Tuesday, February 24, 2009

Satu lagi kematian dan Pilihanraya kecil!!!(kemaskini)~ref Malaysiakini

Deepest sympathy to the family of the late YB Datuk Dublin Unting .

Kematian beliau dilaporkan akibat koma selepas diserang angin ahmar (stroke) malam tadi.

Beliau ialah Assistant Minister Sarawak dan Adun N29 Batang Ai.

Beliau juga ialah Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak.

Satu pilihanraya kecil dijangka akan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Satu lagi medan ujian dan tempur, barangkali untuk Pkr khususnya dan PR umumnya.

Ia juga satu acid test untuk melihat penerimaan awal pengaruh Anwar di sana.

___________tambahan dari Siasah.blogspot
Batang Ai terletak di Lubuk Antu, dekat dengan Sri Aman. Bandar terdekat adalah Sibu. Antara hotel terkenal di sini adalah Hilton Batang Ai Long House.Dalam pilihan raya lalu, Unting dari PRS telah menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Snap dengan majoriti 806 undi.Unting mendapat 3,295 manakala Bawin mendapat 2,489 undi dalam kawasan pilihan raya yang pengundi majoritinya adalah Iban ini.Bawin kemudiannya menyertai PKR dan kini adalah Timbalan Pengerusi PKR Sarawak.Pilihan raya kecil ini dijangka menjadi ujian pertama untuk PKR di Sarawak selepas menjadikan negeri itu sebagai sasarannya selepas pilihan raya umum Mac 2008 lalu.

No comments:

Post a Comment