Saturday, January 3, 2009

Method of Manegement and Decision Making

Istisyarah dan Istikharah.

Istilah Istisyarah mungkin jarang sekali kita dengar.
Sebenarnya ianya adalah sangat lumrah dilakukan oleh masyarakat kita samada secara peribadi atau dalam syarikat.
Makna mudahnya ialah mesyuarat atau lebih glamer lagi `meeting`.
Tu je.Atau lebih santai lagi meminta pandangan daripada rakan-rakan.
Atau nak bunyi tahap tinggi sikit,meminta bantuan pandangan dan buah fikiran untuk menyelesaikan sesuatu daripada sesama manusia.

Istikharah pula memang dah sangat popular dikalangan masyarakat kita.
contoh,
Mamat A melakukan solat sunat Istikharah untuk membuat keputusan samada nak kahwin lagi satu atau tidak.
Minah S melakukan solat sunat Istikharah untuk membuat keputusan pinangan dari jejaka pilihan keluarga.
Lebih popular lagi dikaitkan pulak dengan mimpi lepas solat sunat tu.

Jadi Istikharah ini membawa makna mencari petunjuk untuk membuat keputusan dari Yang Maha Kuasa.
Takde kaitan dengan mimpi pun.
Allah akan memudahkan kita kepada jalan yang mendatangkan keputusan lebih baik.
Pilihan yang tak elok susah je nak menjadi kenyataan.
Kita terdorong kepada yang baik je.
Pulak tu,sekiranya ada side effect dari keputusan kita tadi,semua nya Allah bagi jalan penyelesaian.
Bermakna satu keputusan itu mampu melepaskan atau menyelesaikan banyak dan pelbagai rantaian kerumitan.
Dan juga keputusan itu menghindarkan pula banyak spekulasi keburukan dari betul2 berlaku.

Subhanallah.
Cantik sungguh lagi indah Islam itu.

Maka superior sungguh method decision making dalam Islam berbanding dengan yang didongengkan oleh Barat atau Jepun.

Kat mana ada guna method ni?
Tu Haji Hadi guna kat Prk P36 tu.

2 comments:

  1. bro, it is a matter of the terms used. different people use different terms. at the end of the day, the meanings matter.

    ReplyDelete
  2. yes Tuan Nobisha,
    sometimes we think logically,
    sometimes we think politically and
    sometimes we need to think divinely.
    salam.

    ReplyDelete