi mata Cikgu Ali, berdarah. Buat repot polis di Bandar Temerloh, hapah tak ada tindakan.

Melalui lawyer Sivasubramaniam (pernah jadi ADUN Bandar Kuantan mewakili PRM), ketua pemuda UMNO Belengu yang memukul cikgu Ali itu disaman di Mahkamah. Masa bicara, Cikgu Ali dapat pampasan RM200.00, maka kami makan besarlah dengan duit yang dibayar oleh Pemuda UMNO tu.

Pembangkang apa pun tak ada masa tu. Kadang-kadang adalah sebuah kereta buruk untuk seluruh kawasan Parlimen yang begitu besar. Kawasan Parlimen Temerloh adalah seluruh Daerah Temerloh iaitu dari sempadan Negeri Sembilan membawa ke Jerantut, membawa ke Jengka Satu, membawak ke sempadan Kuantan -

luasnya adalah sebuah Negeri Sembilan dicampur Melaka.

Tapi Pak Sako pada waktu itu hanya kalah lebih sedikit dari 1000 undi sahaja. Cukup kuat?
Tak usah ceritalah tentang telur busuk dibaling kearah kami, bahkan botol, dan batu juga dibaling. Teruk betul duduk disebelah pembangkang pada waktu itu. UMNO betul-betul samseng, mereka tu ramai dan kami sedikit, dan jahat betul mereka itu.

Cerita sekarang:
UMNO takut bertanding di Penanti. UMNO takut nak bubarkan DUN Perak. UMNO takut nak berjumpa rakyat. Siang-siang Mahathir sudah cakap kalau diadakan Pilihanraya di Perak, BN akan kalah teruk.
Dengan polis, spr, jabatan kerajaan, dan segala wang negara digunakan oleh UMNO, UMNO tetap takut.
Kenapa takut? Berpuluh-puluh tahun mereka dah menipu rakyat, dan rakyat tidak akan maafkan UMNO lagi.
Mudah ceritanya, kan?

Wednesday, May 13, 2009

PENANTI dalam diam menanti, berisi

Canopies mushroom in Penanti

Another by-election, another canopy settlement - for security personnel presumably.

Anilnetto.com melaporkan canopy sudah dipasang di Penanti, barangkali untuk petugas polis.

Maknanya Umno sedang bersiap dalam diam diam.

MCA, GERAKAN, MIC, DAP, PKR, PAS MESTI DESAK UMNO !!!

Itulah saja tindakan bersama dan bersatu yang patut dilakukan atas kedegilan Umno menambahkan kekusutan Perak.

Membiarkan Perak tanpa pembubaran akan menambahkan risiko berganda kepada semua komponen BN.

SpillOver effect akan dirasai oleh semua pengundi Mca, Mic dan Gerakan di luar Perak.
Negeri Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka akan berdepan dengan risiko pengundi yang marahkan Umno.

Kembalikan kepada rakyat Perak untuk memilih kerajaan parti mana patut memerintah Negeri Perak mereka.
Sekiranya PR telah bersalah, Umno beritahu rakyat supaya tidak memilih PR lagi.
Pilihanraya semula juga membolehkan MIC, MCA dan Gerakan meletakan calon masing2 semula.

Pilihanraya akan memberikan peluang kepada semua.
Kenapa Umno masih berdegil keras kepala batu??