Wednesday, March 11, 2009

Polis kenalpasti 3 tempat Panas di Bukit Selambau, Nizar lagi Panas di Titi Serong

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, sentimen perkauman yang dimainkan pihak tertentu dipercayai menjadi punca beberapa lokasi dalam kawasan Dewan UndanganNegeri (DUN) Bukit Selambau menjadi 'panas'.
Beliau berkata polis mengenalpasti tempat-tempat itu dan sedang memantaunya tetapi berkata 'semuanya dalam keadaan terkawal'."Setakat ini dua atau tiga tempat telah menjadi panas, perlu diberi perhatian lebih menjelang pilihan raya kecil 7 April ini.
sumber Malaysiakini.

_________
apalah yang dikatakan panas oleh polis tu ekk.
apalah sentimen perkauman tu ekk.
PR boleh bagi kaum India jadi calon,so takde masalah lah.

____________________________________sementara itu.
KRISIS Perlembagaan yang berlaku di Perak sekarang menarik minat pelbagai pihak untuk memenuhi segenap inci dan sudut di Pusat Tarbiyah Titi Serong dengan kehadiran hampir 20,000 orang di sini malam tadi.
"Sebelum ini tidak pernah seramai itu yang hadir dan merupakan sejarah di tempat berkenaan" ujar Ketua Kampung Jalan Pantai Tg. Piandang, En Jamaluddin.
petikan http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/.

ni baru betoi betoi kaw, macam kopi kapal api berapi panas.

2 comments:

  1. Perkara yang telah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia seperti Bahasa Melayu, Agama Islam, Hak Istimewa Melayu bukanlah lagi ditafsir sebagai isu perkauman kerana ianya telah dipersetujui oleh semua kaum dalam negara sebelum lagi kita mencapai kemerdekaan. Hanya sekarang ini Cina dan India asik dari masa kesemasa mencuba mempertikaikan semula tentang perkara yang menjadi kontrak sosial itu. UMNO hanya berusaha untuk menyedarkan bahawa jangan dipertikaikan perkara yang telah dipersetujui. Nak jadi arangkah?

    ReplyDelete
  2. ya lah apalah yang dikatakan/dimaksudkan perkauman oleh polis atau umno.
    PR yakin nak menang so tak de apa masalah dengan kaum selain melayu.
    calon pun confirm boleh bagi kat kaum india.
    umno nak kan kerusi bt selambau kan.?

    ReplyDelete