Showing posts with label Demokrasi. Show all posts
Showing posts with label Demokrasi. Show all posts

Sunday, April 5, 2009

Fokus!Fokus!Fokus!Lawan UMNO Bn

i. Membebaskan 13 tahanan ISA.
ii. Menarik balik pergantungan Harakah dan Suara Keadilan.
iii. Melawat Sin Chew Daily
iv.Mengumumkan akan melawat negara Cina
v. Lawatan ke Petaling Street, kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar serta deretan kedai di Jalan Tun Sambathan, Brickfield.

GMI perjuangkan kebebasan bersuara dan keadilan sejagat.
13 isteri berterimakasih.
Apa 13 isteri jadi sayangkan Umno?
Isk Isk..tak akan ending gitu je..

Hindraf pejuang hak orang India.
Pemimpin Hindraf ditahan ISA.
2 Pemimpin Hindraf dibebaskan.
Isteri Hindraf berterimakasih.
Hindraf dah sayang kat Umno Bn??
Isk isk tak akan ending gitu je.

Semua rakyat sudah memahami erti demokrasi.
Semua rakyat sudah memahami apa erti Ruling Parti.
Najib pergi Petaling Street.
Orang semua sayang kat Najib Umno.?
Isk isk...

Fokus fokus fokus.
Perjuangan belum selesai.
Hidupkan demokrasi.

Sentuhan Anwar,PPP Sudah, UMNO bila Lagi!!

Naib Presiden PPP dan 6000 ahli menyertai PKR PR.
WOW!!
Ari tu Kayveas nak JV dengan Gerakan tapi tak jadi.
Ini lah sentuhan Anwar.
Aura Anwar.
Mass Marketing.
Superb.!!
Tahniah.
__________________
Orang Umno sabar je lah ya.
Usah bising bangat ya.
Kau orang dapat Che Det ok lah.
Lagi pun 2,3 tahun lagi bila Rakyat memilih PR dalam Pru13, InshaAllah berbondong-bondong orang UMNO masuk PKR .

Orang PR pun terima lah semua dengan hati terbuka ya.
Ini semua adjustment dalam satu evolusi politik Malaysia.

Thursday, April 2, 2009

Bukit Gantang,Bukit Ganyang,Bukit Kubur,Batu Nesan UMNO

Senang cerita.
Jika banyak sangat statistik.
Jika banyak sangat perang saraf.
Jika ada yang rasa samar, jika ada rasa 50-50.

Tanamkan azam.
Bukit Gantang tempat untuk Ganyang Umno.
Bukit Selambau tempat untuk Kubur Umno.
Batang Ai tempat untuk Batu Nesan Umno.

Yang paling penting sumbangan Anda Keluar Mengundi.
Yang dekat, yang jauh mesti keluar mengundi.
Itulah sumbangan anda, itulah pengorbanan anda.

Tuesday, March 31, 2009

Bukit Gantang: Lagi sekatan!No problem! OK je!

Suara Keadilan.
Harakah.
Ceramah terbuka.
Ceramah lebih 11 malam.
Bendera parti.
Tazkirah.
Jadi Imam.
Semua tu tak boleh sekarang kat Bukit Gantang.

Saya jangkakan Umno nak gunakan isu derhaka.
Tapi heran sehingga hari ni terus bersikap defensif.
Rupanya hari ini keluar larangan tak boleh sebut perkataan sultan,istana,derhaka.
Altantuya pun tak boleh.
Yalah dia pun puteri sultan mongalia.

Oklah.ikut suka hati hati kau lah Umno.
Buat lah syarat.
Syarat pilihanraya.
Syarat demokrasi.
Semua kau punya.

Sekarang yang berlawan ialah Umno lawan PR.
Rasanya Mic,Mca,Gerakan duduk diam diam je.
Umno punya calon pun dok diam jugak.
Tinggal lagi umno guna power polis fru KDN.
Itulah benteng terakhir umno.

