Sunday, March 1, 2009

Unity Government Hadi Potong Stim,Anti Klimaks!!~ref MB Sah Nizar

Motif utama atau motif asal cadangan ini bukanlah bermakna membentuk kerajaan PR + Bn atau semacamnya.
Ia hanyalah PR 'menjaga' 5 negeri, BN menumpukan ekonomi pusat.
BN di'larang' mengganggu PR.

Namun apabila memerhatikan response awal atau first impression dari perang saraf atau psychological taktik ini, saya menarik balik kecenderungan saya pada teknik politik perundingan ini.

1. Pihak musuh iaitu Umno BN langsung tidak berminat.
Pinjam hujah orang, politik balah membalah masih lagi diminati atau lebih laku kata geng dia orang melawak...
2. Seandainya Umno Bn berminat mereka akan memutarkan cerita seperti kaedah muqabalah dahulu.
Ia boleh mengganggu PR atau sekurang-kurangnya membuang masa PR.

3. Penyokong, peminat, pendokong, pemerhati PR sendiri tidak dapat menyelami kaedah atau faedah konsep ini (unity G).
Malah mengeliru dan merisaukan mereka.

4. Momentum kekuatan, sokongan, perkembangan, semangat ahli, parti, penyokong, pendokong PR berada di tahap sangat tinggi dan baik.
Adalah merugikan jika dikendurkan.
Potong stim. Anti climax. Bahasa mudahnya.

5. Umno Bn berada di dalam kedudukan yang paling lemah dalam sejarah 51 tahun mereka.
Mereka membuat chain of mistakes consecutively.

6. Umno BN berada dalam keadan yang paling tidak popular di dalam sejarah 51 tahun mereka.
Umno Bn melakukan satu demi satu perkara yang salah dan tidak diminati, tidak dipersetujui rakyat.
ISA,FRU menghadapi demonstrasi, PPSMI, kematian tahanan polis, isu masyarakat India, isu minyak, isu harga barang, isu tol, api, air, kerajaan negeri Perak, SPRM dll .

7. Komponen BN sendiri tidak dalam keadaan stabil, MCA ,Gerakan, MIC, PPP sedang bergolak dalaman dan juga terhadap Umno sendiri.
Komponen Sabah Sarawak juga sudah berantakkan pecah menunggu belah.
Rakyat Sabah Sarawak juga sedang menukar arah dan angin beramai ramai berbondong bondong berhijrah dengan berani ke PKR PR.

PKR DAP dan PAS mempunyai kekuatan, keistemewaan masing masing yang tersendiri.
Setiap mereka harus menguatkan diri mengikut 'niche market' masing masing.
Langkah kempen besar besaran mencari ahli parti baru amat menggalakkan dan adalah satu tindakan yang bagus.
Strategi seterusnya setiap parti harus faham bahawa 'produk' Pas,Dap,Pkr tidak overlapping.
Dap telah dapat mengisi 'permintaan' dari pengundi menggantikan atau alternatif kepada parti Gerakan dan MCA.
PKR jugak telah mendapat tempat yang baik seolah olah mengisi satu ruang 'Vakum' yang luas dan besar yang terdapat di antara Pas dan Dap.
Dalam erti kata lain DAP dan PKR telah mendapat tempat bagi mereka yang terang terang TIDAK MAHU kan BN keseluruhannya.

Manakala CABARAN PAS adalah LEBIH BESAR.
Selain mendapat sokong baru dari mereka yang tidak mahukan BN, PAS juga PERLU menarik mereka yang sedia ada dan masih menyokong Umno supaya BERALIH menyokong PAS.

DALAM BAHASA YANG LEBIH MUDAH.
PAS MESTI BERUSAHA MENDAPATKAN KEMENANGAN DI KERUSI YANG DIMENANGI UMNO KETIKA INI SEPERTI 27 KERUSI ADUN DI PERAK DAN KERUSI ADUN YANG MASIH DIMENANGI UMNO DI SELANGOR.

PEMIMPIN PAS PERINGKAT TERTINGGI, FOKUSKAN TENAGA ANDA KEPADA ITU.

Ikhlas perunding.

1 comment:

  1. 1 Mac 2009.Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen,buat report polis dan SPRM.

    Tok nak ulas kenyataan Najib semalam,sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah.Tok tak tahu siapa penasihat Najib,Razak Baginda atau Zahid Hamidi,tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan.Kalau dah tak reti,eloklah diam sahaja.Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah.Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak.Lain kali kalau nak bertindak,berfikirlah dulu.

    Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini.Jika ini berlaku,rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN.Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.

    Bukan Najib je tengah pening,Tok tengok kabinetpun pening sama.hari ni kata naikkan tol,esok kata tak jadi.Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam,esok tak boleh pulak.Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang.Rakyat keliru,pelabur asingpun keliru.Siapa yang jadi PM ketika ini,Pak Lah atau Najib.Masa tol naik,mesyuarat kabinet dipengerusikan najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke?Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni.Kabinet tak naikkan harga panadol ke?

    Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP,eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi,7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru,persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting.Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI.Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati.Bila dah dapat beribu-ribu sms Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul,guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing.Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri.MP Pakatan Rakyat,ADUN-ADUN,barisan pemuda,puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita.Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas,bekas Ketua Hakim Negara,datuk Shahnon Ahmad,sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.

    Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah.Kata pujangga bahasa jiwa bangsa.kalau dah bahasa dikuburkan,ke manakah identiti bangsa melayu.Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian,cd,buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Jika puak-puak UMNo yang dapat,memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia.Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.

    Tok seperti rakyat Malaysia yang lain,nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi,berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya.Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.Satu soalan cepuemas,berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN.selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum.Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkan tak boleh.

    Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya.Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat,ketakutan untuk membubarkan DUN Perak,isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.

    Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN.KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001.Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang.harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo.Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang,Selambau dan Batang Ai.Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara,mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol.Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini.Eloklah SPRM siasat.

    Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa.Peluang terbaik mmerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.

    Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing.nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidakpun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri.Di Kedah,tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah.Kan surat tu ada setem dan bersampul,buat ajelah report polis.jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah.
    Ada yang beranggapan UMNo memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini.
    Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA.rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis.UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat,seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai,baghal atau lembu buat report polis.

    Ingatlah UMNO....,Polis,SPR,SPRM,Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja.Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa.

    ReplyDelete