Friday, January 9, 2009

Zombie~Pendikargunung




Ini petikan dari Pendikar Gunung.
Beberapa hari lalu saya ada menulis mengenai pengundi zombie di Kuala Terengganu.
Artikel itu telah juga saya hantar ke Tranungkite dan KedahLanie di mana istilah pengundi zombie yang saya gunakan bagi menggantikan pengundi hantu seperti menggeletek sesetengah orang.
Sesuatu yang serius bagi saya rupanya lucu bagi sesetengah orang. Zombie sesuatu yang menyeramkan di Haiti tetapi apabila ia dikaitkan dengan Zombie Kg Pisang Malaysia ia telah jadi satu cerita lawak.
Jadi mulai sekarang saya pun perlu gunakan istilah yang telah lama terpakai - pengundi hantu bagi merujuk seseorang yang tidak layak mengundi tetapi mengundi.
Ada orang yang sukar hendak percaya bagaimana pengundi hantu atau pengundi zombie boleh wujud.
Ini kerana sebahagian kita percaya sistem pilihanraya kita sudah cukup sempurna........

Okay.Ini saya cuba bantu.

No comments:

Post a Comment