Duhai pengundi semua, pilihanraya dan demokrasi adalah hak rakyat.
Amiklah semula dari Umno dan kembalikan kepada rakyat.

Bawak isu PPSMI pun cukup.
Highlight kan calon Nizar pun dah ok.

Bukit Gantang:Nature finds Its Way



Tu lah Hamid Kebab.

Tak guna tekan,tindas dan haramkan Harakah dan Suara Keadilan.

Sekarang lahir HUJAH dan SUARA KEAMANAN.

Ia menjadi lebih famous dan most wanted.

People gets more curiuos.

Perjuangan keadilan ibarat air, jika ditekan ia akan melimpah.

Sokongan bertambah.

Itulah makna natures will find its ways.

Akan ada ikhtiar yang lebih baik dijumpai.

Itulah kisah dalam Jurassic Park tu.

Untuk mengelakkan dinosour membiak, saintis membiakkan satu jantina dinosour sahaja.

Namun dinosour itu meng'klon'kan DNA katak (amfibia) yang hidup dua alam dan boleh berubah jantina.

Saintis politik pula kata jika perjuangan demokrasi disekat dan ditekan,perjuangan sebesar dinasour akan lahir juga untuk menghapuskan kebatilan politik Umno Bn.

Monday, March 23, 2009

Innalillahi wa InnailahiRojiun


Prk lagi 2 minggu.
Pau dalam minggu ini.
Nak jadi PM lagi 2 minggu.
Pru13 lagi 3,4 tahun.
What can we expect??????
Pembunuhan demokrasi yang ke berapa ni?

Sunday, February 22, 2009

Umno Minta Pandangan Queen's Counsel, Betul ke nak Terima?~ref Malaysiakini

Rujukan sepintas lalu dari Answers.com, Queen's Counsel membawa makna "A barrister appointed as counsel to the British crown".
Terjemahan "Peguam yang dilantik sebagai penasihat undang undang diRaja".

Lagi contoh "Queen's counsel (king's counsel).
These were barristers appointed in the late 16th century to assist the law officers of the crown in the conduct of legal affairs."
" Terdapat peguam peguam dilantik pada akhir abad ke 16 untuk membantu pegawai2 undang2 diRaja dalam mengendali urusan perundangan."

Cerita penuh Perak tussle: Umno seeks QC's opinion.
Umno is seeking the opinion of a Queen’s Counsel (QC) on the constitutional issues which have bedeviled Barisan Nasional’s takeover of the Perak state government from Pakatan Rakyat.

Nasihat lama perunding Umno Bn Desparado for Peguam Handalan!!~ref Malaysiakini .

Persoalan terbaru perunding.??
Betul ke puak ni (Umno) nak dengar dan pakai nasihat perundangan diraja Brittish.
Pulak karang kau orang jangan putar belit orang putih tu dah.

Sebenarnya kita boleh selesai melalui pilihanraya pun dah ok.
Tapi nampak gayanya kita masih nak merujuk kat 'Master' orang putih jugak.
Tapi takpe, kita selesai melalui semua chanel (jalan),

Moh kita pergi mahkamah Malaysia, Antarabangsa dan UK jugak.
Moh 2 pihak pergi, PR dan Umno.Sekali gus.
Peguam kita bagi hujah, peguam depa bagi hujah.

Apa macam ada berani?

