Saturday, January 10, 2009

Provokasi Pewaris

Alert dengan maklumat ini dari Khalid Samad .
Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris .

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

_________Perunding
Dah takde gigi nak buat provokasi juga.

5 comments:

  1. Salam,

    Kalau saudara free, nak jemput ke perbincangan LIVE malam ni di link bawah ni:

    http://nuraflah.blogspot.com/2008/07/laporan-dari-al-jazeera.html

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Sekarang ni dah terlampau banyak NGO...NGO tu...NGO ni...macam-macam nama NGO...masa zaman BN perentah negeri-negeri tu, tak timbul lak nama NGO-NGO macam tu...

    Sebenarnya dia orang nak guna nama Umno..tapi rakyat dah tak percaya pada Umno...jadi tubuhkanlah NGO...itulah aje yang boleh buat....lama-lama nanti...NGO jadi NGOK..

    ReplyDelete
  3. tu lah ngo yg dah elok kita sokong jual ubat gigi dah melarat pulak nak jadi ba..ci.

    ReplyDelete
  4. encik perunding..

    Perkataan yang akhir sekali tu saya tambah ..LA..

    huhuhu...

    ReplyDelete