Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Sudah Permatang Pasir mari ke Terengganu dan Kedah

Ura ura geng Rosul Wahid ajak Pas join sekaki.
Harun Taib tolak.

Blog ini menyokong penuh tindakan Harun Taib.
Alasan mudah.
Jodoh dan rezeki tak ke mana.
Usah terima sekadar orang tukar baju kejap.
(secara umum blog ini menerima orang bertukar parti,tetapi bukan bersyarat spt itu)

________________

Dap nak exco Kedah.

Dari sudut teknikal dan taktikal dalam rundingan yang panjang,
blog ini bersetuju.

faktor perlu diambil kira.

Kebenaran Anwar.
Kebenaran Pkr.
Tohmahan Umno bahawa Pas tunduk kpd Dap.
Dap ari tu cabut pakatan,ari ni ada hati jadi exco.
Exco pelancongan mesti bukan bermodal hiburan,arak dan maksiat(fahsa').
kenapa di Penang tak bagi Pas?(sebenarnya situasi dan keperluan berbeza)
namun boleh demand sesuatu di Penang.

akan tetapi perlu demand Dap dalam bentuk....
bagi kerja dan komitmen yang banyak.
bawa solid sokongan Cina 100%.

Akhirnya budi bicara,hemah dan kepintaran politik rundingan MB Azizan.
Wallahuallam.

Thursday, February 19, 2009

Pakatan Antara Confident atau Overconfident~ref Malaysiakini

Antara confident dan overconfident sudah melanda Pakatan Rakyat.
Bawean Termenung begitu serius membawa hujah teguran dan pesanan ini.
Pesanan yang baik dan berniat baik pada pandangan firasat saya.

"Awaslah pakatan jangan terlalu yakin sehingga sebahagian yang keterlaluan yakinnya itu melupakan gerak kerja yang kuat sehingga sunnah Tuhan dalam berusaha itu dilalaikan, karena dengan demikian kebenaran akan terbalik dan tumbang karena kurangnya perancangan."
" Umno yang pengecut itu terkadang masih boleh memukul ala secara curi curi yang boleh membuatkan pukulan itu adalah pukulan maut."
Tegasnya dipetik http://suwaritimur.blogspot.com/.

Begitulah kita perlu mengingati sirah Badar dan Bukit Uhud.
Badar boleh diibaratkan sebagai Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, manakala Bukit Uhud boleh diibaratkan sebagai Bt Gantang, Bt Selembau, Bt Lanjan dan mana mana Prk yang bakal kita hadapi.
Berhati hatilah dan ambiklah iktibar sebaik mungkin.

Namun kita PERLU memikir dan mengambil kira faktor keyakinan yang mustahak juga dalam perjuangan.

1. Antara takut dan harap.
Kita sentiasa diajar untuk sentiasa takut doa kita tidak dimakbulkan, tapi dalam masa yang sama kita perlu mengharap sepenuhnya Allah akan memakbulkan doa kita.
Allah memakbul seperti kita sangka...rujuk hadis untuk ketepatan.

2. Di dalam sukan, kemenangan dan kekalahan sentiasa mempengaruhi motivasi keyakinan.
Semua perlu sentiasa diingatkan.

3. Reverse psychology.
Ketika terlalu confident kita perlu kurangkan dengan peringatan kemungkinan expect the worst.

4.. Di dalam Matematik dan Statistik.
Kita sentiasa perlu mengkaji senario apabila x goes to zero dan juga apabila x goes to infiniti.
Maka kita dapat melihat 'kejadian' paling logikal.
Kita juga memerhatikan antara mode dan average dalam Statistik, antara yang paling kerap mungkin berlaku dengan yang paling tinggi kekerapan berlaku.

5. Antara realistik dan idealistic.
Idealistic tentang sokongan padu dan sentimen rakyat menyokong PR.
Realistic Umno Bn mampu dan sanggup melakukan apa saja by hook or by crook untuk men'cedera'kan perjuangan kita.

6. Sejarah.
Ketika Prk36 ramai diperingkat awal menyatakan 50-50, ketika itu saya cuba menghujah kemenangan majoriti 4000 undi diikuti tulisan analisa mendapat undi 38000, semata mata untuk menanamkan keyakinan padu dan jelas kepada penyokong PR.

7. Think positve.
Bila kau kata kau boleh, kau pasti boleh melakukannya..
Malaysia boleh!!

8. Always says InshaAllah dan tiada dayaku melainkan dengan keizinan kuasa Allah.

9. Sentiasa merancang, mesyuarah, berdoa, bertawakkal, dan berusaha dalam jemaah.

Wallahuallam.

Friday, January 2, 2009

Hilang sudah suara Pembangkang

Semenjak dua menjak ini sudah tiada lagi kedengaran panggilan atau gelaran pembangkang.
Tak tau lah dalam media cetak berita dah tak hairan atau utusan dah tak mau.
Tetapi yang pasti di dalam dunia maya memang sudah tidak disebut lagi.
Ya lah kalau nak kata pembangkang tu gini,pembangkang tu gitu.
Siapa pembangkang?
Di negeri ni parti ni,dinegeri tu parti lain pulak jadi pembangkang.

Ini adala satu petanda baik kepada pemahaman erti demokrasi.
Mari kita lihat demokrasi di negeri `maju?`seperti Amerika dan United Kingdom.
Ada Labour dan Conservative di UK dan ada Republican dan Democratic di USA.
Di Uk sekarang Labour yang jadi ruling parti,di USA bakal Obama dari Democratic akan menjadi ruling parti.
Mereka tidak lagi memanggil yang parti yang kalah sebagai pembangkang,malah parti yang kalah akan membentuk kabinet bayangan.

Di sini kini sudah terbentuk dua parti yang dikenali Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Semua pihak samada penyokong ,pendokong dan yang berkaitan dengannya di klasifikasi atau dirujuk sebagai pro-PR atau Pro-BN.
Kan senang gitu.

Maka faham lah rakyat apa itu Ruling Party.
Maka faham lah ruling parti bahawa negara ini bukan ana yang punye..