Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

Apa jadi bila Nasha bawak PAS masuk BN??

aku dapat bayangkan bahawa Nasha akan jadi menteri penuh.
Aku juga bayangkan dia berpakaian segak kot penuh menjadi menteri sumber manusia.

konco dan group dia orang pun dapat sikit sorang (tahap kenyang jugak lah)

dan yang akan bermaharaja lela ialah kapla2 ngo pejuang melayu..

Pas memang akan bungkus lah..jadi tahap PPP dalam BN.
kumpulan yg sukakan dunia dan akhirat (dunia takleh tinggal,mesti sapu..akhirat mmm)pasti akan join sekaki dan sekepala.
kumpulan yg cinta akhirat semata-mata akan tersisih.jika bukak parti baru,akan bungkus dalam masa 2,3 tahun.
Umno akan jadi parti paling kuat dalam dunia mengalahkan parti Zanu-Pf.

so, apa remedy nya???
aku cadangkan DAP masuk BN jugak.
no,no,no..bukan DAP saje, PKR pun masuk BN...

kah kah kah..mari semua masuk BN...
jam tu..Umno takleh rampas Pinang..
cam dulu dulu..gerakan tuh pembangkang..bila menang di Penang tapi ada darurat lalu join BN..kemudian terus perintah Penang sampai march2008.

so bila pilihanraya camna??
teruskan cam biasa..tempat umno lawan pas teruskan jugak.
tempat dap lawan mca teruskan jugak..

sapa sapa menang pun...semua BN jugak.
Cantikkk!!!

Saturday, October 10, 2009

MCA dapat telur ayam je

Yang tak leh netas pulak tu.

Ong Tee Keat kiok.

Chua Soi Lek kiok.

Che Det kata MCA menang kosong.

Bijok mu, Che Det.
_______________________
Najib pulak ter "overdose".

Parti Makhal Sakti dia buat.
Parti Rakyat Malaysia di Sarawak dia buat.

buat satu ok lah.

ada sebab umno suka tengok mca dan mic lemah.
1.dia boleh control semua.
2.komponen bn dah tak boleh kutuk umno punca pru12 kalah.

Tuesday, September 15, 2009

Mic O Mic

Elok elok mulanya berita team Samy menang besar.

alih alih lepas tu ..riuh gaduh dengan Umno.

tak pasal gaduh ngan Mahathir.

isk isk tak habis habis kau orang ni berantakkan.

2 minggu lagi Subramaniam masuk Pkr.

Pkr jugak kenyang.

Saturday, July 18, 2009

Matematik UMNO BN

dulu.
BN=Umno+Mca+Mic+Gerakan+PPP+dll

La ni.
BN=Umno

Sat lagi.
BN-Mca-Mic-PPP-dll=
baki Umno.

Monday, May 25, 2009

Selepas Zambry Kadir kini Murugiah

Sah tak sah.
Kayveas
Murugiah
Zambry Kadir

Wednesday, April 8, 2009

Apa lu olang ingat senang ke nak susun kabinet UMNO??

Mic nak juga.
Gerakan nak jugak.
PPP nak jugak.
Sabah nak juga.
Sarawak nak jugak.
Pahang nak jugak.
Mahathir pun ada list.
Rosmah pun ada .

Mca??
Gua mahu Tpm2.
Lu sekarang dapat 25% sahaja undi orang U.
Mana boleh.
Ok.Kalu gitu gua mahu kuota macam biasa.
Lu cari dulu undi 75%, kita bagi kuota macam biasa.
Ooo sekarang itu macam, gua masuk PR baru tau.
U jangan merepek.

Marilah masuk PR.
Umno tu dah nak jadi parti minoriti.
Parti serpihan.

Tuesday, February 24, 2009

MCA, Air tenang Ada Buaya~ref Malaysiakini

Ingatkan dah tenang parti MCA selepas pemilihan parti mereka.
Rasanya memang takde dengar apa apa yang hangat.

Cerita terbaru agak mengejutkan.
Disangka air yang tenang takde merbahaya.
Rupanya bermula dengan berita satu pihak bercadang untuk buat EGM.
Nak buat undi tak percaya kat Boss agaknya.

