Monday, January 26, 2009

Jasa Kugan~ref Malaysiakini

Jasa Kugan kepada kita semua dalam...
Menyerlahkan dan membongkar tahap professionalism pasukan polis kita.
Bagaimana tahap polis menghormati undang undang dalam menahan dan menyoal siasat suspek.
Adakah mengikut standard dan procedure tertentu.
Mungkin kita perlu belajar dari tahap professional polis United Kingdom yang tidak membawa senjata semasa bertugas dalam berhadapan dengan orang awam.

Menyatukan masyarakat dalam menghadapi karenah dan kegemparan ini.
Ahli politik India dari berlainan parti bekerjasama mencari penyelesaian dan mengambil berat.
Ahli politik dari Pkr,Dap,MIC mengambil inisiatif tertentu.
Hindraf juga mengeluarkan kenyataan.Majlis peguam juga mengeluarkan kenyataan.

Menyedarkan kita juga bahawa siapa yang cuba menjadi hero rakyat juga yang akan di 'aim' oleh pihak polis dan sekutunya.
2 Timbalan Menteri berbangsa India yang berusaha menyelesaikan perkara ini didakwa mengganggu bukti polis.
Dan cuba ditekan dan ditakutkan.

Juga menyedarkan kita,di samping polis pakar dalam letupan C4,polis juga pakar soal siasat.
Juga polis pakar dalam mengalih isu,dari isu mayat disyaki didera kepada isu menceroboh bilik mayat untuk mengganggu bukti.
Menyedarkan kita bahawa laporan kematian oleh doktor juga boleh diperbodohkan.
Keluarga Kugan telah mengambil langkah bijak mendapatkan laporan post mortem kedua yang dipercayai.

Menyedarkan masyarakat bahawa pemimpin polis dan menteri berkaitan tidak pantas untuk mengaku bertanggungjawab dalam hal ini.
Di mana Menteri Dalam Negeri.Nak harap Timbalan awak dah kalah dan hilang jawatan.
Syed Hamid tunjukkan inisiatif tuan mencari penyelesaian memuaskan.

Jasa Kugan juga mungkin kita akan dapat membongkar sindiket atau konspirasi rangkaian jenayah curi kereta mewah.
Adalah mustahil Kugan beroperasi sendirian di dalam kes yang sebegitu besar.
Lebih logik akal,sindiket ini bertaraf Mafia Itali sekurangnya,atau Mafia HongKong atau Rusia

atau Mafia atau kroni Malaysia.huh.

No comments:

Post a Comment