Oleh AdukaTaruna
Pedulikan dulu siapa calon.
Tidak perlu tunggu.
Serah kat solat istikarah ulama, serahkan kepada syura.
Serahkan kepada mesyuarat AJK Pusat.
Jentera PAS perlu laju.
Laju!Mana Cikgu Pa?
Pengarah Pilihanraya PAS.
Kasi turun Bukit Gantang.
PAS Terengganu, kasi bantu Perak pulak.
Kalau Bukit Selambau serentak dengan Bukit Gantang, DSAI kena gilir2, TGHA kena gilir2.
Cadangan kepada PAS.Laju PAS! Laju!!
Ni gua ada beberapa cadangan.
1. Orang Melayu pemalas membaca.
Jangan beratkan dengan risalah berat, risalah tebal.
Cukup guna CD.
Ada 55, 471 pengundi.
Bermakna RM1 sekeping x 55, 471 = RM 55, 471.
Ahli PAS derma sorang singgit.
a. Kandungan CD adalah isu tanah, isu rampasan kuasa, isu assobiyyah, etc.
Selitkan petikan penjelasan Nizar dalam beberapa bahasa.(Punch line nih)
b. Bukan CD ceramah.
Hanya orang PAS yang tengok sampai habis. Rugi.
Tapi buat corak dokumentari menarik.
Selang-selikan dengan klip menarik dari youtube sebagai ‘take 5’ (otak Melayu saiz kecik).
c. Ada subtitle India dan Cina dan English.
d. Edaran CD atas nama mahasiswa / NGO yang membuat kajian kefahaman awam mengenai perlembagaan Perak.
Jangan sesekali guna nama PAS bagi mengelakkan persepsi negative awal terhadap CD yang diedarkan.
Laju PAS! Laju!! Satu rumah pengundi, satu CD.
2. Kurangkan agreasif panas, banyakkan program munajat.
a. Suasana panas Perak dibimbangi membuakkan darah panas jentera muda PAS.
Ini boleh menakutkan atas pagar, pemprotes UMNO dan kelompok bangsa minoriti.
Pemimpin PAS harus mengawal keterujaan jentera akar umbi yang kebanyakan golongan muda.
3. Sediakan orang ganti beratur.
a. Bagi golongan wanita, orang tua dan OKU, petugas PAS harus laju menawarkan diri beratur panjang mewakili mereka.
Sediakan kerusi lipat untuk mereka menunggu berhampiran barisan.
Dan apabila sampai giliran, serahkan kedudukan barisan itu kepada mereka semula.
4. Bendera, poster psikologi.
a. Bendera PAS tidak boleh terlalu monopoli di Bukit Gantang.
Jangan wujudkan peluang sentimen rasa terpinggir muncul.
Pastikan kuota untuk bendera PKR dan DAP.
b. Tawan psikologi masyarakat muslim setempat dengan turut menggunakan bendera Palestine, poster pembebasan Baitul Muqaddis, etc.
c. Mungkin TGNA atau TGHA boleh lancarkan kempen berpuasa sunat.
Pasang banner, poster dan war2kan selagi terdaya mengajak semua muslim berpuasa, bermunajat, etc.
Laju PAS! Laju!!
Difikir oleh AdukaTaruna http://adukataruna.blogspot.com/
pada teman ini tindakan yg bijak dan paling berkesan menangki dakyah media haprak amno.
ReplyDeletepas berlu bertindak sekarang, dan tak perlu tunggu pr umum tarikh prk. polis pun sudah harmkan ceramah. harakah pun sudah dirampas.
maklumat cepat dan padat perlu sampai ke org2 kampung dgn apa cara sekali pun.
ada beberapa cadangan yang amat jelas dan bijak. menampakkan satu mutu kajian yang tinggi. harap dapat perhatian daripada pucuk pimpinan. ambil mana yang baik dan boleh digunakan. perbaiki mana yang kurang.
ReplyDeletesemoga kemenangan bersama kita. amin
sapa rajin buat bisnes pun takpe,
ReplyDeletesambil buat vcd kempen tu,jual rm5 satu,
rm1 sedekah kat parti.