Thursday, February 19, 2009

Pakatan Antara Confident atau Overconfident~ref Malaysiakini

Antara confident dan overconfident sudah melanda Pakatan Rakyat.
Bawean Termenung begitu serius membawa hujah teguran dan pesanan ini.
Pesanan yang baik dan berniat baik pada pandangan firasat saya.

"Awaslah pakatan jangan terlalu yakin sehingga sebahagian yang keterlaluan yakinnya itu melupakan gerak kerja yang kuat sehingga sunnah Tuhan dalam berusaha itu dilalaikan, karena dengan demikian kebenaran akan terbalik dan tumbang karena kurangnya perancangan."
" Umno yang pengecut itu terkadang masih boleh memukul ala secara curi curi yang boleh membuatkan pukulan itu adalah pukulan maut."
Tegasnya dipetik http://suwaritimur.blogspot.com/.

Begitulah kita perlu mengingati sirah Badar dan Bukit Uhud.
Badar boleh diibaratkan sebagai Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, manakala Bukit Uhud boleh diibaratkan sebagai Bt Gantang, Bt Selembau, Bt Lanjan dan mana mana Prk yang bakal kita hadapi.
Berhati hatilah dan ambiklah iktibar sebaik mungkin.

Namun kita PERLU memikir dan mengambil kira faktor keyakinan yang mustahak juga dalam perjuangan.

1. Antara takut dan harap.
Kita sentiasa diajar untuk sentiasa takut doa kita tidak dimakbulkan, tapi dalam masa yang sama kita perlu mengharap sepenuhnya Allah akan memakbulkan doa kita.
Allah memakbul seperti kita sangka...rujuk hadis untuk ketepatan.

2. Di dalam sukan, kemenangan dan kekalahan sentiasa mempengaruhi motivasi keyakinan.
Semua perlu sentiasa diingatkan.

3. Reverse psychology.
Ketika terlalu confident kita perlu kurangkan dengan peringatan kemungkinan expect the worst.

4.. Di dalam Matematik dan Statistik.
Kita sentiasa perlu mengkaji senario apabila x goes to zero dan juga apabila x goes to infiniti.
Maka kita dapat melihat 'kejadian' paling logikal.
Kita juga memerhatikan antara mode dan average dalam Statistik, antara yang paling kerap mungkin berlaku dengan yang paling tinggi kekerapan berlaku.

5. Antara realistik dan idealistic.
Idealistic tentang sokongan padu dan sentimen rakyat menyokong PR.
Realistic Umno Bn mampu dan sanggup melakukan apa saja by hook or by crook untuk men'cedera'kan perjuangan kita.

6. Sejarah.
Ketika Prk36 ramai diperingkat awal menyatakan 50-50, ketika itu saya cuba menghujah kemenangan majoriti 4000 undi diikuti tulisan analisa mendapat undi 38000, semata mata untuk menanamkan keyakinan padu dan jelas kepada penyokong PR.

7. Think positve.
Bila kau kata kau boleh, kau pasti boleh melakukannya..
Malaysia boleh!!

8. Always says InshaAllah dan tiada dayaku melainkan dengan keizinan kuasa Allah.

9. Sentiasa merancang, mesyuarah, berdoa, bertawakkal, dan berusaha dalam jemaah.

Wallahuallam.

4 comments:

  1. Ada iklan kat TV

    dua pasukan kayuh.

    Satu hebat satu tak hebat

    Yang tak hebat itu depa kayu dah lepas garisan menang pun depa kayuh lagi.

    Orait dak Pakatan Rakyat gitu?

    ReplyDelete
  2. jangan berhenti berkayuh kalau guna basikal..
    bubuh engine lah..

    ReplyDelete