Racial Tak Harmoni hanya mitos
Hanya satu kes ketegangan antara 2 orang dari 2 kaum berlainan yang saya dengar dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.
Iaitu kekecohan seorang Melayu yang menjadi Ketua Bahagian parti Melayu di Bukit Bendera “bertengkar mulut jarak jauh” dengan seorang ketua parti Gerakan berbangsa Cina.
Selain daripada kes itu saya tak pernah dengar.
Setiap hari saya tengok semua orang semua bangsa makan se kedai Mamak pagi petang siang malam.
Semua orang pergi pasar malam ,semua bangsa berniaga dan membeli belah.
Semua orang pergi kedai, pasar, runcit, pasaraya , semua bangsa bekerja dan membeli belah.
Semua orang pergi pejabat dan bank , semua bangsa bekerja dan berurusan.
Jiran saya, wanita Cina berumur 80 tahun lebih, hampir setiap 6 pagi menegur saya.
Mau pegi semayang ka?
Ya popo (nenek) , popo sudah semayang ka? Tanya saya balik.
Rakyat semua sudah boleh hidup harmoni.
No worry.
No comments:
Post a Comment