Segera dibalas oleh satu pihak lagi.
Maka timbullah tajuk berita sensasi lama jadi baru seperti ,

"Timbalan Presiden MCA itu berkata beliau yakin wujud usaha sesetengah pihak untuk mengedarkan semula DVD seksnya untuk terus memburuk-burukkannya serta mengugutnya supaya 'tutup mulut."
" Polis berkata pihaknya sedang menyiasat DVD seks membabitkan timbalan presiden MCA itu mengikut seksyen 377(A) Kanun Keseksaan yang meliputi persetubuhan di luar tabie."


Kembali berantakkan lah semula komponen BN.
Tanda tanda akhir...

p/s Mac giliran Umno.
April giliran MIC.

p/s Gagah jugak Abang Chua ni ekk, bekas menteri kesihatan, ada awet/awek muda??

Tuesday, February 3, 2009

BN Menyerlahkan Kepakarannya~ref Malaysiakini

Setelah dilihat tewas dalam perlawanan tarik tali,lompat pagar,lompat jauh dan loncat meloncat gimnastik, BN kembali kepada kepakaran asalnya.
Kepakarannya ialah menunjukkan seolah olah ke kerajaan PR Perak dalam kedudukan carca marba politik,kucar kacir,celaru,keliru dan tak stabil.

Mari kira rungkai, lerai dan jelaskan kekusutan yang didakwa Bn terutama oleh Umno.
Perletakan jawatan 2 Adun, itu diperlukan untuk menyelesikan keadaan dipercayai mereka ingin dan dipercayai didalangi Umno yang dipercayai di olah oleh perancang Najib untuk melompatkan mereka ke dalam Umno.
Perletakan jawatan mereka perlu bagi membolehkan pilihanrya kecil diadakan.
Pihanraya kecil membuka peluang kepada BN,Pr dan rakyat untuk menetukan semula adun piihan terbaik buat rakyat.
Dalam ertikata lain memulangkan kembali kuasa kepada rakyat untuk memililh kembali siapa yang terbaik untuk mewakili mereka.
Kenapa Umno dilihat begitu liat untuk menerima pilihanraya kecil kali ini?
Jika Bn teringin nakkan keseluruhan kerusi Dun Perak, syorkan untuk pilihanraya peringkat negeri Perak keseluruhannya.
Kalau tidak mahu, duduk diam, jangan kacau kerajaan negeri yang sekarang mempunyai kelebihan majoriti 3 kerusi.
BN terutama Umno, jadilah pembangkang yang berwibawa dan bermaruah di Dun Perak.
Semudah itu, payah ke?
MB Nizar dipanggil mengadap,diminta mengadap,pergi mengadap,mengadap sekejap,mengadap lama, anda boleh pilih mana mana tajuk mengikut selera anda.
Cuma BN cenderung untuk mengambil tajuk yang membayangkan Nizar dalam keadaan tertekan dengan pihak istana.
Realitinya tugas Nizar ialah mengadap Sultan untuk menyampaikan maklumat terkini dan menerangkan atau mencadangkan jalan penyelesaian terbaik yang diambil atau akan diambil.
2 Adun diletakkan jawatan, namun masih ahli Pkr.
Anda terkeliru seperti suratkhabar UMNO?
Adun adalah jawatan yang diperolehi apabila memenangi pilihanraya peringkat Dun.
Ia dipilih oleh rakyat.
Ahli parti ialah membership atau keahlian parti tertentu.
Sebagai contoh mereka itu ahli parti PKr.
Kita boleh letak jawatan Adun tetapi masih kekal sebagai ahli parti.
Untuk keluar parti kita boleh keluar parti buat seperti DrM atau dipecat parti seperti Dato Zaid.
Kita boleh letak jawatan tetapi masih ahli parti dan ketua bahagian parti Kepala Batas seperti Paklah nanti kalau jadi.

Kan terang lagi bersuluh.

