Friday, January 2, 2009

Calon Bebas,kacau daun Umno,kacau daun Pas?

Hj Abdul Wahid Endut calon Pas yang dinantikan.

Sebaik menerima panggilan dari sahabat malam tadi memberitahu pengumuman calon Pas yang dinanti-nanti,perasaan saya sungguh lega,aman,tenteram dan penuh keyakinan.
I feel good.... macam tv tu lah.

Tahniah kepada Hj Abdul Wahid Endut dipilih oleh pimpinan untuk menggalas tanggungjawab bertanding dalam pilihanraya kecil PrkP36 ini.
Beliau akan bertemu lawan dari Umno,Wan Farid yang jika kalah, hilang semua,jika menang dapat semula.
Hj Wahid juga akan berdepan dengan beberapa calon bebas yang `kacau daun` Umno dan `kacau daun`Pas.

Hj Wahid adalah anak tempatan yang datang dari keluarga besar yang dikenali dan dihormati di Terengganu.
Faktor keluarga yg dikenali dan dihormati adalah amat penting dalam senario politik masyarakat di sana.
Beliau juga telah dipilih oleh rakyat Terengganu,khusus penduduk Dun Wakaf Mempelam bagi mewakili Dun mereka untuk 5 penggal berturut-turut.
Fakta menunjukkan beliau disenangi dan diterima masyarakat tempatan.
Ini juga dibuktikan dengan nyata dengan majoriti kemenangan terbesar sebanyak 2193 pada Pru12 yang lepas berbanding dengan 3 Dun yang lain.

Analisa yang menunjukkan 1800 undi lari dari calon Pas diperingkat Parlimen dalam Pru12 yang lepas dengan sendiri nya terlerai dan diselesaikan dengan pemilihan anak tempatan ini.

Dalam ertikata lain Pas sudah mempunyai lebihan undi sebanyak sekitar 2000 dengan pemilihan calon anak tempatan.Inshaallah.
Faktor anak tempatan adalah amat perlu dan penting untuk strategi pilihan raya kecil dan juga senario politik Terengganu khususnya.

Dengan itu mari kita dan saya juga mendoakan kepada Allah memberikan kemenangan kepada beliau Hj Abdul Wahid Endut khususnya dan pihak Pakatan Rakyat amnya.
Mohon Allah memberikan kemenangan dalam bentuk
1.memenangi hati rakyat.
2.memenangi sokongan rakyat.
3.memenangi undi rakyat.
4.memenangi dengan majoriti undi yang baik.
5.memenangi dalam bentuk gerakkerja jentera parti.

Moga Allah memudahkan semua urusan kita.
Amin.Ya Allah Ya Tuhan Sekalian Alam.

Saya juga telah menulis lebih awal Friday December 12,2008 di Nobisha.blogspot.
klik di sini
PAS MENANG P36 KUALA TERENGGANU 4,000 UNDI?

No comments:

Post a Comment