Saturday, January 3, 2009

Pantai Bogel di Kushadashi

Saya terpaksa melangkah-langkah untuk mengelak terpijak pelancong Minah orang putih berjemur bogel.
Yang lelaki tak berbogel pulak.!!

Kushadashi ialah sebuah bandar peranginan terletak di Turki yang terkenal kepada pelancong Eropah dari UK,German,France dan negara sekitarnya.


Pengunjung boleh sampai kesana melalui airport yang terdekat iaitu di bandar Izmet.
Kawasan pantai tersebut boleh digambarkan seperti di Teluk Cempedak Kuantan.
Jalanraya dibina sehingga ke tepi pantai dan sepanjang pantai.
Kawasan perniagaan dan penempatan pekan penginapan diwujudkan di sepanjang pantai.

Apabila saya menaiki bas mini yang melalui tepi pantai ,kita nampak ratusan pelancong barat berjemuran.
Ia bukan pantai tertutup dan tidak exclusive pun.
Dan hotel di sini pun pernah dibom oleh pihak yang bencikan maksiat yang berluasa tersebut.

Saya pergi ke Turki pada musim panas 1996 selama 2 minggu.
Ketika itu Turki dilanda pelbagai masalah terutama ekonomi dengan kejatuhan matawang Turkish Lira.
Kebab dijual dengan harga 250,000 Turkish Lira sebungkus.
Kini di bawah pemerintahan Raccip Tayyip Erdogan ,Turki kembali pulih dari segi ekonomi dan juga masalah sosial rakyatnya yang ultra sekular.
Raccip Tayyip Erdogan kini telah mendapat pengiktrafan dimata dunia terutama negara Eropah,Amerika dan rakyat Turki sendiri.
Boleh diumpamakan namanya gah di Eropah seperti gah nya Ahmanejab di sebelah sini.

Yang menarik mengenai masyarakat Turki tidak dilupakan oleh saya.
Apabila kita menaiki bas,kita cuma perlu menghulur duit tambang kepada orang di depan kita,dia akan menghulur kepada orang di depannya sehingga sampai kepada pemandu.!
Sekiranya ada baki,pemandu akan menghulurkan kepada orang di belakangnya sehingga sampai kepada kita.!

Apa moral of the story nya perunding?
Aaa...kita kena kembali kepada Islam seluruhnya.

p/s P.Ramlee dapat nama Izmet Ulam Raja dan Isketambola dari nama2 bandar di Turki kot?

4 comments:

  1. Saudara, terima kasih kerana sudi meninggalkan kata-kata di blog saya.

    Jauh juga perjalanan saudara, hingga Turki. Cuma saya musykilkan ialah negara Turki negara Islam atau sekular? Adakah negara ini telah kembali kepada ISLAM sebenar? Bukan ker kerajaan tentera turki masih menjadi master mind?

    Maaf yer saya ni kurg pandai dlm penulisan dan karangan. He3x..

    ReplyDelete
  2. masih.doakan kejayaan Raccip Tayyip Erdogan dan semua mukmin sejati di sana agar dapat kembali sepenuhnya kepada Islam.
    tiada mustahil

    ReplyDelete
  3. nasib tak berubah selagi manusia tak mengubahnya.

    sama macam turki...rakyat kena bangkit tapi berapa ramai la agaknya?

    ReplyDelete
  4. betul jugak zali,
    mana yang bangkit dulu,dapat lah pahala dulu.

    ReplyDelete