Thursday, January 29, 2009

Romlang Porigi Mana nak Pergi?~ref Malaysiakini

Romlang Porigi seorang yang bertubuh kecil tetapi memiliki hati berani berjiwa besi.
Beliau seorang Imam Masjid WP yang mencuri perhatian media tempoh apabila menjadi saksi sumpah Saiful.
Kemudian beliau menyertai kempen Pkr di P44 menceritakan dan membongkar cerita disebalik drama sumpah tersebut.
Akibatnya kini beliau dipecat dikaitkan dengan sebab isu tersebut.

Namun nampak beliau langsung tidak gentar dan saya yakin mendapat perhatian dan sokongan parti Pkr.
Benarlah seperti dinyatakan dalam Islam,orang 'haji' tak takut diberhenti.
AtTaubah ayat 18 ...orang yang memakmurkan Masjid...tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah...

Saya pernah menemuiRomlang Porigi secara peribadi 2 tahun lepas saya singgah di Masjid WP bertarawih.
Selepas tarawih saya join tadarus yang diketuai oleh beliau.
Menyedari saya bukan anak kariah beliau menegur saya dengan ramah, mengajak saya datang lagi, dan mempelawa saya minum jamuan bersama mereka selepas tadarus itu.

Hari itu tadarus membaca surah Yusuf, menceritakan kisah Nabi Yusuf yang dipenjara kemudiannya berakhir menjadi pemerintah kerajaan Mesir yang besar.
Saya membayangkan ke mana Romlang Porigi selepas ini.
Pru 13 menjadi calon Pkr.
Ada rezeki jadilah.InshaAllah

1 comment:

  1. Jangan takut dan jangan gentar Pak Imam, ALLAH bersama mu.

    ReplyDelete