Motif utama atau motif asal cadangan ini bukanlah bermakna membentuk kerajaan PR + Bn atau semacamnya.
Ia hanyalah PR 'menjaga' 5 negeri, BN menumpukan ekonomi pusat.
BN di'larang' mengganggu PR.
Namun apabila memerhatikan response awal atau first impression dari perang saraf atau psychological taktik ini, saya menarik balik kecenderungan saya pada teknik politik perundingan ini.
1. Pihak musuh iaitu Umno BN langsung tidak berminat.
Pinjam hujah orang, politik balah membalah masih lagi diminati atau lebih laku kata geng dia orang melawak...
2. Seandainya Umno Bn berminat mereka akan memutarkan cerita seperti kaedah muqabalah dahulu.
Ia boleh mengganggu PR atau sekurang-kurangnya membuang masa PR.
3. Penyokong, peminat, pendokong, pemerhati PR sendiri tidak dapat menyelami kaedah atau faedah konsep ini (unity G).
Malah mengeliru dan merisaukan mereka.
4. Momentum kekuatan, sokongan, perkembangan, semangat ahli, parti, penyokong, pendokong PR berada di tahap sangat tinggi dan baik.
Adalah merugikan jika dikendurkan.
Potong stim. Anti climax. Bahasa mudahnya.
5. Umno Bn berada di dalam kedudukan yang paling lemah dalam sejarah 51 tahun mereka.
Mereka membuat chain of mistakes consecutively.
6. Umno BN berada dalam keadan yang paling tidak popular di dalam sejarah 51 tahun mereka.
Umno Bn melakukan satu demi satu perkara yang salah dan tidak diminati, tidak dipersetujui rakyat.
ISA,FRU menghadapi demonstrasi, PPSMI, kematian tahanan polis, isu masyarakat India, isu minyak, isu harga barang, isu tol, api, air, kerajaan negeri Perak, SPRM dll .
7. Komponen BN sendiri tidak dalam keadaan stabil, MCA ,Gerakan, MIC, PPP sedang bergolak dalaman dan juga terhadap Umno sendiri.
Komponen Sabah Sarawak juga sudah berantakkan pecah menunggu belah.
Rakyat Sabah Sarawak juga sedang menukar arah dan angin beramai ramai berbondong bondong berhijrah dengan berani ke PKR PR.
PKR DAP dan PAS mempunyai kekuatan, keistemewaan masing masing yang tersendiri.
Setiap mereka harus menguatkan diri mengikut 'niche market' masing masing.
Langkah kempen besar besaran mencari ahli parti baru amat menggalakkan dan adalah satu tindakan yang bagus.
Strategi seterusnya setiap parti harus faham bahawa 'produk' Pas,Dap,Pkr tidak overlapping.
Dap telah dapat mengisi 'permintaan' dari pengundi menggantikan atau alternatif kepada parti Gerakan dan MCA.
PKR jugak telah mendapat tempat yang baik seolah olah mengisi satu ruang 'Vakum' yang luas dan besar yang terdapat di antara Pas dan Dap.
Dalam erti kata lain DAP dan PKR telah mendapat tempat bagi mereka yang terang terang TIDAK MAHU kan BN keseluruhannya.
Manakala CABARAN PAS adalah LEBIH BESAR.
Selain mendapat sokong baru dari mereka yang tidak mahukan BN, PAS juga PERLU menarik mereka yang sedia ada dan masih menyokong Umno supaya BERALIH menyokong PAS.
DALAM BAHASA YANG LEBIH MUDAH.
PAS MESTI BERUSAHA MENDAPATKAN KEMENANGAN DI KERUSI YANG DIMENANGI UMNO KETIKA INI SEPERTI 27 KERUSI ADUN DI PERAK DAN KERUSI ADUN YANG MASIH DIMENANGI UMNO DI SELANGOR.
PEMIMPIN PAS PERINGKAT TERTINGGI, FOKUSKAN TENAGA ANDA KEPADA ITU.
Ikhlas perunding.