Thursday, February 26, 2009

TOL,Menteri Jalanraya kata Naik, PM tengah Jalan kata Turun~ref Malaysiakini

Menteri Jalanraya umumkan tol akan naik.
PM tengah jalan kat Thailand kata kita bincang semula.
Pelik.
Macam mana cara kerajaan dalam buat polisi besar yang melibatkan susah senang rakyat.
Takde bincang dulu ke, mensyuarat dulu ke.

Biar saya buat spekulasi.
1. Menteri ikut cakap Bos Menteri X, kata naikkan.
Datang Bos Menteri Y, jangan naikkan.

2. Ikut movie hindustan.
Hero nak takle awek, upah samseng kacau awek, jam tu hero datang tolong.
Analogi nya, PakLah suruh menteri umum naik, lepas tu keluar jadi hero buat arahan, kaji semula, kita kena fikir rakyat.
Maknanya suruh naik tu dah dirancang, berlakon je.

Teringat satu joke hambaAllah ni.
Saya pegi Siam (Thailand) ada jumpa manyak Sami (sami budha) jalan kaki ayam.
Tapi saya tarak jumpa satu pun tol.
Saya jalan Malaysia, saya jumpa satu jugak Samy.(Samy Velu Menteri Jalanraya dulu),
Tapi ada manyak jugak TOL.

___________________asal usul tol.
bila nak buat lebuhraya kos mungkin menjangkau rm3billion katakan.
Jika kerajaan buat guna duit kerajaan(yakni duit rakyat), sayang, boleh guna untuk perkara lain.
Jadi swastakan, pemegang konsesi mencari modal sendiri dengan jaminan kerajaan.(dapat rate murah)
Swasta dapat pulangan modal dan keuntungan melalui kutipan tol untuk tempoh konsesi selalunya 25tahun atau 30 tahun.
Kat mana it goes wrong?
Tamak!!Haloba!!Kroni!!Saudara!!Saudari!!IparDuai!!
Bayangkan Plus kutip lebih dari RM1 billion setahun collections dan juga keuntungan.
Selepas 10 tahun mustahil belum pulang modal dan untung.
Bisnes hulur tangan, orang bagi duit.
Bisnes sure untung.
Kereta baru meningkat 500,000 setiap tahun.
Kadar tol wajib naik selepas 3 tahun atau tahun tertentu atau sebab tertentu.
Tak dapat naik, guaranti pampasan 'kera' bagi.
Mana mungkin rugi.
Kos baiki jalan, maintainance sepangjang jalan, billboard iklan semua depa pulun sekali.
Kenapa penjanjian konsesi sentiasa menjadi senjata sulit!!
Hangpa pi cek, semua syarikat konsesi lebuhraya tu sapa punya.
contoh MTD dipunyai Dewina, Dewina sapa punya norr??

No comments:

Post a Comment