_______________tambahan.

Umno is seeking the opinion of a Queen’s Counsel (QC) on the constitutional issues which have bedeviled Barisan Nasional’s takeover of the Perak state government from Pakatan Rakyat. MCPX A senior constitutional lawyer left Kuala Lumpur yesterday for London to engage the services of a QC on behalf of Umno to advise the party on a host of questions that is roiling debate in the country. BN seized power in the state earlier this month with the help of four defectors who upset the delicate balance of power. nizar jamaluddin dr zambry abdul kadir perakFollowing the defections, Perak's sultan ordered Pakatan to quit its leadership of the state assembly, and swore in a new leadership, but ousted mentri besar Mohd Nizar Jamaluddin insists he is still in power. Mohd Nizar has subsequently gone to court seeking an interpretation of the Perak constitution on whether the menteri besar’s post can be vacated when: (a) The menteri besar had advised the ruler on dissolution of the state legislative assembly; (b) There was no dissolution of the assembly; (c) There was no motion of confidence against the menteri besar in the state legislative assembly; (d) The menteri besar did not resign. Hearing for the court case kicked off on Wednesday and High Court judicial commissioner Mohamad Arif Md Yusof has set tomorrow for both sides to argue whether he should disqualify himself from the trial. Mohamad Arif had told the court that he had acted for PAS when he was a lawyer before his appointment as judicial commissioner. The court will also be considering whether the case should be referred to the Federal Court over question of law on the interpretation of Article 16(6) of the Perak Constitution. Article 16 (6) states that if "the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolve the legislative assembly he shall tender the resignation of executive council". In addition to the court case, Perak assembly speaker V Sivakumar's move to suspend new Menteri Besar Zambry Abdul Kadir and all his cabinet members, has caused an uproar, triggering a debate among constitutional lawyers over whether he acted within his powers. Three high-profile QCs Sources say the QC that will be engaged by Umno is likely to be someone who has already appeared in the courts here in a span going back almost three decades. It is believed that a QC who has appeared in cases in Singapore is also on the shortlist. Three high-profile QCs who have previously appeared in Malaysia and Singapore to argue on complex issues of law have been Michael Beloff, Anthony Lester and Geoffrey Robertson. Beloff appeared in the Federal Court for proponents of the Merdeka University in 1982. He was unsuccessful in the Merdeka University appeal. Lester was engaged by the Parti Bersatu Sabah (PBS) as counsel when the late Mustapha Datu Harun sued Sabah governor Adnan Roberts and Chief Minister Pairin Kitingan for restoration as chief minister in 1985. Mustapha lost the case. The judgment handed down was then viewed as having established the precedents that a ruler can appoint as chief minister a member of the legislative assembly who in his opinion commands the confidence of a majority in the House, and that once appointed, a chief minister is obliged to quit if he loses a no-confidence motion in the legislature. Robertson appeared for regional weekly magazine Far Eastern Economic Review in a matter arising from a report the journal carried on arrests in Singapore in 1987 when the government there cracked down on social activists – ‘Marxists in clerical collars’, was the pithy description of the late S Rajaratnam, then foreign minister of the island republic. Robertson, who memorably cross-examined then prime minister Lee Kuan Yew in the case, was like Beloff, unable to shift the court in his client’s favour.
Umno’s engagement of a QC indicates the complexity and gravity of the legal questions involved in the Perak political crisis.

Friday, February 20, 2009

PakLah Peluang di Depan Mata, Bubar!!~ref Malaysiakini

PakLah Peluang di Depan Mata, Bubar.

Pembubaran Dun Perak membolehkan semua rakyat Perak yang layak, mengundi.
Bukan seorang rakyat, semua rakyat.
Tak kira rakyat ahli Pas, ahli Pkr, ahli Dap, ahli Umno, ahli Mca, ahli Mic, ahli Gerakan, semua yang layak boleh mengundi.
Semua rakyat dapat memilih parti mana mereka nak menangkan.
Semua rakyat boleh pilih parti mana nak dijadikan kerajaan.
Semua rakyat boleh pilih wakil rakyat mana mereka nak jadi MB.
Semua parti boleh pilih calon mana mereka nak letak.

Masalah pun selesai.
MB selesai.
Speaker selesai.
Umno Bn selesai.
Pakatan Rakyat selesai.
Sultan dan istana selesai.
Undang undang selesai.
Mahkamah selesai.
Lompat parti selesai.