Monday, February 2, 2009

BN pertahankan Adun PKR~ref Malaysiakini

Pilihan yang ada buat BN dalam berdepan dengan drama politik di Perak.
Pertama memastikan sedaya upaya supaya tidak berlaku pilihanraya kecil.
Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua dua Adun tersebut untuk menafikan perletakan jawatan tersebut.
Hari ini Tv3 dikerahkan sepenuhnya untuk menayangkan berita yang memihak dan mempertahankan 2 Adun tersebut.
Seterusnya mungkin mencari jalan melalui SPR dan terakhir melalui makhamah.

Andainya pilihanraya kecil tetap perlu diadakan, BN mempunyai beberapa pilihan untuk ditimbang fikirkan.

Pertama, masuk bertanding dengan meletakkan calon BUKAN dari parti Umno.
Ini untuk untuk mengelakkan tekanan pscychology yang akan dihadapi oleh semua pihak dalam Umno yang juga sudah tiba masa untuk pemilihan Mac2009 mereka.
Lagipun boleh buat fair and square, Umno kalah KT, Mic kalah Behrang, Mca kalah Changkat Jering.

Kedua, langsung tidak bertanding, bukan dengan memboikot, tetapi berunding dengan PR dan secara terhormat menyerahkan kepada pihak PR.
Berikan alasan yang baik seperti tidak mahu membebankan rakyat atau mahu menumpukan kepada pemulihan ekonomi.

Selamat merancang.

Sunday, January 18, 2009

Senarai Serangan Lembik BN di PrkP36~ref Malaysiakini

Terlalu awal mengumumkan calon sehingga tidak membawa makna.
Selepas 20 hari calon dinamakan dan 3 hari berkempen Pak Lah datang semata mata untuk beri penerangan kenapa calon ini dipilih 20 hari terdahulu!

Tidak jelas siapa yang mengetuai kempen.
Mulanya Wan Farid sendiri berkempen.
Kemudian nampak macam PakLah,Pak Jib,Mat Deris,Mat Said,Mat Taib.

Tidak menggunakan isu semasa.
Dengan alasan nak buat lokal,tak mahu nasional atau antarabangsa.
Laporan akhbar hanya di muka surat 3.
Harapkan kempen buletin Tv3 untuk 15 minit sehari.
Berkempen dalam bilik gerakan.
Buat ceramah dengan memanggil kakak kakak berbaju lawa dari pejabat Kemas,sekolah dan pejabat kerajaan.
Audince fixed dan diimport.Tak original,bukan dari khalayak ramai.

Isu harga barang tinggi tak nak cakap.
Minyak taknak turun harga sepatut sebenarnya.
Mogok nelayan tak layan.
PPSMI berkeras nak ikut suka sendiri.Rayuan rakyat taknak dengar.
Memperjuangkan Palestin tidak diketengahkan.
Kongres Ekonomi Islam ke3 di PWTC langsung tidak di highlight.

Takde winning faktor,takde isu atau modal untuk serang PR.
Terlalu defensive sampai ke hari Sabtu.
Hari Jumaat dah 'wrap up' kempen.

Takde kejayaan sendiri untuk diketengahkan kepada rakyat.
Masih sibuk dengan pemilihan parti Mac ini.
Wanita tak selesai lagi.
Tak serik bila cerita liwat tak laku,cuba guna isu hudud yang sinonim untuk Pas.
Kalau nak bersilat jangan guna buah tari musuh yang dah pakar!
Semua orang dalam Umno pening,nak menang payah,kalah salah dan susah!

Cuba kempen guna nama Arwah,kalau gitu suruh isteri arwah lah bertanding.
Calon tak relevan,cerita pun tak relevan.
Suka ungkit dan suka ugut,rakyat dah tahu ruling parti tu pengurus dilantik rakyat.
Rakyat nak pecat,rakyat berhak!

PR dah cerita untuk semua,BN masih cerita ikut kaum.
PR dah elok bersatu,BN kata tunggang gitu tunggang gini.
Tak sedar BN macam nak roboh runtuh.
Kempen direct membership BN tak menjadi.

