Tuesday, January 27, 2009

Umno Gila Meroyan,Gila Talak,Gila Merapu~ref Malaysiakini

Syndrome gila meroyan selalu terjadi kepada orang kematian atau kehilangan sesuatu yang sangat diharapkan atau disayangi.
Selalu dikaitkan ibu baru bersalin kehilangan atau kematian anak tersebut.
Lebih parah apabila orang sekeliling menyalahkan ibu tersebut akibat kecuaian atau sebab lain.
Sympton orang gila meroyan ialah murung,termenung,tergaru garu kepala tak terurus.

Umno gila meroyan kerana kehilangan satu kerusi di KT dek kekalahan calonnya yang juga meroyan kerana hilang jawatan dan lebih parah dipersalahkan atas kekalahan.
Umno murung,termenung,tergaru garu mencari punca kekalahan.
Salah menyalah sesama kawan.

Belum reda murungnya,tiba tiba digemparkan cerita isteri mintak cerai fasakh lepas tu terus kahwin orang lain.
Mana tak Umno gila talaknya,merayu minta YB fikir semula.
Mintak isteri lain lafaz ikrar taat setia.
Tak semena mena digempakkan pulak 2,3 orang YB lagi berbaris beratur nak ikut masuk PKR lagi.
Mana tak menggila talak.
Kesan sampingan dari symptom gila meroyan dan gila talak menimbulkan pulak gila merapu.

Kata laki orang (Pkr) rancang nak buat 'reverse takeover' jawatan MB katanya.
Nak hasut Pkr jadikan isteri baru sebagai isteri no 1 katanya.
Nak buat isteri no 1 (Pas) tak senang duduk kononnya.

Isk isk...Umno nak reverse,gear reverse hang pun dah karat.
Kata nak berubah,kata nak rebranding.
Pegi masuk jumpa pomen bengkel,periksa gear reverse tu.
Lepas tu periksa jugak gear 3,fungsi ke tak.Kata nak berubah ke depan,tak bergerak pun.
Overhaul semua je lah.

Kan kita dah kata dulu,kalau dah ada symptom meroyan,gila talak,gila merapu,pergi bawak jumpa doktor,tabib,motivator dan ustaz.
Kalau tak berkesan atau memang dah sampai masa,sesiapa ada bisnes kad psychiatrist hulur hulurlah kat Umno.

No comments:

Post a Comment