PakLah inilah peluang.
Peluang di depan mata PakLah.
Semua orang tau yang mulakan semua ni bukan PakLah tapi Najib.
Semua orang tau hujung Mac ni ada liga professional pemilihan parti.
Semua orang tau PakLah nak kena berhenti.
Semua orang tau Mac ni PakLah kena mengadap Majlis Raja Raja.
Hah masa tu lah PakLah.
Tak kan saya nak ajar.
Serampang 2 mata.
Bukak mata PakLah.
Nasihat Bubar Dun, buat sibuk, panggil MT Umno meeting, panggil MT Bn meeting.
Timing betul betul.
Adjust betul betul.
Nah siap.Najib masak.

Thursday, February 19, 2009

KesiaN Zambry takde Siapa Boleh Tolong dia~ref Malaysiakini

PakLah dah masuk campur.
Ke tepi kau Najib, pandai buat taik je.
"disrespecting the sultan's decision"
"disrespecting the sultan's wishes" kata PakLah memaksa diri buat muka confident.
Alahai..setakat tak hormat ....
Itu bidang kuasa dia, dia telah panggil Zambry and the geng untuk bagi penjelesan.
Dia dah keluarkan keputusan jawatankuasa untuk menggantung Zambry.

Memang Umno Bn tak leh buat apa dan tak boleh kata apa.
Setakat suruh budak suruhan Umno pergi buat laporan polis dan buat laporan SPRM.
Tu je..mengaku je lah.
Moh kita pilihanraya.

Manakala tindakan Speaker Sivakumar dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.
Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.
Speaker ialah ketua Dewan..jelas Profesor Dr Aziz Bari.
Di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap "tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya" tambah Prof Aziz Bari lagi.

Mamp.. kau Najib.

Zambry kau bodoh ke apa?~ref Malaysiakini

Zambry Perak berkata Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan telah GAGAL dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi.

Bila kau amik periksa UPSR,
1. biar kertas jawapan kosong, gagal lah namanya.
2. jawap penuh tapi semua salah, gagal lah namanya.
3. jawap tapi markah bawah dari markah lulus, gagal la namanya tu..

See u in court lah..

Wednesday, February 18, 2009

Murphy's Law says Dun Perak Bubar, Najib Tak Jadi PM~ref Malaysiakini

Domino effects membawa maksud apabila satu jatuh yang lain dalam susunan akan turut jatuh.
Kita telah lihat fenomena ini terjadi kepada Umno Bn dengan kekalahan demi kekalahan.

Manakala Murphy's Law pula kata sesuatu akan menjadi serba tak kena atau serba tak menjadi akan terdorong kepada tidak menjadi.
Murphy's law is an adage in Western culture that broadly states, "Anything that can go wrong, will go wrong." It is also cited as: "Anything that can go wrong, will", "Whatever can go wrong, will go wrong"."Whatever can go wrong, will go wrong at the worst possible time, in the worst possible way".

Melainkan kita sentiasa menahan ia dari terjadi kepada tak menjadi atau jadi serba tak kena.
Namun apa yang terjadi ke atas Umno Bn sentiasa tak menjadi sehingga tak dapat nak ditahan tahan lagi.
Senang cerita dan bahasa, nampak gayanya ada orang kempunan jadi PM.
Dan pembubaran Dun Perak looks inevitable.

Umno Bn Desparado for Peguam Handalan!!~ref Malaysiakini

Perkembangan terkini sudah sampai ke peringkat perundangan tertinggi.
Isu isu semasa sudah menjadi kes mahkamah berprofile tinggi.
Asalnya boleh diselesaikan tanpa dibawa ke mahkamah,
namun tindakan Umno Bn telah memaksa PR mencari penyelesaian mahkamah.

1. Nizar tiba di Mahkamah Tinggi kira-kira jam 10.45 pagi bersama dengan beberapa ahli exco Pakatan Rakyat Perak, termasuk setiausha DAP negeri itu, Nga Kor Ming serta sepasukan 10 orang peguam, yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.
Pasukan ini menghantar saman mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.

2. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengumumkan penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, selama 18 bulan dan enam enam Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dewan berkuatkuasa serta merta pada jam 7.00 tadi di sini.
Ini juga memerlukan penyelesaian melalui mahkamah.

3. Kes pengesahan perletakkan jawatan 2 Adun Behrang dan Changkat Jering juga dibawa ke mahkamah.

4. Satu laporan Rasuah terhadap ADUN Jelapang, Hee Yit Fong, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Md. Radzi akan dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Ipoh.

5. Kes perbicaraan pembunuhan Altantuya dibawa ke Mahkamah Antarabangsa.

Umno memang perlukan pasukan peguam handalan.
Bersiaplah.

Tiga Bukit Mana Jelapangnya??~ref Malaysiakini

2 Bukit sudah pasti adakan pilihanraya kecil iaitu Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
1 Bukit menyusul pasti iaitu Bukit Lanjan.

Dah ada 3 bukit mestilah dipadankan dengan lembah atau jelapang.
Nah ura-ura sudah tersebar, Adun Jelapang berkemungkinan meletak jawatan.
Membuka satu lagi lembaran pilihanraya kecil.

Tunggu lah.

BerSejarah buat Abdul Wahid, Dah jadi Sejarah Wan Farid~ref Malaysiakini

Sudah termeterai dengan rasmi dalam sejarah,
Mohd Abdul Wahid Endut telah mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen,
mewakili rakyat yakni pengundi Kuala Terengganu.

Manakala lawannya Wan Farid sudah menjadi sejarah dan tiada saya tahu alkisahnya lagi.
Wallahuallam.

Tuesday, February 17, 2009

Gambar Bogel Eli Letak jawatan, Mati Kugan Siapa patut Letak Jawatan?~ref Malaysiakini

Elizabeth dengan penuh bermaruah meletak jawatan.
"I have decided to make a stand, in the interest of the party and its struggle for the people.."

V Arumugam juga meletak jawatan dengan bermaruah di Bt Selambau untuk kepentingan parti, pengundi dan demokrasi.

Roslan Saharum, pilihanraya kecil yang bermaruah kerana takdir menentukan beliau kembali ke Rahmatullah.
3 kekosongan kerusi dengan secara bermaruah.

Bagaimana 3 lagi kerusi yang belum dikosongkan, tetapi dikekalkan dengan tidak bermaruah.
Jelapang, Changkat Jering dan Behrang.???
Di manakah maruah 3 Adun ini?
Tunjukkan maruah anda.

oppss..Mati Kugan ada siapa tak nak amik tanggungjawab dan isytihar letak jawatan?

Heroin Bukit Lanjan SeGunung Maruah~ref Malaysiakini

Adun Bt Lanjan Elizabeth Wong meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor dan Adun Bt Lanjan.

Nah seorang heroin politik demokrasi, ekoran mangsa pendedahan gambar peribadi bogel di rumah, menyerahkan kepada pengundi untuk menunjukkan pendirian rakyat.

Nah apa lagi,
Selamat Menyambut HariRaya ehh..Pilihanraya.
Satu lagi bukit pilihanraya.
3 Bukit pilihanraya...serentak!!

Racial Tak Harmoni Hanya Mitos~ref Malaysiakini

Racial Tak Harmoni hanya mitos
Hanya satu kes ketegangan antara 2 orang dari 2 kaum berlainan yang saya dengar dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.
Iaitu kekecohan seorang Melayu yang menjadi Ketua Bahagian parti Melayu di Bukit Bendera “bertengkar mulut jarak jauh” dengan seorang ketua parti Gerakan berbangsa Cina.

Selain daripada kes itu saya tak pernah dengar.
Setiap hari saya tengok semua orang semua bangsa makan se kedai Mamak pagi petang siang malam.
Semua orang pergi pasar malam ,semua bangsa berniaga dan membeli belah.
Semua orang pergi kedai, pasar, runcit, pasaraya , semua bangsa bekerja dan membeli belah.
Semua orang pergi pejabat dan bank , semua bangsa bekerja dan berurusan.