BN takde figure hebat macam PR.
Tian Chua yang senyum,Lim Guen Eng,Lim Kit Siang,Karpal,TG Nik Aziz,TG HjHadi,UsNasha,Husam,Anwar,Wan Azizah,Gobala,Saifudin,Azamin,Khalid Ibrahim,Khalid Samad dan terlalu ramai lagi yang ada pelbagai karektor dan penyokong tersendiri.

Ah..nanti tambah lagi.

Senarai Barang Hilang BN~ref Malaysiakini

Calon BN Datuk Wan Farid Wan Salleh tewas di PrkP36 kepada calon Pas dengan majoriti 2631 undi.
BN hilang satu kerusi Parlimen.
BN juga hilang kemenangan di kawasan Dun Bandar,sebelum ini satu satu Dun yang dimenangi BN di kawasan P36 Kuala Terengganu.
Wan Farid hilang senatorship.
Wan Farid hilang jawatan Timbalan Menteri ISA.

BN juga hilang Menteri Khas,Datuk Zaid Ibrahim.
Umno juga hilang keahlian Datuk Zaid Ibrahim.
Umno juga hilang Datuk Zahar Isnin di Selangor kepada Pas.
Umno juga hilang sokongan di bahagian tersebut.

BN juga hilang SAPP di Sabah.
BN juga hilang Datuk Yong Teck Lee SAPP Sabah.
BN juga hilang kerusi dipegang ahli SAPP.

BN juga hilang maruah di Permatang Pauh kepada Anwar PR.
BN juga hilang YB dari Sarawak dan penyokongnya kepada PKR PR.
BN bakal hilang Pensiangan?
BN hilang daya juang?

Cemerlang Terbilang Gemilang dah Hilang dah?

Sunday, January 11, 2009

Elok sangat PR tak sama BN

Elok lah PR tak sama dengan BN.

Buat apa nak sama.
Pemilihan parti banyak politik wang.
5 negeri dah jatuh ke tangan PR.
Wilayah Perseketuan 10 di PR,hanya 1 untuk BN.
Sabah Sarawak pun dah ready nak ke PR.
Prestasi pengurusan dan kepopulariti sangat menurun.
Pengundi muda, kumpulan intelektual dan rakyat biasa semua cenderung ke PR.
Sapa nak sokong ISA.
Parti komponen mereka sendiri dah tak selesa.
Pendekata semua tak kena dan tak menjadi.

Buat apa nak sama.
Pi lah awak sorang sorang.
Teruskan perasaan 'ignorant' dan 'denial' tu.
Elok sangat tak sama.

klik sini Najib: Pakatan Rakyat tak mampu menyamai BN
dari http://malaysia-baru.blogspot.com/.

Friday, January 2, 2009

Hilang sudah suara Pembangkang

Semenjak dua menjak ini sudah tiada lagi kedengaran panggilan atau gelaran pembangkang.
Tak tau lah dalam media cetak berita dah tak hairan atau utusan dah tak mau.
Tetapi yang pasti di dalam dunia maya memang sudah tidak disebut lagi.
Ya lah kalau nak kata pembangkang tu gini,pembangkang tu gitu.
Siapa pembangkang?
Di negeri ni parti ni,dinegeri tu parti lain pulak jadi pembangkang.

Ini adala satu petanda baik kepada pemahaman erti demokrasi.
Mari kita lihat demokrasi di negeri `maju?`seperti Amerika dan United Kingdom.
Ada Labour dan Conservative di UK dan ada Republican dan Democratic di USA.
Di Uk sekarang Labour yang jadi ruling parti,di USA bakal Obama dari Democratic akan menjadi ruling parti.
Mereka tidak lagi memanggil yang parti yang kalah sebagai pembangkang,malah parti yang kalah akan membentuk kabinet bayangan.

Di sini kini sudah terbentuk dua parti yang dikenali Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Semua pihak samada penyokong ,pendokong dan yang berkaitan dengannya di klasifikasi atau dirujuk sebagai pro-PR atau Pro-BN.
Kan senang gitu.

Maka faham lah rakyat apa itu Ruling Party.
Maka faham lah ruling parti bahawa negara ini bukan ana yang punye..