Friday, January 2, 2009

PPSMI,dari mana asal Sains?

Teringat saya pada guru muzik ketika di MRSM Kuantan.
Beliau kata,
kau orang belajar Ilmu Hisab, pandai hisap rokok.
kau orang belajar Ilmu Sains ,pandai tiru sain(tandatangan) cikgu.
kau orang belajar Dalil(Ilmu Islam) ,pandai buat dalih.
kau orang belajar Pendidikan Jasmani ,pandai lompat pagar.

Isu kita hari ini ialah mahukan Pembelajaran dan Pendidikan Matematik dan Sains di dalam bahasa Melayu.
Takde lah saya bincang isu tu.
Cuma nak cerita dari mana asal perkataan sains.
Hai dah tentu dari perkataan English iaitu Science,sebab itu kita nak belajar dalam bahasa tu.
Kita nak belajar dalam bahasa asal Science tu sendiri.
Biar banyak kita boleh faham.

Eh sabar dulu.
Dari mana orang putih belajar Science?
Depa pandai sains pun sekitar tahun 1700 Masihi.
Sebelum tu,mangkuk bang orang puith ni.
Pandai lah kau perunding,dah tu sapa lagi pandai sebelum tu?
Orang Islam la bang,cakap Arab pulak tu.
Orang Islam tu ada bangsa Spainish(Andalusia)spt Ibnu Sina,ada bangsa Russia(Samarkand)ada bangsa Parsi dan macam lagi lah.
Semua cakap Arab.
Dah tu nak ajar Sains dan Matematik dalam bahasa Arab?
Biar betul kau perunding.

Balik semula kepada perkataan Science.Ia adalah kata nama kepada Sign .
Ia boleh juga menjadi kata nama seperti signboard,signature.
Asal sign ialah kata kerja seperti please sign this letter.
Kata nama sign yang paling sesuai ialah Science.

Kenapa ia dipanggil Science yang bermaksud TANDA.
Dari mana datang perkataan TANDA ini apabila merujuk kepada ilmu tersebut?

Mari kita perhatikan,
Ketika sekumpulan orang putih yang cerdik menghidupkan budaya berfikir dan mula berkumpul untuk berfikir mengenai ilmu kejadian alam yang berlaku disekeliling mereka.
Sumber rujukan utama mereka tentulah daripada sumber rujukan ahli cerdik pandai sebelum mereka iaitu orang Islam yang berkomunikasi di dalam bahasa Arab.
Sumber rujukan itu tentulah AlQuran.
Tak caya?
Ilmu Science adalah nama umum kepada ilmu secara keseluruhan.Yang lebih tepat ialah ilmu fizik,ilmu biologi,ilmu astronomi,ilmu botani,ilmu mekanik dan sebagainya.
Sebagai contoh sila lihat surah ArRuum ayat 20,21,22,23,24,25.
Setiap cabang ilmu sains tadi dipanggil TANDA atau SIGN.
Maka setiap kali ahli fikir orang putih berbincang mengenai kejadian alam,mereka merujuk kepada jom kita bincang pasal Tanda,Jom kita bincang pasal Sign tu.
Lama kelamaan lekat nama science tu,dan mereka pun dipanggil lah ahli sains atau scientist.
Scientist kerja fikir signs,dentist kerja fikir dental problem.

Dah tu macammana?
Kan orang putih dah maju.kita ikut je lah.Tak kan nak reinventing the wheels.
Orang putih tu lanjutkan kajian pada penemuan yang sedia ada je.
Banyak lagi penemuan belum diterokai.
Tak caya?
Internet power,tapi sapa boleh transfer objek macam dlm Quran cerita tu.?
Scientist Yahudi sibuk cari jalan nak time travel,dalamQuran banyak cerita pasal tu.
Pasal bom,atom,nuklear,sound bom,lightning bom,nano tech,ada yop.
Dan ingat, Ahli cerdik Islam yang mahsyur tu ,Ibnu Sina ke,AlFarabi ke,sapa je lah,semua hafal Quran dulu sebelum hafal sifir matematik tau.
Tak caya?
Dah lah perunding,merepek tengah malam ni,gi layan politik baik punya.

Kesimpulannya,boleh belajar dalam bahasa Melayu.
Tetapi kalau nak jumpa benda baru,jangan tinggalkan kaji Quran.
Ajar dalam bahasa Inggeris? Mengalah je lah kalau satu Tanah Melayu tak setuju.

8 comments:

  1. kenapa tak belajar dalam bahasa asalnya...bahasa arab?

    bukan bahasa arab atau melayu tak bagus tapi english tu bahasa international.

    kalau dah dibiasakan anak-anak belajar sains dan math dalam english...senang sikit pada budak tu sendiri bila ada peluang ke oversea.

    mula-mula memang la budak rasa pelik tapi dah lama karang...alah bisa tegal biasa la.

    ReplyDelete
  2. terima kasih,
    zali juga yg jadi tetamu terhormat saya.
    betul zali.saya setuju.
    apa2 sebenarnya cuba study sumbernya ilmu tu.

    ReplyDelete
  3. tak semestinya,

    saya belajar di sekolah rendah bhs melayu sekolah pulak sekolah kebangsaan,pandai juga faham english.

    Bila belajar tinggi sikit ,subjek belajar semua English masa di ITM
    Dibwh Dr Johari mewajibkan perantara English. dr UIS hingga ke Statistic, Major discipline memang English,


    Tak lah pulak jadi dungu hanya kerana belajar dlm bhs melayu math n science tu.

    yg penting memahami teknikal pelajaran tu.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah jumpa cikgu yg terlibat dgn PSMI ni,dia kata sains & math ni lebih kepada fakta ringkas,kalau betul nak bg student improve english,sejarah yg patut diketengahkan..baru boleh tengok student goreng dlm broken english ttg sejarah!

    Ini sebenarnya timbul kerana ahli politik nak control semua.

    Dalam pendidikan sepatutnya kena pioneer research dulu,pastu lepas habis satu batch baru boleh buat keputusan..Ini tidak,hari ni bercakap, lusa terus implement..lagi satu gilanya ahli politik di Malaysia ni (I mean gila publisiti), bertukar je portfolio terus ditukar polisi, kononnya nak tunjuk kelainan..kalau menteri pelajaran ditukar sebulan sekali kita para pendidik inilah pening!

    # aspek dalam negera yang HARAM dicampurtangan oleh ahli politik gila - PENDIDIKAN,KESIHATAN DAN KEHAKIMAN..

    Tapi batasan ini telah lama dilanggar oleh ahli politik di Malaysia,akibatnya rakyat yang merana...

    AKU BERLINDUNG DARIPADA KEJAHATAN SYAITAN DAN POLITIK KOTOR!

    ReplyDelete
  5. tima kasih ustaz,
    rajin2 lah datang sini,
    bila ustaz bagi komen gini baru ada umph..laman saya.

    ReplyDelete
  6. Salam alaykum..

    Aku paling suka pepatah tu..
    Semuanya aku buat masa sekolah dulu.huh!
    Terkenang waktu sekolah amat mengirangkan hati. Lompat pagar,hisap rokok,tipu sain cikgu,dan belajar berdalih..menipulah tu!!

    ReplyDelete
  7. umialia...

    sedapnya nama...

    bukan kata dungu...cuma menyenangkan sebab dari awal dah dalam bi...

    ReplyDelete