Jiran saya, wanita Cina berumur 80 tahun lebih, hampir setiap 6 pagi menegur saya.
Mau pegi semayang ka?
Ya popo (nenek) , popo sudah semayang ka? Tanya saya balik.

Rakyat semua sudah boleh hidup harmoni.
No worry.

Sunday, February 15, 2009

DYMM Agong Tolak Perletakkan Jawatan PM PakLah~ref Malaysiakini

DYMM Agong tolak perletakkan jawatan PM PakLah.

PakLah perlu hantar surat letak jawatan PM pada 1April2009 nanti.
Apa kata sekiranya DYMM Agong tolak.
Apa kata ini terjadi, baru padan muka Najib.

Atau pun melalui PakLah,
DYMM kata kita bubar parlimen.
Adakan snap election.
Apa rasa jam itu Umno Bn.


Raya sakan lah kita.
Tak dapat bubar Dun Perak.
Dapat bubar satu Malaysia.
Jam itu apa Umno nak derhaka.??

Pru13 sudah menjelang tiba..
Mari kita bersediaaaa….

Derhaka!! Tajuk Kempen Prk 2 Bukit~ref Malaysiakini

Derhaka Tajuk kempen Prk 2 Bukit.

Cikgu saya mohon untuk tidak dapat menghadirkan diri pada kelas tambahan Sabtu ini, kata Ahmad Nizar ketua kelas.
Ponteng! Ponteng! Jerit ¼ murid yang duduk di barisan belakang.

Tidak cikgu , jawab ¾ murid lain di dalam kelas tersebut.
Dia cuma mohon untuk tidak menghadirkan diri cikgu, terang mereka.

Pecat! Pecat dia jerit ¼ murid duduk di barisan belakang.
Kelas ini milik kami bangun ¼ murid duduk di barisan belakang.
Ini Ahmad Zambry ketua baru kami, mula menuju ke depan ¼ murid duduk di barisan belakang.

Mana boleh, pintas ¾ murid di dalam kelas tersebut.
Kita adakan undi semula siapa ketua dan bila kelas tambahan patut diadakan.

Tidak! Tidak! Tegas ¼ murid di barisan belakang sudah mula menyusun kerusi di baris hadapan.
Demokrasi kelas ini milik kami semenjak mak bapak kami, rungus mereka, sambil bertelingkah menyusun kerusi dan meja sesama mereka.

Cikgu yang adil masih boleh mencari penyelesaian terbaik.

Saturday, February 14, 2009

Undi Percaya untuk PakLah~ref Malaysiakini

Hah satu idea menarik.
Periksa tarikh ni,
28Mac2009 Najib akan confirm jadi Presiden Umno.
29Mac2009 hari penamaan calon 2 Bukit.
30April2009 PakLah 'sepatut'nya meletak jawatan.
1April2009 Najib dan Rosmah 'patut' jadi PM atau April Fool kot??
7April2009 Prk Bt Gantang dan Bt Selambau.

Sebelum tu 16Mac2009 keputusan rayuan Pensiangan, boleh jugak prk serentak di sana juga.

Prk telah dielakkan daripada berlaku dalam bulan Mac, maka tiada lagi alasan untuk menangguhkan pemilihan Mac Umno.
Tiada alasan untuk melengahkan PakLah undur.

Geng PakLah tinggal satu lagi peluang dan jalan.
Ajukan undi percaya PakLah di Parlimen.!!

Hj Hadi dah setuju.
Jika PR setuju dah dapat 83 undi.
Hah apa lagi SUKJ, Panglima Perang Cyber cari lagi 29 undi dari MP Bn.
Lembiklah kalau tak dapat cari.

idea asal http://rockybru.com.my/.