Saturday, January 31, 2009

Leceh Tunggu Bungee Jumping,Layan Sini

Gambar ni saya cilok dari blog pengunjung saya http://rodelfaragnow.blogspot.com/.
Seorang pelajar di Mesir,seronok beliau melawat dan mngambil gambar pyramid.
Saje bawak cerita ni, boring tunggu ahli politik kata nak buat bungee jumping.
Dok tunggu tunggu, acah acah.
Lagi pun datang idea tengok blog mamat student ni.

Fokus saya hanyalah apakah pyramid tu.
Ia adalah kubur.!!!!
Apalah manusia zaman sekarang ni.Kubur jadi tempat melancong.
Mana pergi mayatnya.?
Dek kerana tamadun Mesir ketika itu sangat maju, mereka berjaya mengawet mayat sehingga masih elok sehingga ke hari ini.

Kenapa mayat boleh diawet tahan ribuan tahun?
Kerana mereka menemui kaedah saintifik untuk menahan reputan dengan cara menghalang atau membunuh bakteria dan apa yang sewaktu dengannya.
Saintis Mesir guna teknik awet kering.
2000 tahun sebelum itu, saintis tamadun Cina menggunakan teknik basah (liquid mummy).
Lagi fresh tau.Segar bugar mummy tu. eee!

Kalau mayat pun boleh diawet, orang hidup boleh jamin tak sakit tak?
Boleh.Sebab tu firaun tu kalau dengar cerita ustaz kan tak pernah sakit seumur hidup lalu dia mengaku tuhan.

Kalau gitu ada jutaan lah mummy!!!
Ya benar. Tapi semua dah dibuat kayu api dek penjajah Inggeris zaman dia perintah 200 tahun dulu.
Di campak semua kedalam enjin keretaapi menggantikan arang batu atau arang kayu.

Cuma pyramid tu kubur pembesar dan raja Mesir.
Di panggil firaun, dalam bahasa Gipti 5000 tahun dulu dipanggil Phera, yang bermaksud dalam bahasa Melayu (mari belajar sejarah dalam bahasa Melayu)bermakna Yang memiliki Mahligai.
Pyramid adalah tinggalan dari kerajaan besar Egypt yang memerintah selama 5000 tahun bermula kira kira 7000 tahun lalu.
Disembunyikan di dalam pyramid supaya tak kena kebas.
Tapi habis kena sapu barang emas,perhiasan dan segala yang ada oleh (di panggil penjarah kubur).Eleh sedap pulak nama.

Eh..kawan.kenapa Allah biarkan kubur tu ada lagi.
Ya lah Allah nak hina firaun yang dok ngaku tuhan tu.Akhirnya tinggal kubur je.
Hallo kawan..cuba fikir kalau kubur firaun-firaun sebesar itu di kawasan seluas itu,ya lah kubur 5000 tahun punya raja, rasa rasa nya mahligai dia besar mana??
KLCC dia tinggi mana??? Putrajaya dia besar mana???

Tinggi melangit.Tak caya.Surah Al-Ghafir ayat 36 dan 37.
Kat situ juga movie Yahudi dapat idea Star Gate.
Mana ada teknologi nak buat gitu.??
Hai bang...firaun kata kota aku sepanjang sungai Nile ni.
Sungai ni bawah perintah hujung kaki aku je(menguasai aliran dengan sistem empangan canggih).tak ingat pulak ayatnya.
hah ni dia,
Tengok surah Zukhruf ayat 51...bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaan ku dan sungai2 ini mengalir dibawahku.
Takpe lah yang ni satu lagi.
Tengok sini Al`Qasas ayat 38. ..bakarkan aku...tanah liat..
Bab ni tolong lah jangan percaya National Georaphic ke, History Chanel ke, semua tu yahudi punye weh..
Tengok batu blok binaan pyramid (kawan kita tu tunjuk banyak gambar).
Elok je bongkah2 dipotong dan dicantumkan membentuk bangunan pyramid.
Saintis Yahudi kata depa dulu potong dengan tangan, satu blok amik masa 4 bulan.
Ye lah Yahudi nak buat orang kesian sebab buruh binaan tu ialah orang Yahudi semuanya dijadikan hamba oleh kerajaan Mesir. huk..huk..
Tengok ayat ni...kamu dijadikan hamba(cari sendiri lah) (nanti saya carikan..dah nak maghrib ni)
Ni dia ayatnya Surah AsySyuara' ayat 22....engkau telah bertindak memperhambakan Bani Israel.
Tapi ingat juga..ahli korporat juga Yahudi..namanya Qarun.
Ada juga ayatnya... sini AlQasas ayat 76..Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa....

Sebenarnya batu itu diproses dengan teknologi tertentu seperti kita membuat bata sekarang.
Asal batu juga dari tanah.
Batu terjadi akibat pembakaran tanah pada suhu dan tekanan tertentu.
Tanah yang dibakar keras...ayat surah Al-Fil..jadi uranium dan plutonium.
Batu yang terbakar pada suhu dan tekanan tertentu pula boleh menjadi kaca atau permata.
Tengok kes gunung berapi dan tahi bintang jatuh ke bumi...alah cerita dinasour tu.
Apa jadi kat tulang dinasour?alah jadi minyak bawah negara Islam lah..le..

Balik cerita firaun..jangan percaya cerita saintis..ingat.
Bersambung......

2 comments:

  1. Terima kasih tuan krn meletak blog saya dlm link blog tuan. semoga pertemuan di sini-sini nanti mampu sama-sama kita menyumbang untuk kebaikan agama dan bangsa kita. Salam

    ReplyDelete