Monday, February 23, 2009

Pas Kelantan berGolak dan berGelora, Ye Ke??~ref Malaysiakini

Satu yang paling hangat tentulah alkisah Ibrahim Ali yang lantang atau celupar menghentam.
Disambut cepat dek puak Umno, kononnya diminta diterima masuk balik ke Umno, Ibrahim ni.

Pandai pandailah kau orang Pas Kelantan.
Orang Kelantan mahir politik tak macam orang mana mana negeri yang lain.
Dari tahun 1990 Kelantan diperintah Pas melalui pelbagai cabaran, gangguan dan serangan puak Umno.
Namun rakyat Kelantan berjaya mengatasi semua itu dan terus setia dengan kerajaan Pas pimpinan Nik Aziz.
Itu jelas kepintaran politik rakyat Kelantan.

Cuma saya harapkan dalam ketenangan yang dikecapi semenjak selesai Pru12 ini, setelah aman dari ganguan Umno kerana mereka sibuk di tempat lain, gunakanlah sebaiknya.

Saya tiada nasihat khusus kerana orang Kelantan lebih bijak dalam hal politik.
Dalam kes Ibrahim Ali, keluarkan kenyataan rasmi yang tegas menyatakan ketidaksenangan Pas terhadap tindakan Ibrahim mutakhir ini.
Tetapi tidak perlu lah dipanjangkan isu ini sehingga menjadi kusut atau berbelit.
Ringkaskan dan selesaikan dengan cepat dan pantas.

Jika nak tengok hujah yang panas dan pedas, beranikan diri menjenguk AdukaTaruna.blogspot.

Perkara kedua ialah mengenai ura ura (perletakan jawatan dalam kerajaan negeri) salah seorang Adun di sana.
Sila rujuk msomelayu.blogspot untuk maklumat lanjut.
Pemahaman awal saya ialah sememangnya sikap pemimpin Pas begitu terbuka dalam kesanggupan meletak jawatan jika diperlukan.
Jadi beliau dengan senang hati ,menawarkan perletakkan jawatan jika perlu dan diminta.

Sekiranya ia dikaitkan dengan percaturan politik dikaitkan dengan Husam Musa, saya tidak bersetuju.
Husam Musa lebih sesuai untuk berada diperingkat pusat.
Kita akan melihat suatu peristiwa atau sejarah besar terukir di dalam Pru13 nanti.
Setelah itu saya yakin tempat buat Husam Musa ialah di peringkat Pusat.

No comments:

Post a Comment