Wednesday, April 29, 2009

Siapa lawan UMNO di Penanti

PAS tolak tanding di Penanti

PAS Pusat mengambil ketetapan untuk tidak meletakkan calonnya di Penanti dan akan menyokong penuh calon dari PKR dalam pilihan raya kecil itu.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.
_______________________________________
Kan senang gitu.

Kepada sahabat2 Pas di Penanti, amiklah nasihat ikhlas Angkasanuri.blogspot.


DUN PENANTI: INGATAN BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN DI PULAU PINANG
Pas Kawasan Permatang Pauh dan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang berhasrat untuk meletakkan calon Pas di Penanti.Dalam Pas, segala pandangan dan cadangan adalah amat dialu-alukan dalam konsep musyawarah. Tetapi sebagai ahli dan pimpinan di peringkat kawasan dan negeri apa-apa keputusan dan cadangan wajar dirujuk kepada pimpinan tertinggi di peringkat pusat.

Tidak salah untuk menyuarakan pandangan dan pendapat tetapi setiap pandangan itu perlu disampaikan melalui saluran yang betul. Tidak disalurkan melalui media yang bukan menjadi lidah rasmi parti. Sekaligus memberi peluang kepada musuh untuk melaga-lagakan kerjasama erat yang wujud dalam Pakatan Rakyat selama ini.

dan seterusnya..............
_____________________________________________
Berlapang dada lah semua.InshaAllah.
bawak bertenang.
banyakkan beristighfar.

No comments:

Post a Comment