Monday, January 26, 2009

Hari ini 1 Shvat 5769 Tahun Yahudi~ref Malaysiakini

Hari ini ialah 1 Shvat 5769 Tahun Yahudi.
Hari ini ialah 26 January 2009 Tahun Masihi.
Hari ini ialah 29 Muharram 1430 Hijrah.
Hari ini ialah Tahun Ox ,1 hb 4707 Chinese Calendar.

Gong Xi Fa Chai.

Fokus saya hari ini ialah terdapat lebih ramai Muslim Chinese daripada Malaysian Muslim di dunia ini.
Muslim Chinese sudah lebih lama menjadi muslim daripada kita sendiri.
Islam telah sampai ke tanah besar China sekitar tahun 650 masihi atau dalam masa 50 tahun pertama selepas Hijrah Nabi.
Islam dibawa oleh sahabat diketuai Saad Abi Wakaz dan diterima dengan meluas oleh masyarakat China ketika itu.
Dynasty Tang,Song,Ming dll telah memerintah kerajaan mereka dengan Islam.
Berbanding dengan Malaysia,Islam hanya sampai di tempat kita sekitar tahun 1400 masihi dibawa oleh pendakwah Arab Yaman,iaitu selepas 800 tahun orang Cina telah memeluk Islam.

Kini terdapat lebih ramai orang Cina beragama Islam berbanding dengan orang Malaysia beragama Islam.
Agama Islam tidaklah asing kepada orang berketurunan Cina.
Majoriti penduduk Xinjiang berbangsa Uirgur adalah beragama Islam.
Anggaran yang paling optimistik disini sahaja terdapat 20 juta penduduk Islam.

Adalah tidak mustahil Malaysia boleh hidup aman,makmur dan harmoni biarpun pelbagai kaum tinggal di Malaysia.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Ox 4707.

7 comments:

  1. Ya...tapi biasanya kebanyakan orang salah tanggapan bahawa Islam tu orang Melayu yang punya!! Kenapa boleh jadi macam tu..fikirkanlah wahai muslimin dan muslimat malaysia!!

    ReplyDelete
  2. kekwa...

    melayu memang dah senonim dengan islam kerana memang dari dulu lagi islam telah digendong oleh melayu di malaysia nih.

    kalau dalam barangan contohnya...
    lampin pakai buang jenis apa pun dah senonim di panggil pampers sahaja.

    begitu juga melayu...sebut melayu orang mesti kata islam.

    itu merupakan satu penghormatan buat melayu yang telah sekian lamanya mengendong islam

    tapi ada la melayu yang saja je nak memainkan sentimen orang melayu yang tak nak islam di kaitkan dengan melayu lagi...

    sadisnya!

    ReplyDelete
  3. tumpang santai di blog perunding...
    siasah dah tak tertampung...
    buleh yek?...

    ReplyDelete