Friday, April 3, 2009

Teori Ekonomi Jumaat

Teori Ekonomi Jumaat

Cuba tuan tuan perhatikan peniaga hari Jumaat.
PakcikMakcik jual Beriani kat Masjid Pandan Indah.
Abang jual soya dan cendol kat Masjid Bukit Damansara.
Uncle mamak jual cendol dan rojak kat Masjid Bandar Tun Razak.
Semua penjual di Masjid Tabung Haji.

Tanyalah mereka jika tuan puan tak berat mulut.
Hasil jualan Hari Jumaat adalah melebihi hasil jualan 4 hari lain!!
Berniaga dari pukul 12 sampai 2.30 petang melebihi jualan berniaga 4 hari IsninKhamis dari pagi sampai petang.!!!
Itulah kenyataan. Itulah fakta. Itulah rezeki Allah.

Itu baru berniaga satu waktu Solat.
Itu baru sekitar 80% umat Islam bersolat Jamaah Jumaat.
Bayangkan jika setiap hari waktu Zohor umat Islam berjamaah.
Bayangkan jika setiap hari setiap waktu umat Islam bersolat jamaah.
Satu orang peniaga boleh memilih 1 waktu sahaja untuk berniaga dalam seminggu!!
Contoh:
Peniaga nasi lemak A memilih menjual pada waktu Subuh Isnin sahaja.
Peniaga nasi lemak B memilih menjual pada waktu Subuh Selasa sahaja.
Peniaga nasi ayam C memilih menjual pada waktu Zohor Isnin sahaja.
Peniaga putu bamboo D memilih menjual pada waktu Asar Rabu sahaja.
Peniaga roti canai E memilih untuk menjual pada waktu Dhuha setiap hari sahaja.
Peniaga rojak memilih…
Peniaga mee rebus memilih…
Dan begirulah seterusnya.

CUKUP 1 WAKTU SAHAJA!!!MASHAALLAH!!!

Seperti peniaga di Mekah cukup berniaga 30 hari sahaja dalam setahun.
Seperti peniaga di Arfah cukup berniaga 4 hari sahaja dalam setahun.

Alhamdulillah,Subhanallah,AllahuAkbar.
MashaAllah.

Bilakah agaknya kita akan menggunapakai teori ekonomi Haiya 'ala Solah Haiya 'ala Falah.
Bilakah agaknya kita akan menggunapakai teori ekonomi Aqimussolah wa Atuzzakah.
Kita baru mencapai tahap 60% zakat sebagai satu system kutipan.
Kita baru mencapai tahap 10% zakat sebagai system pembahagian .(wealth distribution)
Kita baru mencapai tahap 0% zakat sebagai system ekonomi!!
Apakah makna 2.5%. zakat?????kenapa tak ditafsir???kenapa tak digunapakai menyeluruh??

Sampai bila kita menganggap Solat Jamaah Fardu Kifayah ?
Orang lain buat aku tak payah.!!
Renungkanlah Solat Jamaah itu fardu ain mengikut feqah mazhab lain.

p/s (sila rujuk alKahfi39 untuk makna MashaAllah)

1 comment:

  1. gr8!!! sy seblum ni x terpikir nak menulis nak hebahkan tentang bisness ari jumaat ni..
    mmg peniaga d qariah masjid sy pun untung besar niaga air soya je pas solat jumaat..
    muslim should concern more in this type of economics.. selain bwk keuntungan dunia, pahala jemaah pun dpt.. :)

    ReplyDelete