Monday, March 9, 2009

Pas Sudah Pasang Perangkap Bukit Gantang!!

Pas akan umumkan calon untuk bertanding di Bukit Gantang pada 26 Mac ini.
Jika Pejuang Palestin mengisytiharkan mereka ada cukup 'supply' pejuang mereka untuk 'stok' 20 tahun berperang, Pas juga sudah pasti dikenali, dihormati dan disegani oleh lawan dan kawan bahawa Pas mempunyai ramai calon berkaliber untuk diketengahkan.

Biarpun senaraipendek belum dimuktamad oleh Pas Negeri untuk diserahkan kepada Pas Pusat, pengumuman tarikh akan mengumumkan nama calon sudah diertikan sebagai satu strategi besar di dalam mana-mana pertarungan pilihanraya kecil.

Di Permatang Pauh, Umno Bn menyangka mereka tersilap kerana terlalu lewat menamakan calon mereka, lantas bertindak terburu buru menamakan calon mendahului Pas di Kuala Terengganu.
Sekali lagi mereka terperangkap dengan serangan awal ke atas calon awal mereka.

Umno juga terkial kial membawa strategi kononnya anak tempatan perlu diangkat menjadi calon.
Di Kuala Terengganu yang lepas dek kerana terlalu hendak membawa isu lokal mereka terlupa bahawa isu peringkat negara dan juga antarabangsa juga sama penting.

Kali ini Pas sudah mengumpan awal pihak Umno Bn dengan mengumumkan tarikh Pas akan mengumumkan nama calon Pas.
Kita lihat bagaimana pakar strategi Umno Bn kali ini bertindak menyambut umpan Pas.!

_________________lebih padat dari http://pasakkaki.blogspot.com/.

BUKIT GANTANG : TAKTIKAL BERMULA .

Kenyataan dari Ust Ahmad Awang ini, boleh ditafsir sebagai umpanan perangkap kepada kem umno. Harus diingat, perhimpunan agung Umno dijangka berlangsung pada 24 mac hingga 28 mac ini. 29 Mac adalah hari penamaan calon. Sudah pasti team strategi umno sulit untuk menentukan timing yg sesuai untuk mengumumkan calon mereka pada kali ini.Jika diumumkan sebelum 24 mac, Najib belum memegang jawatan presiden umno. Team Khairy masih mempunyai pengaruh terhadap bapa mertuanya sebelum tarikh ini. Pasti Khairy akan meletakkan calon dari kalangan org-orgnya. Najib pasti tidak selesa dengan situasi ini. Jika dilihat, dalam umno itu sendiri pun wujud puak2. Puak Najib dan puak Khairy. Segala percaturan external umno amat berkait rapat dalam percubaan meraih undi perwakilan dalam perhimpunan agung umno nanti.Ini menjadikan kem umno berada dalam keadaan cukup defensif. PAS dilihat sudah terkehadapan dalam langkah awal memenangi pertempuran di Bukit Gantang ini.

4 comments:

  1. BN akan terperangkap kalu calonkan kamarullail timbalan ketua Umno BG. Dia bukan anak jati BG. Kalu dia mengaku dia anak jati BG. Memang pembohong besor. Dia anak leman nordin, kampung lalang, padang rengas. Teman tahu sangat profile dia. Memang tak smart berpolitik. Ilmu politik tak cukup, apatah lagi ilmu agama jauh sekali. Orang UMNO BG kena main silap mate aje.

    ReplyDelete
  2. tarikh untuk mengumumkan nama calon pun Umno Bn tak berani umumkan kali ini.
    nanti bila keluar nama dia,apa lagi, dedahkan!!

    ReplyDelete
  3. sape agak2 calon pas tu bro??

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  4. saya ingat ramai nama calon yg dikemukakan,
    umum tarikh untuk umum nama calon tu taktikal gempak je,nak test respon pihak lawan

    ReplyDelete